Sunday, January 2, 2011

buku teks lunyai - rentetan entry kak AA

tadi singgah rumah kak Azie.. terbaca entry tentang buku teks kat sini.. nak komen panjang2 kang jadi entry kat ruang komen plak.. heheh.. jadinya nak bagi komen kat sini laa.. kak Azie, aci tak???

kak Azie,

kat sekolah lama Eja pun banyak buku dah lunyai.. macam2 alasan budak2 bagi.. kena hujan laa, ayaq tumpah laa.. adik koyak laa.. yang tak tahan siap ada conteng dengan pen lagi.. kalau dengan pensel bleh laa tenyeh dengan pemadam.. yang ilang muka surat tak yah cita laa... tu yang time P&P jadi tergendala tu....

Eja pun pernah tanya kat cikgu SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) tentang masalah ni...menurut cikgu SPBT sekolah Eja dulu tu, sejak dua menjak ni setiap sekolah hanya diberi buku teks mengikut bilangan murid saja.. bagi cukup2.. jadi cikgu tak dak pilihan, setakat koyak kulit buku dikira boleh guna lagi.. katakan la buku teks tak cukup, terpaksa la mintak dengan sekolah2 tang ada lebihan buku... kalau buku2 tu elok ok la lagi.. buatnya macam buku tu macam buku CHAK.. redha je laaa....

sekarang ni memang tak macam zaman kita dulu buku teks belambak tak kira ikut murid.. dulu cikgu SPBT bleh ganti buku yang rosak dengan buku baru.. (leh tau ni pasai arwah abah dulu cikgu SPBT)..



*kalau tanya org atasan mesti dapat jawapan ni... - dah nama pun buku pinjam..ramai tangan yang memegang nye..

2 comments:

Unknown said...

sangat setuju

masa zaman ayu dulu2 buku teks cantik2 jer..kita guna pun agak sayang, walau pinjaman..
zaman skarang..kesian gak kat adik2...buku2 lunyai sungguh..

azieazah said...

EJA, terimakasih banyak kerana memberikan komen dari sudut pandangan seorang guru. Terimakasih.

Benar, kita tidak boleh menuding jari semata salah orang, sedangkan kita sama-sama boleh berusaha untuk mengelakkan keadaan yang tidak elok supaya tidak bertambah teruk.

Punca banyak bermula dari sikap. Ibubapa harus memantau buku yang diterima anak-anak dan contoh menjaga harta barang pinjaman dgn baik akan berterusan menjadi sikap baik kepada anak pula...