Friday, September 30, 2011

Rutin Jumaat




macam biasa..
setiap Jumaat semua warga sekolah akan baca Yassin di dewan terbuka..




*mudah-mudahan beroleh keberkatan dari Allah.. aminnn...


Thursday, September 29, 2011

guru besar oh! guru besar..

Khamis...



masih berkisar kisah semalam...



lupa aku nak cerita dalam entry semalam.. sebenarnya saja simpan satgi tak dak idea nak tulis utk entry hari ni pulak... hehehe.... ngelat sungguh!


dalam kelas tahun 1, lepas je murid yang gatal2 tu aku serah pada guru kelas.. datang pulak GB menjengah di pintu... aku ingatkan dia nak bagitau cuti Jumaat depan dah lulus.... ye laa aku ni bersangka baik laa kan... tak baik dok buruk sangka...


rupa-rupanya dia singgah semata-mata nak bagitau atau bahasa lebih mudah.. aku MESTI pastikan 4 orang murid LINUS numerasi yang tak lepas saringan 2 bulan Jun lepas melepasi saringan 3 nanti... fuh! kemain tinggi lagi expectation dia pada aku...


dan sebagai yang menurut perintah hanya menjawab.. saya cuba sedaya yang boleh.. akan cuba yang terbaik... cewah...! jawab mesti la yang manis2 belaka... karang cuti tak dapat pulak.... hehehehhehe..





yes ma'am!






* dah.. itu je entry aku hari ni...

Wednesday, September 28, 2011

kelas pertama yang menambahkan stress aku...



tadi dah pun jumpa GB.. mintak cuti 7hb akan datang... mula tu dia cakap aku isi je borang dulu.. tengok cemana.. dapat ke tak..

alih-alih dia pegi ke bilik PK1.. tengok jadual cikgu2 yang kena p kursus KSSR utk tahun depan... ada 3 orang yang terlibat pada hari tu.. kalau aku pun cuti.. maknanya bilangan cikgu kat sekolah makin sikit laa... dah laa yang sedia ada pun dah kurang 4 orang.. adeh!!! aku dah rasa cam nak tepuk dahi depan dia je tadi..

aku pasrah je laa...





kelakar je aku tengok Norman Hakim dalam filem Pasrah ni..







lepas rehat tadi aku masuk kelas tahun 1... pada setengah jam pertama kelas terkawal... budak2 budak pun fokus lagi masa tu... tetiba.. bermula laaa perkara yang menstresskan aku.. sorang budak pompuan.. tetiba menangis... aku bab-bab udak menangis ni la yang nyampah ni.. leh tensyen ni... bukan sebab apa pun.. aku ingatkan dia menangis sebab kawan sebelah usik ke.. rupanya dia rasa gatal-gatal badan...


selak je baju nampak badan dah penuh bintat-bintat merah.. ingatkan kena ulat bulu.. rupanya kena klopak garam.. ada yang kata gegater.. hish! hangin je.. tengah elok ngajar ada gangguan pulak.. dah tu siap meraung hingaq satu kelas.. sabaq je laa...


cenggini la gaya dia meraung tadi..
tapi versi pakai baju laa... siap hingus meleleh lagi.. aisey!






aku serah pada cikgu kelas dia utk amik tindakan... kalau aku jugak yang uruskan budak ni.. yang lagi 22 orang dalam kelas tu boleh bikin huru hara kelas... menganggu kelas sebelah menyebelah pulak...

akhirnya budak yang meraung tadi dah pun dijemput oleh maknya selepas dimaklumkan...



*ngomelan buat si emak : dah tau anak ada sakit kulit disuruhnya datang sekolah... tak ke menyusahkan banyak pihak? nama je kerja staff nurse...grrrrr

nak mintak cuti pun takut?

Rabu..



hari ni aku tengok mood GB macam ok je... nak try laa mintak... kot-kot la dia bagi..


untuk makluman GB aku tu pompuan ye.. jgn pikir aku nak mintak yang bukan-bukan pulak dari dia....


aku nak mintak cuti minggu depan 7hb Oktober... aku nak ke Kelantan... cousin aku nak nikah... kesian pulak aku tengok dah tak der sapa yang boleh ikut rombongan dia tu... dia tu pulak anak tunggal.. mak dia pulak (maksu aku.. adik bongsu arwah Abah) OKU-pekak & bisu.. ayah dia pulak dah lama meninggal... aku & adik beradik je laa jadi adik beradik dia...


iskk! macam sedih pulak cerita aku ni... cemana ek aku nak mengadap GB yang mood nya tak tentu sejak -dua menjak ni... risau aku...



aku pun taktau apa relevan gambar ni dengan entry...








*fuh! kiri fuh! kanan..

Tuesday, September 27, 2011

siput Honda?


gambar 1:









gambar 2




pada aku gambar 1 & 2 tak ada bezanya... sebab apa?



sebab....



semalam balik dari sekolah... kereta ni dok depan aku lembab cam siput b*** je.. hangin.. sebabnya dua kali jumpak traffik light dua kali laa tak lepas.. sebab pemandunya bawak kereta 40km/j...





*kalau kereta cc kecik boleh laa maap lagi.. ni kereta Honda tuuuuu.....

Jadual baru

mulai esok (Rabu) jadual baru aku bermula....

aku dah tak mengajar Matematik tahun 3... oh! sedihnya.... aku hanya mengajar Matematik tahun 1 dan 2... termasuk KH tahun 4...


sebab apa aku sedih tak ngajar tahun 3? sebab.. dari awal tahun aku mengajar budak2 ni.. memang masing-masing blur semacam tak pernah belajar Matematik di tahun 2... banyak topik yang depa ni tak kuasai... bukan la aku nak mengangkat diri mengatakan aku pandai mengajar.. tapi harapan aku nak tengok keputusan akhir tahun budak2 tahun 3 ni dari hasil buah tangan aku tak kesampaian...


uhuks! uhuks!










*nak masuk mengajar tahun 1 lagi laa besarrrrr cabarannya....

Monday, September 26, 2011

susu 1 Malaysia....

minggu lepas aku bertugas dengan Super Betul... minggu lepas juga la murid-murid diberikan susu tambahan diberi nama susu 1 Malaysia...

dulu-dulu masa aku sekolah dapat jugak la minum susu dari kerajaan ni... tapi dulu susu lebih diberi keutamaan pada murid-murid yang miskin atau yang dapat bantuan RMT... aku memang sah-sah tak dapat sebab anak cikgu.. tapi dek kerana teringin nak minum juga susu tu.. aku beli.. time tu boleh beli.. tak silap aku sekotak dalam 30 sen saja.. murah kan? biasa Bonda suruh aku beli 5 kotak.. ye laa dah ada 5 beradik.. yang tua pun nak jugak... (abang sulung & kakak yang dah sekolah menengah time tu)..

masa tu pada kotak susu tu ada macam-macam gambar.. gambar yang melambangkan Malaysia.. ada gambar bendera.. gambar anak-anak Malaysia pegang bendera la... rasa susu tu mestilah coklat... budak-budak kan suka coklat...

sekarang ni pun masih diberi perisa coklat... saiz kotak agak kecil jika dibandingkan dengan zaman aku sekolah dulu... bila kotak kecil.. isi pun tak la sebanyak susu dulu...

minggu lepas budak-budak sekolah aku diberi susu pada hari Rabu & Jumaat.. arahan dari PPD.. kena bagi seminggu dua kali...

prosedur nak bagi minum pun bukannya mudah macam zaman aku sekolah dulu... dulu asal dapat susu je.. kocak-kocak kotak.. cucuk straw dah boleh minum...

kali ni kena suruh budak-budak tu cuci tangan dulu, dah dapat susu, kena goncang.. lepas tu nak minum bukan boleh sedut macam tu je.. kena sedut sikit utk rasa dulu... dah pasti susu tak rosak (kalau sedap macam susu coklat biasa tu,.. maknanya tak rosak le tu...) baru laa boleh minum... minum pun mesti serentak masa perhimpunan.. tak boleh bawak masuk ke kelas.. atau simpan sampai rehat.. ye aku tau.. budak-budak bila dapat makanan atau minuman yang sedap-sedap nak habiskan pun cara jimat-jimat.. sengaja tak mau bagi cepat habis.. (hehehe.. aku dulu pun cam tu jugak...) jenuh jugak la pada mulanya tu nak suruh budak-budak habiskan susu tu.. terutama budak darjah 1... masing-masing sedut sikit-sikit je...

pada hari pertama pemberian susu, semua batch yang diberi ok.. tak ada yang rosak.. lupa pulak nak bagitau.. sebelum budak-budak tu minum.. yang jadi tukang rasanya sapa lagi.. aku le... saspen je masa mula-mula nak rasa.. aku pulak yang takut terkena susu yang rosak... mujur la ok...

tapi masa hari kedua tu (Jumaat).. ada sorang budak darjah 4 bagitau susu yang dia rasa tu masam.. aku tengok tak ada sorang pun yang nak pastikan susu tu betul-betul masam... Super Betul lagi laa.. awal-awal lagi dah cabut masuk bilik guru... jadi yang kena rasa susu tu sapa lai kalau bukan aku... adehhh! memang masam.. rasa menyengat je lidah time susu tu masuk mulut... bluekkk!!! mujur laa aku tak sakit perut @ muntah-muntah lepas tu... syukur alhamdulillah....


aku dengar ada sekolah dalam daerah aku ni dapat susu yang rosak.. budak-budak yang minum susu tu mengadu sakit perut lepas minum susu tu... harap-harap pihak yang berkenaan cepat-cepat la ambil tindakan...





lepas rasa je terus aku snap.. jadikan bukti.. hehehehe..







*harap sangat batch susu yang ada kat sekolah aku tu tak rosak... aminnnn.....

Sunday, September 25, 2011

bila tak ambil kisah...

Ahad...


tadi petang ke stesen minyak.. nak isi angin tayar.. dah lebih dari 2 minggu tak isi.. rasa stering pun cam 'berat' sikit...

seperti biasa.. bab isi angin ni aku serahkan pada en suami.. sebab aku ni penakut sikit bab-bab jalan sensorang ni... ye laa sekarang ni penyangak ada di mana-mana... jadi langkag berjaga-jaga aku suruh je en suami yang isikan angin.... (amcam? ok tak alasan aku ni? hehehe...)

elok je en suami park sebelah pam tu.. mata aku terpandang sesuatu yang pelik.. lain macam je aku nampak jadual pressure pada sebelah bawah pam tu.. cuma sedara-sedari tengok.. tak ke menyusahkan orang nak tengok tu?.. padan la aku tengok en suami terteleng-teleng kepala dok tengok benda ni...


nampak cam ok je kan?









rupa-rupanya...




* inilah bila tak ada yang ambil kisah..

Saturday, September 24, 2011

hari makan-makan... UPDATE

Dah pun Sabtu..


masih lagi memenuhi undangan majlis makan-makan... hari ni ada dua jemputan kenduri kahwin... satu di dalam taman aku ni jugak...dekat je dengan rumah aku.... pengantinnya ni adik kepada peserta akhir akademik al quran musim ke 3 tak silap aku.. satu lagi second cousin aku yang kahwin.. di Permatang Pauh..


kali ni pergi kenduri dengan Bonda & hero kecik je... en suami kerja siang.. jadi tak dapat la nak join... sambil-sambil tu plan lepas kenduri nak mencuci mata sikit... maklum.. baru dapat gaji.. gatal je mata nak tengok benda yang cantik-cantik.. hehehehehe...


tadi pagi bersarapan roti canai hasil tangan Bonda.. fuh memang mantapp.. sampai tak menang tangan nak snap gambar... lama sungguh tak makan roti canai Bonda.... en suami makan sampai 3 keping... sedap sangat la tuu.....



*asik makan je.. bila masa tah nak stat diet ni... huh! kononn....




UPDATE

pengantin yang dekat dengan rumah aku ni.. bukan adik finalis AQ3 tu.. rupanya finalis tu sendiri yang pengantinnya... Syamsul Abu Hassan Al-Shaari namanya....

Wednesday, September 21, 2011

Jem Strawberi



buah tangan dari PK Koku... tengkiu ye... :)






* jenuh cari roti la pulak lepas ni....

Tuesday, September 20, 2011

terang panjang lebar.. jawabnya hanya ooOoOoo....

masih lagi perihal semalam...



waktu Matematik kelas Tahun 3.. perbincangan kertas soalan Ujian Pengesanan 2... masih ada murid yang belum menguasai topik Whole Number (Nombor Bulat) ...



contoh soalan macam ni:
tiga ribu dua ratus lima.. ditulis dalam nombor ialah :....


murid jawab :
30002005



respon cikgu:
aduh! geramm nya akuuuu....



penyelesaian:
macam ni murid-murid... bila soalan macam ni keluar.. cara untuk menjawabnya ialah....

kenal pasti bilangan digit.. contoh: ribu ada empat digit, jadi tulis la macam ni..


____ ____ ____ ____


kemudian, masukkan nombor pada garisan tersebut macam soalan tadi ni...



tiga ribu dua ratus lima


3 2 0 5




respon murid :

ooOOoOOoo.....





*sabaq je laa...




Super Betul kenakan aku?

Selasa...


lagi kisah semalam...


minggu ni aku bertugas dengan Super Betul... kisah Super Betul boleh baca di sini dan di sini.. janji dah diikat.. dia akan sampai kan ucapan pagi dengan tajuk yang sudah ditetapkan oleh PPD.. aku pulak sediakan PA sistem & lagu nyanyian..

aku sampai sekolah memang awal... 6:40.. belum ada sapa pun sampai sekolah lagi.. kecuali budak-budak...

elok je aku turun kereta, ada bunyi sms.. bila check je... "dimaklumkan.. Teacher R***** mc hari ni...."

MC?? macam lahar gunung berapi je telinga aku panas... jenuh kelam kabut aku semalam... dengan PA sistem masih di dalam pejabat sedangkan pintu masih berkunci.. (sebab PAB masih bercuti).. budak0budak yang dapat RMT pun aku tak dapat nak pantau... sebab sibuk nak siapkan tempat duduk cikgu-cikgu di tapak perhimpunan...

akhirnya, ucapan pagi yang sepatutnya disampaikan mengikut tajuk dari PPD.. aku ubah jadi ucapan berteguran atau lebih mudah.. ucapan leteran... dan disampaikan dalam masa kurang dari 10 minit...




*rasa serik pun ada.. lepas ni kalau dijadualkan bertugas dengan Super Betul.. memang kena berhati2.....


Maksud singkatan...
** PPD = Pejabat Pendidikan Daerah
** PAB = Pembantu Am Pejabat (dulu panggil Par)
** RMT = Rancangan Makanan Tambahan

Monday, September 19, 2011

NO PORK - tapi launching menu baru : PORK MEAL..

entry ni dah lama aku nak taip.. tapi asik tergendala je... gambar tak transfer masuk laptop la..dah transfer tak der modd nak taip laa.. bila dah ada mood, hero kecik sibuk nak tengok upin ipin la.. hish! panjang benor alasan aku ye... :P


gambar kat bawah ni, seingat aku di amik dalam minggu lepas.. aku singgah kedai makan kat dalam Pusat Bandar Fasa 2 ni... masa jalan nak ke parking ternampak laa banner ni pada ga,bar ke-2....


masa mula-mula pembukaan restoran ni.. macam-macam promosi di buat.. banner sebesar-besarnya di gantung depan simpang nak ke Pusat Bandar Fasa 2 ni... beria-ia pengusaha letak perkataan NO PORK.. mungkin strategi nak menarik pelanggan dari golongan Melayu singgah situ... majoriti orang Melayu kat sini sekarang ni gemar makan kat restoran ala-ala ekslusif gitu... terutama yang dok 'menggila' berdating tu.. konon nak privacy.. kalau makan kat gerai.. nanti kantoi dengan bapak sendiri ke, abang ke, jiran ke.. dll...


mungkin dalam gambar kedua yang aku amik ni menunjukkan pengusaha terpaksa mengubah strategi sekaligus melancarkan menu terbaru di restoran ni... kalau banner tu diletakkan terus tak pa lagi.. buatnya baner tu diturunkan.. tapi logo masih tak ubah macam mana?? sapa nak jawab?


tangkap pun dengan kamera henpon cikai...









*macam-macam cara nak tarik pelanggan.... hmmm.. harap2 anak Melayu kat sini bukak mata sikit...

Sunday, September 18, 2011

Al Fatihah - perginya yang tak kembali...

Ahad,


masih dalam kesedihan... pagi tadi dapat berita saudara sebalah Arwah Abah meninggal awal pagi tadi... jenazah di bawa dari Hospital Seberang Jaya ke Kg Melaka... jenazah dijadualkan akan dikebumi pada pukul 3:30 ptg hari ni... Al Fatihah buat Pak Teh Mail... semoga rohmu dicucuri rahmat Allah... aminn....


Hari Jumaat lepas.. dalam pukul 5 ptg.. Mak Teh Azizah dari Perlis (adik Bonda sebapa tapi berlainan ibu) telefon memaklumkan Mak Tok sudah nazak.. Mak Teh minta aku maklumkan pada Bonda.. Bonda pulak masa tu ke majlis kenduri kesyukuran ada jemputan utk marhaban... sementara aku menunggu Bonda balik ke rumah, Mak Teh sekali lagi telefon memaklumkan Mak Tok baru saja meninggal... :((


kami anak beranak bertolak ke Perlis pada petang tu jugak.. kerana dikhabarkan jenazah Mak Tok akan dikebumikan pada malam yang sama...


sebaik sampai, aku diberitahu.. jenazah Mak Tok akan disemadikan pada 10 pagi hari Sabtu... urusan memandi, mengkafan dan kebumi semua berjalan lancar.. dan hanya mengambil masa tak sampai 3 jam... sangat cepat & ringkas aku lihat cara orang sana menguruskan jenazah..

apa pun semuanya sudah selamat.. doaku.. mudah-mudahan Arwah Mak Tok di tempatkan di taman syurga.. aminnnn.. walaupun Mak Tok hanya nenek tiri.. tapi kasih sayangnya pada kami cucu-cucu tiri tak pernah pun berbeza.. sebab tu lah aku sampai sekarang tak pernah rasa Arwah tu nenek tiri aku...





gambar dua minggu lalu ambik dari FB myCousin






* Ya Allah, Kau limpahkan lah rahmat Mu ke atas roh nenek ku.. Che Embun binti Hawa.. aminnn ya rabbal 'alamin...

Friday, September 16, 2011

Batuk yang tak ilang... aku je yang hampir hilang sabaq...

Jumaat,

tengah hari..


baru je sampai rumah.. tadi keluar selesaikan sedikit urusan.. dari mengambil barang, membeli barang, transfer duit ke akaun, kemdian pi isi minyak... pusing punya pusing.. tak perasan minyak dah nak abis...


tadi masa di Econsave, aku beratur la nak timbang barang basah.. tak banyak mana pun... Q boleh tahan panjang.... di Econsave ni ada dua kaunter timbang... satu lagi agak jauh sikit dari area cili yg aku pilih tadi... jadinya aku Q la kat kaunter yag terdekat... sebabnya masing-masing tolak troli lorong jadi sesak kalu aku nak ke kaunter lagi satu tu...

elok je aku beratur belakang satu brader ni.. tetiba ada satu makcik.. dalam lingkungan lewat 40-an la... dengan konfiden nya tolak troli masuk celah antara troli aku dengan belakang brader ni... aku ingatkan dia nak cross lalu ke rak sayur.. rupanya dia nak potong Q... ceh! dah laa tak cakap apa-apa... siap boleh tolak troli aku lagi.. geram je rasa... nasib baik laa tua... kalau muda dah lama kena sembur dengan aku.... apa lah salahnya kalau dia kata macam ni.."bagi makcik timbang dulu la boleh? satu barang je pun" tak ada laa aku bengang sangat.. ni dah laa tak cakap apa-apa.. pastu troli aku pulak di tolaknya... mungkin time dia sekolah dulu subjek sivik tak dak kot....tak pun time cikgu masuk kelas nak ngajar dia sibuk keluar ke tandas...

dah.. tukaq cerita... maleh nak ingat...


dari keluar rumah tadi sampai la sekarang tengah taip entry ni.. aku batuk tak berenti...sampai rasa sakit la perut... urat di kepala pun rasa perit.. (macam org migrain tu) tiap kali aku batuk..


sebenarnya aku mula batuk-batuk ni dari awal bulan puasa lepas.. sampai sekarang tak lega lagi.. ubat batuk dah bergelen rasanya masuk dalam perut ni.. dari yang rasa manis, manis-manis kelat.. sampai la kelat yang langsung tak sedap... semua dah aku telan.. tapi dok macam tu jugak...

hari Rabu lepas aku ke farmasi., kali ni aku nak cuba pulak ubat ni.. mana la tau kot-kot mujarab... ingatkan tak la mahal sangat,.. satu 'papan' mengandungi 10 biji... berharga RM15.. aisey.. pikir 2-3 kali jugak la nak amik semua ke tak... jenuh pikir, aku decide nak cuba utk 3 hari dulu... 6 biji = RM9 ...

hari ni last aku makan ubat ni... setakat 2 hari lepas.. batuk masih lagi ada.. tapi tak la seteruk sebelum ni... waktu tido malam pun aku dah tak batuk... ini yang paling aku suka... boleh tido dengan lena... kalau tak sebelum ni aku rasa cam ayam berkokok je.. kejap2 batuk.. kejap2 batuk..

nak tau ubat nya? ni haa.. rupa ubat sebijik rega singgit lima posen...




ubat ni makan 2 kali sehari.. pagi dan malam je... so far ok la sikit... tengok cemana esok.. nak kena continue ke tidak... naik lemas dah rasa dok batuk tak ilang-ilang ni... mengganggu orang lain je aku rasa.. nak pulak time aku ada di sekolah.. nak mengajar pun rasa tak senang...





sekotak ni rega pat poh hengget...



oh ya, sebelum ada yang cakap aku tak pantang.. ni nak cerita.. sejak raya ni memang tak minum air sejuk dah.... dok order air suam je kat kantin... (jimat belanja makcik... hehehhe) balik rumah dok langgah ayaq masak suam jaa...






*harap sapa yang ada petua ka pemuda ka boleh la kongsi dengan aku ye... terima kasih!
** langgah = bahasa kedah...

Selamat Hari Malaysia.

Jumaat..

semalam tido awal sebab letih benor.. mujur la hero pun tak banyak songeh elok je ikut aku masuk bilik... en suami tak ader sebab kerja malam...

hari ni cuti.. rasanya memang sesak laa shopping complex.. highway ke utara pun aku rasa boleh jadi sesak jugak.. masing-masing buat rombongan makan angin... pintu masuk ke Thailand tok sah cerita laa.. mesti la bertambah sesak..

apa pun, selamat menyambut hari Malaysia buat semua yang baca / singgah blog ni..







*heran kenapa nak melancong ke luar negara sedangkan kita bercuti menyambut Hari Malaysia?

Thursday, September 15, 2011

alhamdulillah... masing-masing tarik nafas lega...

Khamis..


hari ni hari terakhir peperiksaan UPSR.. kertas Bahasa Inggeris & Sains... dari riak muka murid tahun 6 tadi.. nampak macam ada harapan semua lulus... cikgu-cikgu tahun 6 pun aku tengok masing-masing tarik nafas lega... mudah-mudahan lulus la semua murid-murid tu...


hari ni internet masih belum pulih disekolah.. menyebabkan aku tak dapat nak update kerja aku... bukan kerja taip entry ni ye.. tolong bersangka baik okeh...


kerja-kerja menanda kertas pun dah selesai aku buat.. syukur alhamdulillah... tahun 2 lulus gred A,B,C seramai 24 orang... yang baki lagi 2 orang tu dapat D... yang dua tu memang slow yang amat... sorang tak faham cakap Melayu.. maksud aku, bila aku cakap bahasa yang betul, bukan loghat utara dia memang blur.. sebabnya dia ni pekat sangat telor Kelantan nya tu (sebut tey-lor ye... bukan telor ayam tu..) cemana laa akhir tahun nanti.. hish! risau makcik..!

tahun 3 pun lulus gred A,B,C seramai 27 orang... lagi 2 orang tu D jugak... hmmm... kena kerja keras lagi la nampaknya.. kalau tidak.. jenuh laa cikgu yang nak terima budak-budak ni tahun depan... silibus tahun 4 makin tinggi... mengira tambah tolak pun lemah lagi.. hadoii... makcik dah cam nak pitam bila dok pikir hal depa ni...



*oh ya, murid yang pulun buat kepungan tu, dapat A.. tak sia-sia usaha dia.... :)

Tuesday, September 13, 2011

EDISI EXAM : satu bisul dah pecah...

Selase..


hari ni cikgu-cikgu yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu dah boleh tarik nafas lega... beban menunggu pun dah ringan... kiranya bisul mereka dah pecah! hahaha...

dari komen murid tahun 6.. soalan BM tadi tak la susah sangat.. dan soalan spot mereka benar-benar keluar.. masing boleh senyum puas hati...

untuk kertas soalan Matematik 2 pulak rata-rata murid mendakwa soalan pun iras-iras apa yang diberi oleh cikgu... masing-masing lega... cikgu Matematik pun boleh tersenyum puas... cuma esok je menunggu kertas Matematik 1.. harap-harap calon menjawab dengan memilih jawapan yang paling tepat...

selain UPSR.. tadi aku menjadi pengawas untuk kelas aku sendiri, tahun 2... mengikut jadual peperiksaan, waktu peperiksaan adalah sama dengan waktu UPSR...

jadi aku pun kena la strict sikit... betul-betul ikut macam periksa zaman U dulu.. hahaha... kecut je aku tengok muka budak-budak tadi... aku bagi amaran, jangan meniru dan bagi orang lain tiru.. kalau engkar, kertas dirampas... nilah jadinya...




punya la buat kepungan takut orang lain tiru.... hehehe..





masing-masing mengikut arahan... alhamdulillah, budak-budak bertuah tu tak buat bising.. masing-masing membelek kertas bila aku suruh semak semula jawapan yang dipilih...

aku ni kira tergolong dalam kumpulan cikgu yang belum pecah bisul... hehehe... sebab esok baru murid-murid tahun 2 & 3 akan menghadapi kertas Matematik 1.. aku pulak yang suspen.. harap-harap boleh la jawab... sebab tips dah diberi dari minggu lepas lagi...






Monday, September 12, 2011

UPSR - macam tunggu bisul nak pecah?

Isnin..


hari ni di sekolah masing-masing guru tahun 6 sibuk bagi tips-tips terakhir sebelum bermulanya esok...

yang tak ngajar tahun 6 pun sibuk bagi tips jugak.. (aku le tu..) esok tahun 6 akan ber'perang' untuk menjawab kertas BM & Math.. yang lain-lain dari tahun 1 sampai 5 pun sama juga... atas arahan GB Peperiksaan Pengesanan 2 akan dijalankan serentak dengan UPSR.. utk mengelakkan bising & men'cuti'kan murid-murid secara bergilir-gilir..

macam di Batu Pahat dulu.. sekolah akan keluarkan surat siaran kepada ibubapa murid dari prasekolah hingga tahun 5 supaya di'cuti'kan secara bergilir-gilir untuk mengelakkan suasana bising yang boleh mengganggu calon UPSR.. bayangkan kalau murid ada 900 lebih.. tak ke haru time rehat dan time nak balik.. memang bising tak henggat laa...


esok singa pun cuti mengaum tau..




malam ni sebenarnya ada kelas 'Prep' macam zaman aku kat asrama dulu..untuk murid tahun 6.. oleh kerana aku ni taraf ngajar murid tahap 1 je.. maka tak la diperlukan utk ke sekolah malam ni.. fuh! selamatt.... :)

buat ibubapa yang anaknya nak menghadapi UPSR esok, lusa dan tulat.. aku dapat bayangkan macam mana nebesnya anak nak periksa.. dan anak-anak pula memang selamber je (cam blog ni..) macam tak ada apa-apa yang akan berlaku esok.. kalau anak yang memang ulat buku.. ibubapa nye soheh la tak susah hati..


bak kata Bonda ku.. "bila time exam, ibarat tunggu bisul nak pecah ." huh! sungguh hazab...




maunya aku melalak lagu ni kalau tunggu bisui pecah...







*good luck buat anak menakan maksu yang dua orang tu.. yang sorang tu jangan dok kalut nak update blog je ek? buat sehabis baik.. doa maksu tak pernah putus buat kalian berdua....

Sunday, September 11, 2011

Syawal 13: aku masih beraya?

Ahad,



dari pukul 11 tadi aku keluar pegi beraya.. huh?! beraya?? ye aku beraya ke rumah Kak Anisah yang dah selamat lahirkan bayi perempuan... kisah kak Anisah boleh di baca di sini..

alhamdulillah kedua ibu dan bayi sihat.. kak Anisah selamat bersalin pada minggu pertama kita berpuasa tak silap aku...

bukan main lebat lagi rambut bayinya yang dinamakan Hanna Sofia.. (dek teruja, aku sampai terlupa nak snap gambar bayi..)

Kak Anisah memang periang orangnya.. masih mampu ketawa besar bila diusik dek kami yang pegi tadi.. senyuman memang tak lekang dari bibir nya.. tapi di dalam hati siapa lah yang tahu..





*semoga Hanna Sofia menjadi anak yang solehah buat Umi & arwah Abahnya..

Saturday, September 10, 2011

#613 - kisah Isnin di pagi Sabtu..

dah pun Sabtu..


kerana entry yang aku taip hilang.. menyebabkan hilang mood untuk menulis seketika... mau tak hilang mood.. punya la karang berjela-jela.. macam-macam aku bebel.. alih-alih hilang macam tu je.. tak tau kat mana silap nya... (perhatikan ayat aku ni.. penuh dengan kata ganda.. cikgu BM, sila cek kesalahan.. hehehe)


peperiksaan UPSR pun dah tak lama lagi.. makin susah hati la mak bapak budak... anak yang nak amik periksa boleh rileks layan tv & FB lagi tu.. tak macam zaman aku dulu.. bila nak exam je.. tv la perkara pertama yang mak aku kawal.. langsung tak boleh bukak.. waima nak tengok berita sekali pun.. (zaman aku dulu tak banyak cerita macam sekarang ni...)

ok lupakan sekejap bab tu..

aku nak cerita kes Isnin lepas.. masa aku nak gerak ke sekolah... dah siap semua aku ajak la hero kecik naik kereta.. nak hantar ke rumah Mama (pengasuh).. beria dia tak mau ikut.. katanya nak ikut ayah naik motor.. maksudnya ayah balik kerja nanti baru hantar dia ke rumah Mama... jadi tinggal la si hero dengan Mak Toknya...

rupanya, sementara menunggu ayah balik kerja.. Mak Tok dengan hero pun baring-baring la depan tv di ruang tamu rumah... ntah macam mana Mak Tok terlelap.. hero kecik pun apa lagi la.. memulakan aktiviti seorang diri..

en suami sampai je rumah, tengok dah jadi macam ni..

kata en suami, "nak marah pun tak jadi"..











*sabor je la wahai hero kecik....

Thursday, September 8, 2011

mana pi pulak dah...??

pagi tadi aku dah taip entry baru.. subuh-subuh sapie'e plak tu... lepas dah siap taip aku klik butang save as draft... sebab aku nak tempek pic masa rehat kat sekolah...


ni dah time rehat.. aku bukak kat folder draft tak de pulak entry yang aku taip tadi...


arghhhh!!!! ilang p mana pulak... geramm nyaa...

Thursday, September 1, 2011

#611 - Raya ketiga

dah hujung raya ketiga baru dapat update entry... sungguh sibuk nye aku kat dapur.. huh! macam la hebat benor ko ni cik Ja...

dari raya yang pertama sampai la nak masuk raya keempat.. aku masih lagi laa terperuk kat ceruk dapur.. tak raya ke mana pun.. cuma ziarah kubur arwah Abah je di pagi raya... jiran sebelah rumah pun aku tak sempat nak pergi.. punya laa bizi..

pagi raya sempat la aku sediakan nasi impit + kuah lodeh utk en suami.. dia yang request juadah ni.. dah tu pulak masuk kerja kul 8 .. jadi memang kena siapkan jugak la walau macam mana pun.. dari 5:30 mula mengisar bahan2.. siapnye dalam kul 7:00 kiranya masih panas lagi la nasi impit tu masa nak potong.. huh! dah macam hell's kitchen dah aku rasa time tu..

syukur alhamdulillah.. hasilnya pun tak menghampakan.. resepi aku amik dari myresepi dari kak fida.. memang sedap.. sebelum ni aku buat kuah lodeh yang jenis rebus-rebus je.. kali ni aku ikut resepi kak fida ni kena tumis dulu..

gambar kuah lodeh tu.. mintak maaf la jangan tanya.. sebab memang tak sempat nak snap mensnap pagi-pagi raya.. mau kena sound dengan Bonda sampai ke tengah hari kalau aku dok sibuk tertonggek-tonggek amik gambar...

raya kedua masak nasik tomato la pulak.. yang ni Bonda yang beria nak masak.. jadi aku kembali sibuk sebagai kitchen helper je... potong-potong itu.. kacau-kacau ini.. angkat-alih yang ni.. tu la kerja aku.. yang lain-lain Bonda la jadi chef nye...

raya ketiga Bonda nak buat mi rebus pulak.. sekali lagi aku jadi kitchen helper... kalut jugak la dibuatnya dengan rombongan anak beranak kawan arwah Abah yang ramai itu... kalut sebab kakitangan kurang.. rumah pulak agak sempits... (time ni la aku rasa cam nak pindah rumah kampung...besarr, luass, lapanggg)

alhamdulillah... kesemua juadah habis licin sebelum matahari tenggelam...

esok belum tau lagi nak masak apa pulak.. rasanya sapa yang datang.. jamu kuih raya je laa.. berlambak yang belum luak tu...

dan aku pun dah pasang angan-angan nak beraya ke rumah orang esok... hehe



*tadi belek kamera.. tengok gambar yang sempat aku snap ada la kot tak sampai 10 keping.. tu pun suma gambar orang lain.. gambar sendiri langsung tak dak.... :(