Tuesday, January 11, 2011

hish! serba salah laa aku pagi ni...

semalam hujan.. sejuk je pagi ni... jadual aku hari ni ada PJ dengan budak2 tahun 2.. aku plak dah siap pakai baju sukan.. baju salin memang aku tak bawak.. memandangkan pekeliling dah ada mengatakan guru yang mengajar PJ boleh berpakaian sukan sehingga tamat sesi persekolahan.. tak macam sebelum ni kena tukar pakai pakaian rasmi... huh! sungguh tak best... dah peluh2 pastu nak tukar pakai baju kurung pulak..

pasai tu laa 2 tahun lepas bila aku dapat je subjek PJ ni.. aku tak pakai baju sukan pun.. (aku tau salah.. ).. nak buat cemana... time aku pregnant mana nak cari sluar track yang boleh muat perut aku tu.. huhu.. lagi satu.. nak bawak perut pun jenuh.. cemana laa aku nak suh budak2 melompat..

yang pasti.. kalau pagi ni cuaca tak mengizinkan, nampak gaya aku sorang je laa bersukan dalam bilik darjah.. huhu..




*rasa2 aku tukar aktiviti mengira ala2 sambil bermain.. mau riuh satu sekolah lagu ni... huhu

2 comments:

azieazah said...

Rasanya, zaman sekarang subjek PJ ni kurang meriah lah. Anak2 Kak Azie pun kurang excited, tak tau kenapa.

Berbanding zaman kita kecik-kecik dulu, kalu dapat senaman dan dilepas ke padang, seronok sangattttt... Cikgu soh buat apa pun sanggup.

Mungkin zaman dulu kita agak terkurung, so bila dapat bebas, rasa excited....

ejaescobart said...

kak Azie,

betoi tu.. budak2 la ni lembik.. tadi ni baru suh main musang dgn ayam.. jatuh tergolek sket dah nangis.. last2 malas nak layan suma masuk kelas... abis cita...