Saturday, August 31, 2013

Masih mood raya

Syawal pun dah sampai ke penghujung.. tapi undangan open haus masih lagi rancak.. rasa macam lama lagi bulan Syawal ni..

Hari ni penuhi undangan Sambutan Merdekaraya kelab kereta incik somi... dek kerana tak mo boring dok rumah, maka aku mengekor le jugak ke majlis raya..

Majlis nampak simple tapi sambutan boleh tahan meriah juga.. ahli2 kelab dari Utara, Selatan, Timur & Tengah semua pakat hadir...kira2 ada lebih dari 100 buah kereta yg join event ni..

*cerita lain..

Sebelum Syawal abis.. aku amik kesempatan repeat oder tat tersohor dari kak Azieazah.. trima kasih.....

Thursday, August 29, 2013

Jodoh itu milik kita

Sejak Isnin minggu lepas aku mula ikut derama Melayu di Mustika HD.. mula tu mcm tak berapa minat nak ikut sebab ada Nabila Huda.. tapi bila tgk hero & heroin yg aku minat.. terpaksa korbankan jugak laa rasa tak berkenan kat sorang lagi tu..

Bila tau je derama ni adaptasi dari novel karya seni.. mula laa aku stat 'demam kura-kura 3 hari' dok godek internet cari novel tu.. jumpak jugak laa di page penulisan2u.com

Tapi hanya ada sampai bab 12 je.. oh! Aku mula nak demam kura-kura 40 episod dah... nampak gaya memang nak kena cari jugak laa novel ni di kedai..projek hari Ahad ni memburu novel tu..

Tak sabaq nak tau sungguh apa kesudahan rumahtangga antara Dahlia (Tiz Zakyah) dan Aariz (Farid Kamil).. dan jugak apa benda yang buatkan Syafiq (Syazwan Zulkifli) benci sangat dengan Aariz

Wednesday, August 28, 2013

Hari ni merojak lagi

Semalam buat jamuan hari raya dengan anak-anak murid bertuah tu ada laa terselit menu rojak.. tapi bahan tak berapa lengkap sebab idea nak buat rojak datang tetiba.. akak cleaner jenuh merempit ke pasar pagi cari buah yang ada cuma timun, nenas & sengkuang je... itu pun jenuh berebut makan budak-budak tu..



Hari ni aktiviti merojak lagi walaupun guru besor dah ada di sekolah.. (alaa.. aku merojak pun bukan time mengajor.. dah lepas abis semua kelas pun)



Memang jenuh laa aku pulun makan mempelam tadi sebab langsung tak masam.. memang terbaik la.. buah mempelam tu sumbangan anak murid aku jugak + mak lang (tukang masak kantin) tima kasih daun keladi ye.. esok-esok bawak la lagi.. hehehe




Merojak @ menyicah ni seronok bila makan ramai-ramai.. kalau sorang- sorang memang tak dak 'feel'.. slurpp!! Dok teringat lagi mempelam siang tadi.. hehehe


Yang ini second round nye portion.. hehe

Tuesday, August 27, 2013

Hari Raya..


Kekadang kita sebagai orang bawahan ni perlukan ruang untuk merasa 'bebas' dari sebarang tekanan.. jadi peluang yang ada tu jangan dilepaskan.. kan?



Semalam dan hari ni adalah hari yang 'bebas' tekanan.. masing masing masuk kelas menjalankan tugas tanpa rasa tertekan dengan kehadirannya.. sapa? Sapa lagi kalau bukan guru besar..



Dan sepanjang ketidakhadirannya perangai anak murid dari tahun 1 hingga tahun 6 seakan turut 'gembira'.. perangai masing masing agak 'behave'.. jadi cikgu disiplin (aku le tu) pun ringan la sikit kerja.. hehe..



Kesempatan yang ada, aku ambil dengan adakan majlis hari raya bersama mentor mentee... kemain seronok budak budak bertuah ni.. :)


Sedap...



Antara juadah...

Saturday, August 24, 2013

Yang lambat didahulukan yang awai dilambatkan

Cam berangin je tajuk entry kan? Memang tengah hangin pun.. pagi ni daku bawak keta kebal ke pusat servis sebab masa dah taim.. kena pulak brake belakang macam dah haus je... (keta kebal ni mmg pandai bajet la.. tau2 je dapat gaji terus mintak servis..)

Aku sampai pusat servis ni dari pukul 9.30.. dalam dok tunggu tu makin ramai laa org sampai yang hajatnya sama je dengan aku... tetiba aku nampak mekanik dah bawak keta lain yg sampai lagi lambat dari aku.. haaa.. bermulalah aku rasa angin2 sepoi bahasa jerman..

Aku tanya budak kaunter yg dok arrange keta.. boleh pulak dia cakap keta aku dia blum tengok lagi.. padahal keta leng chai yg sampai lambat tu dia dah p cek odometer... grrr...  cam nak bagi tazkirah je..

Mujur laa Allah Taala bagi kesabaran lebih sikit pada aku hari ni.. terus taip entry tak pueh ati ni...

Tuesday, August 20, 2013

Dah lama

Dalam dok pening2 tak tau nak makan apa.. harini pulak ada pasar malam tak jauh dari rumah.. terus request inci somi pegi beli jagung rebus..

Tapi dia bawak balik jagung kukus..boleh laa dari tak dapar mkn jagung langsung..

Syukur alhamdulillah... :)

Wednesday, August 14, 2013

Aidilfitri 2013 : mood baru nak update..

Rabu
7 Syawal


Selamat hari raya.. mohon ampun & maaf andai ada tulisan yang menyinggung perasaan anda..


Dah abih puasa sebulan hari ni baru terasa nak update blog.. maafkan diri ini sebab keadaan yang tidak stabil dalam 2,3,4 minggu ni..


Apa pun doakan yang baik2 untuk diriku & keluarga...




Selamat Hari Raya.. ;)