Sunday, July 31, 2011

selamat...

selamat menyambut ramadhan..






*tak dan nak update... kalut tak sangga kata orang Perlis.... :)

Friday, July 29, 2011

Kita kan sama-sama bayar road tax...

penah tak lalui situasi macam ni..


kita dok drive kereta dalam halaju yang nak kata tak berapa nak laju pun ada.. tak berapa nak slow pun ada.. sedang-sedang je la katakan... di kawasan pekan yang tak berapa nak besar..

tiba-tiba ada pulak motor melintas keluar dari simpang di sebelah kanan kita... yang hadlaju dia pun tak berapa nak laju... tapi kedudukan motor tu memang di depan kereta yang kita drive tu la...

tak jauh dari simpang yang motor tadi keluar tu.. (lebih kurang 400m - 500m) ada simpang empat bertraffic light.. kita ni drive kereta nak terus bukan belok kanan atau kiri.. dan kebetulan lampu pun baru je bertukar ke warna hijo...

kita ni pun serba salah nak potong motor tu ke atau nak follow dia je... bila kita ala-ala nak potong dia pulak ala-ala cam pulas minyak nak bagi laju sket...

ngam-ngam je sampai kat simpang lampu dah tukar kaler kuning... kita pun kena la brek sebab lampu terus tukar kaler merah.. tapi motor yang ala-ala cam.. -aku tak tau nak samakan dengan apa... tu lepas pulak melintas simpang jalan tu... aduhh!!!!!!




*schedule entry*





*boleh bayang tak cemana aku rasa time tu? grrr....

Tuesday, July 26, 2011

kami dah tak tau nak buat macam mana...

agak-agak la kan.. kalau ada ibu bapa yang bagi komen macam ni terhadap anaknya yang baru berumur 3 tahun.. apa yang boleh kita buat?


al kisah.. budak yang suka mencakor + menggigit hero aku tu sekarang ni bukan main ramah lagi bila jumpa orang.. ayat yang memang wajib keluar dari mulut dia ialah.. BABI...

tak kira la sapa jugak yang dia jumpak.. Opah ke, Mama ke.. (Opah tu ibu kepada Mama, Mama tu pulak pengasuh hero kecik le..) semua nya dia panggil macam tu..

sampaikan tadi masa aku sampai je nak amik hero balik.. lagipun hari ni dah 26hb.. gaji dah masuk.. aku nak bagi le duit kat Mama..jadi aku masuk la ke rumah Mama kejap... aku tengok budak tu dok ada la sambil dok terloncat2 cam ... malas nak sambung...

dalam aku dok cakap dengan Mama dan Opah.. elok je dia panggil aku b***... aku rasa cam nak penampor je.. hish! memang haluih je aku tengok budak tu tadi,,,

aku tanya la kat Mama & Opah.. mak budak ni tak buat apa ka bila anak dok sebut binatang tu je? Mama bagitau aku.. "mak pak dia pun dah tak tau nak buat lagu mana dah.."

haiks?! boleh ke macam tu? nak biar je sampai budak tu umur 30? tak payah tegor tak payah ajar? (aku cakap dalam hati je la.. kang dorang sampaikan kat mak budak tu pulak.. )


kadang-kadang terpikir apa yang Bonda aku cakap tu ada betulnya... zaman sekarang bukan mak bapak ajar anak.. anak-anak yang ajar mak bapak...





*hmm.. macam-macam...

Saturday, July 23, 2011

Tahniah!!

Linktahniah buat qari dan qariah Malaysia yang dapat meraih tempat pertama dalam Tilawah AlQuran kali ke 53 peringkat kebangsaan...

rezeki bulan Syaaban..

nak komen banyak tak mo.. pasal aku bukan orang bijak pandai dalam bidang mengaji ni...


apa pun tahniah... buat kedua qari dan qariah... iaitu Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan



dah lama rasanya peserta Malaysia tak bolot tempat pertama bagi kedua kategori ..








*sempat tengok malam ni aje.. malam lain tengok separuh jalan je...

Friday, July 22, 2011

kisah semalam..

Jumaat dah..


kisah semalam yang tertangguh nak masuk dalam entry...


balik sekolah je semalam.. dengan suara yang dibuat-buat manja.. (konon..) aku ajak en suami bawak aku dapat terapi.. ingatkan ditolak.. rupanya dia pun dah lama nak dapatkan terapi yang sama.. hahahahaha...

siap-siap.. pukul 6 baru bergerak...


sampai je orang punya la ramai.. agaknya masing2 pun ada masalah macam aku.. hingga perlukan terapi yang sama.. kuang2...

pusing punya pusing.. mujur tak pening... last2 hanya dapat bawak balik 2 helai t-shirt (t-shirt?? tu pun nak kecoh????) dengan sepasang kasut yg keras yang sangat cantik.. (ceh! perasan...)

alangkah bahagia nya bila lama-lama sekali dapatkan terapi cenggini.. nak borong sakan.. gaji belum masuk lagi..


bah kata kak AA.. "jamu mata pun jaaaadi la kan?" betul tu... kadang2 jamu mata ni merupakan terapi jugak... tak dapat beli dapat belek2 pun jadi la.. (tu kira terapi utk penyakit yang kronik gila...!)







*paling best bila keinginan yang dah lama tertahan utk melantak GCB Mc'D tercapai... (tu la.. dok kampung payah nak dapat Mc'D..)

Thursday, July 21, 2011

haa? dah khamis??

rasa macam baru semalam je Isnin.. tup-tup dah pun Khamis... berlambak buku belum aku tanda... hish.. bila nak habis jadi tanderket ni... :P



katun paling aku suka masa zaman kekanak dulu...





semalam dapat msg dari Jaya Jusco.. ada diskaun utk member card's holder.. macam menarik.. tapi tu la.. gaji belum masuk lagi ni.. kalau dah bergaji.. boleh la berjimba ke sana.. aku pun dah lama tak buat terapi ni... ;)










*terapi paling berkesan buat wanita = shopping.. kenapa ek?

Monday, July 18, 2011

boleh ke aku ajar anak aku jadi pengganas? (HAPDATE)

balik sekolah je tadi aku tengok hero kecik dok merengek.. ingatkan sebab ayah dia pegi ambil time dia tido.. rupa-rupanya bukan...

alkisahnya, muka hero kena cakar lagi.. kali ni agak dalam cengkaman kuku di dahi, kepala, leher & bawah hidung... aduhh.. sakit hati je tengok...

dah asik merengek mesti la berhingus kan? dah berhingus tu.. sah-sah la meleleh kluar dari hidung.. haa.. tang bab meleleh kena luka tu yang buatkan hero menjerit kepedihan.. agaknya lah...

menurut kata en suami, semasa dia pegi ambil hero kecik tadi, dia ada la belek2 kepala & muka anak aku ni di depan pengasuh.. tapi tak ada apa pulak komen dari dia (pengasuh) kot2 la nak bagitau kenapa kepala hero kecik luka...

jadi, aku tak puas hati.. aku msg je laa tanya kenapa dengan muka hero kecik... pengasuh cakap, budak laki lagi sorang tu ada 'buat' hero.. tak tau la pulak apa puncanya...

untuk rekod, sebelum ni anak aku dah pernah kena gigit di bahagian tengah belakang dan jugak lengan awal tahun bulan Februari tak silap.. kemudian budak yang sama cakar muka anak aku bulan April tahun ini juga..

jadi bila dah tau budak tu jugak cakar anak aku hari ni.. hati ada sedikit panas.. mungkin dari kesan makan pulut durian tengah hari tadi... tambahan pulak bila aku sms pengasuh bagitau anak aku menangis kepedihan akibat luka di bahagian hidung, pengasuh hanya menjawab " .... dia garu kot!"

perghh.. panas hati weyy... apa kurangnya anak aku, apa lebihnya budak tu? asik anak aku je jadi mangsa.. tak pe.. sabar dulu.. esok aku nantikan alasan2 yang dia nak bagi kat aku..

tak kan aku nak ajar anak aku jadi pengganas pulak kot??




*hish! rasa cam nak balun je aku rasa... grrr...




HAPDATE..

semalam masa pegi amik hero kecik.. masa aku sampai tu, suami pengasuh pun baru balik kerja.. dia pun terkejut tengok muka hero ada kesan cakor.. berubah muka dia lepas aku cakap budak sorang lagi tu yang mencakor.. lepas tu aku dengar suami pengasuh dok tanya macam2 kat pengasuh.. aku malas nak tunggu lelama.. terus aku cabut...

lepas ni kalau ada lagi kejadian yang sama.. aku nak bagi first aid je kat dia.. amcam? ok tak??





Isnin paling tak blues...

Isnin.. ada orang cakap hari boring.. ada yang cakap Monday blues..

tapi pada aku hari isnin kali ni.. hari yang dinanti-nanti... sebab?

hehehe.. sebab ni...



pic aku google je.. sebab teruja punya pasal.. aku terus ngap.. dah licin baru teringat tak snap gambar...


erkkk....alhamdulillah.. syukur.. lepas dah laa gian nak makan durian...





*erk!.. jenuh control napas hari ni.. takut bau durian.. balik rumah ni haruss gosok gigi... :P

Sunday, July 17, 2011

puasa & durian..

Ahad : hari berehat sepanjang hari...


pagi2 lagi dah keluar ke pasar.. my bonda nak beli tanah.. (bukan tanah yang berekar-ekar tu ye.. ) tanah yang dah siap campur dalam beg plastik tu...

dah puas memborong tanah.. singgah beli kain pulak.. my bonda baru teringat kain utk baju raya beli beli lagi... sempat la rembat utk buat 2 pasang baju...

dah letih pusing-pusing.. terus isi minyak siap2 utk esok pagi senang nak ke skolah.. teringat pulak keta aku lama tak mandi.. asik mandi hujan je.. penuh dah bedak sejuk.. dari cermin depan sampai cermin belakang..

sampai rumah pun dah dekat2 12 tgh hari.. sampai je memasing dah tergolek depan tv... keletihan.. almaklumlaa puasa... (ceh! macam la org lain tak posa..) dengan hero kecik pun ikut puasa.. jenuh nak suruh makan tak nak.. mungkin sebab member yang selalu teman dia makan tu puasa.. (aku le tu.. hehe)


nikmatnya dapat minum dalam cuaca panas terik ni...
(kredit pic Yat Maria)




dalam dok melepek letih dengan cuaca agak panas terik hari ni.. sempat la aku meronda rumah kengkawan.. singgah kat rumah kak AA.. entry kari kepala ikan.. perghh... sedap tu... walaupun aku hanya makan kuah dengan bendi je.. tapi tetap nampak sedap kepala ikan tu... :)

paling tak tahan bila dia cakap teringin nak makan durian... aku ni dah la lama dok simpan kepinginan nak melantak durian dari mula musim sampai la dah nak masuk bulan puasa ni... iskk.. kira boleh tahan jugak la napsu aku ni... hehehe...

tapi nak cakap aku cukup terra tahan napsu ni tak jugak la... minggu lepas aku dah 'racun' PK1 aku suh beli durian n makan kat skolah... nampak gayanya jarum aku mengena... katanya esok dia bawak durian sekali dengan pulut.. pakat makan ramai2 kat kantin... aku rasa cikgu2 yang alegik tak bleh bau durian.. atau makan durian.. mesti pakai mask esok.. tak pun MC beramai-ramai....

oh! tak sabarnya nak tunggu esok..


berangan dapat makan isi cam ni....




*adehh... meleleh ayaq lioq dah ni.... iskkkk

Friday, July 15, 2011

bakor je tahu...

wah! kejap je dah Jumaat..

tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan... sekarang ni pulak cuaca tak menentu.. kat tempat aku ni memang jerebu.. tambah pulak musim menuai padi dah pun habis.. jadi tuan-tuan tanah kedaung pun sibuk la nak membakar jerami...

keadaan semalam paling teruk aku rasa.. dari pagi dah ada yang membakar jerami padi.. asap berkepul-kepul masuk dalam kelas.. (sekolah aku dikelilingi bendang..)

rasa nak marah pun ada.. ye la kan.. dah tau waktu pagi sekolah penuh dengan murid.. tak payah la nak membakar waktu tu.. kan waktu petang ada.. bakar je la waktu lepas sekolah.. sungguh tak tercapai la akal mereka-mereka itu...

paling kesian murid tahun 4.. semua murid diarahkan ke kantin.. belajar kat kantin? boleh ke?
tu laa.. kesian.. dengan cikgu nye jenuh nak menjerit sebab nak lawan bunyi bising di kantin... tumpuan murid memang terganggu..

harap sangat hari ni tak ada yang gatal tangan nak membakar jerami lagi... tunggu laa esok lusa ye pakcik makcik sekalian...


agak-agak kalau aku pakai topeng ni masa mengajar ok tak???




*penat!

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday...

gambar bila tah...

hajat tercapai...

akhirnya hajat aku nak melantak kek tercapai patang semalam... huh! syukur alhamdulillah...

mulanya nak pi dah masa mula2 outlet ni bukak dulu.. tapi terbantut sebab ada isu sikit dulu..

aku pegi pun sebab nak celebrate birthday cikgu kat skolah aku.. ye laa.. kawan tu pun dok tunggu hari nak bersalin.. sebelum hajat kempunan tak dapat makan kek hari jadi.. makanya kami2 ni pun buat la majlis yang serba kecik lagi sederhana semalam...



sila abaikan lengan ku yg gebu ituuuu...





*berlori2 kalori masuk dalam perut aku semalam...

Monday, July 11, 2011

melepak sepanjang hari.. baru malam ni nak buh entry..

macam pantun dua kerat pulak kan? hehe..


hari ni memang hari melepak sepanjang hari.. dalam dok melepak pun kerja rumah jalan jugak tau.. bukan tak buat apa2... sila lah percaya...

pagi tadi ke klinik.. ada temujanji dengan doktor yang sepatutnya hari Jumaat lepas.. dek kerana nak berjimba.. aku buat2 lupa...

keputusan yang memang tak berapa nak seronok... lalu menambahkan lagi kerisauan aku... harap2 semuanya ok..

tak mo cita pasal benda yang risau2 ni... nak cita benda lain laa..

lepas balik klinik trus keletung keletang kat dapur.. gaya mengalahkan tukang masak restoran.. (bunyi je lebih)... last-last masak spageti je.. haha.. sebab malas nak masak 2-3 jenis lauk.. dah nama pun hari melepak.. mana boleh melepak lelama kat dapur.. kan? ... :P

dah melantak spageti 2-3 round dengan hero kecik.. en suami pulak call bagitau kena sambung kerja sampai kul 12 karang...

oleh kerana aku ni isteri misai ali.. aku pun masak la jugak lauk utk en suami makan dengan nasi.. ye laa dah nama pun tekak Melayu n Jawa.. mana laa boleh telan spageti je sepanjang hari... kan?

dipendekkan cerita aku pun selamat la masak asam pedas ikan tenggiri dengan sayur kacang panjang main campak-campak je... jadi laa... mudah-mudahan kenyang perut en suami malam karang...




*rasa cam nak sambung melepak je laa sampai esok.. bleh gitu?

Sunday, July 10, 2011

.....

tetiba saja emosi aku terganggu..



bukan senang nak puaskan hati orang... nak pulak bila kita ni menumpang.. ada saja salah silapnye...






sangat mengantuk..

alhamdulillah dah selamat sampai di rumah..


banyak benda nak cerita.. tapi mata tak larat nak bukak.. mau tak nye.. perjalanan mengalahkan nak ke Mekah je..


nak singgah ke rumah kengkawan pun tak sanggup...


esok je la....


*selamat malam!

Saturday, July 9, 2011

Nampak je bawak kereta mewah tapi....

Biasa nampak kereta mewah kat jalan? Nak pulak kereta mewah yang besor... Dah tu yg bawaknye tu bukan main lagi punya bergaya.. Siap dengan spek mata hitam..huh! Sungguh bergaya..

Tapi yg buatkan aku geram tu bukan pasal dengki depa bawak kereta besor... Tapi aku geram kalau bawak kereta besor mengalahkan kereta lembu... Macam siput **** pun ada.. Hish! Geramm..

Lagi satu asik dok brek je.. Memang mengganggu konsentrasi kita yg memandu belakang dia... Aduh!

Paling kerap aku jumpa sambil bawak kereta macam makan angin kat taman.. Sambil dok cakap telefon... Kereta besor boleh beli.. Tapi handsfree tak mampu beli kerr????




* geram!

Thursday, July 7, 2011

yay! and double yay!!!

yeah! petang ni sukan tahunan sekolah akan berlangsung... akan bermula pada 2:30 petang.. habis belum tau lagi pukul berapa..

aku ditugaskan menjadi pengurus peserta.. huh! jenuh terjerit2 la aku nanti.. dah la suara macam itik nila je ni.. dari minggu lepas tak lega-lega lagi tekak aku ni... jenuh usung air la nanti.... :(

yang tak best nye.. sekolah2 lain buat raptai penuh pagi ni.. dah tu balik (tamat waktu sekolah) pukul 12:30 pulak tu... sekolah aku pulak hari ni P&P macam biasa sampai pukul 1:00 lepas tu datang semula 2:00.. jenuh merempit sakan la nanti cikgu2 nak balik rumah... haha... harap2 tak ada polis buat roadblock.. :P

dan berita yang bestnye tu... hari Jumaat sekolah cuti...sempena hari sukan yay!!! kemdian sambung pulak hari Isnin...sempena Larian Serentak 1murid 1Sukan 1Malaysia... Yay! Yay!!

**************


rentetan cuti yang aku dapat Jumaat dan Isnin.. aku cadang nak berjimba.. hoho.. bleh la join abang aku nak ke Sintok sempena Konvokesyen yang ditunggu... lepas tu lepak di Bukit Merah Lake Town Resort... yeahooo!!!! seronotnyeee....






*sekian!

Wednesday, July 6, 2011

yang tau nak komplen je.... hish!!

hari makin dekat.. kerja makin banyak.. aku pun makin sibuk...

itu la kesimpulannya.. kenapa tak berupdate blog aku ni....

keluar rumah 6:45pagi sampai rumah pulak 6:30 petang.. selagi tak selesai sukan sekolah ni macam tu laa hari2... adehh..

bukan la merungut cuma nak bagi tau pada yang selalu sangat dok kata "ala.. kerja cikgu la paling senang.. masuk keja pagi.. balik tengah hari... "

ye laa.. kerja cikgu jugak laa senang... setuju je la.. cakap banyak2 pun tak guna...




*tukang kutip yuran, penasihat, hakim, peguam, doktor, tukang urut, menteri kebajikan = cikgu kat sekolah.. mak bapak yang suka dok komplen tu apa tau??

Saturday, July 2, 2011

hari yang dinanti.. 1M 1S 1Malaysia..

hari ni aku kena ke sekolah macam biasa... hari ni jugak dikira hari persekolahan biasa.. mula kul 7:30 tamat 12:30..

aturcara hari ni.. pendaftaran peserta.. kemdian senamrobik beramai-ramai.. sebelum larian bermula.. dalam jadual, GB besar baru yang akan melepaskan larian..

yang terlibat hanya murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5, dan 6 sahaja... murid tahap 1 ada latihan rumah sukan.. kiranya hari ni semua orang bersenam je laa...

nak sembang banyak tak mo.. aku dah nak mula senamrobik ni..



*dah lama tak menggediks... hahaha