Thursday, May 31, 2012

hari cuti #6

Khamis..


hahaha.. orang lain kira ikut turut.. aku kira ikut suka hati jaa... ok laa kot no.. dari tak update langsung...

niat tu memang nak update sehari satu entry... tapi dek kekangan kerja2 buruh mengemas rumah belum lagi habis.. bila dah mula pegang penyapu.. mula laa lepas tu aku tersadai tak sedaq apa dah... nak bukak laptop rasa cam nak kena bukak tin susu punya laa payah...


susah kan? (pic gugel)




*itu je nak cita... hehehe..

entry KHAS utk en suami... orang lain tak mo baca pun tak pa....

dear my husband,

me & you
yesterday, today
tomorrow forever..



31 May 2008


luv,
me

Sunday, May 27, 2012

hari cuti #1

Ahad..


rutin utk hari cuti dah pun mula.. pagi macam biasa masterchef mengetuk kuali masak nasik gorem utk en suami bawak ke tempat keja... oleh sebab penyakit bermusim menyinggah.. nasik gorem aku cuma berlaukkan naget ayamas je laa.. telor pun tak masuk.. karang dok menggaru pulak en suami..


tengah hari aku melantak nasik kenduri je.. untuk pengetahuan.. hari ni laa dalam sejarah aku makan nasik dua kali dalam sela masa tak sampai doploh minit... hadoi.. cemana laa perut aku nak kempis lagu ni.. dah nama pun p knuri kawen.. tak jamah nasik karang tuan rumah pulak kecik ati.. (konon..!) padahal lauk dia memang mabeles... :P

balik knuri sempat la singgah pesta buku kat sini.. ye ke pesta? satu kompeni je pun bukak khemah kat pusat bandar tu... dan aku sempat laa rembat novel RAM (Ramlee Awang Murshid).. tu pun novel lama... tapi aku je yg belum baca lagi...



pic google...


balik dari pesta buku baru laa masterchef kembali beraksi.. cewah!! sikit2 masterchef mentang2 laa sekarang ni dah demam masterchef selebriti... lauk hari ni aku sempat buat siput sedut masak gulai.. sayur buncis shitake.. dgn petola istimewa bonda... fuh!!! tak agak-agak buh nama lauk... rasa? hmmm.... licin jugak laa en suami makan.. (mungkin dah tak dak pilihan kot...)



sila imajin gulai aku sedap cenggini ye... (cik Mat.. pinjam gambaq naa)





ok laa cukup laa laporan hari ni.. nak tengok masterchef ni.. kot2 laa dapat idea... :P


*bak kata budak2 la ni... k-bai... (ok bye)

Saturday, May 26, 2012

yahooo... dah stat cutii!!!

Sabtu..


lega aih.. hari ni tak laa kalut nak kena mandi seawai 5:30.. hehehe...


tapi oleh kerana rumah aku masih dalam keadaan lintang kupang.. jadi tak de maknanya kalau aku mandi lewat pun.. sebab kerja2 mengemas pun dah tentu-tentu buatkan aku mandi peluh mengalahkan orang sauna.. huh!

apa laa cita bab mandi ni..nampak sangat tak dak idea nak merapu hari ni..

ok laa aku nak tempek gambar je laa.. nak kaberlaen... huhu!




'kerja sekolah' hero kecik.. dia sendiri kaler.. dia sendiri snap..
Bonda tak kose nak men'snap' sebab sibuk lagi menyibuk..


*ok laa aku nak sambung tido mengemas..

Friday, May 25, 2012

gambor tertunda....

Jumaat...

layan gambar je laa.. dah lama snap dgn henpon samseng.. nak haplod je tak dak masa.. aku kan cikgu yang sibuk lagi menyibuk..






tiket tren Bukit Bendera.. utk aku & encik suami LA = Local Adult RM8.00. Utk Bonda tiket LC = Local Child =RM4.00.. hero kecik free of charge... nak beli tiket ni nak kena tunjuk ic.. kalau 10 orang yang pi.. maka kena laa tunjuk 10 keping ic.. kalau yang tertinggai ic tu.. tak dapat laa nak tolong.. sebab tiket untuk foreigner je 30 hengget....





gambor belah depan tiket... tren dolu dolu..





view dari ateh puncak.. kalau laa DSLR iskk.. soheh aku bleh masuk contest dah ni...





muzium burung hantu.. aku idak le masuk.. sebab nak kena turun tangga... idak larat aku...







tangga bawah aku idak larat turun.. aku larat jalan stret je.. terus nampak kaunter juai nasi.. hehehe.. lapor weyy...






gambar minggu lepas.. gaya anak dinato lapor...






anak dinato lapor.. dah tak mau nak posing...






udah kenyang... cak aaa.... :D



*sekian

penipu!

Jumaat..


huh! pagi2 dah dapat msg penipu...








*nak je aku balaih "pungkoq hang" hehehe... boleh cenggitu?

Thursday, May 24, 2012

Ujian dah habis, esok last day sekolah.. yay!! cutiii...

Khamis..


sepanjang minggu ni berlangsung peperiksaan pertengahan tahun.. kebiasaan ujian @ peperiksaan mula hari Selasa.. tapi untuk PPT (Peperiksaan Pertengahan Tahun) kali ni PPD dah keluarkan arahan mula hari Isnin..so hari ni last day budak2 bertuah tu jawab kertas soalan...

aku yang mengajar KSSR tahun 2 tak terlibat dengan PPT ni... cuma ikut jadual periksa aku hanya bagi budak2 bertuah tahun 2 tu jawab soalan insrumen yang aku dah buat.. setakat ni alhamdulillah budak2 tu boleh jawab.. cuma ada sorang dua je yang tercicir.. kalau aku dok sebelah ok pulak jawab soalan budak bertuah tu.. kalau aku round @ tak dok sebelah je mesti ke'laut' jawapan depa tu.. adehh... jenuh laa cikgu nak buat kelas one to one cenggitu.. dalam seminggu ada 6 waktu je..

duhai mak bapak.. tolong laa tengok2 kan anak2 anda... cuti dua minggu ni jangan laa asik hidang budak2 tu dengan rancangan tv je.. kalau yang ada Astro tu lagi laa... kasihani laa anak2 anda dan jugak cikgu2 nye... (ayat merayu).. :((

kalau tak kesian jadi cam lagu ni laa nanti....






cuti pun dah nak mula esok lusa je ni.. ke mana laa aku nak bercuti? ada idea? jangan cakap pi sekolah dah laa na...

Sunday, May 20, 2012

masterchef in da house...

Ahad...



malam tadi aku dah berkobar2 nak update entry.. tapi ntah apa yg tak kena dengan line internet ataypun aku rasa ada konspirasi dari TM buatkan line telefon hilang tiba2.. nak buat report pun tak bleh.. jadi aku pasrah je laa malam tadi tido awal dengan hati yang membungkam.. punya panjang mukadimmah aku.. nak tunjuk entry panjang le tu.. hehe


hari ni aku memang sarung apron merah dari kul 9:30 sampai la kul 3:30 tadi ni.. tu dia aih.. punya lama kalah orang katering masak.. saja laa nak bagitau aku dok lama kat dapo tu kira qada' masa yang aku tak dok situ dari Isnin sampai Jumaat... boleh cenggitu...?


sesi pagi aku hanya hidang roti jala + roti canai dari dapo Abg Id.. hehehe.. mana dan nak buat serapan dah kau jaga tido pun dekat2 kul 7... jadi aku sebagai isteri dan ibu yang menjaga masa..maka aku masak kat kuali dorang je laa juadah pagi tadi..


dengan terhegeh-hegehnya kepakaran yang ada.. aku sempat laa siapkan kuah laksam + lauk tengah hari tadi... pic kuah laksam & lauk aku tak amik.. udah penat sangat.. tak lalu nak men-snap pic dah...

tapi last-last aku amik jugak pic laksam yang dah siap aku gulung... percubaan pertama kali.. dapat laa gulung.. mula-mula tu tak konfiden.. tapi akhirnya menjadi jugak... hasil usaha gigih laa katakan... :P


terimalah pic aku yang langsung tak dak seni.. tujuan aku snap ni nak tunjuk bukti bahawa aku penah buat laksam sendiri... nak resepi? boleh aje....




siap 5 gulung.. tapi 2 gulung dah masuk perut hero kecik.. bukti sedap kan?? hehehe



resepi laksam:

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam - aku bubuh 3 cawan lebih sikit je...
garam sikit..
minyak utk sapu tudung periuk..

masuk tepung kendian bubuh air... kacau sampai tak berketul..
pastikan kukusan dah panas ye puan-puan..
kendian boleh laa masukkan tudung periuk dalam kukusan.. (nak kasi panas sket)
agak dalam 1-2 minit.. sapu minyak sikit (tak mo kasi melekat)
tuang sesenduk bancuhan tepung (buat ala-ala kuih ketayap)
bagi rata penuh tudung periuk tu ye puan-puan.. (jgn jadi cam aku tadi.. laksam berlubang.. hahaha.. terus masuk tong)
kukus dalam 3-4 minit.. atau sampai nampak tepung tadi dah mengelembung..
keluarkan dari kukusan.. biar sejuk sekejap.. kendian gulung...




*selamat mencuba...sukatan cawan tu aku just guna cawan yang dok bubuh air teh je... :D




Thursday, May 17, 2012

tak bertajuk

Khamis..



"Onda.. oo Onda... Onda ayang Amman tak?"

"sayangg.. Ammar kan anak bonda.. Ammar sayang bonda tak?"

"ayang.. Amman ayang onda tampai mulan.."




*buah ati pengarang jantung... dah pun 3 tahun... :)

Tuesday, May 15, 2012

aku sibuk

Selasa..

hari ni tak dak entry merapu.. aku sibuk.. nak kena balut, bungkuih, belit suma hadiah nak bagi kat cikgu2 sok..

dalam jawatankuasa ada dua orang.. tapi nampak gaya aku sorang ja..

mode: tak berapa nak manis..



ok laa aku makin sibuk ni.. satni tak dan pulak aku nak balut, bungkuih, belit semua barang tu...



*selamat hari guru!

Monday, May 14, 2012

Saringan Khas Linus Tahun 2

Isnin..


hari yang aku nanti pun dah tiba... kul 9 tadi pegawai dari PPD sampai ke sekolah bersama soalan numerasi... kalau ikutkan jadual yang diberi oleh PPD ujian saringan untuk literasi mula kul 9 habis 9:30 pagi...

untuk ujian literasi memang tak ada masalah.. murid2 majoriti boleh jawab soalan.. cuma yang aku frust sikit dengan Numerasi.. murid2 cuai dalam mengira.. tepok dahi makcik dok tanda kertas tadi... hadoii...


dan sekali lagi pihak kementrian keluarkan soalan saringan Numerasi untuk tahun 2 dalam dwibahasa.. pada pendapat aku laa kan.. apa rasionalnya nak buat dwibahasa sedangkan murid Tahun 2 ni batch pertama KSSR yang mana silibus semua dalam Bahasa Malaysia.. jenuh laa makcik dok bagitau baca soalan yang bertulisan sendeng..itu pun masih ada 2-3 orang yang terkial2 nak jawab soalan.. rupanya dok pulun baca soalan dalam Bahasa Inggeris... hadoii...


dalam kita dok canang pasal MBMMBI ni boleh pulak soalan saringan kali ni di buat dwibahasa.. dah tu Bahasa Inggeris mendahului Bahasa Malaysia.. pada yang mengajar di sekolah besar memang tak dak masalah.. nih macam kami cikgu2 kampung ni yang jenuhnya.. sudah laa guru tak dibenarkan membantu murid dalam memahami soalan.. senang cakap ujian kali ni macam periksa UPSR laa.. cikgu just jaga budak jgn bagi meniru je.





sebahagian dari soalan..


aku tak cakap banyak laa.. frust ni..





*nak sambung tanda kertas nih... :(

Sunday, May 13, 2012

apsal mengantuk dari pagi sampai ke petang?

Ahad,


tah apa kena hari ni asik mengantuk je dari pagi sampai ke la ni.. cam oksigen kurang je aku rasa.. agaknya jag lag kot... kononn!!

semalam ada program hari keluarga.. kali ni buat di hotel you... kemain lagi cik jah berangan nak mandi kolam.. sekali hujan turun daa... cik jah mandi ayaq mata ja...

sebelum sampai ke Naza Hotel.. sempat laa aku laki bini bawak bonda & si hero kecik jenjalan naik Bukit Bendera.. huh! berpuluh tahun dah aku tak naik train BB ni... naik jakun jugak laa aku semalam.. en suami lagi laa ni pes taim naik tren tu.. sama naik je excited dgn budak kecik tu...

semalam jugak laa hero kecik tu dah cukup 3 tahun.. cepat je masa berlalu.. makin notti dia la ni.. dah tu mulut tak bleh nak diam.. bayangkan laa dari mula masuk kereta nak gerak dari rumah.. sampai ke tempat parking BB tu dia bercakap tak henti2.. hadoi.. lenguh mulut cik jah nak menjawab soalan..

selamat hari jadi anak bonda.. semoga jadi anak yang soleh, yang bijak, yang baik, yang kuat dalam menempuh hari2 yang mendatang.. (tak paham la ni.. esok esok anak bonda paham laa tu... hehehehe) so hari ni baru bonda bleh wish sebab semalam kat hotel tak bleh nak on wifi.. dah tengah malam baru depa tu bagi password.. frust je makcik...

gambar ada aku snap guna hp cam samseng.. tah elok ke dak tak tau laa.. aku pun tak belek habis lagi.. nanti2 laa aku upload kat sini.. (macam laa ada yang nak tengok sangat gambaq aku tu..)

sebelum terlupa selamat hari ibu buat semua ibu-ibu, mak-mak, mama-mama, mummy-mummy, umi-umi, bonda dan sewaktu dengannya.. semoga kaum2 ibu jadi lebih tabah dalam membesarkan anak-anak.. (sebenaqnya aku tak sambut hari ni pun.. aku dah sambut kemarin..) kek je belum sampai esok rasanya baru siap.. (sapa suh oder lambat kan? sendri mau ingat laa)





*k la.. nak sambung tidoq... krohh kroohh..

Friday, May 11, 2012

Shopping

Jumaat..


salam pagi Jemaat.. pagi yang cerah terang benderang... terasa cam kat stage IB je pi mana2 kena pancaran matahari... mula laa berangan cam kena suluh dek spotlight..

bukan yang tu aku nak cerita... aku nak merapu pasai shopping ni.. dek kerana asik sibuk memanjang sampai tak dak masa nak ke supermarket pilih kain baju..

makanya kelmarin tu aku dok membelek laa kat blog2 yang dok menega ni... singgah kat blog Makcik Rehan..




tengok kain skirt & seluar macam menarik.. tambah2 utk saiz speacial cam aku ni.. setelah bersoal jawab dengan tuan punya kedai.. aku pun decide laa membeli selai skirt selai seluar..

malam semalam aku dah berangan dok pi jenjalan dengan seluaq baru tu.. siap berangan cam model lagi... hahahhaha.. kronik dah laa aku ni MR oiii...cepat-cepat laa mengepos ke mari.. aku tak sanggup mengigau memalam dah ni.. :))




*jadi kengkawan yang singgah baca entry merapu aku ni .. selak2 laa blog MR kat sini.. boleh pilih yang mana berkenan.. sesuai utk golongan special cam aku ni... :P

Wednesday, May 9, 2012

RM15 ribu?? mokcik pokcik kayoo!!

Rabu..

punya laa lama tak baca paper.. hari ni ada lebih paper Utusan (ada budak yang tak mai sekolah hari ni) aku sebat laa baca..

bukak2 je cita pasai keluarga popular di Malaysia yang kucar kacir.. masih2 bagi kenyataan media.. sampai terheret ibu yang dah tua tu.. haish! macam-macam.. doa aku.. jauhkan laa perkara2 macam ni dari keluarga aku.. amiinnn...

selak mukasurat sebelah.. bukan main lagi gambaq peneroka Felda yang senyum lebaq sampai ke telinga.. start dari malam ni dah boleh mimpi yang indah2.. bukan senang nak dapat RM15K .. ye laa.. untung laa sapa yang dapat tu.. mudah-mudahan duit yang diberi tu diberi lagi tahun depan... (hahaha.. hilang akal??)

dah.. maleh nak cita pasai politik.. pasai aku tak berapa minat dan tak berapa pandai nak berhujah pasai politik.. aku bukan golongan itu.. tapi kalau suh aku merapu pasai hal sekolah.. insyaAllah tak dak masalah..

tadi ni dok ushar FB tudung dan kain baju.. ada yang berkenan.. baru dok risik tanya memacam.. harap2 boleh laa beli + pakai.. huh! hampa tengok betapa sibuk nya cikgu hari ni sampai kain baju pun tak dan nak p beli kat kedai... (konon!)

hari ni macam Isnin yang lepas ada latihan rumah sukan.. terpaksa angkut dengan hero kecik sekali ke sekolah.. balik je dah kompom dekat kul 7.. jadinya dinner malam ni hanyalah lauk jejari telunjuk.....



*maap laa tuan rumah punya tajuk lari dari entry...

Tuesday, May 8, 2012

mula-mula add kemdian unfriend lepas tu invite pulak? apa kebenda tu?

Selasa..


dah tengah malam baru dapat tulis entry.. banyak urusan yang perlu aku selesaikan... baru sampai rumah sebenarnya ni...

tadi bukak FB.. ada event yang dicreate dek rakan sekolah dulu.. rakan yang satu ni pun tak laa rapat bebenor...

yang memusykilkan aku ni.. dia jemput aku untuk sama2 serta dalam acara yang dia buat.. tetapi aku ni tak ada dalam friend list dia..sebelum2 ni dia ada request friend dari aku.. dan aku pun dah terima... tapi tu laa kan.. dia yang nak add aku tapi dia jugak laa yang unfriend aku.. lepas tu boleh pulak jemput aku..



* apakah??

Wednesday, May 2, 2012

kenapa aku tak tengok berita?

Rabu..

Menjadi kebiasaan hari Rabu murid tahun 6 melanggan surat khabar dengan harga istimewa (pakej murid sekolah).. Apa menjadi tak berapa nak biasa dan selesa adalah kerana berita muka depan hari ini.. Rasanya semua dah tau kot aku tak nak la tulis lagi tajuk berita tu..

Cuma aku nak luahkan rasa kurang setuju dengan berita macam tu keluar muka depan lengkap dengan gambar sekali... Jenuh kami2 yang jadi cikgu nak jawab bila mereka tanya 'cikgu, depa tengah buat apa tu?' apa kah ayat @ jawapan yg sepatutnya cikgu2 macam kami ni nak bagi? Nak jawab gambaq org tengah makan ais krim? Tengah main batu seremban?? Agak2 la sikit wahai para wartawan.. Fikir la sama golongan anak2 yang baru nak kenal dunia... Malu kami cikgu2 ni nak jawab weyy... :-(

Jangan la sampai satu tahap anak2 kita tak dak langsung bahan bacaan yang sesuai sebab semua akhbar dan majalah yang ada di kedai semua kisah politik saja...

*luahan hati cikgu yg gagal jawab soalan murid... :-(

Tuesday, May 1, 2012

selamat hari cuti..

Selasa...

hari cuti utk semua yang bekerja.. yang jadi surirumah jugak tak cuti2... kalau cuti jugak alamat rumah tak bersapu, kain baju tak bercuci, dapur tak berasap.. jadi surirumah ni sbenarnya besar peranannya cuma tak berapa nampak pasal tak pakai uniform, tak bawak beg tangan hany a pakai tshirt dan kain batik je.. kalau aku pakai kain batik waktu penting pantang saja.. Hehehe


Hari ni jugak hari ulangtahun jadi-jadian kawan aku di sekolah Cikgu Rohani dan geng masa kat Uitm dulu kayrod.. Nama penuh aku pun dah lupa.. Tu laa asik panggil nama timangan je.. Apa pun aku doakan kalian sentiasa sihat di bawah rahmat Allah Taala.. Ammiinn..


*hari ni cuti agak2 kedai kain bukak tak? Aku nak terjah kain nak buat baju raya nih... Hehehehe