Thursday, March 31, 2011

tertangguh..

salam.. hari ni baru berkesempatan nak update entry.. tu pun dah lama taip terperap kat draft.. kira entry yang nak basi jugak la..

kali ni nak cita pasal hari persaraan GB sekolah aku..yang jugak merupakan jiran aku.. (duk belakang rumah je..) majlis ni di buat pada 23 Mac yang lepas...

yang tak best nye.. aku ni ditugaskan bahagian kawalan murid.. murid pulak ditempatkan di makmal komputer yang pastinya jauh dari dewan.. punya laa tak best rasa.. tak boleh nak tengok acara berlangsung.. huh! cam nak saboo aku je suh duk dengan budak2.. sabor je laa..

tapi tak pe.. walaupun kena 'kurung' dalam makmal dengan budak2.. tapi aku keluar jugak laa menyelit celah2 cikgu2 lain kat dewan terbukak tu.. yang budak2 tu pulak aku dah siap pasangkan dvd.. haa... kan dah jadi cam panggung je makmal komputer tu.. oleh sebab2 keselamatan aku tak amik laa gambar dalam makmal tu.. yang ada gambar2 kat luar je laa.. tu pun bukan aku yang snap.. kalau aku asik snap.. tak de pulak muka aku nanti.. huhuhu... jom layanz..



masa muda wajahnya sama macam Arwah Sudir..




antara tetamu yang hadir..



sebelah kanan aku tu la kak Anisah..




bersedia sebelum persembahan..




posing dulu sebelum makan....



sebelum ngap...




selepas... hehehe




gambar kenang-kenangan bersama mantan GB dan tuan PPD





lambaian sebelum berangkat pulang..

Monday, March 28, 2011

demam..

kul 4 pagi tadi.. hero kecik gelisah semacam ja.. pegang badan dah panas.. pegang kaki sejuk pulak.. aisey.. demam kuat ni.. tawakkal je bubuh cool fever kat dahi dia tu.. sampai pagi dia pun bukan lena sangat.. sekejap2 merengek..

kul 9 tadi terus pi klinik.. temp dah 39.2C.. apa lagi bagi ubat sumbat kot vontot la..

ni dah lega sikit.. tapi masih merengek laa.. tak selesa laa gamaknya.. kena pulak ubat titik mata tu buatkan kerongkong tak selesa...

dan aku pun hari ni tak ke sekolah.. esok harap2 hero dah ok..


*huhu... dugaan Allah Taala.. terima laa seadanya... moga2 hero kecik cepat la sembuh... aminn..

Saturday, March 26, 2011

mata oh mata..

apa khabar laa kengkawan suma ye? harap2 sihat la hendakNYA... aku & pamili macam biasa.. ada yang sihat + segar bugar ada yang tak berapa nak sihat...

yang tak sihat dan dah kembali sihat pun ada.. iaitu Bondaku.. minggu lepas kaki bengkak.. nak berjalan pun susah.. lepas tu nak buang air pun tak lawas.. last-last bawak ke hospital doc bagi ubat utk buang air.. jenuh berulang alik ke toilet... alhamdulillah bengkak dah surut... doc pun risau takut ada masalah dengan buah pinggang..minggu depan kena pi review lagi tengok cemana..

hero kecik pulak baru je baik demam & selsema.. hari ni kena sakit mata pulak... balik dari rumah pengasuh semalam dah nampak lain macam je mata sebelah kanan.. lepas dia bangun dari tido petang tu aku tengok dah bertempek taik mata.. aku ni tak mo la pikir dia kena sakit mata.. konon nak tunggu pagi ni laa cemana.. tapi sebelum tido semalam sempat laa aku google cari petua nak hilangkan sakit mata utk baby.. suma petua yang aku jumpa suh titis susu badan dalam mata anak... adehhh.. mana nak carik? akhirnya pagi tadi hero bangun mata sebelah dah tak boleh bukak.. apa lagi memang kompom sakit mata la aku pikir... pi klinik dapat ubat titik je...


lepas buh eye drop.. meleleh je air mata hero kecik..




sebelum taip entry ni pun aku dah mula rasa cam pedih2 mata ni.. siap berair lagi.. aiseymen... kena kuarantin laa aku anak beranak tak boleh nak keluaq pi mana.. baru je plan nak pi cuci mata kat Jusco.. (sale sampai 7 April) jadi kesimpulannya. dok rumah cuci je mata dengan ubat titik.... huhu :(







*jenuh nak kena pantang laa pulak.... huhu

STICKY : kempen Earth Hour 2011

kempen Earth Hour kembali lagi untuk tahun 2011.. kali di kempen akan dibuat pada 26 Mac 2011 (Sabtu) bermula 8:30 malam hingga 9:30 malam.. jadi mari lah beramai2 kita tutup lampu... pastikan masa ke toilet bawak torchlight ye..







*tahun lepas aku terlupa kempen ni... tahun ni nak buat la... :)

Wednesday, March 23, 2011

Cinta Sufi

baru ada idea nak celoteh.. punya lama dok pikir.. isk isk.. betapa tepu nya kepala sampai amik masa berhari2 untuk update blog.. hehehe.. alasan kemain... :D

hari Ahad lepas aku ke kedai buku Popular di Jusco Perda.. konon nak cari laa hadiah utk mantan GB sekolah aku.. disebabkan belum gaji.. maka budget utk hadiah pun jadi ciput la.. huhu.. apa bleh buat..

aku amik keputusan utk hadiah kan 2 buah buku utk beliau.. buku biasa2 je.. dalam hati ada jugak teringin nak belikan buku tulisan mantan PM kita.. tapi macam aku cakap tadi laa budget aku ciput... sungguh sadis...

jadi alang kepalang aku dah ada kat Popular tu.. aku rembat laa sekali buku Ramlee Awang Murshid ni.. dah lama dah pun keluar buku ni.. cuma masa aku beli buku Rayyan Fantasi, stok Cinta Sufi ni dah abis...

cabaran aku kali ni nak habis baca Cinta Sufi dalam masa seminggu.. amcam bleh tak?


sekuel dari Bagaikan Puteri.. sambungan dari Hijab Sang Pencinta..





*yang pasti sekarang ni tak boleh nak mula baca lagi.. sebab en suami dok ngadap buku tu dah 2 malam.. huhu...

Friday, March 18, 2011

posman kaya?


tahniah pada Man peserta akhir RL5 yang dah pun kita tau jadi Raja Lawak musim kali ini.. huh! hadiah pun bukan main lumayan... juara je dapat 100K, naib juara 50K, ke-3 dapat 30K... fuh memang lumayan..

Man ni rupanya seorang posman.. baru laa aku tau malam ni kerja dia posman.. selama ni tak pernah tau pun biodata peserta RL ni.. hehehe.. dok tengok je.. tak pun belek butang R tu.. (itu pun aku pilih2 jugak sapa yang aku nak tengok.. )

pecah rekod la posman paling kaya di Malaysia si Man ni.. tak yah hantar surat la pas ni... dok tunggu tawaran buat lawak je laa...




*kalau aku dapat 100K jenuh jugak nak pikir apa nak buat dengan duit tu...

siapa juara??

lagi bebrapa minit je lagi karpet merah Raja Lawak Musim ke 5 akan disiarkan.. sekejap je dah sampai final.. lepas ni sambung AF9 pulak (yang ni aku tak minat).. paling aku tak sabar nak tengok Imam Muda musim ke-2.. bila nak mula tayang ek?


berbalik pada cerita RL5.. kali ni susah sikit la nak ramal sapa yang boleh jadi juara.. rata2 finalis malam ni iaitu Balas, R2 & Man.. sama level je.. suma bergantung pada rezeki sms yang bakal dorang terima... yang pasti aku tak ngundi... hehehehe... (kredit tak dak aa... :P)


wajah2 finalis.. (pic aku gugle je..)


hish! harus kena goreng keropok ni... kejap lagi en suami sure merungut tak da kudapan nak ngadap TV..


*jom layan...

guru besar baru

semalam sebelum ke Wisma Hasil, aku singgah di sekolah sekejap.. nak printkan penyata tahunan dan slip gaji.. sampai je sekolah aku tengok ada kereta yang tak biasa aku tengok.. ingatkan ada pelawat mana pulak datang.. heran laa jugak.. tak kan laa ada pelawat time2 cuti ni..

aku turun je dari kereta, terus ke bilik guru.. ada la guru JQaf dalam tu dok buat kerja.. terus aku tanyakan sapa yang datang sekolah pagi ni.. dia jawab guru besar baru.. erk?! cepat nya sampai.. baru hari Rabu guru besar pencen.. hari Khamis dah terima guru besar baru? cepat sungguh PPD buat kerja... :)

GB baru ni perempuan.. menambahkan jumlah cikgu2 perempuan yang ada di sekolah aku.. makanya Ustat & cikgu data je laa guru lelaki yang ada.. kumbang dikelilingi bunga.. hehehe...

yang tak berapa best nye.. GB baru ni memang terkenal dengan ke'kerek'kan nye di sekolah lamanya dulu.. (aku tau pun sebab ada kawan sekolah situ..) masak laa kami nanti...

apa pun kita bersangka baik.. mungkin bila dah pindah ke sekolah baru ni dia tak bawak la peel kerek dia tu.. harap2 dia jadi laa GB yang baik, yang adil & yang disenangi oleh semua warga sekolah.. aminnn...







*gerun je nak tunggu hari Isnin ni.. mesti banyak perkara yang dia nak sampaikan... huhu...

dah hantar??

sekejap je dah hari JUmaat.. rasa macam baru je aku mula cuti sekolah tup-tup nak bukak sekolah dah.. betapa cepatnya masa berlalu...

teringat pesan cikgu data di sekolah aku.. dia pesan mintak aku dapatkan nombor cukai supaya dia boleh isi dalam data EMIS

oleh kerana semalam tak ada apa-apa nak buat, aku ajak en suami ke Taiping untuk mendaftar.. saspen jugak sebenarnya.. ye laa tak pernah buat benda2 ni.. gaji aku pun buatnya banyak benor.. risau jugak laa kot2 kena cukai..

sebelum ke Wisma Hasil, aku telefon dulu utk dapatkan info dokumen apa yang perlu aku bawak.. dia cuma mintak aku bawakan potocopy ic, penyata tahunan 2010, slip gaji yang terkini.. tu je.. mudah.. kan?

elok sampai je jam pun dah hampir 12:45 sementara nak tunggu nombor dipanggil..kena laa tunggu.. adala dalam 10 minit sebab depan aku ada lagi 2 orang... sampai je turn aku, Pn Jaya terus daftarkan nama aku.. ngam-ngam je siap, Pn Jaya mintak aku ke bahagian e-filling (aku tak tau bahagian apa sebenarnya) kat situ terdapat banyak komputer yang boleh digunakan oleh pelanggan utk mengisi maklumat dalam sistem..

nasib tak menyebelahi aku.. elok aku bangun je nak ke meja tu pegawai kat situ dah tutup lampu.. rupanya jam dah pun pukul 1:00.. adehh.. nak kena tunggu sejam pulak.. kul 2 baru mula balik.. oleh kerana perut pun lain macam je bunyi, aku & en suami cari la gerai.. dah siap2 makan terus gerak ke Wisma Hasil.. sampai je orang dah ada yang ambil no dok tunggu giliran..

aku pulak cepat2 ke meja komputer tu.. konon nak cepat la.. mujur la pegawai yang bertugas tu memang masuk tepat waktunya.. lega rasa.. tak perlula aku nak tunggu lagi.. dia pun dengan senang hati tunjukkan aku macam mana nak isi maklumat ke dalam sistem.. nak isi tu bukan la susah pun.. cuma bila tang bab nak isi jumlah tuntutan tu yang keliru sikit.. kejap2 aku angkat tangan panggil pegawai tu.. sampai en suami kata aku macam kat kelas komputer la.. siap angkat tangan..

masa yang aku ambil utk isi pun tak lama.. lebih kurang setengah jam je.. syukur alhamdulillah.. dah selesai semua.. tak perlu nak pikir2 lagi... nampak gaya tahun depan nak kena isi awal la tak payah tunggu sampai ke dateline.. nanti sistem kejung pulak macam kawan2 aku dok bersungut sebelum ni..





*aku dah hantar.. kengkawan yang lain dah hantar??







Thursday, March 17, 2011

apsal tah..

aku tak tau apa yang tak kena hari ni.. nak bukak internet punya la slow tahap gaban.. bingai semacam je.. dah jenuh klik refresh.. nak taip entry ni pun banyak kali baru boleh post..



apsal tah!

Tuesday, March 15, 2011

letih makan..

baru balik malam tadi dari Perlis.. masing2 keletihan.. letih berjalan, letih makan.. letih mendobi.. adehh.. kain baju bertimbun belum habis basuh lagi.. kena pulak dari pagi asyik hujan je.. tapi ok la pokok bunga tak payah siram..

macam2 nak cerita, tapi tak tau nak mula yang mana satu..

nanti la lapang sikit kepala ni aku post entry bersertakan gambar yang sempat aku ambik..





pic di google aje...



*masih dok teringat pulut ayam di Padang Besar.. :D











Saturday, March 12, 2011

minggu makan-makan

mulai hari ini, sekolah dah stat cuti... yeahoo!!! dan program minggu makan-makan pun bermula..penuh bersusun kad jemputan kat atas meja.. bonda siap susun ikut tarikh lagi.. jadinya, sepanjang minggu ni gantung periuk belanga la..

cuma satu je yang tak berapa nak best musim orang kawen ni.. bila banyak sangat makan daging soheh la asik berulang ke toilet.. yang tu la paling tak best tu.. ada orang kata kalau makan banyak daging boleh menyebabkan 'panas' dalam perut.. ye ke? aku pun tak pasti..

plan hari ni, tengah hari pegi jemputan kat dalam taman aku ni.. lepas tu terus cargas ke Utara Tanahair.. apa lagi.. Peghelih laa... tu dia orang sana dok tunggu,.. bunyi telepon tak putus2 dok tanya bila nak mai.. (depa tanya bonda aku laa.. bukan aku pun yang ditunggu..) almaklumla.. masa raya tahun lepas tak balik sana.. so, ini la peluang bonda & adik beradik nak jumpa...

yang pasti karang mesti ada adegan sendu sedan... tu masa baru jumpak.. belum lagi time nak balik ada sekali lagi adegan sendu...

aku akan berada di Perlis sampai hari Ahad.. mungkin pagi Isnin aku gerak balik ke Parit Buntar.. apa pun perancangan bergantung pada keputusan bonda.. aku & en suami ni ngikut aje...

****************

sebenarnya kepala aku ni dok pening2 lagi.. sebab tido tak cukup.. malam tadi tido dekat2 kul 3.. dok perabih nak siapkan bahan untuk ujian LINUS saringan 4.. selama ni aku buat utk BM je.. tak ada apa bahan yang perlu disediakan pun.. tapi tahun ni rezeki aku ngajar Matematik.. jadi banyak la bahan yang perlu disediakan... antaranya kad nombor, dan dadu buatan sendiri...

tarikh nak laksanakan ujian ni lepas cuti le.. jenuh nak kena pulun.. mujur la murid yang nak disoal pun dua orang je.. tapi dek kerana dua orang ni tahap kritikal jugak, maka aku menjangkakan ujian ni mengambil masa dalam 3-4 hari jugak..

apa pun aku harapkan kedua-dua murid ni lepas la ujian saringan kali ni... (macam biasa la cikgu yang gelabah lebih..)





*satu hapa pun belum kemas lagi ni.. macam biasa, aku kumpul barang en suami yang susun dalam beg.. itu kemahiran dia yang aku paling suka... hehehheheh... :P


**takziah aku ucapkan kepada mangsa Tsunami Jepun.. semoga rakyat Malaysia yang ada di sana.. selamat hendakNYA... aminnn

Thursday, March 10, 2011

selesai sudah...

hari ni hari terakhir kejohanan.. alhamdulillah dah pun selesai.. lega sungguh rasa.. esok aku ke sekolah macam biasa..

tadi petang patutnye acara habis awal lagi... tapi dek kerana pihak pengelola dok tunggu ketibaan tuan pengarah Jabatan Pelajaran Perak.. jadi acara yang payut berlangsung kul 2:30 ditunda ke 3:40.. agak2 kalau korang jadi atlet hangin tak? dah penat2 warming up.. alih2 kena tunggu sejam baru leh lari.. mujur la tak ada pengurus pasukan yang buat bantahan sebab acara mula lambat.. sebenarnya pengurus pasukan ada hak untuk buat bantahan kalau acara yang dipertandingkan lambat dijalankan dari jadual asal.. tapi mungkin dek kerana cikgu2 yang mengiring pasukan ni tak tau, tu yang tak ada sebarang bantahan..

apa yang menariknya, acara 80m lari berpagar lelaki & perempuan dimonopoli peserta dari SK Tanjong Piandang... aku memang puji & tabik la pada cikgu yang melatih atlet ni.. teknik larian dorang ni memang hebat la.. tak macam peserta2 lain lari.. asal boleh lompat pagar je.. ada yang langgar pagar.. yang jatuh tergolek pun ada.. sian aku tengok.. atlet yang aku puji ni, dari apa yang aku nampak teknik larian dah macam atlet peringkat negeri dah.. dan yang buatkan aku terpegun.. kedua2nya baru darjah 4.. memang terkejut la.. boleh kalahkan atlet2 yang lagi senior.. dah tu pecahkan rekod negeri pulak tu...

apa pun syabas pada cikgu yang melatih.. caya lah!!...




*dah nama pun pencatat balapan, memang aku tak sempat nak snap pic tadi.. cuma boleh jeling2 manja je dari meja pencatat... sedih tul... :(

Tuesday, March 8, 2011

rehat jap..

dari pagi kat tengah khemah.. khemah kat tepi padang.. lenguh jugak la jejari mulus aku ni dok menulis keputusan rasmi acara balapan...

baru la aku tau tugas pencatat balapan tu cemana.. ingat kan senang je.. rupa2nya boleh tahan renyah jugak la.. ditambah dengan keadaan program yang serba tak berapa nak cukup budget.. (pepaham je la ek..)

ok nak cita sket apa tugas pencatat balapan.. tugas aku ni kiranya antara tugas2 terakhir sebelum keputusan rasmi diumumkan.. pencatat kena tunggu keputusan kedudukan peserta (no 1, 2 atau 3 dan seterusnya..) dah tulis kedudukan peserta.. tunggu pulak keputusan catatan masa... dah siap tulis kena serah kepada bahagian statistik dan juruhebah... banyak kerja kan?

tadi ada 5 acara balapan.. 100m (L & P) kategori 11 tahun dan 12 tahun, 80 m berpagar kategori 11 tahun dan 12 tahun.. nampak sikit je kan?? haaa.. nanti dulu... tiap satu acara ni mempunyai 12 saringan.. setiap kali habis satu saringan pencatat balapan ni kena la tulis keputusan rasmi di salinan borang... hahaha.. cuba kira berapa kali aku nak kena tulis????

ni pun aku singgah rehat kat rumah cikgu sekolah lama aku.. sempat la aku hapdet entry utk kengkawan baca.. (perasan sengat orang dok baca le tu... :P)


ok laa aku nak lelapkan mata jap barang 10-20 minit.. pastu baru gerak ke sekolah balik..




*mujur la dok bawah khemah... tapi dah stanby topi cina kebun.. nak elakkan muka terbakar... hehehe...

Monday, March 7, 2011

entry expresso...

niat di hati tengah hari tadi nak update entry... alih2 balik rumah je langsung tak sempat... sekejap je dah kul 2.. 2:30 tadi ada taklimat pegawai olahraga MSS daerah yang berlangsung 8-10 Mac.. huh! dari pagi sampai petang tuuu.. hari ni baru pegi taklimat, sampai rumah kul 6 tadi dah ngantuk dah mata ni.. esok tatau la cemana gamaknya...


ada masa nanti aku hapdet lagi..




*pening dok selongkar almari, cari t-shirt putih utk esok... adehhh...



UPDATE:


tadi keluar pi supermarket dekat2 rumah ni.. dapat laa t-shirt putih selai.. lagi 2 helai rembat en suami punya.. kira ok le tu...balik sok trus masuk mesin, kemdian rotate pakai sampai hari last sukan...

Sunday, March 6, 2011

Pili Bomba pakai toncet?

tergerak hati nak cuba peraduan Cabaran Foto Pili Bomba Ondscene.. semuanya berlaku tanpa dijangka..

semasa dalam perjalan balik ke rumah dari Puncak Perdana petang tadi, kami singgah di kawasan rehat & rawat (R&R) Sg Perak arah utara.. semua kesejukan dan perlu ke tandas disebab sejuk aircon dan cuaca hujan sepanjan perjalanan..

ketika menunggu bonda & en suami ke tandas, aku terpandang pili bomba ini yang terletak tak jauh dari kereta. langsung teringat cabaran pili bomba En Sham Ondscene.. mujur bateri kamera masih elok.. terus snap 3 pic ini..nak amik banyak2 macam malu pulak ada orang tengok.. dah la kena tahan nafas masa nak snap gambar ni.. sebab bau sampah sarap tu punya la busuk..



walaupun sampah sarap tu berbungkus,
tapi air yang mengalir keluar dari plastik tu sungguh meloyakan...




sekali tengok pili bomba ni macam pakai toncet.. kelakar pun ada.. tapi disebalik kelakar tu aku rasa sedih jugak la bila ada yang melakukan perbuatan vandalisme ni.. tidak ke si pelaku terfikir apa akan terjadi andai kata kawasan R&R ni berlaku kebakaran.. mesti huru hara jugak la kalau keadaan tersebut terjadi..



macam pakai toncet kan??




soheh tak berfungsi pili bomba ni..
tak ke haru biru kalau ada kebarakan berlaku??




nak cerita panjang pun tak pandai.. dan buat julung kalinya aku boleh letak watermark pada gambar... walaupun font yang aku pilih tak cun macam orang lain... tahniah buat diri sendiri.. ;)





*langsung tidak menaruh harapan tinggi, cuma niat hanya untuk menyertai...yang penting tak perlu lengkapkan slogan... :P



sampai hajat...

ahamdulillah.. akhirnya sampai jugak laa hajat nak rasa tat nenas tersohor dari kak AzieAzah.. huh! jenuh bersms dari pagi (dalam kul 11) sampai la ke petang.. (tunggu hp kak Azie siap cas...hehe)..

sebelum terlupa, terima kasih banyak2 pada kak Azie.. susah payah naik turun tren LRT semata2 nak hantar tat nenas tersohor tu.. dah laa dapat jumpa pun kat tepi tangga je.. tak sempat nak lepak lama disebabkan plan asal dah dipinda... suma gara2 rombongan cik kiah (abang dari Puncak Perdana) nak join ikut ziarah Makcik Normah.. tunggu punya tunggu.. last-last sampai pun dah kul 4:30 petang.. janji asal lepas zohor nak gerak..



bukti kami jumpak kat tangga je..
macam berjanji plak baju lebih kurang je kaler... ahaks!




bosan dok menunggu rombongan cik kiah tak sampai2.. akhirnya aku amik keputusan nak try sms kak Azie utk set time nak jumpa kat mana2... memang rezeki dah ditentukan Allah.. dalam dok plan antara jadi dengan tidak.. akhirnya dapat la jugak bertentang mata (cewah! cam blind date pulak) lebih kurang kul 5 petang kat tangga LRT Taman Melati.. hehehe...

nak komen sket... rasa tat nenas tersohor memang mabeles.. en suami sengih tak berenti tiap kali tat nenas masuk mulut dia.. sedap le tu... oleh kerana nak dapatkan tat nenas tu payah sampai kena travel lebih 300km... makanya jumlah hidangan terpaksa dikecilkan.. hahahhaha.. kudukut punya worang... :P







*tadi sembang sat sangat.. nanti laa kita set time boleh jumpa lain kali.. mana tau boleh jumpak kat kg pulak ka... :)

Saturday, March 5, 2011

dah sampai pun...

baru sampai Gombak maghrib tadi.. gerak dari rumah lepas solat Jumaat.. saja la nak ziarah mak sedara yang sakit akibat kemalangan 2-3 minggu lepas.. masa dia baru2 kemalangan tu tak berkesempatan nak ziarah.. ni baru ada peluang & rezeki lebih sikit..

plan esok pagi nak ke Kg Batu Muda... harap2 makcik Normah dah ok laa... khabarnya masa baru2 kena tu langsung tak boleh nak bangun sebab dalam kepala ada spot darah beku akibat terhantuk kepala... dari cerita Pakcik, Makcik Normah ni terpelanting keluar dari tingkap kereta selepas kereta yang dinaiki bersama anak & menantu dilanggar oleh pacuan 4 roda dikatakan dipandu laju oleh seorang apek berusia 70-an.. hish! ngeri aku dengar cerita Pakcik..

apa pun esok laa baru tau cemana keadaan Makcik Normah..




*kalau dapat curi masa jumpa kengkawan pun best jugak ni... ;)

Thursday, March 3, 2011

tu dia.....


dalam dok berjaga2 pun boleh bersawang jugak rumah aku ni... mintak maaf laa.. tak dan nak sapu... ruang tamu pun bersepah... kusyen kat depan tv.. basikal roda tiga dah terbalik kat depan pintu... ni laa baru sempat nak sapu apa yang patut... heheheh... laa... rumput depan pagar tu pun dah tinggi rupanya... iskkk... rumah sapa laa tu haaa...


tu dia.. baru nak kalut... hehhee.. memang tengah kalut pun sekarang ni... almaklum la... budak2 nak periksa aku yang gelabah lebih... takut soalan yang keluar nanti ada yang aku tak sempat ngajar.. nak perabih silibus laa ni... dalam dok pulun suruh depa ni buat ulangkaji ada jugak yang mengelat.. tu yang buat aku gerrrammmmm saja..


............................

update hero kecik.. masih lagi batuk2 + berhingus tak abih2 lagi.. ubat dah masuk botol ke 2.. harap2 minggu ni dah baik la... aku & bonda dok buat spekulasi.. hero kecik demam mungkin sebab nak tumbuh gigi geraham.. aku tengok 2-2 belah baru nak muncul.. tu yang bahagian bawah.. bahagian atas aku tak berpeluang nak tengok... asik merengek je budak tu...

dan spekulasi yang dibuat dek pengasuh yang buatkan aku senyum pun senget je.... dia kata hero demam sebab nak ber'adik'... aduhh... senang sungguh depa ni buat spekulasi... sampai naik malu aku ni.. :P

dah laa.. tak mo laa cita lebih2.. malu seh!!

* minggu depan kena berjemur di padang lagi... huhuhu... makin itam laa muka cek!!!! :((