Tuesday, March 27, 2012

keliru..

Selasa..






*ayam piru ke ayam biru??

Monday, March 26, 2012

Anak ke Mak Bapak yang nak belajar ni??

Isnin..


minggu ni giliran mata pelajaran Matematik yang akan dibuat penceparan buku latihan... jadi aku pun dah siap tanda semua buku latihan budak2 termasuk dengan buku aktiviti... alhamdulillah sekolah aku ni sekolah kecik je.. budaknye pun cuma 25 orang... tak laa teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan sekolah lain...


kali ni nak buat entry luahan perasaan... semasa aku periksa buku anak2 murid aku tadi ni.. terjumpa laa dengan buku budak yang ditulis oleh ibubapa... geram betul laa rasa..

maunya aku tak geram.. dah bagi kerja sekolah suruh budak2 tu siapkan... tapi bila buku dipulangkan semula pada aku.. tengok je jawapan semua tulisan orang dewasa.. (boleh agak laa tulisan budak darjah 2 cemana.. )..

aku tak boleh terima laa bila ibu bapa nak buat @ tolong tuliskan kerja rumah anak2.. ye aku paham anak2 tu tak paham @ tak tau macam mana nak buat.. dan semestinya akan tanya ibu bapa macam mana nak selesaikannya bukan? tapi sebagai ibu bapa tak salah berikan jawapan.. tapi jangan laa pi tulis dalam buku latihan anak awak tu!


kalau dah nak sangat buat kerja sekolah anak awak tu... suruh je anak duduk rumah.. ibu bapa pulak yang datang sekolah.. kan? tak terpikir ke impaknya bila kerja rumah anak ibubapa yang buatkan? sampai bila pun anak tak akan paham..tak akan pandai.. bila dah anak tak berapa nak boleh 'tangkap' apa yang cikgu ajar.. mula laa nak salahkan cikgu..



malas la nak membebel panjang... loceng pun dah bunyi.. aku nak balik...



* geram... geram...

Sunday, March 25, 2012

mandom?

Ahad..

pagi yang mandom rasa macam nak makan papadom...

mandom??


sila ke google..


sekian...


*entry malas tahap gaban...

Saturday, March 24, 2012

samsoon buat hal pulak...

Sabtu,


janji nak post gambaq bola baling tertangguh lagi.. semua gara2 henpon samsoon tak berapa nak hebat ni buat hal.. tah pasai apa tak bleh nak transfer ke laptop aku ni...


masih dalam usaha pindah memindah...


*sabaqkan laa hati aku ni ya ALLAH.. hishh... geram sungguh aih henpon ni...

Thursday, March 22, 2012

tak sangka cempedak jadi nangka..

Khamis..


sori berlori sebab lori terlebih muatan ni sangat bizi sejak bukak sekolah ni... bizi uruskan pasukan bola baling sekolah... maklumla.. tahun ni aku bergerak sendiri.. tahun lepas ada otai.. so aku hanya membantu buat kerja-kerja membancuh air je.... sungguh sedih kan?

alhamdulillah perlawanan yang dah pun berlangsung semalam dengan hari ni.. semalam pasukan lelaki hanya dapat tempat ke-3 walaupun harapan aku sebagai pengkurus yang lebih muatan serta juruletih2 yang ada mengharapkan tempat ke-2.. (tak berani nak aim johan sebab ada juara 3 tahun berturut2 dok menunggu) memang betul la macam pepatah tak sangka cempedak jadi nangka...

petang tadi pasukan perempuan memang tak menghampakan.. malah memberi persembahan yang memang tak dijangka dek pengkurus dan juruletih.. memang teruja laa kami2 ni dok bersorak tepi padang sampai masing2 tak keluar suara.. esok mesti masing2 jadi macam suara Ella buat konsert..

gambar ada aku snap petang tadi guna hp cap samsoon.. tapi tak leh nak donlod pulak sebab bateri dah abes.. esok insya ALLAH aku tempek tang sini..

esok petang dah janji nak belanja 'anak-anak' tu makan besaq.. kena laa aku beratoq kat kedai ayam tokwan sok... :)




selingan..


Hari Air Sedunia 2012 peringkat kebangsaan di Dataran Pinggiran Sungai Kerian.. datanglah beramai-ramai.. (huh! dah macam iklan kat radio)





acara perahu panjang (saringan).. pic amik dari MyKakakIpar

Sunday, March 18, 2012

Filem lama yang tak jemu ditonton...

Ahad,


huh! dah Ahad.. bagi yang dok di Kedah.. dah pun mula sesi persekolahan.. masing2 masing dalam mood cuti.. esok pulak giliran aku bertugas.. sungguh tak best... :(


dek kerana bosan tak ada aktiviti nak kemana-mana musim cuti ni.. nak layan tv pun rancangan tak best.. channel punya laa berlambak2... tetap tak berkenan dengan rancangan yang ada... lebih baik aku layan utiub je...

dalam dok godek2.. terjumpa laa cerita Richie Rich.. lakonan Macaulay Culkin.. cute sangat masa dia berlakon filem ni... malam tadi layan Home Alone.. walaupun filem ni dah hampir 20 tahun tapi tak jemu laa tengok.. (pada aku la.. orang lain mungkin bosan)...




nampak bijak sangat dia berlakon dalam filem ni..





lepas ni nak layan Mrs Doubtfire pulak... lakonan Robin Williams... pun best jugak cerita ni...





macam real je jadi wanita tua.. kan? pic ehsan Google..





*dan dan tu laa perasan muda bila tengok filem2 lama ni.. hehehe

Thursday, March 15, 2012

Cuti sekolah = cuti segalanya?

Khamis..

kejap je dah sampai hari keempat untuk minggu ni.. rasa macam baru je stat cuti.. hadoii..

cuti sekolah aku tak kemana.. dan tak tau nak kemana.. macam tu jugak laa nak update blog ni.. boleh pulak mood masuk ke laut.. adehh...

hari-hari melayan karenah hero kecik.. macam2 ragam.. kadang tu benda yang kita tak jangka dia boleh mintak...

petang semalam dia dok berangan jadi harimau...



habih orang dalam rumah (aku + Bonda) nak dibahamnya.. sampai macam tu sekali laa dia punya imaginasi...



kemudian, sebelah malam dok cakap nak masuk dalam benda ni... dok mintak aku keluarkan dari bakul simpanan khazanah barang baby...



macam2 laa alasan aku punya tak mau bagi dia main baby net ni.. sampai laa habih modal aku.. dia cakap nak jugak baby net ni pasai nak elak dari kena gigit nyamuk..




bila aku cakap dah pasai ubat nyamuk + sembur dengan Ridsect.. paling tak tahan dia cakap nak tutup lauk kat ateh meja...




*pap! tepuk dahi aku dengan hero kecik ni...

Sunday, March 11, 2012

aku makin tua... haish!

Ahad,


mamun! yang tu bleh aku katakan.. cemana aku boleh tak ingat kenduri anak menakan kak Azie? apa nak jadi ni?


kenduri hari Sabtu, aku ingatkan hari ni.. melepass aku...


tat pun dah selamat terima.. oh! nikmat tak terkata.. syukur alhamdulillah..




*sedap bubuq pulut itam tu.. ;)

Friday, March 9, 2012

MODE : tertekan

Jumaat,


sejak dua menjak ni sekolah dapat pekerja swasta baru... maksud aku tukang sapu merangkap tukang kebun sekolah.. berikutan dua orang letak jawatan bulan Januari lepas.. pakcik A ni pun join the company menggantikan yang dua orang itu...

yang aku nak cerita ni tentang ketidak selesaan aku semasa mengajar dalam tahun 2.. tiap kali aku masuk kelas memang jadi tak selesa.. sebab apa?

sebab ada pulak yang nak 'observe' aku mengajar.. yang ni perkara paling aku tak gemaq.. kalau 'observe' secara rasmi.. maksud aku masuk dalam kelas kemdian bagi markah ok laa aku boleh laa terima.. tapi yang ini 'observe' dari luar kelas..

ye.. aku paham kerja dia nak menyapu atau kadang2 tu nak potong pokok yang ada di tepi kelas aku tu.. tapi buat je laa kerja sendiri.. jangan la menyibuk sampai dalam kelas aku pun nak menyampuk pulak...

paling aku tak tahan tu.. bila aku menyinga je dalam kelas, dia pun ikut sama menyampuk marah budak2 ni... eh! mula la aku nak tanya sapa yang nak mengajar ni? ke aku gi potong pokok dia masuk kelas ngajar bebudak..

ye laa kalau dia kenal pun budak2 ni atau kenal mak bapak serta keturunan budak2 dalam kelas aku tu, jangan la sampai menganggu konsentrasi nak belajar.. dah laa KSSR ni hanya limitkan 6 jam seminggu sahaja.. kalau dah tiap2 kali aku masuk kelas tumpuan budak dah kemana-mana.. apa nak jadi bila budak2 ni naik ke darjah 3,4,5,6 nanti? 'masak' la cikgu2 tahap dua nak pulun ajar benda2 basic pulak nanti...

perkara ni pun aku dah slow talk dengan GB.. dah tak tahan sangat.. karang aku sound direct kat Pakcik A tu, terasa pulak.. ye laa hati orang tua.. aku tak mau laa di cop cikgu tak hormat orang tua...

mujur la minggu ni minggu periksa.. minggu depan dah cuti seminggu.. aku tunggu pulak minggu bukak sekolah.. kalau masih macam tu jugak.. memang aku sediakan satu meja + kerusi bagi Pakcik A tu duduk dalam kelas aku...




minggu periksa...


*susahkan? cemana laa cikgu2 ni tak kena darah tinggi...

Thursday, March 8, 2012

blogspot gila kembali

Khamis,


gila blogspot berulang kembali...dalam dok godek2 blog ni.. klik sana, klik sini... terklik pada ruangan Comments... baru perasan ada komen kengkawan yang dah masuk ke spam box...

adehh.. mintak maap laa baru perasan.. tu petanda punya lama tak kelebek blog.. dah lebih sebulan komen tu terperap kat dalam spam box... hadoi!

mintak maap la pada Benz & kak Azie.. tak menjawab pun komen kalian..


*dah laa pembaca tak ramai boleh pulak tak layan komen orang.. sungguh tak sivik kan aku ni?sekali lagi.. maafkan diriku...

dua puluh satu..

Khamis..


Ujian Pengesanan 1 masih berlangsung hingga ke hari ini.. tapi hanya melibatkan murid tahun 3, 4, 5 dan 6 sahaja... tahun 1 & 2 cuma jalankan pentaksiran saja.. sebab depa ni dalam kurikulum baru.. KSSR.. nak tau apa KSSR cuba la tanya pakcik gugel.. aku bukan malas.. tapi takut silap penerangan pulak..


dipendekkan cerita, aku buat laa pentaksiran utk tahun 2 semalam secara lisan.. aku panggil budak sorang2.. kemdian tanya soalan.. alaa.. macam zaman dulu2 kena buat oral test tu.. cam tu laa lebih kurang...


kena pula masa aku nak buat test tu aku baru pas rehat.. perut dah kenyang mata aku pun cam nak pejam ja.. tapi oleh kerana aku ni gagah.. aku gagahkan jugak buat test walau jenuh aku tahan mulut dari nganga luas2 sebab nak menguap...


aku bagi helaian kertas yang ada nombor.. aku mintak budak2 tu bacakan nombor2 tu.. nak tengok bebudak ni kenal no ke tidak... majoriti boleh laa sebut nombor tu dengan betul... dalam ramai2 tu aku dengar sorang tu sebut "DUA PULUH SATU"

aku memang heran laa sebab aku tak letak pun nombor puluh.. semua nombor ratus je.. rupa2 nya.. nombor ni yang dia sebut...












*adehhh

Tuesday, March 6, 2012

huh! Cemuih..

Selasa..


pagi tadi.. bukak radio Era keluar berita.. tukar ke Sinar pun keluar berita.. tak bleh jadi ni.. aku tukar ke Hot.FM.. pun sama keluar berita tu jugak..


apa dah tak dak isi berita ke nak bagi pada pendengar? cemuih laa...








*dah p kursus tu cepat2 la kawen..

Monday, March 5, 2012

dah Isnin.. menghitung hari....

Isnin..


hari ni tak laa sibuk sangat.. (aku je..) orang lain aku tengok sibuk macam tu jugak.... hehe...

minggu ni minggu exam.. jadi cikgu2 pun tak laa rigid sangat dengan bebudak..setakat salah sikit tu boleh laa nak pejam2 mata sebelah... konon tak mau bagi depa tension... (pada hal cikgu2 dok tahannn je...)

aku dok membilang hari je ni.. esok dah Selasa.. tak sabar nak tunggu tat nenas tersohor.... yahooo!




pic bukan sendri punya.. cilok dari akak Azie.. (ya ampunnn...)

Link




*ok laa dah nak pejam.. esok nak kena jaga peksa.. karang mata lebam cam kungfu panda sapa nak jawab?