Friday, October 29, 2010

jalan2 makan angin...yay!!

fuh.. jenuh jadi tander ket... dah settle suma.. tunggu nak key in data je.. tadi tak dan pasai hari jumaat balik awai.. nak tunggu kat skolah utk siapkan keja pun tak sanggup laa... dah laa panas terik tadi.. huhu..

esok 30hb & 31hb aku dan famili nak jalan2 makan angin.. je laa lama sungguh tak jalan makan angin ni.. last pegi Cameron pun 2 tahun sudah.. la ni hero pun dah besar sket bleh la bawak jalan2.. syok nyer...

nak tau kat mana aku nak tuju sok??

ni haa kat sini...


Marina Cove kat Teluk Batik.. pic aku gugle je.. dah sampai leh laa aku snap puas2..


balik dari holiday ni aku kena p kursus plak 2 hari.. tak laa jauh pun dekat2 dengan skolah aku jugak..rasanya tak tempat yg aku nak p ni tak dak internet.. so cuti lagi laa sampai selasa.. tapi kalau aku terlebih rajin aku update laa sebelah malam nye.. tu pun kalau rajin.. diulang kalau rajinnn..

ok laa mata dah ngantuk.. nak zzz.. nak bayang mandi laut ni.. huhu.. kena p beli sunblok dulu ni sebelum gerak..


daaa

Thursday, October 28, 2010

tander ket....

budak2 masih lagi exam.. tapi paper yg aku nak kena cek dah lepas dah.. BM dgn Matematik.. fuh.. lega.. tak yah nak tunggu lelama.. nanti nak kena key in dalam sistem KPM plak.. tu yg akan amik masa tu...

so sekarang ni aku agak bizi tanda kertas2 jawapan budak.. sambil2 tanda tu rasa cam nak nyanyi lagu tanderket plak...

jom layan lagu tander ket.. peberet aku masa kecik2 ni.. jgn tak tau... huhu...


Tuesday, October 26, 2010

hezrin, jangan serik ye...

malam semalam kawan lama masa sekolah2 dulu hezrin namanya.. dia mai umah dengan suami beserta 3 hero nye.. lama jugak laa.. aku tak jumpak dia sejak reunion kali terakhir yg aku join dalam tahun 2005 tak silap aku.. masa tu pun dia baru je anak sorang.. dan aku masih lagi solo molo.. ahaks!

seperti biasa bila ada org nak mai umah aku yg terlebih nebes.. tak tau nak masak apa utk tetamu.. pikiaq punya pikiaq aku decide nak buat mee kuah je.. alhamdulillah.. mee yg aku masa tak sia-sia laa aku hidang kat depa.. walau pun masak dalam keadaan kelam kabut.. mana tah kalutnya.. stat masak lepas maghrib.. yang tetamu dah on the way masa tu.. huhuhu...

setelah bertungkuih lumuih.. siap jugak laa mee kuah terkejut.. hahaha.. utk anak2 aku gorengkan naget je.. (sebenaqnya en suami yang tolong gorengkan.. tima kasih ye B.. )

seperti biasa aku memang tak dan nak amik gambaq.. kamera pun aku dah lupa tang mana aku simpan.. cuma sempat snap sekeping je masa tu pun hezrin nak balik.. dan tu pun guna kamera dia.. (hezrin, cepat upload gambaq tu.. tak sabaq nak tgk anak aku tayang duit.. hahahha...)



p/s: kepada hezrin & fendi jangan serik mai umah aku tau.. bila2 mai laa lagi.. huhu.. nanti aku buat pulak hidangan terkejut utk hampa lagi.. huhu

Monday, October 25, 2010

exam mood...

hari ni dah mula exam akhir tahun.. oleh kerana suma murid dok sibuk jawap soalan.. makanya tak dak laa P&P yang nak dijalankan... oleh sebab tu.. ada laa masa utk aku nak taip entry pagi ni...

paper Matematik mula esok.. suspen je aku.. soalan dok dalam bank lagi.. nama je bank soalan.. tapi dok terceruk tepi meja PK1 aku,.. nak p usik tak berani pulak..karang dikatakan soalan bocor pulak... budak2 yang nak amik peksa aku pulak yang kecut perut.. isk iskk.. (kecut je perut tapi tak kempis pun.. huhu)

ok laa aku pun nak sibukkan diri tengok soalan KH & BM budak... nak wat skema jawapan.. (ingat aku tak skema ke?? :P)


kepada murid2 sekalian.. selamat menjawab soalan laa ye.. jawab kasi habis.. jgn tinggal kosong... (macam laa budak2 aku baca blog ni.. huhuhu... )

Friday, October 22, 2010

agak2 laa nak melawak pun...

sebelum papa aku nak sendawa jap.. erk!!! alhamdulillah.. syukur dah kenyang..korang dah mamam blum?? oo lupa kul 12 baru baru rehat ek? ngeeee...

ok laa nak cita pasai melawak ni jap.. dalam hidup kita nih kalau tak melawak mesti sunyi kan hidup ni? kalau asik serius ja pun cam tak bess jugak kan... kalau yg tak pandai wat lawak pun.. kadang2 dia wat lawak bodo pun ok juga.. betoi dak??

tapi kan kalau melawak yang jenih tahap gaban.. sampai tak tau nak tengok tempat .. main redah je.. tak bess laa kan? tambah2 kalau melawak sampai boleh jatuhkan air muka orang tu... kalau jadi org yg cakap tu mungkin tak rasa apa2.. tapi kalau jadi org yg dikatakan cemana pulak??

padan2 patut laa kan.. nak melawak pun.. jangan laa melampau sangat.. satgi org kata biadap tau pulak nak marah.. tambah2 awak tu dah tua.. kalau nak org hormat kita, kita pun kena laa hormat orang jugak.. kan??

Thursday, October 21, 2010

ceh! penipu..

semalam aku dapat sms.. cenggini dia taip..


From; SHELL Bhd
Taniah anda Me'nangi Wang Tunai dr Shell Contest Rm15,000.00, - No siri; 447889
Maklumat Hub;
017 8360 455


Penghantar;
Shell


tapi aku dapat sms tu dari no : 012 8108 965


aku pun reply sms tu.. aku taip... "PUNGKOQ HANG!!"

Wednesday, October 20, 2010

mentimun??

laa.. baru nak attach pic dah tak leh nak upload pulak.. (dan dan tu aku nak upload pic..) hahaha..


hari ni ada pegawai dari PPD mai skolah.. aku ingatkan depa yang mai nih nak observe aku mengajaq.. ketaq lutut dah pagi2 buta tadi ni.. rupa2 depa ni nak mai tengok jaa fail2 yang patut disediakan.. pastu mai tolong laa bagi maklumat utk kendalikan saringan LINUS ni..

bagi yang tak paham apa tu LINUS.. LINUS ni sebenaqnya singkatan dari LITERASI & NUMERASI.. program ni program kementerian pelajaran menggantikan program KIA2M.. dulu program KIA2M ni lebih kepada membaca dan menulis sahaja.. tapi bagi program LINUS ni utk murid tahun satu.. tujuan utk mensifarkan bilangan murid buta 3M (membaca, menulis & mengira)

budak2 aku pulak ada 14 orang.. 10 orang adalah murid LINUS.. murid yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis.. lagi 4 orang tu LINUS tegar.. sebab apa nama tegar?? sebab 4 orang ni memang tak kuasai kemahiran mengenal huruf dan suku kata.. atau lebih mudah nak terang.. budak2 hat langsung tak kenai huruf.. sebut lain tulis lain.. suh mengeja suku kata pun tak boleh.. sebut huruf betul tapi nak bunyi tu salah..

peranan cikgu2 yang mengajaq murid LINUS ni sangat laa besar.. (yaa!! aku memang besarrrr..) dikatakan besar kerana program ni adalag sebahagian dari NKRA yang di war2kan oleh PM kita.. malangnya bagi aku.. pentadbir sekolah aku nih buat endah tak endah je kat cikgu2 LINUS ni.. nak amik tau berapa org budak pun tak pernah tanya.. kalau laa ada pihak Nazir yang mai sekolah dan tanya pada pentadbir aku ni.. soheh dia pun tak bleh nak jawab.. kalau mintak data budak lagii laa dia tatau.. padahal suma tu dia yang kena sediakan.. kami2 ni hanya laksanakan program je..

apa boleh buat.. ibarat mentimun laa kami2 ni.. dan sebagai penjawat awam.. SAYA YANG MENURUT PERINTAH .. bila tiap kali buat surat rasmi..

hampa yang baca ni bleh paham ka apa aku tulis?? tak paham pun buat2 paham je laa noo.. kalau nak lebih paham lagi.. baik laa tanya kat ankel gugel... soheh banyak yang dia bleh crita...

sekian..

Tuesday, October 19, 2010

haji..

salam.. selamat pagi semua.. cewah.. cam ceria je bunyik nye kan?? ceria dalam hati je.. pasai suara aku masih malu2 nak keluaq sepenuhnya... kepada producer kartun animasi.. kalau2 nak pakai suara itik jgn la malu2 kamben contact aku ye.. hahahhaa.. berangan tak sudah!!

musim haji tahun ni dah pun mula.. pernerbangan pertama pun dah berlepas minggu lepas... kepada semua jemaah haji aku ucapkan selamat pergi mengerjakan rukun yang kelima ni dengan penuh khusyuk.. fokus pada ibadah di sana saja.. moga2 dikurniakan haji yang mabrur.. aminn...

bila sebut je pasai haji.. teringat masa aku study kat UiTM Shah Alam dulu.. masa tu aku baru je masuk.. part one laa tu... dalam dok kalut2 minggu orientasi.. aku dapat tau nama aku tersenarai dalam jemaah yang bleh ke tanah suci tahun tu.. seronok tu memang laa seronok.. dok terbayang2 kaabah.. masjidil haram.. masjid nabawi.. indah sungguh rasanya..

tapi yang tak seronoknya.. pada masa tu aku tak boleh nak amik cuti @ extend 1 semester memandangkan aku baru je masuk semester 1.. dengan berat hati aku tolak laa tawaran haji tu.. jadinya tahun tu mak & cousin aku je yang pegi ke tanah suci.. sedih sungguh.. kejadian ni pun dah 10 tahun berlalu.. mungkin belum rezeki aku lagi nak ke sana.. aku percaya Allah ada sebab jadikan macam tu yang aku sendiri tak tau kenapa.. semoga hajat aku Allah makbulkan satu hari nanti.. aminn...

Monday, October 18, 2010

kemusykilan..

aku tertanya-tanya..

biasakan kita tengok polis buat speed trap kat highway or jalan raya biasa ni.. dan speed trap yg di buat pun berdasarkan hadlaju yang ditetapkan.. kalau 60km/j tapi bawak 80km/j memang kantoi laa kan.. tu kalau bawak kereta...

tapi kan.. macam mana pulak dengan penunggang motosikal?? kalau dorang ni bawak lebih dari hadlaju yang ditetapkan cemana pulak? tak kena speed trap ke? kalau tak kena kenapa ye?? belum pernah lagi laa aku tengok saman speed trap pada motosikal. (atau mungkin aku yang tak tau?)

satu lagi..

kalau kereta parkir kat garisan kuning atau kat tempat meletak motosikal.. biasanya akan disaman oleh PBT atau polis trafik.. yang tu memang biasakan??

tapi..

kalau motosikal parkir kat tempat2 tadi tu cemana pulak? tak kena saman ke? kenapa ye???


iskk.. musykil laa aku... ???


4 tahun dah berlalu..

baru aku ingat hari ni 18hb oktober.. 4 tahun lepas aku masih kerja kat MYbroadband.. dalam berkira2 nak balik cuti raya.. tapi.. kul 11:30 pagi tarikh yang sama 4 tahun lepas aku dapat tau abah dah pergi buat selama2nya..

sedih laa sambut raya tahun tu.. suram je rasa.. 5 hari lagi nak raya aku dah kehilangan abah.. bila dah tak dak ni baru terasa sangat kehilangan nya.. semoga roh abah ditempatkan bersama2 roh2 org beriman.. aminn..


p/s: kadang2 bila tengok tv ada lakonan Zami Ismail a.k.a Pak Uda terubat jugak laa rindu pada arwah abah.... Al Fatihah..


pic Zami Ismail a.k.a Pak Uda.. aku amik dari ankel gugle..

hero belum baik lagi,,, :(

hari ni macam tak best je mai skolah.. suara aku tak baik2 lagi.. hero plak masih demam.. ditambah pulak dengan bintik2 merah naik kat kepala & tengah belakang.. aku tak tau apa menda yang naik kat badan dia tu.. sama ada ruam or intro campak.. iskk.. isau nya aku..

kalau ruam je ok laa.. kalau campak.. nampak gaya aku nak kena kuarantin lagi laa kat rumah.. tak dapat laa nak hantaq hero ke rumah pengasuh... karang berjangkit pulak dengan 2 org budak kat situ.. adeh... bulan ni bulan tak sihat laa bagi aku & pamili..

oleh kerana suara aku masih lagi serak2 kering.. (kalau serak basah dah bleh buat album) jadinya budak2 aku hari ni akan aku bagi latihan je laa.. tak dak laa nak jerit2 lagi dah dalam kelas.. tak kuasa mak...

Saturday, October 16, 2010

huhu

salam.. dah mula naik habuk umah aku nih... maklum laa tuan umah belum sihat betul..hero pulak demam panas 2 hari lepas.. hari ni baru kurang sket.. en suami pun belum ok sepenuhnya.. malam ni pun dapat curi2 online sekejap lepas tidokan hero...

oleh kerana tuan umah belum stabil kepala yang masih pening2 lalat.. jadinya idea tak mau kluaq.. insya Allah lagi sehari dua pulih laa ni.. doakan utk aku ye...


uhuk! uhuk..! (batuk)

Thursday, October 14, 2010

ketam o ketam

tetiba rasa nak makan ketam.. ni suma gara2 p jenguk blog hezrin le ni.. adeh.. mana nak carik ketam tengah2 hari buta ni..

bila cakap pasai ketam.. macam2 perkara ada kaitan dengan ketam.. walaupun sebenaqnya tak dak langsung kaitan.. betoi dak?? (isk apa aku dok merepek ni??)

macam ketam ajaq anak jalan betoi.. pasai apa kena buh ketam.. awat tak kata macam lembu ajaq anak makan nasi?? (yang ni je pepatah yang terlintas dalam pikiran skrg ni..)

pasai apa ek pepatah Melayu banyak libatkan haiwan? heran aku.... ada sesapa leh tolong jawab tak??

lagi isu hangat...

salam.. tadi masa blogwalking aku terbaca entry dari cik Hazrey kameraman TV3 tu.. nak cita panjang pun aku tak pandai.. so sila lah baca ye..

ACT AGAINST NAMAWEE,CHARGE HIM NOW. OR ARE WE TOO CHICKEN TO DO SO?

Further to Mazidul's entry on Minister vs bloggers and after Hassan Skodeng being charged in the court of law, another blogger Rocky Bru is being investigated.

Namawee released a video clip which is deemed seditious in his condemnation of a headmistress in Kulaijaya who had allegedly made racist remarks and also of the Education Ministry using obscene language.

Wee, 27, from Muar, Johor had also caused controversy in 2007 with his video clip titled "Negarakuku" posted on YouTube in which he insulted the national anthem, while studying at a university in Taiwan.

Now, are we afraid of losing Chinese votes if we charge him in the court of law? Will Chua Soi Lek once again be on Namawee's defence like when the latter insulted our national anthem?

Kalau dibandingkan satira Hassan Skodeng yang secara terang terang menggunakan blognya sebagai blog hiburan dan lawak, lengkap dengan disclaimer ia sebuah blog gurauan, manakala Namawee menggunakan perkataan yang sungguh rasis dan kurang ajar, tetapi pentadbiran negara lembik?

Now, dua bloggers sudah diambik tindakan, bila lagi kerajaan akan bertindak terhadap Namawee? Kenapa dengan dua bloggers berbangsa Melayu, kita cepat ambik tindakan, tetapi Cina sorang ni,

While Najib been saying 'zero tolerance' to racism, we have yet to see any action being taken against Namawee yang secara terang terang mencetuskan perasaan perkauman.

For the record, Hassan is being charged of sending out false information on the internet with the malicious intent of annoying another person. Ohh, Namawee is not annoying? Not malicious enough for the government to act against him?

Dulu, semasa seorang Ketua Pemuda hunuskan keris, kecoh satu kampung. Sanggup mintak maaf pada orang dan permohonan maaf dilakukan 'atas dasar setiakawan.'

Ini pulak kata Rais Yatim:

“We do not expect this matter to bring about any implications but want the public to know that my ministry and the MCMC have done our part. “So it is out of our hands [referring to his ministry and the Internet regulator, the MCMC]. The IPs have been completed and filed with the AG’s Chambers.”

What? Aku tak dengar pulak MCMC pergi rampas Namawee's computer or laptop. Ada dengar ke? Atau aku terlepas cerita tu?

Kenapa Hassan Skoden dengan Rockybru cepat jek tindakan dibuat? Sebab Melayu so kurang sikit pressure? Apa kejadahnya yang tunggu lama sangat nak charge? Dah berapa bulan dah ni?????

Apa yang lama sangat AG nak decide kalau betullah IP (investigation paper) dah diserah kepada Attorney General.
Adakah kita nak tunggu sehingga orang bercakap - di Malaysia, ia 'tindakan terpilih'. Mungkin kita nak tunggu mulut haram jadah Namawee ni yang dah terang terang, cukup bukti menghina buat satu lagi video dan cerca kita, orang Melayu dah memberontak, barulah kerajaan nak terhegeh hegeh?

If you have a blog, post the same title and berikan tekanan kepada kerajaan to act against Namawee. United we stand.

Act against Namawee NOW.

Wednesday, October 13, 2010

yeke bertindak mengikut akal??

tadi tengok berita.. pada org lain mungkin dah suam brita ni.. aku terkejut jugak pasainya aku tak tahu menahu tentang kes penyokong bola meninggal lepas menonton game bola sepak antara Kelantan - Selangor di Stadium Shah Alam..

masa tengok rakaman dalam berita tu.. satu je terdetik di hati aku.. apsal laa bleh bergaduh sesama sendiri hanya disebabkan bola nan sebijik tu.. sampai rosak binasa kemudahan yang ada.. (aku nampak seat penonton dicabut & dilempar ke atas lawan)..

pada aku laa kan.. kalau senario macam ni masih lagi berlaku.. hentikan laa buat perlawanan bola sepak di stadium yang besar2.. buat je kat stadium pebandaran je.. tak ramai penonton yang bleh masuk..(maksud aku..penonton spesis mcm yg terlibat dalam kejadian semalam) tak melibatkan kerugian yang banyak... ni tak pasal2 nak repair balik tu melibatkan kos yg soheh nya bukan laa calang2 rega..

tu laa org selalu kata perempuan selalu bertindak mengikut emosi.. lelaki bertindak mengikut akal.. tapi kalau macam ni punya tindakan yang dorang buat.. agak2 cukup akal tak???


p/s: Al-Fatihah buat allahyarham mangsa...

hero kecik..

sepatutnya entry ni semalam aku tempek.. tapi dek kerana kalut wat apa tah aku lupa nak uploiad pic.. so hari ni layan laa pic hero kecik ye...


budak tak tau dok diam.. dapat tanda lagi..



mengamuk nak kotak kek atas meja tu...




berebut kamera dengan bonda pulak..



masa ni tengah sakit kaki tangan dan mulut...




mak aji balik mekah.. :)

hari ni hero kecik dah 1 tahun 5 bulan 1 hari...

masih ada yang tak endah...

pagi tadi masa on the way nak ke sekolah.. di satu simpang sebelum traffic light ada sebuah 4X4 melintas ke jalan utama.. aku tgk sekejap2 dia kat lorong kanan.. kejap2 kat sebelah kiri.. risau jugak laa.. mana laa tau kot2 driver dia mabuk.. tapi.. takkan nak mabuk pepagi buta.. kawasan aku nih bukan ada Zouk pun..

bila aku pintas je aku jeling sebelah.. tengok2 driver dia tengah bergayut telepon.. ya rabbi ada lagi manusia mengong tak prihatin keselamatan orang lain ni.. nak je aku tekan hon panjang bagi dia terkejut..

lagi satu.. sampai kat simpang nak masuk jalan ke sekolah aku ni.. ada pulak pakcik naik moto langgaq lampu isyarat.. aku ni nak belok masuk kanan.. yang dia tu nak terus.. haish!! nak menampa maut kaa pakcik ni pagi2 buta ni.. dia bleh plak sengih2 masa aku hon..

tu laa sikap pemandu & penunggang kat tempat aku ni.. tempat orang lain aku tak tau laa.. ada tu merempit sama naik ja laju dengan kereta.. tapi helmet haramm tak pakai.. dia ingat kepala dia tu kuat dari jalan kot..

haish!! pagi2 dah buat aku beletiaq.. grrr....

Tuesday, October 12, 2010

aduhh....apa nak jadi dengan budak2 ni???

baru jaa lepas kes pau menge'pau' ni ada pulak kes baru.. kes raba meraba... tatsat ni mai budak darjah 1 jugak tapi kelas yang lagi satu.. bagitau dia kena raba.. bila panggey ja 2-2 yang terlibat ini laa jawapan yg diterima..

"macam mana dia boleh p raba hang"

"dia londeh sluaq kami sampai paha, pehtu dia pegang ***** kami.."

"yang hang galak p pegang dia punya pasai apa? hang punya x dak ka?"

... diam .. tak leh nak bagi jawapan

"di mana yang hang kena raba?"

"kat pusat sumber.. belakang rak buku.."


ya Allah apa nak jadi dengan budak2 la ni nih?? yang meraba kanak2 lelaki.. yang diraba jugak kanak2 lelaki... agak2 kes macam ni akan berlarutan kat luaq skolah tak??

makin menjadi-jadi..

mai lagi budak mengadu kena 'pau' dek rakan sekelas.. aduhh.. minggu lepas kes yang sama.. aku dah balun dah mangsa dan jugak penge'pau' tu..minggu lepas melibatkan budak perempuan (mangsa) dengan perempuan jugak..

aku pun naik pening dah nak handle masalah ni.. dah banyak kali bagi amaran.. dah banyak kali jugak aku balun yang terlibat tu.. tapi jadi jugak..

yang geram tu hari2 ada saja yang mai mengadu menda yang sama.. makin menjadi2 sungguh budak2 ni.. yang buat kan aku lagi geram.. yang buat menda2 ni budak2 darjah 1.. yang berumur 7 tahun..

kalau 7 tahun dah pandai pau orang.. lagi 10 tahun apa nak jadi agaknye ye??

makin perit..

makin terasa perit tekak aku nih.. rasanya penyakit hilang suara ni dah mula merebak kat aku ni.. last aku hilang suara tahun 2008.. sebulan sebelum aku menikah.. aduh.. punya laa risau.. mana tak nya dah macam ibu itik serati dah aku rasa time tu..sampaikan cakap dengan murid pun kena masukkan bahasa isyarat.. hahaha.. (mujuq aku tak apply part time jurubahasa kat TV1.. huhu)

bila bonda & ayah pun tak sihat..

mlm tadi aku bawak hero kecik p klinik.. kena sedut gas lagi.. pasal masa petang sebelum pegi tu dia batuk kemdian muntah.. adeh.. dah tu suara pun dah serak... malam pun masih lagi batuk.. bergilir2 aku & en suami terjaga setiap kali dia batuk...

pagi ni aku pulak terasa perit tekak.. suara pun cam lain macam jaa rasa.. huhu.. sungguh tak bess.. en suami pulak mengadu rasa penat tiap kali tarik nafas.. ditambah pulak selsema.. haduih.. satu pamili tak sihat.. sungguh tak bess rasanya.. ye laa dah masing2 tak sedap badan nak bangun pun tak larat cemana laa nak jaga diri orang lain kan?

tapi aku percaya suma ni hanyalah dugaan yg kecik saja.. banyak lagi dugaan2 yang besaq Allah bagi kat orang lain..

Alhamdulillah aku masih mampu menghadapi dugaan Mu Ya Allah...

Monday, October 11, 2010

bila tukang masak masuk dapoq...

salam pagi isnin.. baru nak update.. semlm tak dan langsung nak update.. mana tak nya.. pepagi dah p market.. ada request dari abang aku nak makan kari kepala ikan.. dia dari Kedah on the way nak balik KL.. dia bawak mak & pak mentua serta ipar2 dia.. huhuu.. kelam kabit jugak laa nak siapkan juadah sebelum depa nak sampai...

depa sampai dalam kul 11.. definitely tak siap sepenuhnya juadah2 yang nak dihidangkan.. masa tu baru siap gulai kepala ikan & asam pedas ikan semilang.. ikan belum goreng lagi, sayur belum tumis.. sambal belum mesin.. arrghh.. banyak nya nak buat..

jadinya dengan tersengih2 mak pulak request besan dia buatkan sambal belacan versi kelantan.. sayur campuq abang aku tukang godek2.. ikan.. kak ipaq aku yg gorengkan.. huhu.. nak capat makan kena laa gotong royong ye tak?? kejam nya tuan rumah.. hahah..

kul 12:30 dah siap suma.. siap hidang tapi aku segan nak snap pic.. satgi depa pikiaq aku ni pelik pulak dok amik gambaq lauk.. yang pasti juadah tengah hari semalam memang mabeles.. suma habis.. kari sampai tinggai kuah je.. asam pedas tinggai bahagian ekoq je.. (tak sangka sedap pulak asam pedas aku buat kali ni.. huhu perasan sket..)

depa gerak balik ke KL lepas kul 1:30.. time tu hero kecik baru tidoq.. bayangkan bangun dari kul 7 lebih tak mau tidoq2.. kami pun apa lagi.. (mak,aku & en suami) amik kesempatan bumm skali laa.... sedaq2 dah kul 3 baru laa suma pakat2 nak solat zohor.. keletihan memasak laa katakan.. tu belum lagi mengemas dapur yang dah macam tongkang tu...

malam.. aktiviti bersama.. sama jugak dengan rakyat Malaysia yang lain... tengok 'orang pi bulan' naik pelamin.. sweet betullah aku tengok pasangan Datuk Dr Sheikh Muzzaffar dan Datin Dr Harlina.. paling tak bleh blah tengok kek roket yang depa potong tu.. nak gelak pun ada...

abih je tengok orang bersanding.. mata pun dah kelat2 tak tahan trus aku tidoq.. tapi nama nya masuk tidoq awai.. tapi sejam sekali terjaga.. hero kecik batuk.. sian tengok dia.. sampai terangkat kaki laa bila dok batuk tu.. isk isk isk.. siannya anak bonda...

ni pun dok pening2 lalat lagi.. rasa cam nak p lena seround dua...

ok laa nak masuk kelas..

daaa

Saturday, October 9, 2010

usah tertipu dengan iklan..

dah sampai rumah bukak je plastik KFC bukan main terkejut lagi aku.. ye laa cam tak caya pun ada... snack box yg aku beli tadi ni memang beza laa dari iklan dia.. punya laa kecik.. tu baru dia punya kotak.. belum lagi isi kandungan dia.. bukak je aku dengan en suami gelak.. meatball dia tu cam fishball yg aku beli kat market.. punya laa haluih..(haluih la pada aku nak dibandingkan dengan nama KFC.. kalau jenama CKF ka KCF ka lojik laa jugak..)

fun fries.. memang standard.. standard lembik.. ok laa acceptable pasai aku bagi hero kecik makan.. kalau tak lembik payah jugak laa hero tu nak kunyah...

tu laa org dah kata jgn tertipu dengan iklan.. hah! padan muka aku... :P


tengok laa meatball dalam pic ni.. kalau tak caya try laa beli..

korang mungkin kata aku berkira.. tapi aku peduli apa.. hak aku kan??

tadi aku kluaq dengan en suami p beli susu hero.. lepas tu pusing2 area pusat bandaq tu nak cari pampers plak... ok dah dapat tetiba en suami kata nak makan KFC.. aku ok je laa.. alang2 besday boy to be nak belanja kan.. aku sentiasa on..

ramai jugak laa org dok beratoq nak beli.. termasuk laa aku.. pikiaq punya pikiaq last2 aku decide nak try KFC snack box.. tengok cam besaq jaa 'box' dia tu.. aku order 2.. box B & C.. dah order nak kena tunggu plak..

sebelum tu aku dah bayaq laa harga suma yg aku beli tu.. cashier tu pun bagi duit lebih.. aku check balik rupanya dia bagi tak cukup.. lagi 5 det kata org kg aku.. tak bleh jadi ni.. 5 det pun duit jugak tau.. kalau tak dak 5 det aku bukan bleh dapat KFC tu pun..betoi dak??? tak pa.. aku pun tunggu dengan penuh sabaq sampai cashier tadi tu panggey aku nak bagi box yg aku order tadi..

masa dia huluq ja aku trus sound..

"dik, duit baki tak cukup ni"

"berapa saya bagi tadi?"

"4 hengget 3 kupang"

"ha`ah memang laa kami tak dak duit 5 sen"

"abih tu cam mana ni?"

"memang tak dak la.. " masa tu org lain memang dah toleh tengok aku dah.. ah alang2 dah tengok baik tengok sampai abis kan???

"kalau kami tak cukup 5 det leh dapat makanan ni tak??"

"memang tak dapat laa..."

"abih tu cemana pulak bleh jadi cam ni??" aku trus pandang cashier tu sambil tadah tangan..

"ok laa saya bagi laa lagi seposen" dia pun hulur aku sekupang..

"tima kasih ye.." trus aku blah..


ah! lantak laa kalau ada yang kata aku berkira.. peduli apa aku.. duit aku hak aku kan? kan? kalau org lain yg kaya raya tu tak pa dok sedekah kat KFC.. dah laa kita yg bayaq tax dia.. imagine mlm ni dia memang tak dak change 5 sen.. berapa banyak dia collect dari customer kalau suma nya amik sikap belagak sombong wat2 malu nak tuntut 5 sen tu??

dah settle satu perkara.. lagi satu?? emm...

yess.. langkah pertama aku dah tempah kek.. tadi baru call cikgu yang wat part time bisnes bakery.. dan yang paling bestnye.. petang ni kek dah bleh amik.. dan yang paling-paling best lagi.. dia yg nak hantaq kek tu.. yahooo.. aku tak payah nak kluaq pi cari kedai dia petang ni.. save masa & petrol aku.. ahaks!!!

cuma hadiah je aku blum dapat idea lagi...

sepuluh sepuluh dua ribu sepuluh

ada apa dengan no 10.10.2010?? bagi yang nak melangsungkan perkahwinan.. ini laa tarikh yg dianggap cantik selain dari 08.08.08 yang lepas.. yang glemer nak kawen masa tarikh tu sapa lagi kalau bukan angkasawan kita.. Datuk Dr Sheikh Muzzaffar.. dengan pasangan Dr Harlina.. semoga perkahwinan diberkati dan berpanjangan hingga hujung nyawa.. sweet jaa aku tgk depa berdua.. macam pisang dibelah dua buat banana split.. ahaks!!

member sesama belajaq kat ITM dulu pun nak menikah tarikh yang sama.. kat Ipoh.. rasanya aku tak dapat laa nak attend pasai keadaan hero kecik belum pulih sepenuhnya.. risau satni p berjangkit dengan budak2 lain pulak.. apa2 pun selamat pengantin baru buat Ina & pasangan.. semoga berbahagia selalu.. aminnn....


cantik kan cincin ni??

dan satu lagi... hari dan tarikh yang sama jugak laa hari jadi en suami.. yang ke35.. huhu.. hepi besday to u dear..semoga rezeki semakin dilimpahi dari Allah.. diberi kesihatan yang lebih baik.. semoga terus jadi suami & ayah yang soleh... aminn...

hadiah tak beli lagi pun.. wish je laa dulu awai2 aci tak?? hadiah bagi masa p Teluk Batik hujung bulan ni ye.. Insya Allah.. tapi belum pikiaq lagi laa nak bagi apaa.. any suggestion??? em... pening.. pening..


kek ni pun cute jugak kan??

kempen bulan bahasa..

hari ni p&p tak dak.. so rileks laa sikit.. hari ni sekolah buat sambutan bulan bahasa peringkat sekolah.. so aktiviti pagi ni tengok persembahan murid je laa.. ada yang bercerita.. bersajak.. berpantun..bersyair... sekarang ni rehat sekejap.. karang sambung pulak.. aku nak tunggu yang bersyair je aa.. tah cemana laa jadinya nanti.. huhuhu.. (gelakkan orang konon.. aku pun tak pass lagi nak bersyair..)

Friday, October 8, 2010

kalau berani...

tengok tak game show kalau berani 1vs 0 kat astro warna? masa tengah taip entry ni aku tgk laa rancangan ni.. pening kepala aku dok dengaq suara Didie Alias menjerit.. (tak laa tgk sangat.. lebih kepada mendengaq..)

aku tengok cam mengarut je laa game yg peserta main tu.. terpikir jugak tah sapa laa punya idea nak wat gameshow cam ni..timbul persoalan di pala aku yang sedia pening ni tiap kali tgk peserta amik bahagian..

game no 1 :nama game aku tak ingat... 2 peserta tutup mata, kemdian angkat ahli kumpulan lagi sorang pastu lepaskan atas belon.. bagi belon pecah.. - apa laa motif hempuk member yg lagi satu atas belon tu? tak ke ada impak pada tulang belakang kalau salah landing atas belon tu?

game no 2 : limbo rock candle light tak silap aku.. peserta kena lalu bawah palang (ala2 limbo rock) kemdian tiup lilin .. jarak lilin dengan peserta aku rasa dalam 1 meter jugak la....

game no 3 : makan suap.. bahulu di bubuh dalam lastik.. (aku panggey lasti je..) 1 peserta tarik lastik yg lagi 2 tunggu dan sambut dengan mulut.. - tak ke membahaya kan kalau tertelan bahulu tu? buatnye tercekik.. cemana? ada insurans nak cover ke? iskk...

game no 4 : ala2 musical chair (nama betoi aku tak ingat).. mula2 ok laa dok menari sambil pusing kerusi dengan iringan lagu.. tapi bila mai time nak berebut kerusi tu yang tak berapa senonoh aku tengok.. (pada aku laa orang lain aku tak tau..) tolak menolak satu hal.. ayat2 yang keluaq pun tak senonoh jugak.. dan aku tau rancangan ni pun yg suka tengok budak2.. pasalnya anak buah aku yg darjah 4 & 5 memang suka sangat tgk..

game seterusnya.. aku dah tak tengok... tapi tak silap aku ada game yg peserta dia kena makan mashmallow yg digantung dengan tali.. (makan dengan tangan kena ikat) pastu tiup tepung dalam piring nak amik gula-gula.. iskk mata aku sakit jaa tengok dorang nak makan mashmallow tu.. lain kali buat laa makan menda yang mudah sket.. kan?

pada aku keseluruhan game dia tak dak satu pun yg bleh bagi ilmu kat penonton.. maksud aku tak semestinya bagi ilmu secara direct.. indirectly pun bleh buat paa.. kan??



peserta : nurul, erra fazira, scha alyahya

iskk...

aku masih tak dapat nak post pape entry... hero kecik memang sibuk bila tengok aku bukak laptop.. huhuhu.. nak marah tak sampai hati.. tunggu sampai dia baik laa baru leh update banyak2 sket..


daaa

Thursday, October 7, 2010

kaki tangan dan mulut...

salam.. adeh ari ni lambat sket update entry.. rancang tu nak wat lagu semalam laa.. awai2 leh update sebelum sibuk.. konon...

suma tu kita yg merancang.. Allah taala jugak laa yang menentukan...

sebenaqnya hari ni aku pun tak pi sekolah.. hero kecik petang semalam merengek lagi bila sampai rumah.. badan kejap2 panas kejap2 sejuk.. bagi susu pun cam tak sedap je cara dia hisap... dalam dok belek2 badan dia tu aku nampak tapak kaki ada bintik2 merah.. kat tapak tangan pun sama jugak.. hati memang dah tak sedap time tu..

mula tu ingatkan campak.. dok plan macam2 laa nak buat lagu mana kalau betoi dia demam campak.. dalam dok pikiaq2 tu baru aku teringat.. kat rumah pengasuh tu ada dua beradik yang belum baik lagi sakit mulut.. masa kak ros bagitau tu aku ingatkan budak2 tu naik mata ikan je dalam mulut.. pasai la ni pun musim panas.. bila tgk hero kecik ada simptom2 tu.. aku rasa sah dah laa hero dah berjangkit dari budak2 tu..

petang tu jugak pi klinik.. doc pun dah confirmkan betoi hero kecik kena penyakit tu.. aduiyai... tiap kali nak dekat 12hb hero mesti tak berapa nak sihat... alamak hero dah jaga...



sambung sket lagi.. la ni kalau nak bagi hero susu.. kena buh ais kiub satu biji.. doc kata bagi dia minum yg sejuk2 saja.. pasai biji2 dalam mulut dia tu menyebabkan dia rasa cam terbakaq.. panas laa tu..

ok laa tu je nak cita.. malam kang sambung balik ye..

daaa

Wednesday, October 6, 2010

insurans.. oh insurans...

dok riuh kat dalam staff room ni..antara sorang cikgu dengan ejen insurans dari prudential.. akak ni last week warded sebab sakit pinggang due to kencing kotor.. kena laa dok wad sampai 3 hari.. kena charge bilik mahai jugak laa aku dengaq... ye laa dah p menginap di hospital ala2 hotel.. pakej penginapan 3hari 2 malam..

yg menjadi isu nya.. akak ni kena bayaq samai 300 lebih.. kemdian dia nak claim laa balik duit dari insuran tu.. jenuh laa dia dok kol ejen tu.. sian plak aku tengok .. dah laa tak berapa nak pulih lagi.. dok kalut dengan prob dia.. siap dia bawak polisi insurans lagi mai skolah..

dok tengok cara ejen tu explain kat akak ni cam nak lepaskan diri jaa.. rupanya dia daftarkan akak tu kat skim yg lain.. yg tak cover duit bilik wad rasanya.. jenuh laa aku dok dengaq akak tu dok mintak duit 300 dari ejen tu.. nak jugak2 duit dia diganti..

hmmm.. kadang2 ni ejen insurans bukan leh caya sangat.. ada segelintir tu juai polisi utk penuhkan target dia jaa.. aci lepas target je laa ni.. punya laa nak ligan target kadang2 tu sampai explain kat klien terkurang maklumat..

ni laa masalahnya kalau explaination tak berapa nak jelas.. masalah laa nanti bila ada apa2 nak kena claim.. hai entah laa... harap2 akak tu dapat laa settle kan masalah dia...

p/s: sampai la ni aku tak masuk mana2 insurans.. huhu.. harapkan insurans yg cuepacs sediakan tu je laa...

gud luck

hari ni dah masuk hari kedua budak2 tingkatan 3 amik exam PMR.. aku baru sedaq.. huhuu.. nama ja dok kat skolah.. tapi.. aku dok ngajaq skolah rendah.. mana nak ingat exam kat skolah menengah nun... huhuh.. konon.. statement coverline.. :P

kepada calon2nya.. selamat berusaha.. jgn gelabah.. banyakkan berdoa dan bertawakkal.. tapi kalau 3 tahun dok mengaji langsung tak baca buku toksah laa dok bertawakkal.. tawakkal tu kan ka bermaksud berserah.. tapi dalam ertikata setelah berusaha.. kan? betoi dak ustazah?? ada kaa ustazah yg nak jawab soklan aku ni...? kalau silap tulun perbetoi naa... aku hanya serangga.. eh! tu tajuk lagu BPR.. aku hanya insan yang lemah... dah p masuk lirik lagu Zur Eda laa pulak.. iskk.. melalut sungguh aih...

aku sungguh jeles bila tengok kaki depa yg slim melim ni.. iskkk

ok laa ada kelas lagi ni.. huhu.. panaih pulak ari ni.. ngajaq kat kantin je laa.. mujuq laa tajuk hari ni keusahawanan.. amcam? terra tak aku....? :P

kalau aku *&%$#@ kang marah plak...

hangin betol la... arahan suh tengok emel.. pastu suh kita save.. ok laa.. tapi attachment tu dalam power point slide show.. aku ni dah laa pening dok tgk slide yg macam carca marba je kaler dia.. hish hish.. menguji kesabaran sungguh laa..

nampak sangat laa bahan tu di 'sedut' masa pi IAB hari tu.. tak edit2 dah.. hmm.. kata celik IT.. dok kondem cikgu2 yg lama ni.. ceh! piraahh!!!


p/s: "hang kata hang terra.."

pemandu Malaysia? hmm.....

tadi masa on the way ke sekolah banyak laa kereta yang berlumba2 laju.. tapi kan yang buatkan aku bengang sket pasal sikap tak mau bagi signal bila nak memotong @ nak tukaq lane.. kadang2 aku ni mengomel sorang2 dalam kereta bila tengok sikap depa ni.. geraammm ja..

ye aa dah sampai depan simpang baru nak bagi signal.. dah tu pulak warna signal sama dengan warna lampu brek.. tak hangin ke? buat nye tersondol bontot kereta depa ni tak ke panjang cita nak settle kan.. kalau yg di sondol tu bukan samseng jalanan ok laa.. kalau samseng cemana? iskk..

lagi satu yg aku paling menyampah bila drive waktu malam.. kena pulak berselisih dengan kereta yang dah tukaq lampu depan.. yang guna lampu putih @ biru tu..ya ALLAH silaunya mata.. bukan takat silau.. pedih trus rasa.. memang kena maki sia2 je owner kereta tu...

aku dok mengomel ni bukan laa bermaksud aku ni drive bagus sangat.. tapi kita kan ada undang2.. patuhi je laa undang2 yang ada.. kalau ada undang2 tapi tak mau ikut.. baik dok dalam utan je.. ye tak?

ok la ok la.. masa dah time.. nak siap2 masuk kelas ni.. satni sambung ye..


daaa...

ngantuk laa pagi ni..

salam.. aku masih mengantuk... dalam mode mengantuk ni otak lambat sket nak bulih pikiaq.. aku mengantuk pasal malam tadi tak dapat nak tidoq.. bukan pasai dok risau kan org2 besar yang nak singgah kat sekolah aku.. tapi pasai hero kecik.. dia jaga & menangis mula dari kul 11:30 dan seterusnya setiap sejam.. huhu

tepat kul 12:30 aga lagi.. pun menangis jugak.. aku pegang badan x pulak rasa panas.. aku cek pampers tak pulak basah.. aku dah sapu minyak mana tau kot2 kembung tapi still nangis jugak.. tak tau nak wat cemana last2 aku riba dia sampai aku pun terlena sama.. sakit2 badan dok tidoq sambil duduk bersila.. huhu.. camtu laa gamaknya masa kita kecik dulu mak kita dok berjaga.. baru tau cemana nak bela anak.. insaf.. insaf...

kunci jam kul 5 tapi bangun dekat2 kul 6... tu pun mujur laa mak yg kejutkan aku..kalau tak memang aku MC laa hari ni..

ok laa nak pejam mata sat.. pejam mata tau.. bukan lena ye.. kelas aku stat kul 8:40..


daaa

Tuesday, October 5, 2010

moga Allah berikan hidayah padanya...

salam.. tadi dok view kengkawan lama di fb.. ada yang mengejut kan.. ye laa dah bertahun tak jumpa.. cara hidup masing2 pun dah berubah.. ada yang dah berbeza.. mungkin persekitaran jugan yang mempengaruhi cara hidup kita kot..

dah bertahun2 tak jumpa then tanya2 khabar.. dapat tau kawan kawen dengan org asing (definately bukan alien ye..) rasa seronok pulak dengaq.. ye laa kan bertambah lagi laa umat Islam.. tapi bila tengok gambaq2 yang dia post rasa sedih plak.. (sedih yang lebih pada simpati)

apa2 pun aku doakan beliau diberi hidayah dari Allah taala.. dan aku juga mohon agar Allah tetapkan iman aku ni.. moga jadi hamba yg diredhai NYA.. aminn...

p/s: bukan nak mengomel.. cuma kadang2 takut dengan cabaran terhadap tahap keimanan kita ni.. mintak di jauhkan dari segala perkara2 yang dimurkai Allah..

ok laa mata pun dah ngantuk.. tu laa tadi gatai sangat nak tengok pic org kat fb.. kan ke dah bengong kejap... dah laa aku nak tido.. esok tak tau lagi cemana.. harap2 tak dak laa sesapa yg nak singgah mai skolah aku... aminn...


daaa..

terlupa nak post...


baru teringat.. aku ada entry yg belum aku post.. sori bebanyak ye..

entry ni mengenai checkup mak aku kat hosp penang baru2 ni...

aku nak cita macam mana servis yg dorang bagi pada hari tu... aku sampai kat kaunter bahagian cardiology tu kurang 5 minit kul 9.. sampai je aku serah la surat rujukan dari hospital taiping.. kemudian aku diminta duduk dan tunggu hingga di panggil.. ok laa dan la aku bawak mak p toilet dulu.. aku pun dah lama tahan ni jebat..

dah settle suma urusan aku kat toilet.. aku pun sorong laa mak (dengan wheelchair) ke kaunter tadi.. masa tu jam dah kul 9:15.. aku tengok ramai jugak laa org kat bahagiad cardio ni... bila aku teliti muka sorang2.. rasanya kalau dibiarkan pesakit je tunggu kat situ tak laa ramai mana pun.. biasa laa yg menghantar tu lagi ramai dari yg nak p check..

9:30.. tak panggey2 lagi.. haihs? what the hack?! tak panggey2 lagi ni.. yg mai kendian pun dah dapat no.. mujur laa aku ni jenih yg peramah .. (dan pemalu jugak.. ahaks!) aku dok tanya la sorang kakak ni.. dia pun bawak mak dia nak mai check jugak.. dia laa yg habaq kat aku.. "depa ni kena p khetuk.. baru laa bergerak.. kalau tak.. jenuh laa tunggu" atas nasihat akak yang baik tu aku pun p laa tanya kat kaunter tu.. "nama mak saya dah panggey kaa blum?" "dak lagi.. tunggu sat.." hai?? nak kena tunggu lagi... tak dan seminit dan dan laa dia panggey nama mak aku.. rupa2nya.. surat yg aku bagi tadi tu baru terhegeh2 nak baca & isikan details pada kad rawatan.. hangin tak??? best kan cara kerja depa?.. baru nak mintak ic mak aku laa.. GL aku laa.. hadoii... tadi yg lebih sengah jam tu hang dok kelebek apa??? nih yg aku nak mencarut ni... (tu suma bunyi lam hati aku jaa.. caya laa aku x laa sanggup nak mencarut kat depan orang... aku ni kan pemalu... ahaks!)

dapat no 12.. dia suh mak aku wat ECG dulu.. ok laa .. aku pun sorong laa mak p bahagian ECG jugak.. tak jauh pun.. ujung blok yg sama jugak.. kalau langkah besaq2 tak sampai pun 15 langkah... dok tang tu pun bleh tahan jugak laa berpeluh.. mak sampai terlena laa.. dari 9:45 aku tunggu tang tu.. hampir2 kul 11 baru turn mak aku sampai.. walaweh!!! baguih sungguh servis.. bagi no giliran.. tapi panggey patient tak ikut no plak.. apa kejadahnya dok wat sistem giliran ni.. buat kali ke2 nya aku memang rasa cam nak maki ja.. tapi sabaqq lagi...

wat ECG tu pun bukan nya lama.. tak sampai pun 15 minit.. dah siap.. kemdian p laa pulak tunggu kat depan pintu kaunter tu.. tunggu utk dipanggil.. masa tu pun dah 11:30.. nama mak aku tak jugak depa keloi... dan buat kali ke3 aku nak kena tunggu cam patung cendana depan tu.. aku pun stat bersuara.. dengan pitch yg agak bleh dianggap sungguh merdu aku tanya kat misi masyarakat tu (pasai dia pakai line purple) berapa nak kena tunggu ni? appointment kul 9 sampai kui 11 tak masuk jumpak doc lagi.. lagi satu.. awat dok pi panggey no giliran hat 20, 33, suma? yg no 12 ni apa cita? kena langkau ka??

haa tu dia.. sekali keluaq soalan punya banyak daa.... dan dan tu laa misi india tu kata kat aku sat lagi dia panggey trus masuk jumpak doc.. kononnya mak aku dok ateh wheelchair so, diberi keutamaan.. pirrahh!!! nak kelentong aku konon... dah memang no mak aku dulu.. memang la kena panggey dulu.. tu pun lepas kena sound.. watnya aku dok jadi model tang depan pintu tu.. maunya mak aku lena sekali lagi...

ok dah panggey... tunggu lagi laa nak jumpak doc.. dah masuk bilik doc tu aku tgk ada lagi 5 student medic dok berdiri tercegat kat situ.. dalam ati aku.. (sungguh tak best situasi ni.. soheh kes mak aku dia buat uji kaji ni.. )

dan seperti yg aku jangka.. doc cina tu suh budak2 medic ni tanya soalan kat mak aku.,.dah laa tanya cam reporter melodi jaa.. dok ulang2 soalan yg sama.. bleh plak dok gelak2 sambil tepuk2 dahi.. lawak sangat ka kes mak aku? setelah aku buat muka boring sambil tengok jam tiap kali budak medic tu tanya... last2 doc cina (aku rasa lecturer depa) dok terang laa kat mak aku situasi sebenaq penyakit mak aku.. tapi kan the way she deliver the word memang tak macam doktor pakar... macam doktor haiwan je aku tengok...

mak aku suka tengok melodi hari ahad...







err.. cik kucing.. cik kucing... cik kucing ada masalah dengan buah pinggang ni.. dah nak terkeluar dah ni.. meh saya tunjukkan...



antara dialog yg aku masiih ingat...


doc : mak cik.. sebenarnya jantung makcik ni lemah disebabkan saluran darad sempit.. kalau nak masuk kemera teropong di mana tersumbat tu perlukan masa.. lagi pun mak cik sudah tua.. kalau buat yg masuk belon tu saya ingat dalam 2 bulan lepas operation mak cik kena buat dialisis.. sebab aa buah pinggang mak cik sudah rosak..

aku & mak : hah?!! buah pinggang rosak???

aku : bila masa pulak my mum's kidney rosak?? masa kat dalam wad hari tu dah tanya doktor .. doktor cakap kidney tak der apa2 problem.. kalau roask tu sebelah mana? apa punca?

doc : kat sini ada tulis..(sambil tunjuk reference letter) rosak teruk 2-2 belah.. sebab makcik sudah tua...

(tengok laa berapa kali dia dok ulang kata mak aku dah tua.. dia ingat mak aku ni org laut ka.. hampeh btoi)

dan banyak lagi laa doc tu dok ulang2 mak aku sudah tua.. bla bla.. tak bleh buat keja berat.. minum kena sukat.. ubat nanti kena tukar.. bla bla.. nanti wat further checkup kat nefronology..
aku dah malas nak tengok muka doc tu.. sebab jam pun dah 12:40 perut pun dah lapaq.. aku amik surat2 menyurat dari doc trus blah..


yang menjadi kemusykilan aku.. macam mana doc tu bleh wat assumption yg kidney mak aku rosak.. sedangkan masa mak aku dalam wat tak ada satu test pun yang dorang buat utk kidney mak aku.. lagi satu dorang tak buat apa2 scanning kidney mak aku.. macam mana dia bleh confident cakap cam tu kat mak aku? dan lagi.. macam tu ka etika doctor bila bercakap dengan patient.. tambah2 melibatkan penyakit no 1 paling bahaya ni??


aku rasa laa.. doctor cina tu mungkin bukan lecturer budak2 tu.. atau mungkin dia hanyalah salah seorang senior budak2 tu.. segalanya berkemungkinan... kadang2 aku cara macam buang karan ja aku p hosp penang ni.. konon pakar jantung paling ramai kat sana.. tu laa jgn percaya khabar angin.. pi dulu baru tau... btw aku mengomel ni bahagian cardiology laa.. bahagian lain aku tak p.. mungkin bahagian lain ok jaa yg bahagian ni yg cam laha*** sket...


p/s: harap maaf atas bahasa kasar yang digunakan.. mode error..

kena pau? cemana nak buat ye?

salam... dah tengah hari baru ada masa nak jengah blog.. dan jugak laa aku blogwalking sebelum aku balik satgi... dah makan tengah hari suma?? bagi yg nak perabih puasa enam tu selamat berpuasa laa ye...

nak cita sket pasai budak kelas aku.. dari hari jumaat lepas sampai ke hari ni aku dapat laporan budak tahun 1 dok pau budak pompuan... budak pompuan sorang ni anak tunggal laa pulak.. jadinya duit belanja hari2 mak ayah bagi sampai RM2.. yg budak2 lain bila dah tau dia bawak duit banyak dok himpit je laa budak pompuan ni.. yg menge'pau' tu pulak bukannya budak lelaki saja.. yg pompuan pun pau jugak.. hish! geram sungguh aku rasa...

aku dah rembat budak2 yang menge'pau'.. tapi hari ni ada lagi yg dok pau budak pompuan ni.. cemana laa aku nak buat dengan depa ni.. ? ke aku rembat je dengan rotan budak yg kena pau tu?? dah banyak kali aku pesan, jgn bagi duit kat budak yg dok mintak dengan dia tu.. tanya paham ke tak? jawab paham.. tgk muka cam tak paham.. haii.. budak2 ni eksperi muka susah utk dimengertikan...

tengok laa sok cemana pulak.. payah2 sangat aku bagi ja kat org atasan utk handle menda ni.. depa bukan ada wat keja sangat.. dok berfacebooking je..

p/s: huhu.. aku ni tengah dok saspen ni.. betoi ke esok pengarah nak singgah mai skolah aku?? isau nye weeyyyy.....


konpius....

Monday, October 4, 2010

percubaan pertama menjadi... yahoo!!!

salam.. wah sedaq tak sedaq.. dah tengah hari.. tunggu loceng je bunyi.. dah bleh balik yahooo... sejak dua menjak ni memang aku dah tak dak hati nak stayback lelama kat skolah ni.. nak balik awai je.. huhuhu..

dengaq2 cita dalam minggu nih pengarah JPN nak turun mai pantau sekolah2.. tak tau laa skolah mana yang jadi intan terpilih tu.. huhuhu.. isau pun ada jugak ni.. ada lagi 1 fail yang belum siap lagi ni.. aduiyaii... tak pa.. tak pa.. dengan pengalaman masa belajaq dulu akan aku aplikasikan.. iaitu wat keja last minit.. bak kata lecturer aku.. "alah.. kalau saya bagi assignment awai pun bukannya u all nak buat awai.. baik bagi lambat2.. sama je output dia.. " hahahaha.. rindunya zaman2 belajaq ni.. isk jauhnya melalut.. apa kaitannya?? sukat ati aku laa... janji ada entry ye tak?? huhu

ok .. aku nak cita sikit semalam nya trial.. biasa laa trial masak memasak laa apa lagi.. semalam pagi aku p market dengan en suami.. dok melilau sambil pikiaq nak beli ikan apa.. tetiba nampak laa siput sedut aka siput belitong.. bukan siput oik oik ye...

balik je trus aku mula acara membasuh, menyiang siput tu.. mula tu pening jugak laa cemana laa aku nak potong kelonsong dia tu.. dengan menggunakan hikmat ingatan memory 2 gig.. maka aku dok bayang2 laa rupa siput yg aku dok makan dulu.. dengan imaginasi tu laa maka aku berjaya jugak siang siput tu sampai habis...

masalah kedua nak masukkan rempah.. aku tak tau sukatan.. main belasah je.. dah siap rebus ubi keledek pastu aku masukkan rempah yg dah aku campur dengan bawang putih (ditumbuk bersama jintan manis).. bila ubi dah empuk.. aku masukkan santan.. (santan kotak je...) dengan garam sket.. agak2 nak menggelegak aku masukkan siput2 yg dah merayap kat besen stainless steel aku tu.. biaq lebih kuang 10 minit.. dah siap... tadaaaa.... siap sudah gulai siput sedut... huhuhu... rasa? emm sedap laa pada aku utk 1st trial... tapi masih x leh nak lawan gulai mak aku le...

oleh kerana ake begitu teruja memasak dan makan.. makanya aku terlupa nak snap lauk siput tu.. x pa laa aku tempek je laa pic yg aku hambek dari ankel gugel...

mintak izin tempek pic dari blog cik Mat.. yang pasti gulai aku x dak daun2 tu... huhu

Sunday, October 3, 2010

korban anda kami uruskan.. RM240 satu bahagian...


salam.. raya korban datang lagi.. tak lama lagi dah pun.. tak mau cita banyak sesiapa yang berhajat nak buat korban sila lah hubungi no yang tertera..

Friday, October 1, 2010

sambung sket cita semalam...

salam.. selamat pagi jumaat.. sambungan cita semalam... balik skolah aku singgah amik hero kecik.. sampai ja tengok anak aku dah siap dia mandikan... biasa tu aku kena tunggu..

dan seperti yang dijangka.. soalan kat mana & kat sapa aku hantaq hero keluaq jugak... mudah jaa aku jawab.. aku hantaq kat kawan mak aku.. nama jalan aku lupa.. malas aku nak elaborate panjang2.. satgi jadi drama tamil plak...

tadi pagi kelam kabut jugak laa nak angkut barang p rumah pengasuh baru.. kak ros nama nya...
alhamdulillah hero pun ok jaa pagi tadi.. tak dak laa wat akai nak menangis ka.. tak bye-bye kat aku dah trus ajak kak ros masuk rumah... lega aku tengok... harap hero kecik sronok dok dengan mama & opah... amin....