Tuesday, May 31, 2011

ye ke dah 3 tahun??

diam tak diam.. dah pun 31hb Mei.. rasa macam sekejap je.. rasa macam baru je tempek inai di jari.. huh! betapa cepatnya masa berlalu.. dah pun 3 tahun..


hari ni genap 3 tahun aku menjadi isteri kepada en suami dan 2 tahun menjadi bonda kepada hero kecik.. alhamdulillah..


tiada apa2 sambutan yang kami berdua buat.. cuma ingatan dan ucapan je sesama sendiri.. uhuk! sedih kan tak dak adegan potong2 kek & suap2 kek.. tak pa.. suap nasik pun kenyang jugak...



P/S : buat en suami.. selamat ualangtahun perkahwinan.. i lap u... muahssss!



gambar recycle..



** ceh! kecoh betul la... orang lain dah 30 tahun tak de pun buat entry dalam blog.... :P

Sunday, May 29, 2011

29 Mei.. Ulang tahun....

dah malam pun.. baru ada peluang nak update..

hari ni 29hb Mei... ulangtahun perginye seniman agung negara kita Tan Sri P. Ramlee... pasti pihak Seniman adakan majlis bacaan yassin dan tahlil seperti tahun2 yang lalu...

Al Fatihah buat allahyarham Tan Sri P. Ramlee.. atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.. semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah Taala... aminn....

*******************

bila teringat je tarikh ni... aku pasti tak lupa hari ulangtahun kelahiran sahabatku Nakia.. pasti meriah menyambut hari jadi bersama suami tercinta dan juga hero2 + heroin nya...

selamat hari jadi kawan.. semoga sentiasa di rahmati Allah.. dan diberikan kesenangan di dunia & di akhirat.. aminn....



kek utk hang Kia.. hehehe... :)




Saturday, May 28, 2011

syukur.. aku dah boleh log in...

alhamdulillah pagi ni aku try bukak blogspot dah boleh.. tak macam semalam dan 2-3 hari lepas.. risau bukan main.. risau password kena hacked pun ada..

jadi boleh la aku menaip entry macam biasa.. kalau tidak.. bukan takat entry tak boleh nak taip.. nak komen kat blog kengkawan pun tak dapat.. hish! apa laa punya demam blogspot..

dah mula pun cuti sekolah.. jadi surirumah je laa. tak ada cadang kemana2 pun macam tahun2 lepas.. paling tidak pun pi makan kenduri kawen jiran2 je laa.. sep bajet.. hahahahaha... :)






*ni yang tensen ni.. baru je nak taip satu entry nak menganga si hero kecik ni.. hish!!!

Tolonglah saya...

Dah 3 hari aku cuba access akaun blog dengan laptop.. Asik tak boleh je.. Paling kerap dia keluar box utk sign in.. Bila aku masukkan password.. Keadaan balik ke asal jugak.. Cemana ni? Ada sesapa boleh tolong tak?



* entry ni aku post guna hp.. Boleh pulak.. Tu yg pelik tu...

Tuesday, May 24, 2011

Nak cuti jap boleh??

Cuti skolah memang la tak lama lagi.. Tapi sejak dari semalam asik batuk x berenti.. Ubat dah jenuh telan.. Dok lagu tu jugak... Siang boleh tahan la tak teruk sangat.. Bila nak masuk malam je.. Mengalahkan ayam berkokok... Perit je rasa... Tak tak best nye suara singa yg lemak merdu pun dah makin serak...


Cemana singa nak mengaum esok?? Mintak cuti bercakap boleh???

Monday, May 23, 2011

Isnin @ Senayan..

Isnin.. seperti Isnin yang lepas2.. perhimpunan pagi dengan nyanyian 4 buah lagu.. huh! jenuh berdiri.. lepas tu bacaan ikrar rukun negara.. ucapan guru bertugas mingguan mengikut tajuk yg telah ditetapkan oleh PPD.. lepas tu ucapan GB...

mulai hari ni PPT (peperiksaan pertengahan tahun) dah mula.. kertas BM 1 & 2.. tak laa risau sangat... yang nak berdebarnya hari Rabu ni.. kertas Matematik.. ntah cemana laa budak2 aku jawab soalan.. cikgu yang risau lebih..

dek kerana minggu ni minggu exam.. ada la masa utk aku siapkan BBM utk tajuk2 yang seterusnya..


yeah!! kita mesti semangat!!!


chiayok! chiayok!!



*teringat masa aku kecik2 dulu.. bila Bonda dan Abah bersembang menyentuh hari Isnin.. masing2 tak sebut Isnin... depa sebut Senayan.. mula2 aku gelak.. tu masa aku kecik dulu..

tapi skrg ni aku pun kekadang pi tersebut Senayan... hahaha.. sungguh klasik aku rasa... :)






Align Center

Sunday, May 22, 2011

Ahad hari melepak depan tv..

hari Ahad.. hari lepak sedunia... haha.. sebab apa aku kata melepak? sebab dari pagi lokasi lepak aku depan tv je.. muahahaha.. maunya tak besarrrr sebagai johan jadinya...

bangun je tadi pagi dah tengok menggunung kain baju dalam bakul.. niat nak lipat la sementara hero masih lena.. baru je pilak 3 helai.. dia dah bangun.. terus duduk kat riba.. maka tergendala laa agenda pagi...

dah siap mandikan.. layan si hero makan roti canai.. kemdian sambung layan tv.. mujur la time sesi lipat melipat dia tak kacau.. kalau tak, memang simpan balik la baju2 tu dalam bakul...

tengah hari.. layan Melodi kejap.. dek kerana cuaca panas lain macam hari ni.. mandikan hero lagi sekali.. pastu konon nak tidokan dia.. alih2 macam biasa aku yang tido.. muahahahaha...

dah penat melepak depan tv.. aku melepak dalam bilik plak.. sambil meronda singgah ke rumah kengkawan... mana2 rumah yang aku singgah.. menceritakan tentang tragedi yang tanah runtuh di Hulu Langat... sedih bila tengok gambar2 tu.. Al Fatihah buat mangsa... kepada yang terselamat.. semoga cepat sembuh.. en suami ada cakap.. salah sorang mangsa yang terselamat tu kenalan dia.. khabarnya kaki kena potong sebab kecederaan yang agak parah...




*segala kejadian adalah kehendakNYA.. pasti ada hikmah di sebalik kejadian...

Alamat rumah untuk Ayu..

Ayu,
Link
alamat rumah yang Eja dah jumpak semalam tu kat sini.. sila la singgah.. jangan memalu.. cewah.. promote sket.. hehe..

Saturday, May 21, 2011

Yes!!! aku jumpa jugakk rumahnya...

akhirnya aku terjumpa juga blog rakan seperjuangan (juga sorang cikgu) yang sebelum ini bertekad nak tutup blog.. kali ni dia buat blog baru... aku sangat sukaa....


gembira macam aku jumpak kawan lama.. ye laa.. baru je aku kenal blog dia yang dulu.. tetiba tak tau apa punca dia tutup blog... memang sedih sungguh laa... nak pujuk sakan pun aku baru je kenal blog dia..


walau apa pun ake memang happy sangat la tengah2 malam ni.. dengan harapan dia ta ktutup blog lagi.. banyak ilmu yang di kongsi di blog dapat aku guna utk P&P aku...



*lega...

Friday, May 20, 2011

Get Ready!!


malam ni tak dak entry panjang... sebab nak siap sedia nak tengok Maharaja Lawak... sebabkan si I'm Sorry dah terkeluar minggu lepas.. so teruja sket la nak tengok malam ni... (dapat menikmati tanpa menukar channel...)

tapi malam ni aku layan sengsorang nampaknya... hero kecik dah tido.. en suami pun join sekatil.. bonda dah lama lelap lepas solat Maghrib tadi.. harap boleh kawal gelak tanpa ganggu sesapa yang tido... huh! high expectation btoi aku ni terhadap ML...


ok la sembang banyak tak mo.. nak pi bancuh milo ais jap... :D

*harap juri malam ni guna imuniti....

Jumaat..



Pagi Jumaat..


damai sungguh rasa pagi ni...


cantik kan bulan tu?... (yang ateh la.. bukan yang kat tepi jalan tu..)





*cepat sungguh cerah sekarang ni.. baru kul 6:50 dah macam 7:15..

Thursday, May 19, 2011

Program antidadah lagii....

hari ni Khamis 19 May 2011... pengajaran dan pembelajaran (P&P) masih tak dapat dijalankan.. berikutan program antidadah yang aku ceritakan dalam entry yang lepas... program hanya akan berakhir pada esok, Jumaat..

pagi tadi acara pertama adalah pertandingan sajak antidadah.. dari murid darjah 3, 4, 5 dan 6.. masing-masing naik ke pentas dengan gaya masing2.. ada yang bersemangat.. sampai terkejut para hakim... bukan bersemangat deklamasi sajak.. tapi tang bagi salam je... bukan main kuat lagi.. tapi bila nak mula bersajak tu... aduuhh.. tak kemana hilang suara... agaknya gugup la tu..

tak kurang jugak bersajak dengan gaya ala2 nak bercerita... ye laa aku tak salahkan budak... mungkin depa ni tak banyak pendedahan tentang sajak.. asyik2 bercerita je.. ditambah pulak kurang latihan.. (masa suntuk)..

paling kelakar tu ada sorang peserta dari darjah 5.. 'sihat' budaknya... dari gaya langkah naik ke pentas memang nampak konfiden saja.. sampai je depan mic, bleh pulak dia betulkan seluar.. gamat la sekejap depan tadi dengan gelagat dia.. walau apa pun.. persembahan dia - not bad la.. pada aku yang bukan juri profesional ni..

dah habis acara deklamasi sajak.. sambung pulak dengan pertandingan melukis poster bagi murid tahun 4 hingga 6.. pertandingan mewarna dari prasekolah hingga darjah 3..

murid tahun 6..



pantang suruh berposing..

tamat je masa pertandingan.. aku tak buang masa.. buat kelas tambahan kat budak darjah 3.. sebabnya esok dalam jadual tak ada Matematik.. jadi aku gantikan la dengan waktu yang dah terlepas tu... ala.. kelas tambahan ni pun ala-ala bagi tips nak peksa le.... :)

dah penat bebel.. jom layan gambar bebudak bertuah tu...



antara yang tekun..




Kiri : Hafizatul, Nabila, Anisa, Azlena dengan hasil kerja sendiri..



Kiri : Sabri, Ayuni, Zaifol



Batrisyia, Hafizuddin, Alif, Mukhliss, Amiruddin



Aqilah, Nadiah, Arsyad, Halim



Daniel dengan mini posternya...



ada cerita pasal Daniel ni... dia ni bukanlah murid yang suka mewarna.. kalau diberi latihan yang ada gambar dan aku mintak warnakan gambar tersebut.. dia sorang je yang akan warnakan gambar tu dengan satu warna je.. contoh kalau gambar ais krim.. kalau dia pegang kaler merah.. habis ais krim tu diwarnakan dengan merah.. kalau ais krim tu ada kon, dengan kon-kon skali warna merah..

tapi tadi bila aku tengok hasil kerja dia rasa terkejut pun ada.. yang best nya bila aku tunjukkan pada mak dia.. (jugak cikgu kat sekolah aku).. mak dia siap cakap macam ni.. "betul ke ni kertas Daniel?" hahaha.. mak dia pun cam tak caya....





*terhibur tengok keletah budak2 tu mewarna tadi... macam2 gaya ada...

Wednesday, May 18, 2011

hasil kerja keras...

malam tadi bagi kat hero kecik kertas dengan pen.. asik mengaruk nak apen.. apen.. mula tu aku ingatkan dia nak Aben.. watak Afdlin Shauki dalam Baik Punya Cilok tu... rupa nya nak pen...

dah bagi tu bukan main seronok.. lepas satu, satu kertas dia mintak.. siap penuh depan belakang...

kemdian aku nak solat.. aku biar je laa dia kat atas katil tu sengsorang layan hasil tangan dia tu...

abis je solat ni laa hasil yang hero kecik dah buat...




penuh awan larat.. depan belakang kertas di 'tulis' nya...




ni laa bila dah tak cukup kertas...





*jenuh la nak menonyoh cadar tu nak kasi hilang kesan dakwat... kaler merah tuuuu....

Anti Dadah.. (UPDATED)

ni la gambar yang sempat aku snap pagi tadi... tak banyak sangat sebab aku sibuk dok siapkan borang utk pertandingan.. pastu dengan nak pitam tengok kertas soalan Matematik tadi...


antara pamplet yang disediakan oleh pihak penceramah..




kusyuk melihat pameran..



buat-buat sibuk.. nak menyelit dalam gambar..






*ralat... penceramah bukan dari AADK.. tapi dari Pejabat Kesihatan Daerah... pihak AADK sibuk.... kot!

aduh.. nak pitam!!!!

kertas exam dah dapat...

baru je siap semak kot2 ada ralat...

aku rasa cam nak pitam la pulak... tengok soalan yang keluar...adoii!!!




*nampak gaya kena buat kelas tambahan jugak ni utk murid darjah 2 & 3.... (gila kosenye aku....)

Anti Dadah...

hari bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan.. AADK...

minggu ni kempen anti dadah peringkat sekolah...bermula dari hari ni sampai ke hari Jumaat... jadi sepanjang 3 hari ini macam2 aktiviti untuk murid telah disediakan...

aku dengan sukarela meng'offer' diri nak sediakan borang penyertaan...

hakim dan penyelaras pertandingan ada cikgu lain yang ambil tugas....

nanti aku upload pic aktiviti yang dah dijalankan....



*gossip sampai ke sekolah lama... aku ni dah berubah 120%.. ye ke aku dah berubah?? kalau makin baik.. syukur alhamdulillah.... :)

tak ada keja cari keja..

tengah malam..


dok belek2 blog sendiri.. tangan gatal pulak nak ubah susun atur.. nak hias cam orang lain aku tak pandai.. nak bubuh lagu dgn daun2 berguguran tu tak gamak pulak mata nak tengok..

jadi laa lagu ni pun.. cam tak dak perubahan je gayanya..



*ah! janji ada entry... apa ada hal.. hehehe..

Tuesday, May 17, 2011

Wesak Day.. Cuti Day... Yay!!!

selamat hari wesak buat semua penganut agama Buddha... hari ni aku cuti... lepak kat rumah layan tv je laa....







* layan cita Badul pun best jugak ni... hehe

Monday, May 16, 2011

hari guru 2011

hari penuh aktiviti hari ni...

dari pagi dah mula berentap dengan cikgu2 lain dalam acara sukaneka.. aku macam biasa la masuk acara yang tak melibatkan melompat yang ekstrem..

acara sukaneka bermula dari jam 8 sampai la ke 10 pagi.. kemudian sambung acara dalam dewan pulak...

acara wajib setiap tahun nyanyian lagu Guru Malaysia dari cikgu2 yang bersuara merdu ni.. kemudian lafaz ikrar.. dan seperti tahun2 yang sudah.. bacaan perutusan dari PM dan Pengarah KPM..

acara akhir yang dinanti-nanti.. penyerahan hadiah dari cikgu kpd cikgu.. murid kpd cikgu.. cikgu peberet la yang bawak balik hadiah paling banyak... biasa cikgu2 baru.. yang single mingle banyak la.. budak2 sekarang dah ada taste oo .. jangan main2... kalau cikgu2 yang garang tu hmmm.. boleh dikira laa berapa yang dapat..

aku? tak banyak tak sikit.. kategori sederhana.. tapi bukan hadiah yang ditunggu oleh cikgu.. tapi penghargaan dari hati yang ikhlas dari murid tu sendiri adalah lebih bermakna.. terus terang aku cakap.. memang touching bila ada murid datang siap salam pandang mata aku dan ucap terima kasih & selamat hari guru.. itu dah lebih dari cukup pada aku... tambah pulak yang datang salam tu murid yang selalu sangat la kena marah dengan aku.. huh!! tetiba dalam hati ada taman.. nama je cikgu 'singa-lion'... :)

tapikan.. kalau ada laa anak murid yang beria nak bagi aku hadiah.. dan tanya aku hadiah apa yang aku nak.. aku akan jawab pen merah... sebab pen aku cepat sangat habis dakwat...


dah letih merepek meraban.. jom layan lagu ni...








memang meremang bulu roma masa nyanyi lagu ni... bukan hari2 nyanyi pun.. setahun sekali je...




*pic tak dapat nak tempek.. kamera bleh pi tinggai kat skolah laa pulak... sah!! aku makin tuaa... tidakkkk

selamat hari guru & selamat hari jadi...

selamat hari guru buat semua cikgu-cikgu di seluruh Malaysia.. (oversea tak der sebab aku ngaji kat dalam Malaysia je...)

juga selamat hari guru buat diri aku sendiri dan kawan2 seperjuangan sekalian...

semoga perjuangan kita mendapat keberkatan dari Allah SWT.. aminnn....



***************

selingan..



happy birthday to my lovely brother...





* hari ni sambutan hari guru peringkat sekolah.. nanti hapdate... :)

Sunday, May 15, 2011

Terima Kasih Ayu..

kad ucapan yang terawal aku dapat...





terima kasih buat Ayu tokeh restoran Citarasa Rinduan..




*harap cepat2 la baik demam tu ye...

menu untuk esok...

esok sambutan hari guru kat skolah.,.. rasanya sepanjang waktu persekolahan akan penuh dengan aktiviti murid bersama cikgu2...


Jumaat lepas presiden kelab dah sound mintak bawak sorang satu jenis juadah utk esok...

jenuh aku pikir dari pagi semalam sampai la ke petang tadi.. tak dapat2 jugak idea nak bawak apa..


nak bawak nasik.. dengar cerita org kuat kelab dah pesan nasi dagang..


nak bawak manisan.. dah ada yang bawak kuih2 tradisional...


hish! tak kan aku nak bawak tapauware kosong je esok.. tak patut sangat...


last2 lepas Asar tadi dapat idea nak buat sandwich je.. senang je kan?






*hehehe.. sebenarnya ngelat dari kena masak.. buat sandwich kan ke tak payah susah-susah.. bijak tak??? :D

kenapa aku tak masuk dapur semalam?

ok nak sabung cita semalam.. kenapa aku nak masuk dapur pun takut... sebenarnya.. 2-3 hari ni rumah aku disinggah tetamu tak diundang.. kena pulak aku ni memang laa ada 'segan' sikit dengan tetamu ni.. kalau dia bunyi je.. awal2 lagi aku dah cabut...

alkisah pagi semalam.. tengah tengok nasi lemak kopi o dengan hero kecik.. tetiba mata aku 'menangkap' objek yang aku cakapkan ni.. elok je dia menyusup masuk belakang kabinet tv.. aku apa lagi.. terus menjerit lari masuk bilik laa...

pada mulanya en suami dah letakkan perangkap di tepi kabinet tv tu.. kemudian aku ada laa dengar bunyi macam dah masuk perangkap.. tak lama lepas tu en suami bagitau dah terlepas pulak.. haduuhhh... licik betul...

aku pikir mesti tetamu tu dah lari keluar rumah... aku pun ke dapur nak cuci botol susu.. tengah dok menyental botol tu tetiba kelibat tetamu tu ada lagi... kali ni menyusup dari pintu dapur ke bawah peti ais...

aku apa lagi.. menjerit dengan pitch kalahkan akak ZZ... terus tinggalkan segala botol susu tu kat singki terus masuk bilik... langsung aku tak masuk dapur dah pastu...

itu lah kisahnya...


ada lagi.. dipendekkan cerita.. petang dalam kul 2-3 macam tu perangkap dah mengena mangsa... terus en suami jalankan tugas.. aku masa tu memang berkurung tak keluar2 lagi dah...


hmm.. harap2 lepas ni tetamu tu tak singgah la ke rumah aku ni lagi.... mintak singgah la ke tempat lain...




* tak berani aku nak letak pic tetamu tu kat sini... hish! takut ngigau malam ni... :P

dapat info di tengah malam...

tadi bangun buatkan susu hero kecik.. pastu dah tak boleh nak tido..

jadi nye merayau2 laa ke blog2 yang tuan tanah nya sedap diulit mimpi...

tapi sebelum terjaga tadi memang ada mimpi...





* dan kali ni baru aku tau Mamat Khalid tu adik Datuk Lat... :)

Saturday, May 14, 2011

Blogspot diserang demam panas???

Tak tau apa kena dgn blogspot.. Dari smlm bukak tak boleh nak bc entry bertajuk dua..

Komen pun tak sempat nak tengok.. Apatah lagi nalk balas... (ntah ada ntah tak komen nye) ni pun sempat update guna hp je.. Kerana dek bosan try bukak blogspot dgn laptop.. Sampai terlelap depan skrin la semalam.,. Isk isk isk,,,

hari ni dok rumah tak buat apa.. Nak masuk dapur pun takut... Takut apa?? Nanti la aku cita..

Friday, May 13, 2011

dua..

aku tak tau apa kena dengan blogspot petang tadi.. berkobar2 aku nak update... alih2 tak bleh plak... hmm dugaan...

agak terlambat la jadinya entry kali ni.. dan silap aku jugak tak buat auto publish... terlupa mungkin... makin tua aku rupanya... iskk...






ya no dua... ini kali kedua aku menaip tentang perkara yang sama.. sebab petang tadi dah baik2 aku taip.. alih2 ilang macam tu saja... ingatkan sempat laa masuk ke draft box.. rupa2 nya memang tak ada,, hish..


apa pun selamat hari jadi buat anakanda Ammar Baihaqi.. dah 2 tahun rupanya hero kecik ni.. cepat betul masa berlalu... harapan bonda semoga Ammar Baihaqi menjadi anak yang soleh.. aminnn...

jom la layan pic hero kecik yang belum pernah aku publish.. (rasanya laa...)


masa ni lebih kurang umur sebulan...





7 bulan...




pic terbaru.. dua hari lepas...





*makin besar makin banyak akal nya... kadang2 notti melampau.. buatkan ayah & bonda hilang sabar jugak..




**************

selingan..


selamat hari jururawat... kepada semua jururawat di seluruh Malaysia...


masih teringat masa sakit nak bersalinkan hero kecik.. jururawat suma pakat hepi je... tak der pun yang tension2... dah tu patient suma dapat hamper.. (yang bertuah je laa..) cam aku tak dapat coz aku bersalin dah pukul 8 malam...









Monday, May 9, 2011

Cikgu tak tau jawi..??

Hadoi.. Hari ni dah mula exam utk pertengahan tahun.. Aku pulak yg nebes..

Dah tu aku kena jaga periksa kertas jawi.. Erk!? Jawi?? Abes la budak tu.. Aku ni bleh la dikatakan buta jawi..

Harap2 boleh la jawab ye anak2..


jenuh tenung kertas.. maklum.. nak tanya tak berani..
hehehe...




*baru leh upload pic.. tah apa yang tak kena tadi..

Sunday, May 8, 2011

hari ibu yang buatkan aku gerun nak makan.. sampai pengsan 2-3 kali..

tudia punya panjang tajuk malam ni...
apa-apa pun..


selamat hari ibu...

mana2 stesen tv hari ni pakat tayang rancangan berkaitan hari ibu...

hari ni tahun ke-2 aku sambut hari ibu... wah.. dah 2 tahun jadi ibu.. rasa cam baru je bersalinkan hero kecik tu...

buat Bonda tersayang.. selamat hari bonda... hehe.. niat nak beli la kek barang sepotong dua.. tapi dek kerana pagi tadi aku cek BSP (gula dalam darah..) bacaan dah 11.1 lepas aku bekfast tadi.. jadi langsung kensel nak beli kek... dan dan tu rasa cam gerun je kalau betul ada diabetis...

punya laa insaf tadi.. sampaikan lunch pun aku tak amik... aku dok togok air kosong je... (konon!)..

lain2 aktiviti aku.. lepas je tengok Melodi tadi.. aku dah zzzz.. kemdian bangun solat zohor.. sambung zzzz balik... maklum laa kaber tido malam tadi... sebab hero kecik demam lagi.. hadoi..

harap malam ni elok laa.. aku pun nak tido awal la.. (ceh! siang tadi bantai tido tak hengat ada hati mau tido awal..)




*tapi kalau rancangan ni tak jadi.. aku mentelaah je laa buku cita baru.. dapat baca 3-4 muka kira ok laa kan? :P

Friday, May 6, 2011

tektik Astro..

baru je lepas tengok Maharaja Lawak.. ada yang lawak.. ada yang langsung tak lawak.. malah tak layak pun masuk ML ni.. buang karan betul...

dari minggu pertama sampai la ke 6 ni.. yang maintain tak lawak pun ada.. heran aku.. cemana laa boleh ada org undi.. agaknya adik beradik dia ramai sangat kot pasai tu bleh tahan sampai minggu ke 6 ni...

cadangan Ahmad Idham utk tema minggu depan 'silent comedy' memang bagus.. time tu baru kita nampak sapa yang betoi2 bleh bagi org gelak dengan sapa yang betoi2 bagi org lain rasa menyampah... hehehe.. ter-emo plak malam ni...



*kezutan yang tak terkezut tu memang dah dijangka.. tak dak sapa bungkuih balik malam ni...

Thursday, May 5, 2011

entry tak de tajuk..

dek kerana letih dan sedih semalam.. aku tak ada mood nak post entry..

malam ni nak cita apa pun tak tau.. rasa macam2 nak cerita... tapi tak tau mana satu nak mula..

ok laa aku tempek je laa gambar kawen Syikin tempoh hari...


simple.. tempat bersanding dalam bilik..



berdebar menunggu saat disarungkan cincin...



mas kahwen..



besfren..



Syikin & suami.. semoga berbahagia dan berkekalan hingga hujung nyawa...


**********


selingan..


sibuk mintak aku amik gambo dia..




*kan dah kata entry tak dak tajuk...

Tuesday, May 3, 2011

DIA lebih menyayangi..

masih ingat dengan entry aku mengenai anak yang baru dilahirkan oleh rakan aku jumaat lepas? entry yang bertajuk suci, bersih, murni.. ada di sini

berita sedih yang aku terima tadi.. buatkan hati dan perasaan aku tak keruan.. terkejut.. terkedu.. dan yang pasti aku menangis bila dapat berita sedih ini.. memang tak disangka.. seakan tak percaya.. tapi itulah kehendakNYA..

semasa entry di taip hati aku menjadi sebak.. mengenangkan bayi secomel itu baru je kehilangan ibunya yang belum pun sempat dikenalinya..

ya.. aku memang sedih.. sangat2 sedih.. kerana rakan aku itu sudah pun mengadap yang Maha Esa kira-kira 7:30 malam tadi.. asbab kejadian aku tak pasti..

masih terbayang di mataku wajah arwah semasa aku melawatnya di wad bersalin kira-kira 12 hari lepas..

aku tak mampu nak taip apa2 lagi.. aku terlalu sedih..



gambar kenangan 2008.. jasamu tak ku lupa Jun..




* Al Fatihah buat allahyarham Junaidah bt Mat Nayan.. semoga rohmu di cucuri rahmat dari Yang Maha Esa.. :(