Monday, February 28, 2011

i'm bek...

hari ni baru ke sekolah.. melangsaikan hutang2 kerja yang tertangguh...kena pulak cuaca panas hari ni.. makanya, pengeluaran suara emas ku pun tertahan2 jugak.. (apadaa dok merepek ni...)

hari ni aku masuk kelas dengan menggunakan tahap volume yang paling rendah.. (bagi aku le...)

ok laa nak masuk kelas jap lagi..


nanti hapdet lagi...




*terkejut ada yang mengamuk di sekolah tadi.. siap baling printer sampai nak terburai isinye.. huhu....

Friday, February 25, 2011

bagai dikata..


bagai dikata... tengah hari semalam en suami pegi ambik Ammar dari rumah pengasuh.. pengasuh cakap tak nak makan.. sampai rumah je dah mula merengek.. serba tak kena.. aku dah tak sedap ati..

petang badan dah dedor.. bagi makan ubat demam.. kembali aktif.. lompat sana sini.. kira cam ok je laa..

malam je dah mula balik demam.. badan punya la panas.. mengalahkan aku laa pulak... tido pun tak nyenyak.. kejap2 jaga.. jenuh pujuk nak tempek cooling patch kat dahi dia tak mau.. last2 kul 4 tadi baru la dia nak.. langsung tido..

lepas subuh tadi tengok dah kurang sikit panas badan.. harap2 tak melarat laa...




*kat rumah dah jadi macam wad..

Thursday, February 24, 2011

gumbiranya depa...

hari ni aku kat rumah je.. dapat MC 2 hari... confirm demam + selsema + sakit tekak yang amat... hero kecik pun aku en suami hantar pegi rumah pengasuh.. nak elakkan dia dari berjangkit.. kalau dia yang demam lagi laa haru satu rumah..

nampak gaya jadual aku hari ni dengan esok di ganti dengan cikgu baru.. tak pa laa.. jadual kak Anisa pun tak set up betul2 lagi... dan yang pasti budak2 tu (tahun 2 & 3) soheh bergumbira hari ni dengan esok.. sebab singa tak datang sekolah... huhu... tak pa bagi chance kat depa.. minggu depan kan ada.. harap2 aku sihat dan kembali menyinga hua hua hua.... (gelak jahat tu..)


kepada Ayu, memang dok pulun air masak suam pun..
Nakia, terima kasih..





kesian kan?




* time demam ni laa boleh manja-manja sket dengan en suami... ahaks!

Wednesday, February 23, 2011

ilang sudah suara merdu...

hari ni rasa lain macam ja mai sekolah.. sampai je pejabat nak tulis kedatangan tetiba bekal air yang aku bawak boleh pulak jatuh di lantai.. habis basah lencun baju dgn kain.. adeh.. apa laa aku ni tak larat tahap gaban..


kena pulak ganti cikgu yang tak hadir hari ni.. ok lagi la.. aku just bawak budak2 tu ke pusat sumber.. bukan main suka lagi.. ye laa nak tengok astro.. suka laa depa tu...

kul 10:30 lain macam dah rasa tekak ni... nafas pun dah rasa panas... mata pun rasa berat.. sedaya upaya masuk jugak laa kelas tahun 2 tu.. tapi bila dah singa tak berapa nak sihat.. memang makin menyengat laa bisa dia..

jap lagi kelas tahun 3 pulak.. aku rancang bagi handouts je kat depa tu.. sebagai ulang kaji.. 2 minggu lagi nak ujian pulak..









*huhu.. kalau demam je mesti berhari2.. maklum laa dalam setahun 2 kali je demam... :(

Tuesday, February 22, 2011

guru baru lagi..

hari ni sekolah aku terima lagi seorang guru.. kak Anisa namanya... dia datang dari Ipoh.. terlupa pulak apa nama sekolah dia dulu.. tak sempat nak berkenalan sebab kelas aku penuh hari ni..

PK1 maklumkan tadi kak Anisa ni berpindah berikutan baru kematian suami 2 minggu lepas..akibat serangan jantung... kampung dia kat area sini jugak.. pasal tu agaknya dia mintak tukar.. bersama2 dia tadi anak2 pun ikut pindah ke sekolah aku.. seorang tahun 5, tahun 3, tahun 1.. khabarnya ada lagi seorang anak masih kecil lagi... tak silap dalam 3-4 tahun jugak laa umurnya..

kak Anisa ni muda lagi baru 38 tahun umur dia.. bukan la guru baharu yang baru di hantar posting.. pengalaman mengajar je dah 14 tahun.. lama tu.. memang power laa tengok dia ngajar budak tahun 4 tadi..


sebelum balik, aku dimaklumkan oleh PK1 kak Anisa ni sedang hamil.. baru 3 bulan usia kandungannya.. sedihnya aku rasa... suami baru je meninggal 2 minggu lepas.. nak tempuh saat2 hamil tanpa suami di sisi.. iskk.. kalau aku laa.. memang tak tertanggung aku rasa..

tapi aku tau.. Allah hanya berikan ujian kepada hamba-hambaNYA yang mampu menanggung.. Allah Maha Adil..



*moga-moga kak Anisa tabah mengharungi hari-hari mendatang...

hilang yang tiada ganti...

malam tadi sempat tengok dokumentari tentang Allahyarham Sudirman Hj Arshad di channel 555 History.. sebelum ni dokumentari tentang Allahyarham P. Ramlee..

walaupun slot tayangan hanya sejam, tapi memang betul2 mengimbau kenangan dan sejarah tentang Arwah Sudir.. dari dia kecik, kemudian menempah nama di London hingga lah ke saat kembalinya ke sisi Allah..

sedar tak sedar hari ni genap lah 19 tahun Arwah Sudir pergi.. dia meninggal di usia muda 37 tahun.. tak jauh dari umur aku sekarang... huhu





Sudirman Hj Arshad
25 Mei 1954 - 22 Februari 1992
Al-Fatihah..




*pelakon yang iras-iras wajahnya - Que Haidar..

Sunday, February 20, 2011

Amah dari neraka?

tadi pagi aku sempat menonton Nasi Lemak Kopi O di TV9.. tajuk isu kali ni Hentikan Tangisan.. iaitu mengenai penderaan kanak-kanak oleh pembantu rumah.. tetamunya pulak pelakon Linda Helmi & pengacara Wardina Saffiyyah..

memang terkejut bila mendengar cerita pengalaman mereka berdua tentang pembantu yang telah mendera anak semasa mereka keluar bekerja.. paling sedih cerita Linda Helmi macam mana anaknya dihempas pembantu sehinggakan anak kecil itu sudah pun berusia 7 tahun sekarang ni masih lagi trauma..

sambil itu, beberapa video rakaman CCTV pelbagai cara penderaan pembantu sama ada dari Malaysia atau luar negara ditayangkan.. memang aku tak sanggup nak tengok.. geram pun ada.. ada satu rakaman tu kelihatan kanak-kanak perempuan aku kira mungkin berusia 5-6 tahun sedang berjalan di ruang tamu.. tiba-tiba pembantu ni datang merentap tangan kanak-kanak tersebut sehingga jatuh tertiarap.. kemudian disepaknya kepala kanak-kanak itu sebanyak 3-4 kali.. tak cukup dengan itu dia pijak belakang kanak-kanak itu dengan kedua kakinya..(berdiri di tengah belakang) Ya Allah.. tak sanggup sungguh aku nak tengok lagi.. memang betul-betul kejam.. apa la salah kanak-kanak sebesar itu..



* alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan pada aku.. aku dapat pengasuh Ammar yang sayangkan budak-budak.. semua yang dijaganya dilayan macam anak sendiri.. Alhamdulillah..

Saturday, February 19, 2011

Anugerah Sri Angkasa..

tadi bukak TV2 tengok ada ASA la pulak... heran aku.. bukan apa biasa anugerah apa2 je buat sebelah malam.. ni buat sebelah petang... cam pelik pulak rasa...

setakat ni anugerah yang dipertandingkan dibolot dek Kumpulan Media Prima... biasa laa hasil kerja orang muda.. drama pun yang menang banyak yang di siarkan di Media Prima jugak...

teringat masa aku kecik2 dulu.. tahun bila tah lupa pulak.. anugerah Sri Angkasa ni la.. ditayang di RTM1.. program bermula dari sebelah petang tak silap aku.. habis dah dekat tengah malam.. kira2 lebih dari 10 jam la aku rasa.. hish.. panjang berjela.. tak dapat aku bayangkan orang2 kat dalam dewan tu.. soheh resah gelisah nak balik rumah je rasa kan?

apa2 pun nampak gayanya malam ni layan je la ASA kat TV...




*ujan lebat dengan angin ribut.. harap2 tak ada la pokok yang tumbang..

Friday, February 18, 2011

serang cikgu sebab anak balik lambat?

terbaca entry dari Cikgu Su tentang cikgu di serang ibubapa.. kisahnya, anak balik lambat.. kemudian cakap cikgu tahan tak bagi balik.. yang si bapa ni terus serang cikgu kat sekolah.. tak dapat serang, di suruhnya isteri pulak datang serang.. kisah lanjut kat sini.

teringat masa aku baru posting tahun 2008 dulu.. aku ngajar murid tahun 3 Bahasa Melayu.. kena pulak waktu terakhir sebelum balik.. aku bagi soalan kerja rumah.. semua murid salin soalan kecuali dua orang.. bila bunyi je loceng, masing2 dah kemas barang nak berbaris utk balik.. termasuk la dua orang yang tak buat apa-apa tu.. aku tak bagi peluang, aku suruh dua orang tu salin jugak sampai habis sebelum balik.. alah.. bukan laa amik masa sampai setengah jam pun.. aku kira dalam 10 minit macam tu.. budak berdua tu pun balik..

ingatkan tak de la 'bunyi' sebarang komplen.. rupanya ada jugak.. siap bapa salah sorang murid ni sound aku masa mesyuarat AJK PIBG lagi.. pergh.. sound depan GB pulak tu.. mujur laa aku ni bukan la jenis diamkan diri aje.. tambah2 bukan salah aku... aku explain la kat si bapa ni anak dia tak salin soalan kerja sekolah sedangkan murid lain dah siap salin.. hah apa lagi.. terus terdiam si bapa nye tu...

sejak dari insiden tu, kalau ada pun murid yang balik lambat aku pasti akan lambatkan satu kelas.. kalau 2-3 orang je mungkin kena serang macam ni laa.. tapi kalau satu kelas, biasa aku terangkan balik kat murid tu sebab apa kena tahan.. siap suruh budak2 tu buat ayat lagi.. bukan apa, budak2 sekarang ni advance tak macam dulu.. budak2 dulu hati lurus, cakap yang betul je tak pandai buat cerita.. budak2 sekarang cerita yang betul pun kadang2 di tokok tambah langsung jadi tak betul..





*info dari cikgu2 sini.. setakat ni di sekolah baru ni belum ada lagi kes cikgu diserang ibu bapa.. syukur... :)

mati yang tak berkubur...

hari ni dah 18haribulan rupanye... baru laa aku teringat ada perkara yang aku tak buat lagi... lesen aku dah tamat tempoh.. hari ni last aku boleh bawak kereta.. huhu.. esok lusa kena guna driver laa jawab nye...

esok dah Sabtu.. minggu ke-3 pulak tu.. soheh laa tutup.. iskk.. nampak gaya Isnin jugak laa nak renew nye...




contoh lesen.. tarikh pun lebih kurang je..





* pernah drive dari rumah ke KL.. sedar2 lesen dah tamat tempoh.. mujur tak dak apa2 yang berlaku..

tersengih sengsorang??

pagi tadi masa on the way ke sekolah sempat la dengar Sinar.FM.. segmen paling aku suka segmen lagu merapu nyanyian Mat Saleh.. mesti keluar lagu2 lama dalam Bahasa Inggeris...

memang aku tersengih je laa sepanjang perjalanan nak ke sekolah pagi ni... kalau orang perasan mesti pelik tengok aku drive keta sambil tersengih2.. padahal bukan ada orang kat sebelah pun.. heheh...

pagi ni Mat Saleh nyanyi lagu Black Sweet.. @ Hitam Manis dalam Bahasa Melayu nye... betul2 direct translation laa...



Salih Yaacob a.k.a Abg Jem




*kadang2 perlukan halwa telinga yang sedap sebelum sampai sekolah...

yeh yeh!!

terkejut aku pagi ni.. bukak je laptop ni tetiba ada pulak line internet ni... em.. rezeki pagi Jumaat.. dapat la aku letak entry simple mimple ni..

kebetulan hari ni jadual aku tak la padat.. cuma ada dua waktu je.. jap lagi kul 9:40 kemdian kul 11:30... dapat la aku settle kan kerja2 yang masih berbaki...


* senyum gumbiraa... :)

Wednesday, February 16, 2011

4 dalam 1..

salam.. bersawang tak hengat.. mintak maap la ye tak berapa nak sempat utk update disebabkan kekangan masa...

cerita 1 : semalam sambut Maulidur Rasul di rumah saja.. kemudian tolong bonda masak.. diulang tolong je.. sebab terima tetamu - Pak Ngah sekeluarga.. termasuk pengantin baru.. terima kasih sudi singgah ke teratak kami..

cerita 2 : hari ni ada Karnival Bola Baling peringkat Zon.. aku ditugaskan mengurus pasukan perempuan.. dah nama pun pengurus.. mana boleh duduk bawak pokok.. jadi kena laa sama-sama berjemur di tepi padang.. akibatnya, aku kini ada 2 zon warna.. huhu.. sedih bila tengok di cermin... :(


cerita 3 : dek kerana sambut kempen Tn Hj Hamzah.. hari ni 16hb (ganti 15hb boleh laa kot ye?) entry menggunakan bahasa yang betul.. agaknye laa..

cerita 4 : sakit tulang belakang en suami nampaknya makin bertambah.. memaksa diri untuk meletakkan jawatan.. walaupun sedih.. aku percaya Allah Mengetahui segala-galanya.. semoga dugaan ini kami sekeluarga dapat tangani dengan tabah...




* ... :(

Thursday, February 10, 2011

selamat malam..

walaupun hari ni bukan Isnin.. jadual aku penuh sampai ke petang.. sebab perlawanan bola baling tak lama lagi.. huhu.. tiap2 petang kena la terpacak di padang.. walau tak melatih.. menunjukkan muka pun jadi lah kan?

apa pun malam ni tersangat la letihnya.. tegang je tengkuk sekarang ni.. rasanya mata, kaki tangan & semestinya otak perlukan rehat.. esok aku kembali lagi untuk mengadap wajah2 yang menghadiahkan aku 'sirap' siang tadi.. belum pernah aku jumpa murid biadap macam tu..

mulai malam esok hingga Ahad aku tiada di daerah ini.. kerana menghantar rombongan meminang di sebelah timur Semenanjung.. harap semua berjalan lancar..

ok la aku perlu tidur.. baju belum kemas, bilik tido dah macam pusat pengumpulan pakaian utk mangsa banjir... apa boleh buat.. aku tak mampu nak menggajikan pembantu...


*harap tiada sebarang mimpi malam ini..

Isnin bukan hari stress...

malam tadi aku call PK1 Hajah Zainon... tanyakan jadual aku utk hari ni.. memandangkan aku cuti semalam.. mulai hari ni semua kelas guna jadual baru..

yang best nye.. Puan Hjh bagitau jadual aku dah kurang 4 waktu.. 4 waktu = 2 jam.. alhamdullilah... syukur...

dan mulai minggu depan hari Isnin bukan lagi hari stress aku.. sebab kelas darjah 6 tu dah diambil alih oleh cikgu baru yang muda belia tu...


yay!!! aku tak yah nak stress dengan budak2 darjah 6 yang tak berapa nak respect cikgu tu... best! best!.. lagi seronok ngajar budak darjah 2 @ 3.. nak tegur leh tegur direct.. cakap la apa pun.. tak de laa nak berkurang ajar dengan kita ni...



*tima kasih la Hjh Zainon yang prihatin dengan jadual aku ni...

Wednesday, February 9, 2011

diari hari ini..

hari ni aku cuti sebab ada appointment dengan pakar peadriatik dari Spital Taiping... keluar rumah awal gila.. kul 7:45 dah terpacak kat spital.. pintu pun orang tak bukak lagi.. pegi awal tu pasal en suami nak masuk kerja.. dia tinggal kami dua beranak kat spital dulu.. kemdian dia pegi bengkel, bagi briefing sket kat bebudak keja.. kemdian lagi sekali dia mai spital..

sementara tunggu nak bagi kat appointment kat misi, aku tengok hero kecik ni baik laa sangat.. duk diam2 je.. tengok cleaner dok mop lantai & cuci pintu kaca.. ada laa kot dalam 15 minit.. lepas tu dia dah buat cam kat rumah sendiri.. siap menjerit2.. (sebab suara bergema kat tempat kami duduk tu..) iskk.. mula la segan dah ni.. orang dok jeling2 je..

pelan-pelan aku tarik hero kecik masuk ke klinik lawatan pakar tu.. baru ada 3 orang yang datang.. tak lama lepas bagi kad appointment, misi panggil utk timbang & ukur tinggi.. berat dah 15kg, tinggi dah 86cm.. aku ingat dah turun dari penimbang tu ok laa dia nak duduk sengap2... alih2 nak main penimbang tu.. naik turun naik turun.. tiap kali ada orang naik, dia mesti tunggu belakang nak naik jugak.. iskk.. haru sungguh kalau dok buat perangai jakun ni.. geram pun ada jugak.. dok larang tak mo dengar..

mujur la tak lama lepas tu en suami datang.. lega sket.. sebab lepas tu dia yang take over larang hero.. aku leh aa wat2 tak nampak je.. (ngelat!)

jumpa doktor cerita sket apa yang jadi dalam masa 6 bulan sebelum ni, - hero demam, kena kaki tangan dan mulut, batuk & selsema sampai kena sedut gas.. bla.. bla.. bla.. ujung2 doktor bagi Asthma Chart utk aku tandakan perkembangan hero selama 3 bulan.. aku ingat dok sekolah je nak kena wat repot.. dok rumah pun sama... alahaii...

oleh kerana hari ni hero ada sikit selsema atau senang cakap, keluar hingus je.. aku mintak la kat doktor nasal spray supaya kurang laa sket hingus hero ni.. (alasan sebenornye tak mo beli kat farmasi.. pasai mahal benda tu..) doktor pun bagi laa slip.. tunggu laa aku kat kaunter ubat.. last2 pharmacist tu panggil aku.. dan seperti biasa bila niat nak benda free je.. pharmacist tu cakap kat aku nasal spray tu tak der kat hospital, dia suh aku beli sendiri kat farmasi.. ceh! hampes betol la.. kena la pi beli sendiri..

alang2 ubat cegah alahan hero pun dah habis aku pegi la beli kat klinik pakar yang selalu aku pi tu... sebijik ubat rega RM5.50.. aku mintak utk 2 minggu je.. dia bagi 8 biji.. tambah dengan nasal spray RM23.. perghh.. bukan sikit2 rega doktor ni bagi aku.. bayor je laa... mujur laa ubat tu makan setengah setiap malam je.. buatnye makan tiap2 hari 2-3 kali sehari.. mau aku buat keja part time lepas ni..





*harap lepas tempoh 3 bulan makan ubat ni hero kecik tak la kena asma...

yeahooo!!!

hari ni aku cuti.. so bleh update entry.. n merewang ke rumah orang.. yeahooo!!!!



*pikir jap nak wat entry tentang apa...

Tuesday, February 8, 2011

panggilan manja suami isteri?

tertarik dengan entry En Mazidul di sini.. menyentuh tentang panggilan manja/mesra antara pasangan masing2.. sama ada yang sudah berkahwin mahupun yang sedang kemaruk bercinta..

antara panggilan biasa kita dengar.. mama & papa, B (singkatan baby atau hubby), hun (dari singkatan honey)..

tapi panggilan antara bonda & arwah abah semasa hayatnya jugak tak kurang menarik.. pada aku.. sejak dari kecil memang selalu dengar arwah abah panggil bonda dengan panggilan din, bonda pulak ada masa2 nya panggil arwah abah kan..

seingat aku, pernah aku tanyakan pada bonda apa maksud din & kan yang disebut tu... bonda dan arwah abah masa tu cuma senyum je.. paling2 pun arwah abah cakap.. sibukk je la.. tak yah tanya la.. dan soalan aku tergantung macam tu je..

sampai la umur aku cecah 27-28 tahun.. masa tu arwah abah masih sihat lagi.. aku, bonda & arwah abah masa tu dok menonton rancangan bual bicara tentang rumahtangga (maaf aku tak ingat tajuk dan channel mana..) sekali tu ahli panel cakap tentang panggilan suami isteri masa zaman dulu2 banyak kanda & dinda.. masa tu laa baru aku tau selama ni bonda & arwah abah dok sebut kan & din tu rupa-rupanya singkatan kanda dan dinda.. bila aku ajukan pada bonda & arwah abah... sengih2 je dorang berdua masa tu.. mungkin malu...





* pernah cadang kat en suami panggil macam bonda & abah dulu.. dibantainye gelak tak hengat.. dia cakap kalau nak panggil macam tu kena pakai baju macam hulu balang dulu2... ada ka patut??

Monday, February 7, 2011

berita baik untuk aku!!!!

tadi pagi GB buat pengumuman.. sekolah aku akan menerima seorang lagi guru baru.. yang baru keluar maktab.. dikhabarkan guru baru ni opsyen Matematik jugak.. aisey.. aku dah cuak dah.. buatnye kelas yang aku dok ngajar sekarang ni di baginye kat cikgu baru ni.. iskk.. sedih laa pulak.. sedih pasai tak dapat nak buli budak2 tu lagi.. sumpah aku tipu je..

yang pasti jadual baru akan keluar dalam sehari dua lagi... jadi aku tak payah laa nak tunggu bulan depan utk rompakan rombakan jadual.. dan pasti jumlah waktu aku akan berkurang.. dan lebih pasti Isnin bukan lagi hari stress aku.. yay!! best best!

sebut pasal hari stress.. hari ni aku kurang stress sket.. mungkin sebab aku dah minum susu + oats sebelum ke sekolah.. biasa aku tak sempat nak minum apa2 .. apatah lagi nak bersarapan sapu2 roti dengan jem ala2 drama Melayu tu..

cuma tadi ada 2 orang jadi mangsa 'tongkat warrant' aku.. sorang pasal keja sekolah yang aku bagi sebelum cuti tak siap.. sorang lagi tak bawak buku yang dijanji utk hantar kat aku hari ni.. aku bukan suka2 nak bagi rasa 'tongkat' aku tu.. tapi dah diorang yang mintak.. aku ni cikgu yang penyayang.. bila murid mintak.. aku terpaksa bagi.. jadi aku bagi la sorang 10 .. baik kan aku ni?? utk kebaikan masa depan dorang jugak.. supaya ingat tentang amanah dan tanggungjawab diri sendiri..


dah la tak nak bebel panjang... nak layan 'Gemilang' jap..




* dengar khabar guru baru anak guru besar sekolah.. huhu..

Sunday, February 6, 2011

jom lena..

dah jenuh aku meround singgah rumah kengkawan.. mata pun dah layu.. nampak gaya nak kena lena la.. letih dah mata ni.. aku rasa la aku ni kurang vitamin kot.. asik letih je 2-3 menjak ni..

dan esok adalah hari yang meletihkan dengan jadual waktu yang sungguh ketat... aduh!! harap aku tak la 'lembik' nak mengajar sok... 8 waktu = 4 jam non stop.. huh!







*tak sabaq nak tunggu bulan depan.. jadual akan dirombak..bukan rompak ye..!

kita ketawa .. dia??

aku baru je baca berita pasal ni.. kesian aku dengan pelakon Bob KU2.. tiap kali keluar di TV telatah dia memang buatkan orang tak kering gusi.. tapi siapa yang tau.. senyum di luar menangis di dalam..

harap dengan bantuan oksigen untuknya dapat meringankan beban yang ditanggung selama ini..



gandingan yang memang buatkan orang lain pun gila sama..





* ^sigh^ masing2 punya habuan.. kita punya belum tau lagi cemana nanti....

sunyi bukan tak der orang tapi sebab suma layan mata...

baru laa ada kesempatan nak taip entry.. siang tadi masih lagi sibuk.. sibuk layan mata.. :P naik sembap muka.. hish! tak senonoh betul..

tadi pagi abang & famili gerak balik ke KL.. jadi rumah pun sunyi laa.. tinggal laa kami tiga beranak + mak kat rumah.. masing2 keletihan ber'gelut' masak bekal utk abang sefamili..

elok diorang pun gerak keluar rumah.. masih2 tarik bantal.. huhu.. bangun solat Zohor.. kemdian sambung lagi.. tudiaa....

sampai rumah jadi sunyi sepi la.. jiran2 ingat kami tak dak rumah.. tudia aihh!!

masa entry ni ditaip pun.. tinggal aku sorang je lagi yang lain dah tido..







*baju dah letak kat iron board.. tapi belum datang lagi laa mood nak pegang iron.. huhu... malassss betul laa...

Saturday, February 5, 2011

sibuk ke menyibuk??

uwaaa...!! baru dapat update... sibukkk memanjang.. apa yang disibukkan pun tak tau laa... orang lain yang raya.. aku pulak yang sibukk.. iskkk... menyibuk betul la... hehe..

pe kabar la agaknya kengkawan sume..? harap2 sihat la belaka... mesti pulun sakan makan limau mandarin ni... aku tahun ni dapat makan 3-4 ulas je.. tu pun kongsi dengan hero kecik.. jadi laa.. rezeki ada takat tu saja...

tapi rezeki Allah Taala ni tak pernah putus... semalam dapat makan durian kampung.. sedapnya.. puas hati sungguh.. walaupun buahnya kecik2 je.. tapi isi dia.. punya la manis.. dan seperti biasa la.. bila aku 'sibuk' melayan durian ni memang tak ingat langsung la nak snap barang sekeping dua.. maapkan aku ye..


*huh! sat saja dah hari Sabtu.. esok Ahad.. lusa Isnin.. iskkk!!!

Tuesday, February 1, 2011

terlambatkah aku?

dah malam baru laa dapat nak menulis.. sebelum mula tu jenuh pikir nak tulis apa.. cemana la nak menulis kalau membaca pun kurang...

sejak masuk sekolah baru ni.. aku memang tak boleh nak online.. sumber bacaan aku hanyalah dalam internet.. nak baca suratkhabar? aku bukan jenis beli suratkhabar.. aku baca pun dalam suratkhabar online..teruk kan bunyinya?

bila dah malam baru nak baca.. berita pun dah basi.. huhu.. sadis nya..

tapi tak pa.. esok je aku nak ke sekolah.. kemdian Khamis & Jumaat dah cuti.. sambung sampai Ahad.. ada la chance aku nak membaca & menulis sampai pagi pun.. (kekonon..)





*nak merayau ke rumah kengkawan sebelum post entry seterusnya... err... dah tengah2 malam ni ada ke yang sudi baca entry aku ni??

selamat hari wilayah~!!!


selamat hari wilayah!! kepada kengkawan yang kerja di sekitar KL dan Putrajaya... tak lupa di Labuan jugak.. selamat bercuti.. mesti lanjut trus sampai minggu depan ek?

jenuh makan buah limau laa lepas ni.. harap jangan ada yang CB udah... :P

tahun ni aku tak beli pun limau.. tunggu orang bagi je.. (boleh ke camtu??) ye laa aku kan nak kena keghot belanja bulan ni... servis keta je Sabtu kemarin dah hampir cecah 900 hengget.. tu yang rasa nak demam tu... kena pulak hari ni minyak Ron97 naik lagi... alamatnya.. lambat laa 'demam' aku ni nak kebah.. huhuhu..





*malam2 dok picit kepala dok kira berapa hari nak sampai 25hb sebelum lena... :(

yes!! aku berJAYA!~!!!

selama aku berdiam dari tidak menulis apa2 entry.. aku mengambil kesempatan menghabiskan pembacaan novel thriller RAM yang terbaru.. Rayyan Fantasi....

alhamdulillah malam semalam aku berjaya habis kan.. dengan mata yang berair.. ku tahankan jua... akhirnya sampai terbawa ke dalam mimpi..seperti biasa pengakhiran cerita mesti memerlukan pembaca membuat kesimpulan sendiri.. penulis memang gemar buat ending yang tergantung.. mungkin ada sequel nya nanti..



mujur laa aku tak bertukar jadi Rayyan malam tadi...




*kalau nak diberi bintang.. aku bagi 4 bintang sengah.. :)