dah Ahad,
sejak dari entry perlawanan persahabatan.. sampai hari ni baru aku nak update... ini semua gara-gara frust tak dapat nak lawan hari tu... hari hujan lebat... pasukan lawan yang bertandang ambil keputusan tak nak lawan sebab risau kalau-kalau ada kilat..
jadi Jumaat lepas aku bawak la pasukan sekolah bertandang ke sekolah sana pulak... pun frust jugak.. sebab anak2 bertuah macam takut nak berhadapan dengan pihak lawan.. semua percubaan gol tak menjadi.. separuh masa pertama dah kena balun 8-0 aduh.. rasa muka aku ni dah macam ada 2 kaki tebai dah.... separuh masa kedua baru laa pecah telor sebijik tu... perlawanan berakhir dengan 11-1 bagi pasukan lelaki... sadis sungguh...
pasukan perempuan nampak ada peningkatan kalau nak dibandingkan dengan persahabatan yang terdahulu... sebelum ni kena balun sampai lunyai.. sebijik gol pun tak masuk.. tapi petang Jumaat yang bertuah dapat jugak laa bawak balik dua gol.. walaupun tetap kena balun dengan pihak lawan enam gol....
kesimpulan petang Jumaat tu kami menang sorak saja...
*sebagai pengurus memang kecewa.. malu pun ada.. tapi aku ambil ini sebagai cabaran... mudah-mudahan budak2 bertuah tu dibukakan minda & skill yang ada untuk bertarung 21 & 22 Mac depan...
**eceh! semangat cam pasukan bola Malaysia je... puihhh.. (bak kata kawan lama yang memang loqlaq)
Selamber Je...
menulis tentang macam-macam.. jangan malu-malu jangan segan-segan.. selamber je baca.. tak kena bayar pun... sila oii sila.. hehehehe
Sunday, February 26, 2012
Tuesday, February 21, 2012
Selasa yang tak berapa nak selesa...
Selasa..
rutin petang aku sekarang ni mesti kat sekolah je.. dari kul 4 sampai kul 6.. itu kalau ikut jadual.. kalau tidak terbabas jugak sampai kul 7.. sekarang ni kan lambat gelap.. dok ralit sampai tak perasan dah nak masuk Maghrib...
aku ke sekolah tiap petang sebab agenda sekolah kali ni jadi tuan rumah pertandingan bola baling antara sekolah... aku pulak jadi pengurus pasukan.. pengurus yang tak terurus sebenarnya.. huh! sadis sungguh..
minggu lepas pasukan cuba adakan perlawanan persahabatan dengan sekolah yang dekat-dekat... nasib memang tak berapa nak baik.. (boleh ke dikatakan nasib?) pasukan sekolah aku jadi 'lauk' pasukan lain... masing2 kenduri gol..
kesian memang laa ada bila tengok budak2 aku sampai menangis... tapi sekurang2nya jadikan pengalaman utk depa ni...
hari ni sekali lagi ada perlawanan persahabatan... harap2 boleh laa menang.. kalau tidak.. jenuh laa nanti.. huhu..
selingan...
*sesungguhnya aku ni dah tak lalu nak ulang alik pagi petang ke sekolah.. apa nak buat...
Sunday, February 19, 2012
Masterchef of weekend
Ahad..
dah malam pun.. siang tadi aku membizi jadi masterchef.. huh! bukan senang nak maintain dok kat dapor yang tak dak ekon tu.. (err.. ada kaa rumah sesapa dapor dia ada ekon?)...
pagi tadi dok melilau kat market.. (pasar).. tengok ikan.. langsung tak teringin.. tetiba teringat nak beli cendawan.. sebab kat rumah dah kehabisan stok...
en suami request beli lengkuas dgn serai.. heran.. apa pulak dia nak masak hari ni... ikut saja lah...
dan hasilnya ialah begini... dari air tangan dua masterchef yang telah memenuhkan ruang dapor yang sempit... haha..

Saturday, February 18, 2012
Emas : antara kaya dan bahaya...
Sabtu...
tetiba cerita pasal emas.. macam pelik kan? tak.. tak.. aku bukan nak sembang bab beli emas atau saham emas.. cuma nak cerita sebab apa aku tak berapa nak pakai barang kemas (especially dari EMAS)...
sejak dua menjak lepas aku bersalinkan hero kecik.. cincin nikah dah makin kecik aku rasa.. (kecik?? hehe).. daripada aku nak paksa cincin tu dok di jari baik laa aku simpan buat sementara waktu.. konon tunggu cincin tu membesar @ jari aku mengecik... (iye la tu..). itu satu sebab aku tak pakai cincin..
satu lagi rantai leher.. aku tak berapa nak gemor sebab hero kecik suka tarik2 bila aku pakai masa dia baby dulu.. jadi sampai sekarang aku tak pakai.. kalau ada majlis2 tertentu je aku pakai.. (tu pun kalau aku rajin).. hehe..
tapikan kejadian pagi tadi betul-betul buatkan aku terpikir.. ada baiknya aku tak pakai barang kemas di rumah...
cita dia macam ni...
pagi tadi aku sebelum aku ke sekolah aku hantar Bonda ke rumah rakan sesuraunya bersama 2-3 orang makcik jiran aku.. (ada jemputan kenduri dia selamat)
sampai kat hujung simpang rumah rakan sesurau Bonda tu aku berhentikan kereta turunkan dorang... sambil tu mata aku pandang depan je... aku nampak dua orang remaja (sorang ateh motor, sorang lagi berjalan kaki) berdiri dekat sorang makcik... tetiba selang tak sampai seminit aku nampak remaja lelaki tu macam melarikan diri dari makcik tu.. dan dan tu aku nampak macik tu tersembam atas jalan... aku dah rasa tak sedap hati masa tu..
terus aku drive keta kat depan makcik tu.. aku tanya apa yang remaja tu ragut? dalam suara yang tersekat-sekat makcik tu bagitau rantai leher dia kena ragut... mata aku sempat pandang ke leher makcik tu.. memang nampak kesan cakar kemerah-merahan... dan masih tertinggal baki rantai leher yang putus lebih kurang dua inci...
di tangan makcik tu ada cebisan baju warna kelabu.. agaknya makcik tu sempat tarik baju je masa peragut tu tarik rantai dia..
makcik tu mintak aku kejar dua peragut tu kalau-kalau sempat.. aku pusing taman dua kali memang langsung tak nampak kelibat dorang... aku rasa dorang dah lari ke kawasan kilang... sebab masih awal lagi masa kejadian tu.. dalam 9:15.. suasana masih lengang...
**************
tengah hari.. aku ambik Bonda di rumah kenduri.. jumpa pulak dengan adik mangsa ragut... menurut kata makcik tu.. peragut tu mulakan taktik tanyakan alamat rumah orang..
*jadi, lepas ni kalau ada je yang tanyakan alamat rumah memang aku tak layan.. tambah-tambah yang bertanyakan tu naik motor...

Friday, February 17, 2012
Fenomena kembali?
Jumaat....
dah seminggu pun kisah Kuch Kuch Hota Hai di tayang di TV3.. ingatkan dah sejuk laa.. rupanya ada lagi peminat SRK dalam rumah ni..
tiap2 malam hero kecik mintak nak tengok video clip KKHT kat Youtube.. adehh layan je laa...
dan utk pengetahuan.. lagu ni laa yang terpaksa aku dengar sebelum tertido berkali-kali diulang berKALI-KALI... adehhhh

Subscribe to:
Posts (Atom)