Friday, September 28, 2012

Hilman Yong dah sudah.. sekarang Adam Mukhriz pula ye... :)

Jumaat..

alhamdulillah pagi-pagi lagi hujan turun dengan lebatnya.. Doa di waktu hujan lebat ni antara waktu mustajab doa... dalam hujan lebat pagi ni aku redah jugak ke sekolah.. menghantar hero kecik ke rumah pengasuh.. nama je guna payung.. basah kuyup jugak kami dua beranak.. apa nak buat.. sepanjang minggu ni hujan dari malam bawa ke pagi.. tapi best jugak.. pokok bunga peninggalan arwah Bonda pun tak laa layu.. hujan tu kan rahmat Allah...

malam semalam aku dah berjaya habiskan kisah Hilman Yong dan Intan Zulaikha.. novel kisah kasih sayang.. semestinya berakhir dengan 'happy ending'.. aku suka...

selesai kisah Hilman Yong.. hari ni aku bermula pula dengan kisah Adam dan Hawa.. gara2 penangan Abam Aaron Aziz... sampai ke Jusco aku cari buku dia.. sebab tak sabar nak tau kisah Adam Hawa ni... di rumah belum ada Astro B'yond... dalam proses memujuk En Suami utk tukar Astro.. hehehe.. lagipun seingat aku, aku belum penah baca lagi novel ni...






*macam ni laa aku isi masa lapang bila rasa sunyi... :( 
Al Fatihah buat Bonda yang dah 45 hari pegi mengadap Ilahi..

Monday, September 24, 2012

gigih berusaha menghabiskan "Awak Suka Saya Tak?"

Isnin..


baru mula mengenal Hilman Yong dan Intan... entah bila tamat kisah dua insan ni... sangat best!!!!



setelah baca ulasan kak Azie tentang ASST tu.. buatkan aku pun teringin nak 'masuk' ke dalam ASST ni..

sebenarnya buku dibeli masa Pesta Buku Antarabangsa bulan April lepas.. ini baru ada peluang aku nak baca.. mungkin sebab nak hilangkan rasa sunyi.. jadi buku ni laa jadi mangsa..

terima kasih tak terhingga buat blogger kak Azie Azah yang sudi tolong beli buku ni dan sanggup minta penulis Melur Jelita sain autograf untuk aku... thanks a million sis! :)

dan paling tak boleh tahan.. sampai ke hari ni aku perasan jelita... muahahahahahaha...

aku tak akan mengulas tentang buku ini sebab aku tak pandai mengulas lagipun ulasan kak Azie dah cukup menceritakan kisah ASST ni... klik sini

tak sabar nak habiskan kisah Hilman & Intan.. baru sampai ke bab 36.. banyak lagi nak pulun ni.. nampak gaya aku nak kena stay up le memalam sepanjang minggu ni... hehehehe


Wednesday, September 19, 2012

nak layan Abam Aarom Ajis sambil meronda...






 As salam..


dah lama sungguh tak update.. memang sungguh ber'cinta' rasanya.. apatah lagi idea nak menulis tak berapa nak ada... nak komen isu semasa pun dah macam tak lalu.. tengok laa sikit masa lagi kot2 roh menghapdet dah mai.. aku akan buat kam bek.. (bajet artis laa pulek..)

malam ni nak melayan abam Aarom Ajis kat tenet je..sebab belum ada Mustika HD.. sesambey tu aku nak meronda rumah kengkawan...


daa...











Wednesday, September 12, 2012

Good Luck..



Good Luck!!




buat semua anak2 yang menduduki UPSR.. tinggal sehari saja lagi...

Thursday, September 6, 2012

maafkan saya..

Khamis..


As salam..
bukan tak ada idea nak tulis..
tapi sebab masih mengatur rutin baru..


perlukan sedikit masa untuk sesuaikan diri...







sekian...

Saturday, September 1, 2012

Ya Allah, berikan aku kekuatan... #3


pagi Isnin.. aku tengok keadaan wad agak kelam kabut sebab nurse tukar shift.. aku hanya jadi pemerhati je laa sampai laa keadaan kembali tenang..

doktor datang dalam kul 8.. aku tengok doktor ada buat beberapa test pada Bonda.. mula tu dia cuma panggil Bonda.. Bonda senyap.. kemdian doktor tekan bahagian dada dengan genggaman dia.. masa ni laa aku tengok badan Bonda seakan berikan respon bila doktor tekan bahagian dada dia.. kemudian doktor test mana Bonda dengan torchlight.. kemdian aku tengok doktor tulis repot dalam fail.. dan lepas tu..


Doktor Cina : kakak, makcik ni semakin lemah.. mata pun dah tak bukak.. kalau kakak nak bawak balik pun tak pa.. kami pun tak ada masalah kalau kakak nak makcik terus kat sini..

Aku : tapi dia masih bagi respon kan? .. masa doktor tekan dada dia..

Doktor Cina : kakak, biasanya patient boleh angkat tangan dan tepis tangan bila saya tekan macam ni.. (dia buat demo lagi sekali.. masa tu Bonda hanya angkat tangan.. tapi tak la sampai boleh tepis tangan doktor..)  mata patient pun biasa boleh bukak bila kena tekan.. tapi makcik langsung tak boleh bukak mata..

Aku : yang doktor cek mata tadi tu macam mana? ada respon tak?

Doktor Cina : anak mata makcik dah tak sama dari segi saiz.. semalam kakak tengok makcik boleh bukak mata kan? hari ni langsung tak bukak.. respon pada cahaya pun dah tak ada.. so, saya nak bagitau.. andai kata jantung makcik terhenti, kami tak akan buat (sambil tangan dia tunjukkan macam nak karenkan dada macam dalam drama tu).. ok kakak? kalau kakak setuju.. kakak tolong sain nanti..

masa tu telinga aku je yang dengar apa yang doktor cakap.. tapi sebenarnya kepala aku dah tak boleh nak pikir.. cuma yang aku ingat, aku nekad nak cuba sedaya upaya supaya Bonda boleh sedar macam biasa.. sebab? sebab aku percaya ischaemic stroke ni bukan lah strok yang teruk.. (seperti kata 4 orang doktor lain yang aku tanya..) pesakit strok jenis ini boleh sembuh dengan banyakkan fisioterapi..

lepas aku sain surat kebenaran waris.. aku jadi blank sekejap.. tak tau nak cakap apa.. aku hanya pegang tangan Bonda.. dan bisikan padanya yang dia akan sembuh macam biasa.. boleh ke surau macam dulu2.. boleh sama2 pegi marhaban dengan kawan2 dia.. sebenarnya aku dah tenggelam punca...

aku macam tak boleh nak terima apa yang doktor cakap... dah laa aku sorang je yang mengadap doktor.. kakak dan abang aku yang tiga orang tu tak ada.. (masih di rumah).. masa tu laa aku rasa beban yang bakal aku tanggung memang sangat berat...

sepanjang hari keadaan Bonda tak banyak berubah.. masih sama macam paginya.. ramai saudara mara, sahabat handai Bonda datang menziarah.. terima kasih tak terhingga.. sekurangnya menambah 'kekuatan' pada aku utk menghadapi sebarang kemungkinan... :((

malamnya lepas berbuka.. kakak menawar diri utk menjaga Bonda di wad..

4 pagi, kakak call bagitau Bonda ada respon bila dia letakkan air zam zam di lidahnya.. alhamdulillah.. aku mengharapkan keajaiban dari Allah taala...

***************************


pagi Selasa, aku dengan berat hati bersiap2 untuk ke sekolah... hati aku memang berat + rasa tak sedap hati.. sempat aku singgah jumpak Bonda, aku salam, kucup tangan dia macam selalu yang aku lakukan sebelum aku ke sekolah...

sampai di sekolah aku mintak kebenaran dari guru besar untuk balik awal (dalam kul 10) tapi dia berkeras suruh aku balik kul 11.. aku ikutkan aje..  tepat kul 11 aku dah nak gerak balik.. masa tu la aku rasa mengantuk yang amat sangat.. macam kena pukau pun ada jugak.. sampaikan aku tak boleh nak bukak mata.. masa tu aku teringat kata Bonda "kalau rasa mengantuk yang luar biasa, kebiasaannya akan ada orang nak meninggal" setiap kali dia rasa mengantuk yang lain macam mengantuknya.. 

sampai di hospital hampir 12 tgh hari.. aku tengok Bonda makin lemah.. nafas turun naik agak kasar kalau nak dibandingkan dengan pagi tadi... aku di wad dengan kakak ipar sehingga aku nampak kelibat doktor..

aku jumpak Doktor Lee Wan Yun (aku baru tau nama dia).. dan aku mintak agar dilakukan ct scan sekali lagi ke atas Bonda.. doktor nampak terkejut bila aku mintak macam tu.. lama jugak laa aku 'bertekak' dengan doktor..banyak jugak laa persoalan yang aku utarakan pada doktor... hinggakan terkeluar soalan, berapa percentage yang doktor boleh bagi untuk Bonda boleh recover.. Dr Lee hanya geleng kepala "sebenarnya tak ada kakak.."

ayat2 yang aku tak dapat nak lupa.. "makcik sebenarnya dah tak ada.. dalam bidang perubatan.. yang kakak lihat tu cuma saraf penafasan yang berfungsi.. saraf lain dah tak berfungsi..dalam istilah perubatan.. makcik ni mengalami brain death.."

bagai nak gugur jantung aku bila Dr Lee cakap macam tu.. pada masa tu aku dah tak mampu nak cakap apa lagi.. cuma aku sangat2 berharap Allah berikan keajaiban.. aku memang cuba tak nak percaya pada apa yang Dr Lee katakan.. tak adil pada aku.. hanya berserah tanpa berusaha terlebih dahulu..

sebelum aku beredar.. sempat aku toleh dan pandang Bonda buat kali terakhir..seiring dgn itu dalam hati aku berdetik "Ya Allah, kalau inilah yang terbaik.. aku redha"..

dalam masa yang sama aku terdengar kakak ipar aku jerit memanggil nama aku.. aku patah balik berlari ke katil Bonda.. saat itu aku lihat nafas Bonda dah terhenti.. cuma tinggal nadi yang lemah di tangannya.. sempat aku ajarkan Bonda mengucap dengan penuh berharap Bonda dapat ikut dalam hati...

Dr Lee masih cuba utk mendapatkan tekanan darah dan heart beat rhythm.. aku lihat Dr Lee sedaya upaya menahan airmata ketika maklumkan yang Bonda dah tak ada...bersungguh-sungguh dia minta maaf dari aku..

Urusan membawa jenazah Bonda balik ke rumah hanya mengambil masa 45 minit.. tanpa perlu jenazah dibawa ke bilik mayat mengikut SOP Hospital Parit Buntar.. syukur alhamdulillah.. Allah mempermudahkan segala urusan.. aku baru tersedar betapa besarnya kuasa Allah.. aku hanya hamba yang kerdil yang cuba untuk melawan takdir... Astaghfirullah al'azim....


surat pengesahan kematian pun dikeluarkan bersama surat menggali kubur.. tarikh rasmi Bonda mengadap Ilahi pada 14 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadhan 1433H.. pada jam 15:00..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Kau ampunkan segala dosa kedua Bonda dan Ayahandaku.. Kau cucuri lah rahmatMu ke atas roh keduanya.. Kau letakkanlah keduanya bersama-sama orang-orang yang beriman.. Kau masukkanlah keduanya ke syurgaMu.. Kau kasihanilah keduanya seperti mana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil... aminn.. aminn.. ya rabbal 'alamin...


tangan yang telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang..
yang membuatkan aku sentiasa rindu untuk mengucupnya setiap pagi sebelum ke sekolah... 



*seakan berjanji..
Hjh Khalsom bt Taib kembali kerahmatullah : 25 Ramadhan 1433H
Hj Abdul Rahman b. Abdul Hamid kembali kerahmatullah : 25 Ramadhan 1427H

Al Fatihah... :(