Sunday, December 30, 2012

Jenayah tak mengenal lokasi..

Ahad..


manusia sekarang makin rakus.. tak mengenal erti perikemanusiaan... macam-macam kes kita dengar @ baca yang dulu memang tak penah dengar.. kalau kes rogol pun jarang-jarang nak keluar dalam berita.. tak macam sekarang..


tempat aku tinggal pun bukan lah pekan besar.. jauh sekali bandar raya.. masih tak terlepas dengan kes-kes jenayah.. sebelum ni kes ragut.. mangsa baru keluar kereta nak melintas jalan pun boleh jadi mangsa..

makcik tua pun boleh jadi mangsa.. penjenayah menyamar konon kru rancangan BersamaMu nak buat tinjauan kesusahan mangsa.. bila dah dibenarkan masuk rumah lain pulak jadi nya.. ada yang sampai trauma sebab teringatkan saat pisau diletakkan di leher oleh penyangak durjana tu..

terbaru kes rompakan kedai emas di Pusat Bandar Parit Buntar.. kejadian berlaku tengah hari.. perompak sempat lepaskan tembakan ke tayar kereta polis sekaligus berjaya lepaskan diri.. memang licik.. pasti perancangan dah di buat dah lama. dikhabarkan perompak datang berempat.. dua masuk ke kedai sorang tunggu di luar premis.. yang sorang lagi driver..

aku sempat share pic yang di snap oleh seorang bapa dari kawan aku yang ada di kedai berhampiran (selang dua pintu dari kedai emas) di FB.. tapi tak sempat nak post dalam entry..

aku berdoa agar warga Parit Buntar sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dari sebarang musibah.. aamiin..




*salute dengan pakcik yang berani snap pic ni.. walaupun dari dalam kedai.. kalau aku di tempat kejadian memang duduk menyorok dah..

Saturday, December 29, 2012

Ouch!

Sabtu..


tak bleh nak taip banyak..
sakit woo...
habuan tercepit pintu keta time cari baju skolah hero kecik siang tadi...







 


*:'(

Monday, December 24, 2012

lega

Isnin..


sejak kejadian aku mendapat panggilan telefon tu.. hati memang tak senang.. dok pikir apa laa agaknya si polan akan buat dengan no hp aku.. adakah dia akan pas merata2? ke dia nak menyonteng kat dinding jamban macam orang yang tak cukup akai tu? hadoii.. memang boleh pitam kalau betoi semua tu...


dan hari yang sama (Sabtu) hp aku memang tak putus terima panggilan dari nombor yang agak pelik ~ sebab aku tak pernah nampak nombor tu... dan pastinya satu panggilan pun aku tak jawab..

alhamdulillah.. semalam dan hari ni dah tak ada lagi gangguan.. syukur alhamdulillah... :)



*lega..

Saturday, December 22, 2012

terganggu emosi..

Sabtu...

sebelum2 ni ada sorang bapak kepada ex-murid saya dok call kat hp.. punca boleh dia dapat no hp sebab ada cikgu bagi.. konon nak settlekan hal data murid.. mula2 tu memang laa call sebab borang data yg dia belum hantar.. alih2 sampai kul 2-3 pagi dok call apa kejadahnye... kan? (sy tak pernah jawab sejak itu)

sebelum cuti sekolah dapat berita bapak murid ni dah pun meninggal sebab eksiden.. (serius rasa lega sebab dah tak der orang nak ganggu)..

tapi tadi masa dok sibuk siapkan anak ada pulak  call masuk.. silap sendiri tak tengok nombor pemanggil terus je jawab.. rupanya si anak pulak call.. apa dia nak pun saya tak tau.. tanya berkali2 idak pulak jawab..

lepas pada tu ada pulak miscall dari nombor yg saya tak kenal.. huh!! boleh bikin migrain balik saya kalau terus terusan lagu ni... hishhh...

*apa patut saya buat? tukar no hp? dah berpuluh tahun guna... nak tukar pun bukan mudah nak inform kawan2. rakan taulan & jugak downline...sungguh terganggu emosi tetiba... :'(

Sunday, December 16, 2012

today is the day..

Ahad..

hari yang ditunggu tunggu dek warga rumah ni.. majlis kahwen yg terakhir utk waris Hajah Zainab bt Tamin..

the pelamin..

*sila abaikan objek yang sibuk melastik cicak di syiling..


Saturday, December 15, 2012

jangan diharap padi seberang...

Jumaat..

macam skrip filem Nordin Ahmad plak aku rasa tajuk hari ni..

sapa boleh tolong sambung pepatah?.. (dah tak ingat.. tak nak mengaku tak tahu.. hehe)

pagi ni singgah rumah jiran yang lebih ramah lebih mesra dari sedara sendiri..

sekurangnya ada jugak air untuk basahkan tekak.. Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya..


Friday, December 14, 2012

balik kampung

Jumaat..

cantek tarikh har ni.. 1.2.34 = 1 Safar 1434H..

hari ni jugak le aku baru gerak nak balik kg en suami.. orang lain dah puas bercuti + jalan2...

bosan dok dlm keta nak tunggu lagi 4 jam... tolong!!!...

tak dak pemandangan yang menarik nak di snap... huhu


Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 ~ ramai orang kawen tahun ni...

Rabu
cantek ke tarikh ni? ok laa pada aku... macam tahun lepas aku sambut besday 11.11.11... tak le teruja melampau cam orang lain..


dan aku pasti hari ni jugak ramai orag yang melangsungkan perkahwinan.. tak kurang jugak yang menimang cahaya mata.. (kes operate or induce) boleh laa pilih tarikh ni.. yang dah memang sakit na bersalin dari semalam toksah dok tahan2 lagi laa ye.. itu hilang aka namanye...


hari ni aku nak meneruskan projek mega.. kali ni aku beli acuan yang lebih kukuh berbanding yang aku pinjam hari tu.. (kalau patah jugak aku tak tau nak cakap apa la... ) haha memang ganeh laa bak kata kak AA...:D

 
hari ni gantung piyuk.. sebab guru besor buat majlis kahwen anaknye... idak le aku masak...



hasil kunjungan kami...

pantang

Rabu malam..

dulu orang tua-tua selalu kata camni bila nak marah.. 'pantang sungguh aku.... bla bla bla...'

kadang tu cam tak masuk akal pulak dia punya 'pantang'... agaknya kalau terlanggar 'pantang' tu cemana la ye...

kali ni aku pun nak cita pasal ke'pantangan' aku... err.... mohon suma jangan jerebu ye... aku belum lagi bersalin..

aku pantang bila orang hantar sms atau apa2 jugak ayat yang menggunakan tanda ini ---->   !!!!!

huh.. ! kena pulak dia taip guna caps lock.. pastu tanda !!! tu kemain banyaknya.. memang tak boleh terima... KECUALI dalam keadaan ayatnye tu kisah perkara2 gembira ala2 macam dia menjerit gitu..

 tapi kalau bab2 melawak @ ayat sindir menyindir.. memang aku tak boleh terima... walaupun aku terima sms macam tu kat hp.. memang aku tak layan laa sms macam tu..





*entry yang tah hapa2 tak der sangkut paut mana2 individu pun.. cuma nak lepaskan rasa tak pueh ati je ni...

masak tempoyak pucuk ubi kayu.. ~ edisi frust

Selasa..

semalam petang pegi beli durian dengab en suami.. dalam kepala otak dok bayangkan isi durian yg memag cun..mcm kakak2 blogger dok tayang dlm fb..

tapi memang frust bila apa yg dihajati jauh menyimpang.. ada tu dapat yg putik pun ada.. mcm nak pulangkan balik je putik dereyan tu pada tokey dia...dah laa sampai luka2 tangan masa nak bukak dereyan tu... :'(
lepas ni mmg aku tekad nak bawak bekas je bila beli dereyan.. suh je tokey tu yg bukak kan.. baru tau isi elok ke tak elok...

kesudahnye aku beli tempoyak dalam bekas tipuware kecik dengan rega 4 hengget... dah tu buntu pulak dok pikir nak masak apa..jenuh google...

last2 buat masak tempoyak je.. daun ubi kayu je yg ada pun.. lain2 daun tak jumpak... pastu aku beli biji petai sepeket.. nah!! amik kau... jenuh harun laa bilik air seminggu dua ni...


 
terus dari kuali... sila abaikan rupa kuali pusaka ini... 

resepi masak tempoyak versi aku (serba tak cukup bahan..)

ikan bilis segenggam (ikut genggaman tangan memasing ye.. ) ~ cuci dan ketepikan
pucuk ubi kayu secekak (ikut saiz tangan jugak..) ~ sebabkan maleh nak tunggu lelama aku rebus dulu kendian racik halus.. amik daun je tau...
tangkai tak mo.. (tapi aku pi bantai potong jugak.. geleng kepala en suami nengok.. hehe)
serai 3 batang ~ racik halus..
biji petai secekak ~belah (kalau nak banyak pun boleh.. tak dak masalah..)
cili padi 5-6 biji ~tumbuk lumat..
kunyit hidup lebih kurang seinci ~tumbuk lumat
tempoyak 4-5 sudu besar ~ aku taruk satu bekas yang selalu orang juai jeli kelapa kat kelantan tu... 
santan secukupnye ~aku guna santan kotak je.. (saiz kecik)

masukkan ikan bilis + bahan yang ditumbuk + santan dalam kuali.. 
kacau rasa.. tunggu sampai mendidih kendian masuk serai + petai... 
agak petai hempuk masukkan daun ubi kayu + tempoyak..
 kacau lagi sampai agak pekat...kepekatan ikut cita rasa sendiri..
kalau tempoyak jenis masam tak payah letak asam keping..
seimbangkan rasa masin, manis, dan masam ikut citarasa sendiri...
makan dengan nasik panas..tapi 
kalau nak makan dengan nasik sejuk pun tak dak sapa yang marah...hehehe





Wednesday, December 5, 2012

projek mega bukan projek megah....

Selasa..

entry semalam tapi hari ni baru nak publish.. kira aci le ek?..
 
hero kecik masih belum sihat.. batuk + selsema dok ada lagi... melarat dengan tukang ngasuh a.k.a aku le tu..

hari ni aku dah tak mau minun ubat batuk yg doktor bagi...bukannye apa.. minum pagi tapi boleh tido sampai ke petang.. mana maunye.. (bak kata usop wilcha)..

aku teringat pulak projek yg kak AA buat hari tu.. konon nak bereksperimen dengan mencuba resepi yg aku google....

kulit pulak aku try resepi yang paling mudah.. tapi tu laa aku terlupa pulak link dia.. mintak maaf ye...
tayang-tayang...

 
excited sangat nak meng'karipap' sampai patah... ganeh tak??? hehehe




 
  konon nak buat prozen.. tapi tinggal banyak itu je...





terus dari penapih... klasik tu.. lagi tua umor dia dari umor aku... ;)




versi jarang-jarang jumpa.... bukan karipap.. 
tapi tirampap @ kerangpap... hahahaha...



*mujur laa mak mentua dok jauh.. kalau dia tengok.. mau nye aku serkup kepala dengan tudung saji laa jawabnya... malu seh!! (bak kata orang Singahpoh)

Monday, December 3, 2012

perginya tak kan kembali.. AL FATIHAH buatmu sahabat.. ~~mood nak nangis..

Sabtu..

rasa berat hati nak ke padang yang besar... tapi dek pujukan hero kecik aku gagahkan jugak.. ye laa hidung aku dah tersumbat tekak pun dah mula rasa sempit... memang rasa tak seronok nak jalan pun..

dalam perjalanan, rasa jantung bagai di sentap sekejap.. depan mata sendiri aku lihat kemalangan yang jugak nyaris melibatkan kami anak beranak.. di lorong sebelah kanan, sebuah van hilang kawalan cuba mengelak dari melanggar kenderaan di depannya aku nampak keadaannya ke kiri dan ke kanan sebelum berhenti.. berhenti sebab di langgar dek kereta honda yang berada di hadapan kereta aku.. en suami sedaya upaya brek untuk mengelak dari melanggar belakang honda tersebut.. aku pulak memang berserah pada Allah bila nampak myvi dari belakang meluru.. tapi myvi di belakang tiba-tiba berhenti.. bila aku toleh aku nampak myvi tu dah kena langgar dengan sebuah lagi honda.. alhamdulillah kereta kami yang berada di tengah-tengah selamat tak ada apa2 yang berlaku..

hati semakin berat.. bila teringatkan insiden tersebut.. sebab nak hilangkan rasa terkejut aku layan FB di henfon.. ingatkan memang boleh hilang laa raa terkejut.. tapi bertambah dengan satu lagi berita sedih dari status rakan FB.. sahabat aku sejak kecil kemalangan di Kuala Kangsar.. di khabarkan anaknya yang baru 1 tahun 5 bulan meninggal dunia... sepanjang perjalanan aku mengikuti info yang kawan-kawan update..

Allah lebih mengetahui segala-galanya.. sahabatku kembali ke rahmatullah lepas 3 jam di masukkan ke wad ICU..

nak tulis panjang2 tak dapat nak tahan air mata.. aku hanya mampu panjatkan doa agar rohnya di himpun bersama para solihin.. aminn.. ya rabb..


*ada keluar berita kat SINI..


Saturday, December 1, 2012

peneman setia..

Sabtu...

letih uruskan 2-3 perkara semalam buatkan badan rasa cam nak demam.. bukan banyak pun urusan.. tapi sebab semalam hari Jumaat.. urusan tengah hari di bawak ke petang (lepas solat Jumaat)

hero kecik pulak demam.. bapaknya pun sama.. aku je masih bertahan.. namun apa daya aku.. dari tgh mlm semalam hampir sesak nafas... hidung tersumbat.. dah tu mcm paip air bocor.. meleleh sampai kena sumbat dengan tisu..

oh! tidakk... dengan hidung meleleh cenggini.. nampak gaya plan nak bermain main ke padang yang besar tak dapat laa hari ni...

jadi peneman setia aku hari ni dia ni laa.. ini dah kotak kedua.. huhu 


Thursday, November 29, 2012

bila anak pahamkan maknye..

Khamis..


tadi lepas solat Maghrib kami dua beranak tengok laa tv.. asik2 berita yang sama.. sudahnya kami tukar ke channel TV7... tengok laa rancangan Just For Laugh GAGS Asia...



biasanya rancangan ni lebih kepada mengena orang awam dengan pelbagai kaedah... kadang tu agak melampau pada aku... tapi dah nama pun rancangan omputih.. lantak dia laa..

tetiba heri kecik bersuara...

HC : alaa.. dia tu lawak-lawak jaa.. dia buat tipu-tipu..
Aku : tipu tu apa...? 
HC : tipu tu silap.... silap tu mahaf (maaf)... mahaf tu sowi.. sowi tu.. owh-o.. paham??
Aku : er.. paham cikgu..



*rupanya macam tu pahaman budak 3 sengah tahun..

Sunday, November 25, 2012

Cik Paris Diva Kampung ~ buat aku tersengih..

Ahad pagi..


sambil dok tunggu Apek lalu belakang rumah.. sempat bersoal jawab dengan akak-akak yg budiman di'bilik' sana tentang resepi asam pedas daging...  oh! yang aku tunggu tu semestinya bukan Apek yang baru buat PC tentang berita dia nak kawen... ini Apek bawak ikan daa... hehe

sempat laa melayan telemovie  Cik Paris Diva Kampung di Astro Ria.. lakonan Liyana Jasmay, Elfira Loy, Zol Ariffin dan 2-3 lagi pelakon yg aku tak berapa nak kenal...oh ya si Anzalna tu pun ada.. tapi extra je laa dalam drama ni...

walaupun drama ni penah di tayangkan di @Prima.. tapi ini laa baru berkesempatan nak melayan... cerita menarik jugak laa.. mengisahkan Zulaikha (Liyana Jasmay) yang baru ditinggalkan oleh tunang dia (Zol Ariffin).. kecewa punya pasal dia bawak diri ke kampung ke Mersing bersama BFF nama Sara (tak tau nama pelakon ni.. tapi slang English dia memang best aa...)..untuk merasai pengalaman hidup cara orang kampung...

dia ke Mersing mencari rumah Mariam (Elfira Loy) 'rakan' yang dia kenal di FB.. Mariam ni ada sorang ayah dan abang tang bam bam... ayah dia ada kandang kambing.. time Zulaikha kejar kambing masuk kandang yang nak gelak tu.. pakai baju tak agak2 kemain stylo.. kiranya si Zulaikha ni masuk kampung ala2 Paris Hilton dalam rancangan "Simple Life" tu laa..




Zulaikha menghabiskan masa 2 minggu di kampung Mariam.. ada pulak watak Sufian (pun pelakon baru.. nama Izzu Islam) mamat kampung yang agak serabai minat dengan dia... akhirnya Zulaikha terpaut hati dengan Sufian...

nak bagi ulasan panjang2 tak pandai sangat.. apa pun drama ni buat aku tersengih2 pepagi tadi.. cute je rasa...

Sufian..


lagu penghabisan tadi pun sedap jugak nyanyian LJ.. "cinta bersatu" judul nye...


*dan dan perasan muda.. ahaks!








Wednesday, November 21, 2012

klinik oh klinik...

Rabu petang..

dalam dok verangan sorang-sorang tetiba teringat insiden 2 minggu lepas kot.. (tu dia punya lama aku peram cerita... haha)

masa tu..
hero kecik batuk + selsema.. ubat yg aku beli di farmasi sebelum tu dah pun habis.. memang nak aku kllinik utk antibiotik nampaknya...

masa sampai klinik aku tgk org dah ramai... dalam hati "jenuh laa nak menunggu turn nih.." tunggu giliran hampir setengah jam baru di panggil masuk..

masa dok tunggu tu sempat laa tgk gelagat org keluar masuk klinik tu.. dalam masa sama ada laa 3 orang dewasa dan 4 org kanak-kanak masuk ke klinik.. aku terpikir jugak.. mak aihh.. satu famili sakit ni.. jenuh laa doktor nak cek.. kalau masuk serentak ok laa buatnya masuk sorang2.. yang menunggu giliran di belakang depa ni jenuh melangut laa... mujur laa aku ni datang awal sikit dari famili ni...

tapi jangkaan aku memang meleset.. rupanya famili itu mai lagi awai dari aku.. mungkin lepas mendaftar keluar sekejap sebab ruang menunggu pun tak la luas sangat..

nama di panggil.. yang masuk ke bilik doktor tu bukan semua famili tadi... tapi si kecik atas dokongan si ibu yang di bawa masuk... yang lain2 aku tengok masih lagi duduk rileks sambil layan tv kecik.. (nampak macam tak sakit pun ada jugak...)

tak sampai 15 minit keluar la si ibu, ayah & si kecik tadi dari bilik doktor.. tak lama lepas tu amik ubat terus keluar kesemua sekali ahli famili dari klinik.. terus klinik jadi senyap sunyi.. (boleh bayang tak??)

yg aku heran tu.. datang klinik sebab sakit sorang je.. yg mengiring tu sampai 3-4-5 orang.. mengalahkan orang pegi Mekah.. hahaha..





bukan klinik sebenar...  :D




*moralnya.. kalau nak bawak ramai2, pi laa kedai buku ke, kedai mesra ke.... idak le yg memang sakit bertambah sakit bila tgk org ramai sangat.. tak gitu?


Wednesday, November 14, 2012

WW

Rabu...

Protege Mas Idayu... selangit selangitt selangittttt....


Sunday, November 11, 2012

syukur ke hadrat Mu...

Ahad..


Alhamdulillah..syukur.. syukran ya Allah.. kerana rahmat Mu aku masih bernafas hingga ke hari ini.. Kau kurniakan aku suami & anak yang dapat menggembirakan hidup aku..

kepada Mu ya Allah....  aku mohon Kau limpah kurniakan kepada aku rahmat, keberkatan dan keredhaan untuk aku menempuh hari-hari mendatang sehingga datang hari itu, ya Allah..


*petang karang nak pi cari present... hehe :)



Wednesday, October 31, 2012

antara harga runtuh dan langit nak runtuh..

masih lagi Rabu..tapi dah malam..


balik dari sekolah tadi terus ajak en suami ke CNI sales point di Nibong Tebal.. tapi memang menebal hati aku dok tunggu depan pintu tapi orangnya tak dak jugak.. mula laa rasa  nak bebai.. last-last google sales point or distribution channel yang ada dekat2 dengan area NT ni.. paling dekat pun di area Perai.. nak tak nak pegi jugak laa lepas aku tercongok cam orang mintak hutang depan kedai tu...

sebenarnya bukan laa nak shopping banyak sangat barang CNI ni pun.. aku cuma beli barang untuk kegunaan sendiri.. tak der pulak niat nak menjual macam orang lain...

aku beli firesens 6 botol.. untuk stok en suami sapu kat belakang dia.. dia ni kerap sakit belakang.. bagus balm ni tak le paneh sangat macam tiger balm tu.. lagipun rasa dia lasting sikit.. (pada aku laa  kan..)



aku beli co-go.. yang ni pun best jugak.. rumah aku ni ada laa cik Li.. dok merayap kat area dapur.. tambah2 musim hujan ni.. yang bestnye bila sembur je di laluan cik Li di sebelah malam..  esoknye dah boleh nampak mayat bergelimpangan.. bukan yang tahap mak bapak.. anak2 kecik pun turut terkorban.. kan senang kerja tak payah nak selongkar kebinet nak menyembur...




nutrimoist ni pun bagus jugak.. tambah2 macam aku yang memang ada hero kecik yang tak tahu nak duduk diam.. krim ni boleh ganti minyak gamat laa.. kalau cedera melecur kena panas cam aku penah kena hari tu memang sesuai sangat laa.. rasa dia pun sejuk je bila disapu pada kulit... cuma masa trajedi tangan aku kena minyak telor tu benda alah ni belum aku beli lagi.. sudahnye berparut laa tangan sebelah.. mujur dah nikah.. kalau belum mau short dalam RM1000 hantaran... wakakakaka...




nak mencukupkan 3 keping duit 50 hengget aku beli chocolate moist cake.. sempena raya haji yang lepas.. boleh laa aku buat makan 3 beranak ganti raya lepas yang langsung tak ada kuih raya..


kek dia memang mabeles..serius..

 
dalam perjalanan nak balik tu kereta dah mula banyak di jalan.. mungkin sebab jam pun dah dekat pukul 5.. orang nak berebut sampai ke rumah dulu.. sempat laa aku snap gambor ni..



 "langit nak runtuh"...



dan sepanjang jalan memang hujan lebat sampai tak berapa nak nampak jalan... sehingga entry ni ditulis hujan masih belum berhenti...


*nampak gaya malam ni makan biskut cicah air teh o laa sambil layan masterchef... :P
**segala ulasan tentang produk tidak ada kena mengena nak promote bisnes MLM ye....ia hanya pendapat pribadi sahaja..

FB - frust kena remove?

Rabu..


hari ni cuaca mendung...petang semalam hujan lebat bawa ke malam.. sejuknya pulak bawa sampai ke pagi ni.. aku yang dah memang selsema + hidung tersumbat + suara sengau.. bertambah kacau.. sebab sat lagi nak masuk kelas pulak.. (huh! dan lagi update...  ni suma punca nak kena bantai dek spesis cam Liyana Nordin kan)

kisah FB sentiasa panas.. panas dengan isu politik.. tak habis2 dok update wall hentam pihak sana hentam pihak sini... sampai naik meluat mata tengok (last-last ada yang terpaksa aku remove).. sebelum aku remove pun udah aku maklumkan pada si polan.. kurang2 kan laa berpolitik di FB.. bukan boleh jadi YB pun... tak endah pun.. jadinya nak selamatkan mata aku dari bertambah sakit aku remove laa...

dan aku pun bukan la selalu sangat remove orang.. aku pun pernah kena remove dek kawan sekolah.. ntah le katanya dia tak remove aku.. FB yang 'ter-remove' friendlist dia.. cam konpius plak.. tapi tak apa laa.. pada aku "it's not a big deal" dia pun bukan le kawan rapat sangat pun...




  

*dear fren.. tak payah nak musykil2.. banyak lagi benda ko bleh pikir... chill!! :)




Tuesday, October 30, 2012

miting ka dating?

Selasa..

jam dah pun pukul 1:45ptg.. aku masih lagi di bilik gerakan bersama-sama cikgu lain.. bosan? hai.. jangan tanya laa.. dari Isnin hingga ke Khamis hadapan memanjang kena stay back...

miting tak habis-habis.. semalam bincang pasal HEM.. hari ni pasal Kokurikulum.. esok pasal kurikulum.. lusa pulak ada LDP (latihan dalam perkhidmatan)..

bukti boring...


Monday, October 29, 2012

kuliah maghrib..

Ahad..


dalam dok menunggu waktu Maghrib.. sempat aku layan kuliah Maghrib di TV Alhijrah.. bersama Ustaz Ghazali Ibrahim..

bila tgk je wajah ustaz ni.. memang teringat pada arwah saudara nya (kurang pasti adik atau abang) iaitu allahyarham ustaz Asri Ibrahim.. a.k.a Ustaz Asri Rabbani..






*Al Fatihah buat allahyarham Ustaz Asri Ibrahim

Thursday, October 25, 2012

raya korban.. berkorban la nampaknya..

Khamis...
lepas Maghrib malam ni kita dah boleh mula bertakbir.. sampai ke hari Ahad...
alhamdulillah masih diberi nyawa untuk menyambut Aidiladha...
hari ni kebanyakan org dah mula mencari barang utk persiapan esok.. dah pasti hari ni jalan akan jem di mana2.. tempat aku yg pekan kecik pun boleh jem kalahkab kl woo.. jgn main-main.. hehe..
apa yg aku nak cita ni pasal sekolah aku tak pulak bercuti pada hari ni... esok laa nampak gayanya aku baru nak cari barang utk raya...
sesiapa yg berhajat nak ke rumah raya ni.. sila la dtg selepas waktu Asar esok.. insya Allah nasik impit dah siap masak.. huhu
tak berapa nak bleh sembang panjang untuk entri kali ni aku tak siakan lagi soalan ujian pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) utk kelas darjah 2...
huh!! sabaq je la.... :(

Sunday, October 21, 2012

adakah aku berhalusinasi?

Ahad..

tengah hari tadi masa aku dok boring tak tau nak buat apa.. aku dok kelebek hp.. tengok gambar2 yang aku snap, hero kecik snap..sambil dengar2 rancangan tv.. (aku dengar pasal aku tengok hp je..)

gambar yg aku snap biasanyahal skolah je laa.. sebab nak buat repot.. tambah2 pasal team bola baling tu.. bila aku tengok gambar2 yg si hero amik.. rasa sayu pulak.. kebanyakkan gambar + video yang hero kecik amik adalah gambar2 arwah Bonda... memang sayu laa.. dok terdengar2 lagi suara dia dalam video tu.. walaupun duration tak sampai pun 30 sec..

hampir menitik air mata aku bila tengok video2 tu.. terasa macam arwah Bonda masih ada bersama2 kami dua beranak tadi..

dah abis tengok.. aku ke dapur sebab si hero mintak aku bancuhkan susu.. yang menjadi kepelikkan pada aku ialah tetiba masa aku ke depan nak hulur botol susu pada si hero.. aku terbau macam bau kapur barus.. mula tu aku ingatkan sebab hidung aku berhingus sebab selsema sikit.. aku cuba cari bau tu.. paling kuat di kawasan aku duduk masa dok belek hp tadi.. kemudian bau tu makin lama makin hilang...

dalam hati aku sedekahkan Al Fatihah buat arwah Bonda..




*segala perkara2 ghaib hanya Allah Taala yang Maha Mengetahui.. sesungguhnya kami di rumah ni sangat2 merindui arwah Bonda.. moga rohmu bahagia disana.... aminnn..

**masih keliru..

layan jer...

Ahad


masih lagi mood melayan tv lepas habis sesi melipat kain yg dah mengalahkan Gunung Kinabalu..
lepas ni nak sambung mendobi plak.. rumah ada 3 orang je.. tapi baju nak didobi kalahkan 5 orang.. maklumla.. rajin salin baju.. hehehe (yang ni aku taip pagi tadi.. kendian terstop tak tau pasai apa sebab lupa..)

yang ni aku sambung balik... 
hujan dari pukul 2 tadi belum nampak tanda nak berenti... aku ni hajat kemain..plan nak keluar pi cuci mata.. tapi dah hujan + sejuk2 lagu ni.. rasanya aku pi buat taik mata je la... muehehehe..

tah hapa-hapa punya entri.. disebabkan tak dak idea nak tempek gambar.. aku letak gambar ni..


 sambal telor berapi..

Friday, October 19, 2012

raja kapoor

Jumaat..

kisah malam tadi.. time aku dok basuh pinggan tetiba dengar en suami panggil aku ke depan..

dia mintak aku tengok apa dah jadi dengan si hero kecik..

tarik napas panjang aku.. nak marah pun ada nak menangis pun ada...last2 aku serahkan aje tugas menyettlekan si hero pada en suami..

aku amik bahagian memvakum di lokasi kejadian..

sementara tu saspek dihukum menunggu di depan pintu bilik mandi..


saspek kejadian...

Wednesday, October 17, 2012

langsing? langsir? ke langsiur?

Rabu..


hari ni memang sejuk sangat.. rasa cam dok kat Cameron Highland.. sebab sepanjang malam hujan.. walaupun tak berapa lebat.. sejuk nye tu membawa ke pagi ni...

hari ni aku dah tak terbabas lagi macam pagi Isnin lepas.. malah aku jadi antara yang terawal sampai.. yay!!!

dek tak tahan menahan sejuk pagi ni.. walaupun lemak2 tepu banyak.. tapi sejuk rasa sampai ke tulang.. jadinya aku ke kantin pagi ni bersarapan.. tapi tak ade laa sarapan yang menarik pun.. sekadar karipap 2 ketul dan teh o suam je.. alhamdulillah kenyang aku pagi ni..

dalam dok menahan sejuk.. datang kak nam sorang ni dok sibuk sebut pasal badan dia yang langsing tu.. langsing laa sanggattt.. (sambil mata ke atas tangan ke dada..) aku tengok kurus kering kerempeng je..






aku ni tak laa nak kisah sangat dia langsing ke apa ke.. bak kata Chef Wan.. ada aku kesah?!!!! 




yang buat kan aku tetiba hilang rasa sejuk terus rasa berapi bila dia dok petik nama aku dua tiga kali... ye.. aku tau aku ni tak langsing cam dia.. aku tak langsing pun ada luak duit kau ke cik kak oii?

dengan mulut ala2 kak nam pepagi ni buatkan aku rasa hilang hormat kat dia... padan le sebelum2 ni aku dengar cikgu2 kat skolah dok cakap kak nam ni bila dia bercakap main ikut sedap je.. sampai ada yang menitis air mata dengan mulut dia yang camtu..

tak pe laa.. nanti aku pi pinjam duit kat koperasi aku nak p London.. baru dia tau sapa yang langsing, langsir atau langsiur.... hahahahahaha





*sometimes it's good to be different.. kan?

Monday, October 15, 2012

tragedi oktober..

Isnin...
dalam sejarah aku mengajar.. hari ni la hari paling mengharu birukan..
hadoi.. pagi ni aku tersedar jam dah pun pukul 7.20.. tu pun pasal aku terdengar bunyi deringan hp.. melompat la aku pagi tadi.. serba tak kena.. nak salahkan sapa pun tatau..


dah la pagi ni ada exam kat skolah.. perkara pertama yg aku pikir.. mcm mana anak sedara aku nak amik exam hari ni.. mula tu aku ingat mak amik mc ja.. tak patut sangat pulak bila pikir buat kali kedua..
dengan baju belum iron.. main capai je apa yg ada tadi.. dalam dok bersiap tu hujan turun lebat.. hujan rahmat..


dalam sejarah jugak la aku sampai sekolah lebih kurang sama macam org masuk pejabat.. kul 8..
pagi ni mata dah sembab.. jenuh nak bukak mata nak tgk anak murid.. ada jugak yang bertanya.. mujur laa cikgu pandai auta.. mata cikgu sakit daa...





  menaip entry time bebudak ni jawab soalan Bahasa Arab..





*pengajaran.. len kali pakai je jam loceng..

Sunday, October 14, 2012

ciken rais shop..

Ahad..


semalam lepas pi amik hadiah di Jakel Sungai Petani terus aku singgah ke Village Mall yang tak jauh dari situ.. (kisah amik hadiah nanti aku cita kendian ye..)

orang kat dalam VM tu punya laa ramai.. rupanya ada karnival Indian Bollywood Shopping.. apa lagi.. aku rasa macam kat Bombay laa semalam tu..

dalam dok pusing2 mencari kedai makan.. last last jumpa ciken rais shop je yang tak ramai orang..

dalam dok tunggu order sampai.. sempat laa kami anak beranak dok jamu mata tengok gelagat orang dok membeli barang..

oh ye lupa nak cakap meja yg kami pilih tu dekat dengan kaunter penyediaan makanan.. dalam masa yg sama aku tengok staf & supervisor dia dok kalut check stok.. (rasanya laa kan.. ) sebab aku tengok dari mula aku masuk kedai tu depa dua orang asik dok bukak katup pintu kabinet & laci je..

tetiba.. sorang staf pompuan panjat bangku plastik sambil dok belekstok gelas minuman.. mungkin tak berapa nak tinggi dia boleh pulak pijak kaunter bancuh air dengan kasut.. aku ulang.. KASUT... aduihh!!

yang member dia dok bancuh air utk suami aku tu dah perasan kami dua laki bini dok ushar je staf pompuan tu dok meragaih kaunter air tu .. (meragaih = panjat).. hadoi.. aku rasa cam nak sound pun ada.. tapi sebab aku percaya pada the power of the eye.. aku just tenung je laa depa tu dok buat keja.. supervisor dia pun perasan aku & suami dok tengok.. tapi buat dekk je.. agaknya mata kami ni tak berapa nak power..

kalau laa hampa yang baca berada di tempat aku ni..  apa hampa nak buat?

aku dok tang tu jugak semalam sampai siap makan.. dan aku rasa itu laa kali pertama & terakhir aku masuk ciken rais shop kat situ..




*yang memanjat tu budak 'kita', supervisor dia pun budak 'kita' jugak... :(


Saturday, October 13, 2012

Keluarga Iskandar..

Sabtu..

lepas subuh tadi tarasa mengantuk lagi.. dalam dok melayan Tanya Ustaz.. sedor2 je dah abis.. hish! rugi nya rasa.. sempat pulak jari aku pi tekan channel lain.. kendian sambung lelap...

sedor2 dengar lagu drama Keluarga Iskandar.. terus mara cam segar pulak.. yang lebih menghairankan tu.. si hero kecik tu boleh pulak turun dari katil mai join dok depan tv sekali..

sesaja le aku tanya kenapa bangun.. dia jawab.. nak tengok noga kandal.. (keluarga Iskandar le tu..)

penangan kisah anak beranak Mak Jah.. memang best!

setiap malam Selasa kami dua beranak memang sanggup tahan mata sampai kul 11.. dah tu ulangan pun layan lagi.. huh! gila kentang dengan Keluarga Iskandar ni... haha




tengok logo ni pun si hero dah bleh kenal..







Mak Jah.. suka tengok dia gelak bersambung2..




couple yang paling best dalam drama ni... 




tapi drama siri ni cuma 15 episod je.. dan Selasa akan datang dah episod kemuncak.. boring laa kami anak beranak malam nanti.. huhu


*menaip sambil melangut ulangan KI ni.. :)

Tuesday, October 9, 2012

lagi kisah remote control.. huh!

Isnin..

masih kalut dengan kerja sekolah yang tak pernah habis.. betul laa cakap arwah Abah dulu.. kerja cikgu ni tak pernah habis.. kalau nak habis kena laa pencen..

hari Jumaat & Sabtu lepas.. aku diminta menguruskan pasukan bola baling sekolah menyertai Kejohanan Bola Baling Gemilang Bawah 11 Tahun...

bawak 2 pasukan.. tapi perjuangan hanya di pusingan awal... (bagus jugak) dalam hati aku le.. walaupun sedih bila tengok wajah2 anak-anak keletihan menentang pasukan lawan yang sememangnya berkali ganda kuat dan hebat..

dah.. maleh nak cita bab sekolah... alasan GB nak bangunkan sukan sekolah.. masalah utamanya PK Kokurikulum aku ni tak punya sifat sebagai penggerak.. dia cuma gerak-gerakk jari menekan remote control dan menghalakan kepada mangsa2 yang dikehendaki... termasuk lah aku..

tanpa segan silu.. aku mengaku ini tahun kedua aku dah terkena halaan remote kontrolnye... huh! memang berasap je rasa..

untuk meredakan asap yang dok keluar berkepul2 bila mengenangkan kisah bola baling ni.. aku sambung pulak perjuangan aku yang belum lagi selesai...








*oh! malam ni mimpi abam arun ajis laa pulekk... keh keh keh...

Monday, October 1, 2012

comel ke??

Isnin.. 

cuaca mendung semendung mood aku.. nak letak entry baru macam tak ada idea...



tengah tanda buku Matematik tahun 2 Jumaat lepas...


ini kulit depannya..


 




bahagian dalamnya pulak..





*tengah hari tu aku rasa memang terharu + tergaru jugak ... adakah aku singa yang comel??? hehehe

Friday, September 28, 2012

Hilman Yong dah sudah.. sekarang Adam Mukhriz pula ye... :)

Jumaat..

alhamdulillah pagi-pagi lagi hujan turun dengan lebatnya.. Doa di waktu hujan lebat ni antara waktu mustajab doa... dalam hujan lebat pagi ni aku redah jugak ke sekolah.. menghantar hero kecik ke rumah pengasuh.. nama je guna payung.. basah kuyup jugak kami dua beranak.. apa nak buat.. sepanjang minggu ni hujan dari malam bawa ke pagi.. tapi best jugak.. pokok bunga peninggalan arwah Bonda pun tak laa layu.. hujan tu kan rahmat Allah...

malam semalam aku dah berjaya habiskan kisah Hilman Yong dan Intan Zulaikha.. novel kisah kasih sayang.. semestinya berakhir dengan 'happy ending'.. aku suka...

selesai kisah Hilman Yong.. hari ni aku bermula pula dengan kisah Adam dan Hawa.. gara2 penangan Abam Aaron Aziz... sampai ke Jusco aku cari buku dia.. sebab tak sabar nak tau kisah Adam Hawa ni... di rumah belum ada Astro B'yond... dalam proses memujuk En Suami utk tukar Astro.. hehehe.. lagipun seingat aku, aku belum penah baca lagi novel ni...






*macam ni laa aku isi masa lapang bila rasa sunyi... :( 
Al Fatihah buat Bonda yang dah 45 hari pegi mengadap Ilahi..

Monday, September 24, 2012

gigih berusaha menghabiskan "Awak Suka Saya Tak?"

Isnin..


baru mula mengenal Hilman Yong dan Intan... entah bila tamat kisah dua insan ni... sangat best!!!!



setelah baca ulasan kak Azie tentang ASST tu.. buatkan aku pun teringin nak 'masuk' ke dalam ASST ni..

sebenarnya buku dibeli masa Pesta Buku Antarabangsa bulan April lepas.. ini baru ada peluang aku nak baca.. mungkin sebab nak hilangkan rasa sunyi.. jadi buku ni laa jadi mangsa..

terima kasih tak terhingga buat blogger kak Azie Azah yang sudi tolong beli buku ni dan sanggup minta penulis Melur Jelita sain autograf untuk aku... thanks a million sis! :)

dan paling tak boleh tahan.. sampai ke hari ni aku perasan jelita... muahahahahahaha...

aku tak akan mengulas tentang buku ini sebab aku tak pandai mengulas lagipun ulasan kak Azie dah cukup menceritakan kisah ASST ni... klik sini

tak sabar nak habiskan kisah Hilman & Intan.. baru sampai ke bab 36.. banyak lagi nak pulun ni.. nampak gaya aku nak kena stay up le memalam sepanjang minggu ni... hehehehe


Wednesday, September 19, 2012

nak layan Abam Aarom Ajis sambil meronda...






 As salam..


dah lama sungguh tak update.. memang sungguh ber'cinta' rasanya.. apatah lagi idea nak menulis tak berapa nak ada... nak komen isu semasa pun dah macam tak lalu.. tengok laa sikit masa lagi kot2 roh menghapdet dah mai.. aku akan buat kam bek.. (bajet artis laa pulek..)

malam ni nak melayan abam Aarom Ajis kat tenet je..sebab belum ada Mustika HD.. sesambey tu aku nak meronda rumah kengkawan...


daa...











Wednesday, September 12, 2012

Good Luck..



Good Luck!!




buat semua anak2 yang menduduki UPSR.. tinggal sehari saja lagi...

Thursday, September 6, 2012

maafkan saya..

Khamis..


As salam..
bukan tak ada idea nak tulis..
tapi sebab masih mengatur rutin baru..


perlukan sedikit masa untuk sesuaikan diri...







sekian...

Saturday, September 1, 2012

Ya Allah, berikan aku kekuatan... #3


pagi Isnin.. aku tengok keadaan wad agak kelam kabut sebab nurse tukar shift.. aku hanya jadi pemerhati je laa sampai laa keadaan kembali tenang..

doktor datang dalam kul 8.. aku tengok doktor ada buat beberapa test pada Bonda.. mula tu dia cuma panggil Bonda.. Bonda senyap.. kemdian doktor tekan bahagian dada dengan genggaman dia.. masa ni laa aku tengok badan Bonda seakan berikan respon bila doktor tekan bahagian dada dia.. kemudian doktor test mana Bonda dengan torchlight.. kemdian aku tengok doktor tulis repot dalam fail.. dan lepas tu..


Doktor Cina : kakak, makcik ni semakin lemah.. mata pun dah tak bukak.. kalau kakak nak bawak balik pun tak pa.. kami pun tak ada masalah kalau kakak nak makcik terus kat sini..

Aku : tapi dia masih bagi respon kan? .. masa doktor tekan dada dia..

Doktor Cina : kakak, biasanya patient boleh angkat tangan dan tepis tangan bila saya tekan macam ni.. (dia buat demo lagi sekali.. masa tu Bonda hanya angkat tangan.. tapi tak la sampai boleh tepis tangan doktor..)  mata patient pun biasa boleh bukak bila kena tekan.. tapi makcik langsung tak boleh bukak mata..

Aku : yang doktor cek mata tadi tu macam mana? ada respon tak?

Doktor Cina : anak mata makcik dah tak sama dari segi saiz.. semalam kakak tengok makcik boleh bukak mata kan? hari ni langsung tak bukak.. respon pada cahaya pun dah tak ada.. so, saya nak bagitau.. andai kata jantung makcik terhenti, kami tak akan buat (sambil tangan dia tunjukkan macam nak karenkan dada macam dalam drama tu).. ok kakak? kalau kakak setuju.. kakak tolong sain nanti..

masa tu telinga aku je yang dengar apa yang doktor cakap.. tapi sebenarnya kepala aku dah tak boleh nak pikir.. cuma yang aku ingat, aku nekad nak cuba sedaya upaya supaya Bonda boleh sedar macam biasa.. sebab? sebab aku percaya ischaemic stroke ni bukan lah strok yang teruk.. (seperti kata 4 orang doktor lain yang aku tanya..) pesakit strok jenis ini boleh sembuh dengan banyakkan fisioterapi..

lepas aku sain surat kebenaran waris.. aku jadi blank sekejap.. tak tau nak cakap apa.. aku hanya pegang tangan Bonda.. dan bisikan padanya yang dia akan sembuh macam biasa.. boleh ke surau macam dulu2.. boleh sama2 pegi marhaban dengan kawan2 dia.. sebenarnya aku dah tenggelam punca...

aku macam tak boleh nak terima apa yang doktor cakap... dah laa aku sorang je yang mengadap doktor.. kakak dan abang aku yang tiga orang tu tak ada.. (masih di rumah).. masa tu laa aku rasa beban yang bakal aku tanggung memang sangat berat...

sepanjang hari keadaan Bonda tak banyak berubah.. masih sama macam paginya.. ramai saudara mara, sahabat handai Bonda datang menziarah.. terima kasih tak terhingga.. sekurangnya menambah 'kekuatan' pada aku utk menghadapi sebarang kemungkinan... :((

malamnya lepas berbuka.. kakak menawar diri utk menjaga Bonda di wad..

4 pagi, kakak call bagitau Bonda ada respon bila dia letakkan air zam zam di lidahnya.. alhamdulillah.. aku mengharapkan keajaiban dari Allah taala...

***************************


pagi Selasa, aku dengan berat hati bersiap2 untuk ke sekolah... hati aku memang berat + rasa tak sedap hati.. sempat aku singgah jumpak Bonda, aku salam, kucup tangan dia macam selalu yang aku lakukan sebelum aku ke sekolah...

sampai di sekolah aku mintak kebenaran dari guru besar untuk balik awal (dalam kul 10) tapi dia berkeras suruh aku balik kul 11.. aku ikutkan aje..  tepat kul 11 aku dah nak gerak balik.. masa tu la aku rasa mengantuk yang amat sangat.. macam kena pukau pun ada jugak.. sampaikan aku tak boleh nak bukak mata.. masa tu aku teringat kata Bonda "kalau rasa mengantuk yang luar biasa, kebiasaannya akan ada orang nak meninggal" setiap kali dia rasa mengantuk yang lain macam mengantuknya.. 

sampai di hospital hampir 12 tgh hari.. aku tengok Bonda makin lemah.. nafas turun naik agak kasar kalau nak dibandingkan dengan pagi tadi... aku di wad dengan kakak ipar sehingga aku nampak kelibat doktor..

aku jumpak Doktor Lee Wan Yun (aku baru tau nama dia).. dan aku mintak agar dilakukan ct scan sekali lagi ke atas Bonda.. doktor nampak terkejut bila aku mintak macam tu.. lama jugak laa aku 'bertekak' dengan doktor..banyak jugak laa persoalan yang aku utarakan pada doktor... hinggakan terkeluar soalan, berapa percentage yang doktor boleh bagi untuk Bonda boleh recover.. Dr Lee hanya geleng kepala "sebenarnya tak ada kakak.."

ayat2 yang aku tak dapat nak lupa.. "makcik sebenarnya dah tak ada.. dalam bidang perubatan.. yang kakak lihat tu cuma saraf penafasan yang berfungsi.. saraf lain dah tak berfungsi..dalam istilah perubatan.. makcik ni mengalami brain death.."

bagai nak gugur jantung aku bila Dr Lee cakap macam tu.. pada masa tu aku dah tak mampu nak cakap apa lagi.. cuma aku sangat2 berharap Allah berikan keajaiban.. aku memang cuba tak nak percaya pada apa yang Dr Lee katakan.. tak adil pada aku.. hanya berserah tanpa berusaha terlebih dahulu..

sebelum aku beredar.. sempat aku toleh dan pandang Bonda buat kali terakhir..seiring dgn itu dalam hati aku berdetik "Ya Allah, kalau inilah yang terbaik.. aku redha"..

dalam masa yang sama aku terdengar kakak ipar aku jerit memanggil nama aku.. aku patah balik berlari ke katil Bonda.. saat itu aku lihat nafas Bonda dah terhenti.. cuma tinggal nadi yang lemah di tangannya.. sempat aku ajarkan Bonda mengucap dengan penuh berharap Bonda dapat ikut dalam hati...

Dr Lee masih cuba utk mendapatkan tekanan darah dan heart beat rhythm.. aku lihat Dr Lee sedaya upaya menahan airmata ketika maklumkan yang Bonda dah tak ada...bersungguh-sungguh dia minta maaf dari aku..

Urusan membawa jenazah Bonda balik ke rumah hanya mengambil masa 45 minit.. tanpa perlu jenazah dibawa ke bilik mayat mengikut SOP Hospital Parit Buntar.. syukur alhamdulillah.. Allah mempermudahkan segala urusan.. aku baru tersedar betapa besarnya kuasa Allah.. aku hanya hamba yang kerdil yang cuba untuk melawan takdir... Astaghfirullah al'azim....


surat pengesahan kematian pun dikeluarkan bersama surat menggali kubur.. tarikh rasmi Bonda mengadap Ilahi pada 14 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadhan 1433H.. pada jam 15:00..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Kau ampunkan segala dosa kedua Bonda dan Ayahandaku.. Kau cucuri lah rahmatMu ke atas roh keduanya.. Kau letakkanlah keduanya bersama-sama orang-orang yang beriman.. Kau masukkanlah keduanya ke syurgaMu.. Kau kasihanilah keduanya seperti mana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil... aminn.. aminn.. ya rabbal 'alamin...


tangan yang telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang..
yang membuatkan aku sentiasa rindu untuk mengucupnya setiap pagi sebelum ke sekolah... 



*seakan berjanji..
Hjh Khalsom bt Taib kembali kerahmatullah : 25 Ramadhan 1433H
Hj Abdul Rahman b. Abdul Hamid kembali kerahmatullah : 25 Ramadhan 1427H

Al Fatihah... :(






Friday, August 24, 2012

Ya Allah, berikan aku kekuatan.. #2



*sambungan..

 Ahad pagi.. aku sampai di wad lebih kurang  6:30 pagi... aku lihat Bonda gelisah toleh ke kanan toleh ke kiri.. macam mencari sesuatu..  aku usap kepala Bonda sambil panggilkan namanya.. dia pandang mata aku tapi pandangannya aku rasanya lain dari biasa.. mungkin Bonda nak sampaikan sesuatu.. sempat aku tanyakan kalau-kalau Bonda nak aku bacakan Yassin.. tujuan aku tanya hanya nak pastikan Bonda masih mendengar dan faham apa yang aku katakan... Bonda kedipkan mata tanda setuju..

 semasa aku bacakan yassin, aku terdengar seolah Bonda mengiyakan bacaan aku @ mungkin dia cuba ikut dengan suara dalamnya.. (aku tak tau macam mana nak gambarkan dengusan suara dalam.,. harap ada yang faham)..

habis je aku bacakan yassin.. nurse yg bertugas datang untuk mandikan Bonda @ lebih senang aku katakan lap Bonda dengan tuala basah.. masa aku beritahu Bonda yang nurse nak mandikan dia.. masa tu la Bonda mengaku @ mengiyakan dengan suara dalam seolah2 berdehem..

siap mandi dan salinkan baju.. sempat aku sapukan bedak pada Bonda.. tak lama lepas tu nurse masukkan susu ke dalam tiub (Bonda tak boleh menelan) kemudian masukan ubat jantung, darah tinggi + ulser perut..

tak sampai sejam dari saat Bonda di berikan susu + ubat.. aku nampak Bonda seolah keletihan.. mata semakin lemah.. aku sangkakan Bonda lali @ mengantuk sebab baru makan ubat.. sempat aku bisikkan pada Bonda.. "rehat lah.. jangan lupa sebut nama Allah dalam hati.." Bonda sempat kedipkan mata sebelum dia pejam..

rupanya itulah kali terakhir aku tatap mata Bonda...

tengah hari, Bonda masih lagi dapat gerakkan tangan kiri secara aktif walaupun mata terpejam.. tangannya masih lagi dapat meraba tiub yang dimasukkan ke hidung, meraba bucu baju dan butang baju.. malah saudara mara yang datang menziarah pun cuba bisikkan di telinganya Bonda masih lagi dapat memberikan respon..








*bersambung..

bila mana aku dikhabarkan perkara yang langsung aku tak duga... :((

Wednesday, August 22, 2012

Ya Allah, berikan aku kekuatan.. #1

As Salam..

kelu aku nak menulis entry kali ni.. lepas aku tengok balik entry terakhir aku buat..

sedih.. sebak.. itu yang aku rasa..

cepat sungguh masa berlalu..

bermula dengan hari Khamis aku bawak Bonda ke Columbia Asia utk buang cyst.. hari Jumaat Bonda jalani scope utk lihat perut + usus besar.. Jumaat petang dah keluar wad.. Sabtu.. segalanya bermula..

pagi Sabtu macam biasa Bonda bersarapan dengan susu Omega + Quaker oat.. tengah hari masih boleh makan tengah hari lauk yg aku masakan utknya buat kali terakhir..

senja sebelum aku berbuka.. Bonda dah tak mau makan.. setelah dipujuk.. hanya susu + oat saja yang dia mau.. selesai makan ubat jantung, darah tinggi + ulser perut... azan Maghrib pun dah berkumandang..

aku dan en suami berbuka macam biasa.. oleh kerana en suami kerja malam hari tu, kami hanya berbuka ala kadar  saja.. bukan la makan sampai dekat nak habis waktu Maghrib.. selesai makan aku terus tunaikan solat Maghrib.. elok je aku habis berdoa.. aku nampak hero kecik lari masuk ke bilik Bonda.. biasanya kalau dia berlari macam tu dia nak kacau Bonda aku bersolat..

sempat lagi laa aku marahkan hero mintak dia bukak kan pintu sebab berkunci dari dalam.. dalam waktu aku mintak hero bukak pintu tu lah aku dengar hero kecik menjerit sambil menangis panggil Mak Tok.. hati aku memang tak sedap masa tu..

bila pintu dibukak je aku terus lari ke dalam.. dan ternampak Bonda dah baring tertiarap dalam keadaan separuh sedar.. aku memang menjerit sampai hilang suara.. aku panggil berkali2 tapi memang tak ada jawapan..semasa aku angkat badan Bonda dan lembik sebelah kanan.. dan Bonda pun dah tak bersuara masa tu.. hanya pandangan mata yang lemah je aku nampak.. dari air wajah aku dapat rasa Bonda nak nyatakan sesuatu pada aku..

dalam keadaan serba panik.. aku cuba juga untuk papah Bonda keluar dari bilik air.. apakan daya aku bila emosi bercampur dengan panik aku memang tak berdaya nak keluarkan Bonda dengan cara yang lebih baik melainkan aku heret je Bonda.. aku sandarkan Bonda pada almari dalam bilik, aku mintak hero kecik 'tahan' Bonda daripada rebah semula sementara aku cari hp utk call en suami balik semula ke rumah..

syukur alhamdulillah.. tempat kerja en suami memang dekat.. tak sampai 5 minit dari rumah.. en suami sampai rumah dalam masa yang sangat singkat pada aku.. dalam keadaan serba kelam kabut.. kami berdua ambil keputusan bawak Bonda terus ke wad kecemasan daripada panggil ambulan untuk datang ke rumah..

dalam perjalanan.. Bonda masih berdaya memegang tangan aku dengan tangan kirinya sambil mata tak lekang dari memandang aku..masih seperti tadi, aku tengok Bonda macam ada benda nak cakap.. tapi aku je yang tak boleh nak paham..

di wad kecemasan.. Bonda masih sedar.. dan masih dengar serta faham apa yang aku cakap.. dia hanya dapat kedipkan mata bila aku tanya dia masih kenal aku  ataupun tak.. saat aku nyatakan abang2 dan kakak aku dalam perjalanan balik.. Bonda genggam tangan aku dengan kuat.. itulah kali terakhir Bonda pegang + genggam tangan aku.. sebelum Bonda koma keesokkan harinya...

* akan bersambung..

berikan aku kekuatan utk kisahkan tentang Bonda untuk aku jadikan kenang kenangan..


Al Fatihah buat Hjh Khalsom bt Taib... :((

Friday, August 10, 2012

monster yesterday no more today..

Jumaat


semalam aku MC.. sora langsung tak keluar.. sunyi sepi rasa dunia..

semalam jugak aku bawak Bonda ke Hospital.. untuk buang cyst yang aku cita dalam entry lepas.. makin besar aku tengok.. tak gamak nak biar lama2...

selesai prosedur pun dah pukul 1 lebih... gedebuk gedebak.. kami balik rumah tinggalkan Bonda kat wad lepas bukak posa...

hari ni doktor nak 'tengok' usus + perut dengan kamera.. harap2 tak ada apa yang serius berlaku...


rupa cyst yang membengkak..





'monster' dah berjaya dikeluarkan...


*semoga Bonda sihat seperti dulu... amiin..

Wednesday, August 8, 2012

Doa..

Rabu..


kisah malam tadi.. hero kecik mengaruk masa dekat2 nak bukak posa..  menganga serba tak kena.. lalu mendatangkan marah satu rumah... last2 bagi mandi.. sumbat susu. terus tido..

bila dah tengok anak tido.. hati ibu mana yang tak senang? aku pun dengan konfiden rasa dia akan tido sampai ke pagi.. sebab petanig tu dia tak tido...

sekali tengah aku sedap layan cerita Keluarga Iskandar (best cita ni.. percayalah..) dia boleh pulak bangun duduk sama melayan derama tu..

adehh.. segar bugar bijik mata dia layan tv.. siap ajak aku main keta menan yang dah terbarai.. jenuh jugak laa memujuk suh masuk tido balik..

last-last laku jugak laa pujukan aku.. masa dok baring2 tu.. aku minta dia bacakan doa...
dengan konfiden.. "Allah humma barik lana... " dengan pelat2..






*adehhh..