Saturday, September 13, 2014

hadoi!! baru taip separuh dah hilang

Ini laa masalahnya bila nak nak update blog guna smartphone.. tapi tuan dia tak smart pun...


Tadi dah taip berjela boleh pulak hilang.. grrr 😠😠


Ok laa sok2 laa update len...


Tayang sket.. herokecik & boskecik yg jadi salah satu sebab tak berapa nak boleh hapdet blog... 😁😁😁






Thursday, August 28, 2014

will be back!!

As salam...



fuh!! fuh!!!


bersawang...



i'll be back!!



Wednesday, May 14, 2014

unplanned #1

As salam...


Hari Jumaat 2 Mei kami bergerak ke Perlis lepas sarapan.. sampai di jeti Kuala Perlis dah pun pukul 1.. daku beli tiket pukul 3.45 sebab nak bagi laluan incik suami solat Jumaat..


Sempat laa kami ke Kangar singgah rumah Mak Saudara.. daku dan anak2 di rumah manakala incik suami ke Masjid  (seberang jalan je pun)


Selesai makan tgh hari.. kami dihantar oleh sepupu ke Jeti Kuala Perlis.. memang saspen je masa dalam kereta sebab jam dah nak dekat 3.40ptg.. kami masih dlm perjalanan... fuh! Memang berpeluh jugak laa...


Sampai di Jeti.. feri dah nak mula bergerak.. wah..! Kami anak beranak dah rupa mcm peserta amazing race.. huhu


Dah masuk dalam bot masalah nak cari seat laa pulak.. beg2 penumpang dah memang penuh berlonggok depan pintu.. nak lali pun memang sempit.. time dalam hati dok kata.. kalau naik flight kan bagus.. puiiii perasann..!


Seat kami dah diambil orang.. daku dah laa kendong baby.. org yang duduk tu boleh pulak cakap tempat dia pun diambil dek org depan.. sedap2 je suh kami anak beranak cari seat yang tak ada orang .. dengan bagi jaminan org tak ramai naik feri.. malas nak bertekak.. daku panggil budak yang kerja cek tiket... dan dan tu laa orang depan yang amik seat org lain tu kena pindah ke seat asal.. seat depa laki bini tu no 116 sedangkan seat yg depa duduk tu no 75.. pasangan laki bini ni pulak muda belia... mustahil tak pandai baca nombor.. pffftttt...


Ok laa layan gambaq lagi best.. kan?


Pandangan dari depan bilik tempat kami menginap....



Bilik kami menginap di Grand Beach Motel.. terbaikk.. terima kasih pada En. Hatta..



Seberang jalan dari lokasi motel.. makanan ok2 la.. kalau makan ramai2 berbaloi dengan harga.. buka dari kul 6 sampai tgh mlm je.. sampai pukul 1 tak silap..



Naik jugak kereta kabel ni... 


Hero kecik excited nak amik gambaq dengan mesin tebu ni di Kota Mahsuri...



Warung on the way nak ke Kota Mahsuri.. nasik datang terbaek.. memang authentic rasanya... harga sangat berbaloi.. sepingga  RM6



Nasik dagang rendang daging


Nasik dagang lauk ikan tongkol

Pak Malau ni asal dari KL.. area Pandan tak silap dengar.. isteri Pak Malau memang org Terengganu.. itu sebab la nasik dagang ni sedap sangat.. kedai di buka dari pagi dan tutup bila nasik + lauk dah habis.. masa aku nak balik dari Kota Mahsuri masa tu pukul 12 tengok kedai Pak Malau ni dah tutup..

Monday, May 5, 2014

unplanned

As salam...


Hari cuti untuk yang bekerja pun dah lepas.. daku je masih cuti tak masuk keja lagi.. jemu jugak laa asik dok dirumah saja... tapi yg best boleh gomoi #boskecik sepanjang hari.. hehe..


Jumaat, kami anak beranak memulakan perjalanan ke Langkawi.. tak rancang awai pada mulanya.. tetiba rasa nak pegi bercuti.. maka pegi laa kami.. malam sebelum tu baru dok cari tempat penginapan & sewa kereta... call sana sini tanya harga... sambil jari tak lepas dok tekan calculator... hahaha... memang plan gila lah!.. sebelum decide nak ke Langkawi ada 2,3  destinasi dalam list.. antaranya nak ke Cameron Highlands & Lumut.. tapi dapat info dari kawan lama yang menetap di CH cuti hari buruh ni biasanya akan jem.. jadi CH terkeluar dari list..


Alhamdulillah.. urusan untuk dapatkan penginapan & kereta sewa selesai malam tu jugak... Jumaat pagi kami anak beranak bergerak ke Perlis..


*bersambung... boskecik dah mintak ration.. huhu

Thursday, May 1, 2014

bukan semua perkara cikgu handal

As salam..


Semakin lemau nak update entri... sebab baru taip dua tiga ayat dah terbantut idea ilang...



Dek kerana bosan dok dirumah.. dapat la jugak daku memanfaatkan masa yang ada dengan aktiviti mengenyangkan perut..


Al kisah Ahad lepas daku dok godek2 peti ais.. sekali jumpak mentega satu blok yang belum guna lagi.. tgk tarikh luput masih elok.. timbul mentol.. nak buat kek la..


Malas nak gugel daku hantar wasap ke kawan yang sememangnya dok buat bisnes baking membaking ni.. dia pun bagi resepi yang sangat ringkas.. dia pun bagi tau itu laa resepi kek butter paling mudah..


Oleh kerana daku terbiasa dengan slogan saya yang menurut perintah.. daku ikut sajalah seperti yang diberi..

Hasilnya...

Ala ala kek cendawan

Bila dipotong tak rasa mcm kek... tapi macam bengkang.. bila dibuat kajian post mortem.. baru tau cara buat dah silap... daku dah masukkan semua bahan dalam blender... sebab tu jadi mcm bengkang.. memang bengkak laa hati... :((


Hari ni dari pagi daku dah set nak buat lagi sekali.. kali ni resepi daku gugel.. dapat resepi blended butter cake... golongan marhaen cam daku ni mmg laa tak dak mixer so guna blender je la...


Dan hasilnya...

Walah.. menjadi.. kembang dan gebu macam tuannya...hihi


Kembang kempis lobang idum daku arini.. sebab hero kecik puji kemain kek bonda buat sedap... syukur alhamdulillah...jimat bajet kuih raya tahun ni... :))


Saturday, April 19, 2014

baru dua belum sepuluh lagi..

As salam..


Bersawang dah blog ni.. banyak sangat keja nak diuruskan sampai tak terupdate entri.. time menyusu idea sampai.. rasa nak menaip tu laa ada yg menguek.. yg kecik sama.. besaq pun tumpang sekaki.. kesudahnya lupa.. hilang idea bersama hembusan napas tahan sabaq... hahaa


Dah tak lama nak masuk kerja semula.. rasa sayang nak tinggaikan katil yg jadi tempat berkubang anak beranak 24 jam.. haha..


Si kecik dah pandai mandang bila nama dipanggil.. menangis pun dah pandai ada lagu2.. tapi kalau lambat sangat tak diangkat.. memang irama rock laa jadinya.. berserta muka merah padam.. hadoii..

Tapi tu la... time2 nak main.dengan aku kerap tersasul panggil nama... asik nak panggil nama abang.. padahal anak baru dua.. belum sepuluh lagi.

Hai la bonda..



Semoga kedua dua zuriatku ini menjadi anak yang soleh.. amiinn..

Monday, April 7, 2014

terbantut

As salam..


Tajuk macam kena dengan tuan kedaung je kan??.. gelak sikit2 udah laa.. jgn lebih2.. aku terasa tau..!!

Kisah pagi tadi.. aku bangun pagi dengan semangat ibu misaili.. kejutkan anak dengan penuh kasih sayang kendian terus ke dapur selinsing lengan baju...

Jgn laa tak caya aku masak awai pagi.. pagi tadi aku masakkan hero kecik nasik goreng cina yg tak berapa nak cina sebab isi ayam aku terlupa nak bubuh.. haha

Dah siap aku pun deco laa filing2 macam kengkawan lain yg dok buat bento untuk anak.. bento tu apa? Sila gugel. Nak terang pun tak berapa nak reti.. kot satni jadi maksud lain pulak..


Bento bentoven hero kecik



Tiba-tiba..
Balik sekolah je tadi hero kecik bagitau bekal dia tak makan lagi.. terkejut laa aku bukan kepalang sambil beliak mata (kemain drama) hero kecik bagitau cikgu suh makan nasik bungkus yang dibeli digerai. Bekalan tu makan di rumah... 


Apalagi.. angin pusar peringkat ke7 sudah naik kepala.. memang terbantut laa semangat aku... tapi aku tak mau putus asa esok cuba lagi

Chiayok!!!

Kalau mcm tu jugak.. nampak gaya nak kena pi tanya cikgu dia...

Cikgu tanya cikgu?? - komen rakan di FB

Sunday, April 6, 2014

Laa.. ingatkan memang gemuk.. #$/^@*

As salam...


Baru boleh tarik napas lega.. rumah dah siap kemas sejak berbulan bulan mengamalkan inspirasi hutan simpan.. hahaha..


Cuti sekolah yg baru je habis.. adik beradik aku yakni keluarga kakak & abang2 balik ke rumah pusaka ni.. nak tengok anak sedara baru depa..


Kesempatan yang ada aku tak lepas kan.. kami somi isteri rancang nak buat kenduri aqiqah.. maka dalam masa tak sampai seminggu aku dan incik somi memang bertungkuih lumuih hampir belemoih nak uruskan majlis.. dari mencari kamben.hingga ke orang yang nak marhaban..  lelah jugak laa..


Bila niat nak buat benda2 baik ni selalunya Allah permudahkan dari A sampai Z.. entri pasal majlis akan aku up sikit masa lagi... (kunun.. baca boleh percaya pun bulihhh aihh.. haha)

Bila dapat confirmkan segala kambing, katering dsb.. aktiviti menjemput jiran tetangga dan sedara mara pun bermula... bab menjemput sedara mmg aku serah pada abang yang sulung.. jiran2 aku serah pada incik somi.. tak kan aku yg masih dlm pantang nak pi menjemput plak kan?.. dan geng2 pakcik & makcik kawan arwah mak abah aku serah pada pakcik sebelah rumah aku ni...


Panjang benor intro.. belum masuk bab tajuk di atas lagi.. ok2.. nak cerita la nih..
2 hari sebelum majlis aku jemput laa jiran sebelah kiri rumah aku ni.. aku panggey kak leha.. kebetulan dia tgh siap2 nak kluaq kerja..

Dia tanya nak buat aqiqah anak sapa.. aku bagitau laa anak aku.. sekali dia cakap..
'Laaa tak tau pun hang mengandung.. dok ingatkan memang makin gemok...'


Oo itu ja nak habaq.. kbai..


Satu2 gambaq masa mengandung..
@35 minggu


Saturday, March 29, 2014

Pepatah orang tua : nak terberak baru korek lubang jamban

Assalamualaikum



Maaf!

Tajuk entri ada sikit bau.... tu la dia bila otak dah berkarat lama tak menulis sampai lubang jamban pun bleh jadi tajuk entri..


sebenarnya nak bagitau.. aku dah pun selesai isi borang walau aku tau orang lain dah berzaman siap... syukur alhamdulillah aku tak lupa terus untuk mengisi borang ni...walaupun tarikh akhir dah nyawa nyawa ikan.. kalau tidak tak pasal-pasal pulak kena denda.. huhu



 


memang betul laa macam blogger anyss cakap.. kali ni rebat untuk bil jalur lebar tak dak,... ampeh sungguh... penat je simpan bil.. (simpan laa sangatt...) tapi ok laa aku tak kena bayar cukai pun.. dorang yg nak kena bayar balik ada laa... hehe :D


Monday, March 17, 2014

Tangguh

As salam..

Lama sangat nak habis kan episod dugaan aku.. mcm2 hal yg ada.. redho dan pasroh je la...



Harini masuk hari ke 34.. lagi 10 hari abis pantang.. aku masih tercari2 momentum dalam menguruskan diri dan keluarga.. hari ni dah O.K.. esok pulak K.O.. mcm tu laa berganti2... naik pening pikir strategi nak bagi semua urusan lancar..


Apa pun aku mohon pada Allah apa jua urusan aku dipermudahkan.. dijauhkan dari perkara2 yg memudaratkan aku dan keluarga.. amiinn...

Selingan tak ada kaitan dengan entri..



Nasik lemuni dgn sambal ikan talang kering.. rezeki dibawak jauh dari seberang pulau.. tima kasih McK & Iyra..

Tuesday, March 4, 2014

Dugaan bermula #3

As salam..

Entri tergendala berkali2 kerana masih dlm mode menyesuaikan diri.. masih belajar uruskan diri, anak2 & suami sendiri tagnpa bantuan org lain...


Jumaat petang aku gagahkan jugak diri ke klinik kesihatan walau keadaan diri tak berapa nak 'kuat' bergerak..


Sampai je terus bby di bawa masuk ke bilik rawatan.. nurse cucuk tapak kaki cek paras bilirubin dalam darah..


Bacaan paras bilirubin pada masa tu ialah 30.1mg/dL!!.. doktor pada masa tu dah pun sibuk tuliskan surat refer ke Hospital Parit Buntar.. pada masa tu kalau ditanya apa perasan aku.. terus terang aku cakap.. aku
jadi 'blank'.. tak tau apa  yg ada dlm kepala aku.. yg pasti aku tau aku akan masuk ward semula.. dan itu lah perkara yg paling aku tak nak bila sebut hospital kerajaan.. (akan aku ceritakan kemudian sebabnya dlm entri lain..)



Sampai di wad kecemasan.. doktor bertugas terus bagitau bby aku akan di ambil darah di bahagian tangan.. untuk cek lagi sekali paras biliburin.. aku mampu angguk saja..
Tak lama.. result pun keluar.. bacaan 28.6mg/dL.. masih lagi tinggi melebihi 25mg/dL..


Doktor terangkan pada aku paras bilirubin bby aku ni sangat sangat sangat tinggi... kemungkinan akan menjalani pemindahan darah.. Allahuakbar!!! Dugaan apakah kali ini?? Sampai mcm tu sekali serius jaundis anak aku..?


Sesungguhnya mmg aku tak menyangka perkara ni akan aku lalui.. pengalaman lepas.. anak aku dilahirkan tak cukup bulan (31 minggu) dari hari pertama sehingga ke 10 anak aku dipantau oleh doktor di ward SCN..(special care nursery)



Mmg aku tak jangka kali ni anak aku akan dapat jaundis di paras bahaya.. keadaan bby aktif.. menyusu setiap 1 - 2 jam sekali.. aku dok tekan2 dibahagian dahi, dagu, dada pun yg nampak hanyalah warna merah kemerahan.. bukan kekuningan..


Proses nak hantar aku dan bby ke Hospital Taiping diuruskan lepas maghrib.. sampai di wad pun dah hampir pukul 9..  bby aku terus diletakkan di bawah cahaya lampu.. (intensif fototerapi) dengan harapan dapat turunkan bacaan bilirubinnya...


Tapi Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambanya.. bacaan biirubin tidak laa berkurangan malah meningkat menjadi 34mg/dL... Allahuakbar!!


Tanpa melengah masa doktor terus bawak bby aku ke ward SCN.. untuk prosedur Exchange Transfusion (ET) atau tukar darah..



Bawak yang aku maksudkan ialah mengusung baby cot bby aku.. macam tak percaya...kan? 2 orang staffnurse,seorang MO dan seorang Doktor Pakar mengusung bby cot anak aku dari wad bayi ke wad SCN yang jauhnya lebih kurang 300m menaiki jalan berbukit di tengah malam kira2 pukul 12 malam.. sampai mcm tu sekali seriuskah keadaan anak aku??






Saturday, March 1, 2014

Dugaan bermula #2

As salam..


Sambungan..
Rabu 12/2/2014

Bangun pagi pun dah agak lewat.. pukul 8 baru aku tersedar.. letih sangat ber'jaga' tgh malam...ditambah dengan blackout mlm tadi...


Sepatutnya hari ni aku dah mula sesi berurut.. tapi tukang urut pun sibuk jugak dengan mesy Amanah Ikhtiarnya.. esok laa nampak gaya..


Pagi hari ke 3 bersama insan tersayang.. tak terasa sakit bersalin bila tgk wajah kesayangan hamba... tapi terdetik jugak rasa dihati kenapa kulit baby merah sangat.. makcik makcik jiran yang melawat pun ckp benda yang sama.. masing masing hairan.. ada yg cakap mungkin kulit nak jadi putih macam anak cina sebab tu jadi kaler merah dulu.. hmm ntah laa.. aku pun tak tau.. dah tak berapa nak amik kisah..


Tapi dalam pada tak kisah tu aku dok buat jugak laa aktiviti mengesan jaundis.. sambil2 menyusu aku tekan2 kulit baby.. tak nampak macam kuning pun.. sebab bila di tekan merah jugak jadi kulitnya.. bertambah2 hairan aku laki bini.. baby pulak aktif ditambah bangun menyusu sejam sekali..


Dan persoalan aku terjawab pada hari Jumaat bila pihak klinik kesihatan di kawasan rumah aku ni mula telefon mintak aku bawak baby ke klinik..






Tuesday, February 25, 2014

Dugaan bermula #1

As salam...


Sambungan entri lepas..


Balik dari KPJ pun dah lewat.. nama aku dah di 'potong' sejak pukul 11.30 pagi 11/2/14.. tapi disebabkan tunggu doc pedriatik untuk check baby.. jadi kami dua beranak discharge dari wad time Maghrib..


Dek lapar menunggu masa nak balik.. (dinner dah tak de masa kat wad).. dalam perjalanan nak balik ke rumah tu sempat laa incik somi singgah kedai tomyam belikan nasik putih + ayam goreng kunyit utk aku.. jadi laa utk lapik perut dari dibiarkan kosong.. sampai rumah dah sangat lewat - 11.00 mlm.


Tgh malam dalam 2 pagi mcm tu tetiba pulak rumah aku blackout.. Allahuakbar.. time ada baby kat rumah laa nak blackout pun.. mujur laa ada incik somi.. dia laa yg carikan lilin.. (aku ni fobia tempat gelap).. kalau laa tinggai aku dgn anak2 je.. hish tak dapat nak kubayangkan..


Blackout tak lama.. dalam 40 minit macam tu.. syukur alhamdulillah.. tidur ku lena walau tak senyenyak mereka dua beranak..






Wednesday, February 19, 2014

Alhamdulillah selepas 5 tahun

As salam...


Lama menyepi... menghitung hari pun ada.. menyusun jadual rutin baru pun ada.. sebetulnya aku lebih banyak berehat di rumah sampai mood nak up entri baru pun sampai ke laut dalam...


Alhamdulillah Isnin lepas 10/2/2014 aku dah selamat bersalin baby lelaki... syukur padaNya segala urusan dipermudahkan...


Anak kali ni cukup 37 minggu @ 9 bulan.. lahir secara normal.. dengan berat 3.06kg.. Subhanallah tak sangka sampai cecah 3 kg.. sebabnye 2 minggu sebelum tu doc scan baru 2.5kg..  tak kisah laa berapa berat pun.. yang penting dah selamat... terima kasih buat Dr Fawziah & staff nurse KPJ Penang yg sama2 membantu aku pada malam tu..


Masa tunggu giliran nak check bukaan sebelum ke labor room..


Lokasi yang menjadi saksi... saspen masa mula2 sampai..


*aku balik ke rumah keesokan harinya.. dah bermula lah dugaan buat aku dariNYA.. akan ku ceritakan di entri seterusnya.. insyaAllah...

Sunday, February 9, 2014

MIMPI

As salam..


Petang tu semua org berkumpul depan taksa.. masing2 berborak dengan macam2 topik yang ada.. ada yg datang jemput anak.. ada yang saja2 singgah nak tanya khabar kawan2...


Suasana petang tu agak berangin.. dengan cahaya matahari kelihatan seperti dah nak senja.. sedangkan baru lepas azan Asar..


Masing2 masih rancak berbual.. tak ada sapa pun hiraukan keadaan matahari itu... sampai la ketika matahari seakan tenggelam.. kedengaran riuh pekik suara orang.. masing2 terpinga pinga.. tak tahu punca apa yang dah jadi...

Sekelip mata suasana jadi gelap gulita.. segelap gelapnya.. ibarat malam yang tak ada bulan tak ada bintang... suasana sunyi seketika... kemudian terdengar suara orang berteriak.. hari ini hari terakhir matahari muncul... esok matahari akan muncul di sebelah barat!!


Ya Allah!! Hari dah nak kiamat?!! Pintu taubat dah tertutup?!!.. apa dah jadi ni? Masing2 yang rancak berbual tadi menangis.. meraung.. meratap... rasa bersalah.. rasa menyesal.. ada yang merintih menyesali kerana belum sempat solat Asar..


Aku menangis mengenangkan bayi yg masih dlm rahim... belum sempat kenal dunia tapi ini yg terjadi..

Perasaan sangat takut.. takut matahari tak akan muncul lagi...Ya Allah selamatkan hambaMu ini dari api neraka...


Semoga apa yg aku 'alami' jadi petunjuk & hidayah buat ku.. amiinn..


Sunday, January 26, 2014

AJL 28

As salam..


Diam tak diam dah 28 tahun Juara Lagu di TV3... seingat aku dari zaman sekolah.. siaran langsung Juara Lagu @ Muzik-Muzik ni memang sangat2 ditunggu.. zaman aku sekolah bukan ada astruk.. kiranya TV3 je laa stesen paling canggih zaman tu..


Bermula dengan Juara Lagu 86.. masa tu Francisca Peter pakai baju kurung moden je... dengan lagu sekadar dipinggiran.. masa tu betoi2 macam tgk konsert.. sebab guna orkestra.. penyanyi pun menyanyi live.. guna wired mic lagi..



Kendian era Juara Lagu 90 an... zaman rock.. Juara Lagu dimonopoli kumpulan rock.. sampai ratu rock Ella protes mintak asingkan kategori... masih ingat zaman Search & Wings berentap masing2 dengan gaya tersendri.. Awie dengan gaya dandan rambut ala2 dreadlock yang tak berapa jadi.. tapi aku mmg suka tgk klip rambut kaler kaler dia.. sanggup rambut masa tu sebab nak buat gaya rambut Awie... hahaha gilos punya fanatik...


Lepas pada zaman 90an aku dah tak berapa nak ikut sangat Juara Lagu.. tengok time final je laa.. minggu2 memang tak ikut.. masa tu kemuncak lagu2 puitis M.Nasir.. 2 tahun berturut2 jadi Juara.. memang terbaek....


Dah tu zaman kemuncak Siti Nurhaliza.. lagi laa aku tak berapa nak layan.. sebab zaman tu masing2 penyanyi perempuan suara + lagu lebih kurang sama je.. tak dak satu pun yang aku rasa unik.. (pada aku laa.. org lain aku tak tahu..)


Dan malam ni malam kemuncak tahun ke 28 Juara Lagu.. aku rasa Juara dapat kat Black la kot.. Takkan Terpisah.... sebab aku sukaa sangat lagu ni.. haha.. itu je alasan aku.. lagi pun aku tak tau lagu apa yang masuk final... hehe :P


Gud Luck to you Black.... Takkan terpisah....  lalala..

35 minggu.. semakin berat, sarat..

As salam..



Hari ni genap 35 minggu.. penat semalam kena pegi sekolah tak abih lagi.. bukan main kena kerah disebabkan jemaah nazir nak melawat sekolah.. gara-gara sekolah tercalon untuk baiah (tawaran baru).. nak lebih tahu.. sila tanya pakcik gugel ye.. ;)



Jumaat lepas aku ke hospital lagi.. folow-up lagi dengan Dr Fawziah.. doc jangka lagi 2 minggu aku akan bersalin.. pap!! Tepuk dahi.. due date mcm jauh lagi je... hadoii.. brg budak ada lagi yg belum beli.. pap!!! Tepuk dahi lagi...


Mesti ada yg nak tanya kenapa tak guna barang hero kecik dulu... 5 tahun lepas lahirkan Ammar dlm keadaan tak sedia apa2 barang.. dia keluar ke dunia ni masa kandungan aku 31 minggu... serba serbi tak cukup.. tapi masa tu arwah Bonda ada.. dia la yang carikan barang yg tak complete tu.. lagi satu baju2 masa bayi tak banyak sebab Ammar dulu hanya sebesar saiz botol mineral 750ml ..!



Pic tak ada kaitan dengan entri... gagahkan jugak masak walau diri semakin berat semakin sarat...


Sunday, January 19, 2014

semua kehendakNya.. hidup kita ibarat pasang surut air laut...

As salam...


Tajuk entri tak boleh belah.. kemain panjang... rasa cam tak dak kena mengena ja... hantam saja la.. janji ada tajuk... :)


Hari ni tak seperti dua hari yang lepas... sejak dari Subuh aku batuk tak berenti.. lepas solat baring  sekejap.. namun tak membantu sampai senak perut rasa...


Sudahnya selambak muntah di bilik air... rasa mcm nak tercabut urat marikh.. tak tau laa mana silapnya sampai teruk sangat batuk.. tak pa laa dugaan Allah nak bagi.. tanda Dia sayangkan aku... alhamdulillah....


Hari ni tak ada sesi masak memasak... cuma buat nasik goreng hantam sajalah.. cukup laa untuk incik somi makan dgn anak terunanya... aku?.. makan kuih kasturi a.k.a cucuq kacang je yg incik somi beli di pasar on the way balik kerja... cukup laa untuk lapik perut...


Petang sebelum nak ke tempat kerja incik somi belikan nasi ayam... itupun sebungkus kongsi berdua dengan hero kecik.. jadilah dari tak makan langsung..


Harapan utk esok, aku kembali bertenaga utk laksana tugas di sekolah... semoga aku terus sihat... ammiin....

Friday, January 17, 2014

bila cuti, masak, makan dan makan lagi....

As salam..


Cuti umum kali kedua dalam bulan Januari... tak berniat nak kemana-mana pun pada asalnya... tiba-tiba ajak incik somi memenuhi hajat misi pencarian stok makanan....


Memandangkan CNY minggu depan.. mesti bekalan protien yg segar payah nak dapat... kalau ada pun yang frozen je..


Misi kali ni ke Sg Udang, Pulau Pinang... sempadan dengan negeri Perak... masa perjalanan dari rumah lebih kurang 30 minit...

Sampai di lokasi dalam 10.30.. memang masa yg tepat.. sebab bot2 nelayan baru sampai di pangkalan... nampak ramai jugak org yang berhajat mcm aku.. (pic tak amik.. sebab dok seriau lantai licin & basah)


Hero kecik insan paling teruja... dapat tengok bot2 nelayan, ditambah dapat tgk ikan2 besar yg masing lagi bernyawa..(soheh la nyawa ikan ye dak?)...


Pengalaman baru jugak bagi aku..sebab seumur hidup tak pernah pun berada di lokasi mcm pagi tadi... hajat nak beli udang, sotong, ketam & ikan dipenuhi.. alhamdulillah.. aku dapat tahu harga ikan agak tinggi minggu ni berbanding minggu lepas.. rasanya minggu depan lagi tinggi.. sebab tokan2 ikan ni nak bercuti raya...


Ketam RM25, udang sekilo RM36, sotong sekilo RM15, ikan je tak ingat berapa rega.. suma sekali RM120.. kalau beli di pasar lebih dari rega yg aku bayar tadi..


Balik je terus operasi siang menyiang.. aku amik bahagian siang udang, sotong, ketam.. incik somi siang ikan... siap masak pun dah pukul 3 lebih... 


Hasilnya.. masakan tu tak laa sedap mana pun.. tapi sebab semuanya segar dari laut.. 'manis'nya memang terasa... syukur alhamdulillah rezeki Allah bagi hari ni... :)


Sunday, January 12, 2014

I follow, u follow?

As salam...


Teringat gurauan rakan blogger di grup FB malam tadi.. tetiba terasa cam nak jadikan modai entri hari ni... hehe..



Masa aku mula-mula nak kenal dunia blog ni.. jenuh singgah merata blog orang.. baca macam-macam jenis entri.. dari perihal masak makan, jalan-jalan makan angin, gosip-gosip artis.. tak kurang jugak ada yang sanggup up entri ala-ala majalah mangga...


Dan aku hanya akan tinggalkan jejak kalau aku rasa nak komen.. kadang tu tak tau nak komen apa.. tak kan nak komen.. hehehehe... hahahahaa... saja kot kan??


Dan masa tahun 2009 tak silap.. banyak jugak laa jejak yang ditinggalkan dek blogger-blogger baru.. ayat  wajib.. "i dah follow u, u follow blog i pulak ok?"... aku try singgah tgk ada dlm 1,2 entry je.. nak follow apanya?..



Pada aku  la kan.. lebih baik laa aku copy link blog tu tempek kat blog aku dari aku follow.. sebab kadang tu org yg aku follow tu pun aku tatau blog dia hat mana satu.... bila link dia ada, lagi mudah utk aku follow baca daripada aku klik follow saja... iye dak?


Masih ada lagi 2,3,4,5 kengkawan blogger yang blognya aku tak sempat nak follow + copy link.. nanti2 laa buat.. mood aku pun pasang surut jugak la ni... huhu  jadi.. mahap kan lah diri aku.. :D

Saturday, January 11, 2014

makin berat makin sarat

As salam..

Baru ada mood nak update entri.. masih tercari-cari momentum dalam menguruskan tugas-tugas harian..


Masuk minggu ke 33.. semakin berat rasa nak bawak diri.. ditambah dengan 2,3 perkara yang belum selesai (macam lebih pun ada nih..)


Hari ni rutin 2 minggu check up di hospital.. alhamdulillah.. semuanya ok.. check MGTT (gula dalan darah).. alhamduillah bacaan normal.. terhindar dari diabetis... syukur sangat.. tapi tak bermakna boleh belasah makan benda2 manis lepas ni...


Berat baby pun dah bertambah.. kalau dua minggu lepas baru 1.6kg (anggaran).. hari ni berat dah cecah 2.25kg.. syukur aku panjatkan padamu Allah.. aku mohon segala urusan melahirkan umat Muhammad ni dipermudahkan.. amminn..


Penutup rasa lega dan syukur hari ni belanja anak & suami makan ikan je... alhamdulillah sekali lagi rezeki Allah bagi.. masing-masing kenyang makan ikan, udang dan sotong di pasar ikan manhattan... pic memang tak ambik...karang ada yg cakap aku riak pulak...


Rutin malam sabtu.. layan Masterchef All Stars.. semalam langsung tak boleh bukak mata utk layan Maharaja Lawak Mega 2013.. tunggu ulangan saja lah...




Sunday, January 5, 2014

entri tengah malam..

As salam....


Ini bukan entri berjadual..  tapi disebabkan tak boleh tido makanya taip jugak laa entri barang sebaris dua... (konon!!)


Dah tido sebenarnya dari pukul 10.30 tadi.. sebenarnya baru lelap.. belum nyenyak.. nak lelap tu pun aku dah ambil masa lebih setengah jam.. jenuh pusing kiri dan kanan nak dari posisi yang selesa... mana tak nya perut makin besar keselesaan memang amat payah nak dapat dalam fasa terakhir ni... ditambah pulak batuk yang belum tunjuk tanda-tanda nak hilang...


Dalam pada aku sedap terlelap tadi.. hero kecik pulak bangun dalam esak tangis.. sebab sedih kena tido kat bawah bukan kat ateh katil.. mula melarat buat2 nak muntah.. memang menduga kesabaran betul.. bila keadaan dah terkawal.. dia pun dah sedap berdengkor saat aku dok taip entry ni.. aku pulak amik giliran batuk sampai senak rusuk kiri dan kanan..


Satu hal lagi.. lengan sebelah kiri masih rasa sengal bekas injection kancing gigi petang semalam.. pantang tersentuh.. mmg rasa nak menangis.. (manja kan??) Sila muntah pelangi ye.. harap2 esok dah hilang rasa sakit tu..

Dengkoran budak kecik ni makin rancak.. memang jeles aku dengar.. ada baiknya aku sama2 sahut dengkoran dia... selamat malam!!

Saturday, January 4, 2014

sekolah dah mula, kena pulun buat kerja..

As salam...


baru dua hari sesi persekolahan 2014 bermula.. pagi Khamis dikejutkan dengan insiden siling makmal komputer runtuh.. terpelohong nampak awan yang membiru... aku tak mau komen tindakan orang atas.. sebabnya memang hampeh... betul-betul memalukan.. nama je sekolah band 1 tapi prasarana tak macam tu pun..

nanti aku tempek gambaq siling makmal tu... semalam tak sempat nak amik.. almaklom pergerakan aku sekarang dah cam ibu penguin lambat betoi bila bergerak...

Wednesday, January 1, 2014

Tahun baru azam baru?

As salam..

Fuh!! Fuh!!! Bersawang nya blog... maklom laa setahun baru nak update.. hehe

Bila sebut tahun baru.. masing-masing nak cita @ tanya  azam baru.. pada aku sama je macam tahun-tahun lepas.. apa azam tahun lepas? Sama je cam tahun sebelum tu.. huhihuhi.. sengal!!..

Kepada kawan-kawan guru di Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu.. selamat kembali ke sekolah.. mesti rasa cam tak berapa best kan? Hari ni sekolah kemudian Jumaat cuti... hehe saja je nak bagi panas hati...

Yay!! Aku pulak tak sabaq nak pi sekolah esok.. Eh! Pensel belum asah aaa.. :D