Sunday, June 30, 2013

I'm Back!!!

Alhamdulillah... hati ni aku dpt kembali ke landasan setelah seminggu agak tunggang langgang kerja2 dalam rumah ni.. maklum laa aku tak dak bibik..

Saja nak cita, hari ni rutin masak makan dpt aku laksana dari sarapan, mkn tgh hari hingga ke minum petang.. rumah pun sempat aku sapu & mop.. huh!! Habuk punya banyak tok sah cita laa... dah macam rumah lama kena tinggal..

Lagi satu, pokok bunga arwah Bonda pun sempat laa aku tukar tanah dalam pasunya.. sebab minggu lepas aku dah perasan pokok bunga kenanga dah mula mereput macam nak mati je... rupa-rupanya2.. tanah tak elok.. semacam ada tanda2 kulat pada bahagian atas permukaan  tanah.. terima kasih wahai incik somi sebab sudi hulurkan tenaga angkat & alihkan pasu.. (pasu pulak saiz baldi 6 gelen)..

Syukur alhamdulillah padaMu kerana diberi tenaga & kesihatan yg baik utk aku laksanakan tugas2 yang dah lama terbiar... semoga aku terus diberikan kesihatan yang baik.. aminn...

Layan gambor..


Friday, June 28, 2013

Sakan sukan

Khamis: sukan di sekolah aku... penat tak yah cerita la.. walau pun aku bukan orang yg ditugaskan pasang khemah.. nak uruskan sukan dengan tenaga cikgu perempuan belaka.. tau je la kan.. untuk makluman.. sekolah aku ada 20 org cikgu.. 3 orang je cikgu lelaki..range umo 42 - 54 tahun...kendian 2 orang cikgu perempuan cuti bersalin... tinggal berapa kerat je...

Guru besar (GB) macam tak paham @ sensitif dengan keadaan semasa.. duit peruntukan ada tapi 'cut cost' belaka dlm melaksanakan sukan sekolah.. sungguh terserlah ilmu hj bakhil pada dia..

Alhamdulillah tahun ke 3 aku di sekolah ni, baru tahun ni peserta rumah aku (MERAH) dpt tempat dlm banyak acara.. walau kutipan emas mmg tak banyak mana.. jadi laa... daripada tahun2 lepas hanya menang sorak... yay!!! Cikgu sama2 melompat dengan anak murid...

Jumaat: sekolah aku cuti.. tapi 'sekolah' hero kecik ada sukaneka.. jadi kena laa aku join walaupun dalam kepala masih dok teringat bantal...sungguh teruk mak dia kan??

Minggu ni memang sakan bersukan..

Geram

Entry hari ni aku dah taip tadi.. tapi guna blogger-droid..

Bila cek semula tengok rupanya tak published.. ilang plak tu..

Geram aih!!

Tuesday, June 25, 2013

alhamdulilah

Dari malam tadi jerebu ditempat aku makin bertambah.. sampaikan mlm tadi nak tido, bau asap menang kuat...

Pagi tadi nak ke sekolah terasa suasana macam di Cameron Highlands.. jarak pemandangan pun kurang..

Apa pun DIA punya kuasa nak buat apa pun.. segalanya adalah kehendakNYA.. hujan turun kira2 pukul 10 pagi.. walau pun tak lebat sangat.. tapi cukup untuk menghilangkan jerebu sedikit sebanyak...

Mudahan esok akan lebih cerah berbanding hari ni... aminn...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, June 24, 2013

dah Isnin?

Rasanya baru lepas Isnin.. dah datang Isnin semula...

Hari ni cuaca di kawasan agak 'berkabus'... jerebu baru nak sampai.. dok tunggu pengumunan dari PPD kot2 laa sekolah cuti...




Sunday, June 23, 2013

Sorotan seminggu.. tak mau baca pun tak pe..

Dari Isnin aku sibuk mengalahkan mak menteri. .

Hari Selasa sibuk masuk meeting yang ternyata aku hanyut dalam mimpi sendri sebab dari mula bagi salam sampai penutup meeting guru besar bercakap tanpa henti.. kadang aku terpikir apa guna buat meeting kalau hanya komunikasi sehala saja.. lebih baik bagi nama syarahan@ kuliah@ceramah.. sebab apa aku cakap cam tu? Sebab semua keputusan dia dah buat.. tak de nak tanya pendapat cikgu2 ni dulu.. padahal tenaga kami jugak laa nak dikerahnye.. (sekadar mengomel.. pada yang tak paham buat tak tahu sudah la..).. makluman paling tak best ialah hari Ahad kena dtg sekolah uruskan motivasi antara 2 sekolah yang berjiran dengan sekolah aku.. kenapa Ahad?? Arghh!!

Hari Rabu sukan untuk acara akhir berlangsung.. dalam keadaan berjerebu Penolong Kanan Koku tetap jugak nak buat.. walaupun dia sendiri tak turun padang.. best kan bila boleh pegang remote halakan pada orang untuk buat kerja??

Hari Khamis aku sibuk dengan kelas tahun 3 yang dah tertinggal silibus.. jenuh nak kejar.. sebab2 tertinggal? Jadual Matematik aku mesti bertembung dengan cuti.. :(

Hari Jumaat boleh tarik napas lega.. kerja aku untuk hari tu settle sebelum loceng bunyi... bunyi je loceng aku pun cabut balik rumah teruss.. yahoo!!

Hari Sabtu sambung kerja2 urusetia utk program hari Ahad.. walaupun dalam keadaan perut yang kerap 'cramp'.. sangat sakit!!.. huhu :'(

Ahad, rasa macam sekolah di negeri Kedah pulak.. keluar rumah sama macam hari Isnin.. hero kecik pun aku kerah bangun awal & mandi siap2..  program motivasi mula pun agak lewat dari jadual.. leceh betul bila dapat guru besar 'rajin' bersembang dengan tetamu...

Dan hari ini jugak selepas hampir 24 tahun aku jumpak dengan kawan baik aku yang sama2 dari tadika sampai habis sekolah rendah.. masing2 masuk asrama langsung terputus hubungan.. ye laa dedulu bukan ada facebook, henpon, emel bagai.... dan dia jugak la pengerusi untuk program dari USM Transkrian ni.. tabik spring to you my friend.. :)

Monday, June 17, 2013

Posa tak jadi

Niat nak qada posa hari ni.. tapi sebab teringat petang tadi sepatutnya ada sukan acara akhir lompat jauh + lontar peluru.. aku dilantik jadi hakim.. jadinya pospone la posa.. insyaAllah hari Khamis ni sambung...

On the way balik rumah teringat dalam peti ais dah habis bahan mentah.. singgah kedai rembat udang, drumet...

Nama pun Monday Blues kan.. mood masak ke laut masa awal2 sampai rumah..dah lewat petang baru marii.. jadi lah masak simple2.. udang goreng kunyit + kerabu epal... layan..!!

Gambor udang idak le aku amik.. sama cam udang goreng kunyit lelain jugak...

Sunday, June 16, 2013

Lorong Kulit

Pagi tadi incik somi balik kerja terus suruh aku anak beranak siap2... heran jugak ke mana nak pegi awal2 pagi ni...? Jam baru 815 pagi..
Tak banyak soal terus siap.. masuk highway menghala ke utara.. perasaan dah berbunga.. ingatkan dia nak belanja kat Padang Besar.. mana la tau kan sempena hari bapa ni dia bermurah hati nak belanja aku periuk belanga.. (kenapa ek kalau ke PB mesti org borong periuk belanga??)


Tapi... lepas je tol Juru dia hala ke Jambatan Pulau Pinang.. owhh.. nak jak pi Bukit Bendera la tu kot... 


Rupanya dia nak ke Road Walk.. pasar pagi Sabtu & Ahad yang memang ramai org suka pegi.. termasuklah pelancong.. pasarnye biasa je macam tempat lain.. ada jual kain baju bundle, buah buahan.. cuma ikan je tak de.. (ke aku yang tak tahu?).. specialnye RW ni sebab ada jual barang2 lama yang sangat old school pada aku.. ye laa kan aku ni Anak Merdeka.. banyak la barang dulu2 yang aku tak pernah tengok dan guna dijual di situ..


Oh ya, lokasi Jalan Kulit di belakang Stadium Bandaraya Pulau Pinang.. tak jauh dari Hospital Besar & Penjara.. pada sesapa nak pi, sila lah guna application waze ye... ;)


Hasil pusing dua tiga kali.. ada laa jugak hasil tangkapan yang di bawak balik.. kali ni barang anak beranak depa je.. aku ni tolong bawak.. sebabnye aku pun blur tak tau nak beli apa.. tak pa kali ni aku survey dulu..next time aku pulak nak memborong... 


Antara gambar sempat aku snap...


Agak jem nak masuk ke jalan ni...




Bukti dah sampai sini... hehe



Kat tepi kaki lima pun ada org meniaga..





Barang lama...



Hasil tangkapan incik somi.. 

Saturday, June 15, 2013

Seminar Integriti Pendidik

Pagi pagi lagi dah bangun awal..  siap2 tunggu incik somi balik keja je...

Sepatutnya register pukul 745.. tapi aku sampaibpun dah pukul 820... paking kat pintu pagar belakang je.. harap tak dak la yg sondol keta aku ni...

Update entry ni dikala mata nak terpejam... panjang lebor penceramah bercakap.. makan roti je pun tadi.. mana maunye.. kurang2 nasi lemak.. ye tak?..

Friday, June 14, 2013

Padan le pun..

Tadi tengah hari aku antara org paling lewat balik dari sekolah...

Hampir pukul 2 baru sampai rumah.. walaupun hari ni Jumaat, masing masing balik awal.. ye, aku mengaku minggu produktiviti aku agak menurun.. mungkin sebab masih mood cuti...

Sampai rumah terus rebahkan diri.. letih.. konon nak melelapkan mata sekejap.. sambil dok picit2 bahu sendiri... kali ni rasa lenguh semacam je.. aku heran jugak apa benda yg aku tanggung sampai sakit macam ni...

Tergerak hati nak cek isi dalam beg tangan aku tu.. laa.. rupanya benda yg sepatutnya aku tinggai kat sekolah pun aku bawak balik sama.. padan le pun.. hai cikgu.. mujur laa kerusi meja tak angkut bawak balik sekali.. hehe






*sila abaikan beg tangan jenama lui bonton tu je... hahaha

Thursday, June 13, 2013

Ole ole

Lagi kisah Guru Besar (GB) melancong ke 6 buah negara... aku tak le berminat nak tau sangat kan... ye laa aku ni bukan kipas angin dia... hehehe

Tgh hari semalam (selasa) dia mai cari aku kat makmal komputer... ingatkan apa hal pulak... rupanya nak bagi sebenier dari jauh....

Tima kasih cikgu..... cuba teka H untuk apa?

Monday, June 10, 2013

Selamat pagi

Bismillahirrahmanirrahim....

Syukur masih diberi nafas untuk meneruskan tugasan dan tanggungjawab yg diamanahkan....

Macam teks ucapan perhimpunan la....

Pagi ni perhimpunan telah mendengar cerita GB tentang waktu cuti yang dihabiskan di luar negara.. siap senaraikan nama negara lagi... teruja la katakan...

Saturday, June 8, 2013

Hari hari terakhir

Sekejap je dah pun Sabtu..


Pagi tadi aku terbabas tido.. sedar je dah kul 645 pagi... Astaghfirullah... melompat la aku dari katil nak kejar solat Subuh.. (ye ke bleh kejar) mudahan solat aku diterima Allah.. aminn..



Lagi 2 hari dah nak mulakan rutin kerja .. oh! Sungguh tak best rasanya.. sebab aku tau pastinya ada jadual baru yg akan dirombak oleh kerana sorang lagi guru akan bercuti bersalin... dan aku dapat rasakan aku lah antara 'mangsa' mengutip jadual yg bakal ditinggalkan selama 2 bulan.. sedangkan sekarang pun aku dah tanggung jadual cikgu yg bercuti 3 bulan... kesemuanya subjek KSSR...


#mode: sedang mentabahkan hati..


Malas nak beratkan kepala... aku ajak incik somi petang tadi utk mencuci mata dan jugak poket.. bukan jauh mana pun... Jusco Perda je...



Terlupa pulak aku hari ni adalah hari-hari terakhir cuti sekolah.. apalagi panjang la Q kereta dari mula masuk tol Jawi hingga ke tol Juru... mmg terbaekk.. nak jalan sangat kan.. tanggung je la...





***** cita lain *****



3 hari lepas aku berjaya membayo hutang puasa... masih lagi berbaki beberapa hari lagi.. insyaAllah akan di sambung bila sekolah dah bermula.. moga aku diberi kasihatan yg baik untuk melaksanakan tanggungjawab aku pada Allah.. aminn...
Layan gambor.. antara  aktiviti aku di rumah sejak mula cuti sekolah.....



Hari pertama.. paru goreng sambal.. (aku idak makan pun)..



Hari kedua asam pedas ikan pari..



Hari ketiga.. kotiaw kungfu... 

Thursday, June 6, 2013

Cerita gathering

Fuh! Fuh!...


Agak berhabuk di situ.. :P


Hari cuti umum Sabtu lepas, aku dan incik somi mengambil peluang bercuti dan berehat bersama keluarga (sememangnya aku dah cuti.. dia je la yg kena apply)..




Percutian kali ni sebenarnya dah pun dirancang sejak hujung tahun lepas oleh abang ipar incik somi yg dok di singahpoh..
Perancangan awal, kami bertolak dari rumah terus singgah di Gombak. (ada jemputan jiran lama yg dah terpisah lebih 20 tahun) Dari situ aku & incik somi terus gerak ke lokasi kedua.. iaitu di BBB Bandar Baru Bangi..




Kali ni memang nervous.. sepanjang jalan jantung dok berdetak cam kuda je.. almaklumlaa nak jumpak kawan2 blogger yang selama ni hanya berborak di depan skrin je...




Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun jem.. ) lancar tu sebab tak sesat.. haha.. sampai je diperkarangan Musollah Ehsan, aku dah terdengar suara Dato LH.. masa tu rasa punyala nervous cam nak jumpak bakal mentua... hahaha propa lebey plak ek..





Aku di ME tak lama.. sebab perjalanan perlu diteruskan ke A Famosa..sempat jugak la aku merasa kotiaw goreng sedap, homemade pizza yg mabeles, coklat cup cake yg memang ada umpph..  kenyang la jugak aku & incik somi sampai ke A Famosa Resort.. alhamdulillah...


Terima kasih tak terhingga buat rakan2 KKA yang ada masa aku singgah di ME tempoh hari.. walaupun masa yg terluang amat singkat namun jauh disudut hati sangat2 terharu dengan keramahan kalian walaupun baru pertama kali bertentang mata..



Ini je yg sempat aku snap dengan henpon aku... bersama kak AA & Iyra