Tuesday, November 30, 2010

kegilaan ku sekarang...

sejak dua menjak ni aku ada hobi baru.. nak kata baru tak laa sangat.. dulu penah laa ada hobi ni.. masa tu bujang.. banyak masa lapang.. sekarang ni tak laa banyak sangat masa lapang.. tapi kena pandai curi2 masa laa.. huhu.. konon!!

nak tau apa yg aku gila sangat la ni?? aku.. aku.. gila tengok drama korea.. bukan tengok tak TV tapi aku gila tgk online.. huhu.. sebelum aku tatau pun drama korea bleh layan kat internet (oh! betapa malunya aku.. yang tu pun tatau..) tapi sejak minggu lepas aku dah tau yg aku bleh tonton thru Maaduu.com memang laa heaven rasanya.. tambah2 takdak langsung buffering.. memang best.. iklan pun dalam 2 minit je.. tak ke heaven namanya tu?

dan yang paling heaven aku rasa.. nak tontonnye tu free.. di ulang freeee..... aku cuma bayar bil internet je.. nak tonton tak yah bayar pape...

jadinya.. sebagai permulaan utk memanaskan mood (ala2 warm up).. aku layan cita peberet aku dulu.. aku suka gila tgk cita ni.. mungkin sebab cita ni tak lembab cam cita lain kot...

my lovely sam soon.. heroin dia gemuk.. tak cam heroin biasa kurus keding.. huhu...

ditinju pengawal?

sian bila baca berita ni..

dah la sakit nak bersalin.. pastu kena tumbuk plak kat perut.. hilang akal ke ape??

tapi bila baca kat bahagian akhir berita ni...

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dipercayai ditumbuk suspek di dalam lif pusat perubatan berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dipercayai ditumbuk suspek di dalam lif pusat perubatan berkenaan.

“Ketika kejadian, suami mangsa meletakkan kenderaan di petak parkir, manakala suspek membantu menolak mangsa menggunakan kerusi roda ke wad bersalin.


“Ketika berada di dalam lif, mangsa ditumbuk di perut beberapa kali, sebelum dia dihantar ke wad bersalin,” katanya.


Mangsa yang terkejut dan berada dalam kesakitan akibat tindakan tidak berperikemanusiaan pengawal keselamatan itu kemudiannya memaklumkan kejadian kepada suaminya yang berumur 33 tahun, sebelum suami mangsa membuat laporan polis berkaitan insiden terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dipercayai ditumbuk suspek di dalam lif pusat perubatan berkenaan.

“Ketika kejadian, suami mangsa meletakkan kenderaan di petak parkir, manakala suspek membantu menolak mangsa menggunakan kerusi roda ke wad bersalin.


“Ketika berada di dalam lif, mangsa ditumbuk di perut beberapa kali, sebelum dia dihantar ke wad bersalin,” katanya.


Mangsa yang terkejut dan berada dalam kesakitan akibat tindakan tidak berperikemanusiaan pengawal keselamatan itu kemudiannya memaklumkan kejadian kepada suaminya yang berumur 33 tahun, sebelum suami mangsa membuat laporan polis berkaitan insiden terbabit.

Menurut beliau, polis kemudiannya menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan.


“Kami merujuk suspek ke Wad Psikiatri HPSF dan dia dipercayai mempunyai masalah mental."

“Siasatan awal mendapati suspek baru dua bulan bekerja di syarikat kawalan keselamatan di HPSF,” katanya.


mempunyai masalah mental?? cemana leh jadi cam tu? amik pekerja secara buta tuli ka? asal bleh tulis, bleh baca, fasih bahasa.. kira dah layak laa ek?

pada aku laa kan.. syarikat yg menggajikan suspek pun kena siasat jugak la.. mana tau kot2 ada lagi pekerja dia yang sakit mental.. hish!!

mujuq laa mangsa tak mati.. kalau tak... sapa nak jawab????



RON97 naik lagi??

tadi aku dengaq kabaq angin minyak RON97 nak naik lagi.. kali ni naik lagi lima belaih det.. (RM0.15) so menjadikan rege baru RM2.30/liter.. fuh! mau naik keta kecik2 leh tahan lagi la.. mau naik hat tangki besaq.. huih! bonus RM500 tu tak jadi apa laa nampaknya.. huhu..

dan dengaq2 jugak.. minyak tu mulai naik tengah malam ni.. hish.. nampaknya nak kena tukaq minyak RON95 pulak ka? hish!!.. (susah ati ni..)

apa2 pun aku sangat2 berharap suma ni hanya lah kabar angin...jangan dok jadi sungguh laa no...

Sunday, November 28, 2010

dalam banyak2 bunga.. bunga apa kaler itam?

ada sesapa penah dengar teka teki camtu? masa aku kecik dulu laa penah dengar..jenuh laa aku dok pikir apa laa bunga kaler itam.. macam2 jawapan yang keluar.. ada jawab black rose la.. ada yg bagi jawapan bunga dah buruk la.. ada cakap bunga hutang.. pasai dulu2 yang kerap bagi hutang kan ceti.. ceti kan dari golongan orang India.. (aku masih konpius apa kena mengena dia..)

dah jenuh dok teka macam2 jawapan.. hampeh satu pun tak betul.. bila aku tau je jawapan sebenarnya bunga tayar.. rasa cam nak hempuk je kepala org yg bagi teka teki tu..


............................

baru-baru ni aku gi kedai tayar..konon nak buat alignment & balancing je.. aku tanya la berapa lama lagi tayar tu bleh tahan.. dia cakap sebulan je.. adeh..! aku suh dia tgk tayar aku tu.. dah tengok dia pun cakap tayar aku ni mempunyai masalah yg berlainan..

tayar depan 2-2 bunga tengah dah nipis..tambahan sebelah kanan tayar bunga tepi pun nipis jugak.. yang belakang pulak 2-2 bunga tayar tak sama tinggi.. pening kepala apek tu bila kau tanya apa pasal jadi cenggitu.. dia pun tak bleh nak bagi jawapan yang tepat.. banyak sangat kebarangkalian yang dia bagi...makanya aku tukar laa suma sekali.. fuh! bunyi cam banyak duit ek tukar semua sekali.. apa bleh buat demi keselamatan.. ku korbankan jua..huhu..

aku pilih bunga ni.. (pic aku google)

setelah tawar menawar dilakukan.. aku pun decide amik jenama & jenis tayar.. tolak campur bahagi darab semua.. total kena bayor.. hampir2 separuh dari gaji bersih aku.. aduhh.. dah laa bulan ni gaji awai.. nak tunggu bulan 12 punya gaji sakit jugak le... mujur laa cuti sekolah.. save duit sket..tak de nak jenjalan sangat.. tambahan pulak sekarang ni musim mengawan.. jadi save lagi laa budget aku.. tengah hari p makan kenduri je.. (ceh! cenggini punya kudukut pun ada ka??) hahahhahaha


amcam? ok tak cara aku berjimat??? :P

Thursday, November 25, 2010

ting tong..

huhu.. semalam tak dapat nak tido lena.. hero kecik asik merengek je.. badan makin panas.. masa tu jam dah kul 2.. adoiyaii.. baru je nak lelap dia bunyik pulak.. dah pupuk.. (tepuk punggung..) baru laa lena balik.. ayah jugak yg sedap.. tido tak hengatt.. siap berdengkur plak tu.. jeles tul la..

dekat2 kul 6 baru laa hero tido nyenyak... dah aku pulak nak kena bangun.. melelong rasa kepala ni.. mujur laa dah siang tak panas dah badan dia.. siap memanjat ja keja dia.. jadi semasa aku melayan kepala yang ting tong ala2 pening lalat tu.. mak tok la yg melayan dia.. tu pun dia yg buli mak tok.. di buatnye mak tok cam kuda plak.. hish! makin noti hero ni..

hari ni masak pun lewat.. dah kul 2 baru masuk dapur.. sebabnye hero tak mo nak tido.. aku yg tido sedar2 je dekat kul 2.. huhu..

dalam pening2 lalat tu tak leh nak pikir sangat.. jadinya aku amik ikan kembong 2 ekor.. buat masak lemak tak cukup bahan.. pasai apa tak cukup bahan? daun kunyit tak de.. pastu cili padi pun ada sebiji je.. hantam saja la labuu... pastu mak kutip sayur bayam yg menjadinye setangkai je..kat belakang umah.. (setangkai pun daun penuhdari bawah ke atas..) aku buat sayur bening je.. ada ikan pelotan (mayong) aku goreng bodo cam tu je.. last ada pulak ikan cencaru yg hampir seminggu dalam fridge tu.. aku bakar je.. dah siap...

hari ni suma lunch kul 2 sengah.. huhu..

pic lauk cam biasa aku malas nak hambik..

Wednesday, November 24, 2010

tanda tanda dah ada,, aduh!

hero kecik dah tido.. tapi gelisah je pusing sana pusing sini.. pampers dah tukar.. diam kejap.. pastu pusing sana pusing sini lagi.. apa yg tak kena ni..

pegang dahi.. pegang leher.. aisey.. dah mula panas dah.. nak demam laa pulak nampak gayanya ni.. mujur la ada kool fever.. dah tempek.. bagi susu.. terus zzZzz..

hai demam.. pegi la ko jejauh.. jgn laa singgah kat hero aku ni..

harap2 tak demam la hero kecik ni...

saman trafik..

tadi cek saman thru MyEG... ada saman lagi!!! satu saman baru.. speeding kat area Sg Bogak.. RM300.00.. No discount!! huhuhu..

dan aku masih ada lagi 95 hari sebelum diblacklist kan..

huh! dasat skrg ni kan? saman trafik pun bleh kena blacklist.. bukan takat utang kredit kad je..

teringat hari Isnin lepas masa balik dari sekolah (aku pi mengemas meja & barang2 aku..) kat area Sg Bogak ni speed dia 60km/j.. so en suami pun slow je laa kat area tu.. sambil2 mata kami ni dok meng'ushar' di kiri kanan jalan kot2 ada polis trafik dok teropong kereta..

sah! memang ada.. orang nye duk dalam semak (kebun kelapa sawit actually).. siap dok aim kereta yg lebih hadlaju.. polis tu sorang je.. kereta peronda pun tak dak kat situ.. biasa kan kita tengok kalau polis trafik dok buat speed trap ada kereta polis kan? haa.. kali ni trick baru kereta polis memang tak dak.. dan yg lebih trick nye.. polis tu bleh duduk dengan ber'selimut'kan tuala yg agak lusuh.. sekali pandang memang cam org keja kebun kelapa sawit dok melepak..

hari tu jugak aku tengok banyak kereta, van, lori, treler yg speed lebih dari 60km/j..

dan sampai ke hari ni aku masih wonder.. motor yg speed lebih kena saman ke tak??


salah satu trick polis trafik.. (pic google)

terlewat sudahh

salam.. emosi aku kembai pulih.. jadinya bleh laa aku nak update sket..

pagi semalam bawak hero kecik pi klinik.. kena inject utk 18 bulan.. hish tak sangka dah besar hero ni.. sampai je klinik jadi budak baik laa.. ada laa kot 10 minit.. duduk diam je kat kerusi bahagian menunggu.. apa pun tak buat.. dok ushar keliling je.. tengok 2-3 budak dok baik jongkang jongkit..
dalam dok tunggu tu misi panggil utk timbang, ukur lilit kepala dengan panjang..

berat sekarang 12.7kg..(padan le main tak larat aku nak dukung..) lilit kepala 46cm.. tinggi dah 85cm.. lepas tu jumpak misi dia interview lebih kurang kemdian kena isi M-chart plak.. tengok perkembangan budak.. M-chart ni utk mengesan kalau2 anak yg ada ciri autisme... alhamdulillah ujian lulus.. masa aku dok isi M-chart tu si hero ni pun sibuk amik pen misi conteng meja.. nak. amik koo... abih merah meja... lantak laa janji dok diam..

lepas tu tunggu turn nak cucuk.. mula tu diam lagi laa masa kat ateh riba aku.. kemdian dia nampak misi dok kalut amik ubat laa kuarkan jarum laa.. dia dah mula gelisah.. cam tau2 je dia akan jadi mangsa.. hahhaha... jenuh jugak laa nak pegang.. sampaikan misi kena pegang bahagian kaki.. aku pegang tangan.. (takut dia tarik jarum..)

masuk je jarum terus meraung.. gempar laa sekejap klinik tu dengan suara hero.. elok je misi tu tarik kuar jarum dia pun diam.. misi pun heran dia bleh diam... biasa budak menangis sampai kuar dari klinik.. alhamdulillah.. anak bonda ni kuat kan?

sampai umah terus bumbum (tido).. letih sangat aa tu.. lama jugak dia tido.. dari kul 11 sampai 2:30.. bangun je terus menangis.. ingatkan dia mengigau teringat kena cucuk kat klinik ke.. rupa2nya kaki yang sebelah kena cucuk tu tak bleh nak angkat.. sian.. mungkin lenguh @ terasa bisa laa tu.. jadinya hero jadi laa budak baik sepanjang hari.. asik baring & duduk je..

malam tadi pun sama... tido pun terlentang je.. tak laa menonggeng cam selalu.. nak alih mengiring pun nangis.. mungkin tempat kena cucuk tu masih rasa sengal2 kot... sejam sekali dia jaga nak alihkan badan.. aku pun sama jugak laa cam tak tido.. baru nak nyenyak.. time tu jugak laa ada kucing nak gaduh depan rumah.. adeh.. tengok jam baru 4:15 tensyen nye.. last-last aku kejut en suami suh dia halau kan kucing2 tu.. aparaa..nak gaduh pun time2 ni.. gaduh la tengah hari ke petang ke.. hish!

tadi ni baru je bagi hero makan nasik + sup + nugget ayam.. lepas tu nak pulak minum vitagen.. demand kemain.. layan je laa.. janji tak menangis.. bingit telinga bila dia menjerit.. sekarang dok lepak dengan mak tok kat depan sambil layan tv.. jadik nye aku pun sempat laa meng'hapdet' blog..walaupun terlewatt sudah.. ni suma gara2 emosi tak seimbang.. hish nampak gaya aku pun kena buat terapi jugak ni... terapi aku senang je.. bukan jumpak doktor.. tapi kena kuar jenjalan.. tak pun soping2 ke.. soping tingkap ke.. ok laa tu nanti...

ok laa nak solat zohor.. ada idea nanti aku hapdet lagi...

daaa

Monday, November 22, 2010

..

aku sedang sedih.. sedikit kecewa.. kat mana silap aku?

Thursday, November 18, 2010

salam Aidiladha.. antara suka dan duka..

salam Aidiladha.. sambutan yang serba sederhana.. rumah pun tak laa seriuh raya puasa berbanding dengan raya kali ni... kuih raya pun 2 jenis je..itu pun beli.. tak sempat nak buat cam tahun lepas...ye la kan masing2 dapat cuti sehari je... aku je dapat cuti sampai khamis.. tapi jumaat aku kena p skolah jugak.. iskkk.. sungguh tak syok..

pagi raya.. en suami ke masjid bersolat sunat... balik je sambung ke surau pulak.. nak bantu kerja2 melapah... kali ni surau kat rumah aku ni buat korban 10 ekor lembu.. alhamdulillah.. suma dah selamat dikorbankan....projek pagi tadi buat intro briyani.. pasai apa aku kata intro.. pasai masak pun dalam rice cooker kecik je..sebabnye projek mega hanya dijalankan esok... oleh kerana abang aku yg dok Ipoh & Doha tu dah nak balik.. so mak masak dalam rice cooker je laa utk depa rasa.. sian.. tak dan nak rasa briyani gam...

projek mega esok.. briyani gam dari en suami.. dia laa nak jadi master chef nanti.. aku seperti biasa dilantik jadi kitchen helper je.. huhu.. sadis sungguh.. mujur laa ada cousin aku balik dari Tanjung Tualang.. dapat laa dia pun jadi second chef..

plan esok dah siap2 masak nasi briyani tu.. bungkus siap2 then hantar gi rumah jiran2.. nak jemput ke rumah takut masing2 tak datang je.. masing2 sibuk masak daging korban.. baik gi hantar.. sure dorang dapat makan... kan?

..............

aku ni sebenarnya dan tido dari 9:30 tapi terjaga jam 3:00 tadi.. hero kecik gelisah pusing sana pusing sini.. cek2 rupanya pampers dah penuh.. dah siap salin & tukar seluar..ingat nak sambung tido.. sebelum tu cek hp.. ada 1 mesej.. ingatkan kawan wish raya.. tapi mesej yg mengejutkan.. cikgu sekolah aku bagitau tukang kebun sekolah eksiden.. meninggal.. dia dengan sorang lagi kawan.. tapi belum tau lagi sapa.. aduh..! terus tak jadi nak tido.. kepala ni asik teringat kan arwah je.. semoga Allah ampuni segala dosa2nya dan cucuri rahmat ke atas rohnya... aminnn..

al-Fatihah buat Pak Hasan..

Tuesday, November 16, 2010

lagi pic..

jom layan...


hero dengan sumi jelly nye... jgn sapa berani amik...


ni Ammar punya..


awat liat tak leh nak gigit ni??? iskkk



letih...

Monday, November 15, 2010

tempek..

dah selesai majlis penyampaian hadiah sekolah petang tadi.. aku balik dalam hujan.. alhamdulillah aku tak basah kena hujan.. huhu...

letih laa jugak dari pagi ke hulur ke hilir.. cari budak penerima hadiah.. nak susun kedudukan budak.. bagi pastu wat rehearsel.. adehh.. ingatkan nama pengurus peserta dok rilek je.. ye laa kan dah nama pun pengurus.. aku budget dok rileks je la.. huhu.. tudia.. pecah peluh jugak laa.. baru aku tau... abih lemak2 kat keliling perut mencair.. hahhahhahaha

balik umah.. bonda pulak puasa.. lupa hari ni jemaah dah mula wukuf .. leh laa puasa sunat.. aku je laa yang tak buat.. dah tu bonda cakap nak buat tempek utk bukak puasa...

hah?! tempek?? apa kebenda tu?? nak tempek apa? iskk konpius aku..

lepas je aku siap solat asar.. tengok menda yang bonda cakap tempek tu dah siap... belek punya belek.. pastu rasa.. sedap jugak pekena time-time hujan ni... dek kerana aku teruja makan tempek ni sampai lupa nak snap.. huhu.. biasa laa kan.. makin tua makin lupa...

ok laa.. since pic tak dak.. aku describe apa dia tempek ni..

sejenis kuih (ye ke kuih?) ok laa.. sejenis makanan yang bahannya terdiri dari pisang yang dilenyek + sedikit tepung gandum dan kelapa parut + secubit garam.. cara nak buat.. sudukan sedikit pisang lenyek diatas daun pisang.. kemdian taruk kelapa parut tu.. pastu lipat dua daun pisang tu..(pisang lenyek tu bertangkup laa jadinya..) kemdian masak ateh kuali leper.. nak taruk minyak (sikit je tau..) pun buleh tak mo letak minyak pun boleh..

agak2 garing pisang tu.. bleh laa diangkat dan dimakan.. nyumm nyum...

rasa cam lempeng pisang... cuma beza aroma daun pisang tu yang buatkan tempek di lagi umphh!!!


inila tempek... aku amik dari ankel gugel tadi..

yay!! berTUKARR!!!

aku dah check e-gtukar tadi.. keputusan nya.. TAHNIAH!! Anda berjaya ...

syukur alhamdulillah... aku dapat tukar sekolah.. sekolah mana? belum tau lagi.. tunggu surat je lagi... huhu..

so hari ni aku rasa cam Ultraman plak...


berTUKAR!!!!


buzz!!! aku nak fire GB aku...huhu...

Sunday, November 14, 2010

entry yg berkurun...

punya laa lama baru nak post entry ni.. bukan aku tak ingat.. ingatt.. tapi dek kerana ada je keja2 ad-hoc yang perlukan aku kejar ke sana ke mari..(leh caya ke aku main kejar2?? caya la.. caya la... plsss) buat kan aku tak sempat nak belek n post gambaq2 tu..

dan disebalik kelewatan aku meng'upload' pic2 tu adalah kerana aku tak banyak snap pic masa hari tu... ditambah pulak bateri aku lupa nak cas.. cisss!!! memang potongg betul laa mood nak berposing sakan masa tu.. dan yang paling.. paling aku kesali... aku terlupa bahawa en suami ada hp dan hp dia bleh amik pic yg ok jugak laa berbanding dengan hp aku yg dari kurun ke 15 tu.. isk isk iskkk.. dushh!!! (tepuk dahi...)

jadi.. layan je laa pic2 yg ala kadar je ada ni.. huhuhu


tah apa yg dia tenung..
alamak! bonda enterprem tengah kunyah samting (dah lupa apa dia..) huhu



hero kecik yg makin noti.. peberet cucuq peneram aka telinga keling...



en suami gigih gelecek bola.. guni tu sempit katanya.. ye ke sempit yang??? huhu



sebelum tergolek.. huhu.. mujuq tak dak pic tu...



p/s: dah kul 11.. lambat plak nak upload malam ni.. mata dah ngantuk.. nanti laa buh lain ye... jgn mara haaa...

Friday, November 12, 2010

al fatihah buat Shamrin..

PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin,45, (gambar) dari kumpulan Fotograf meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira pukul 6.40 petang, Khamis, ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan dengan sebuah syarikat insurans di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an mengadu kekejangan otot semasa bermain bola sepak sebelum terduduk di atas padang.

Rakannya, Johan Aziz yang turut menyertai perlawanan mewakili kumpulan artis berkata, Shamrin atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad, sebelum itu mengadu kepenatan kerana menghadiri pertunjukan pentas malam sebelumnya.

“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak manakala seorang daripada mereka dari perkahwinan terdahulu.

Isterinya, Jazriatul Akma Abu Saman,29, sekarang ini sedang sarat mengandung.


.... berita penuh kat sini...


p/s: al-fatihah utk allahyarham.. semoga dicucuri rahmat Allah.. buat sang isteri.. semoga tabah menghadapi duggan Allah..

kenapa murid luar bandar tak cemerlang?

bagi menjawab soalan nakia,

Kenapa tidak ramai pelajar sekolah luar bandar dapat keputusan cemerlang?

pada aku laa kan based on experience aku kat skolah kampung ni kan..sekolah lain aku tak tau laa cemana pulak sebab sekolah ni pun sekolah pertama aku mula bertugas.. murid-murid luar bandar tak ramai dapat keputusan cemerlang ada berkait dengan beberapa sebab... antaranya..


1) sikap mak bapak budak tu sendri.. serah 100% kat cikgu2..sampai ada yang tak amik tau langsung.. mungkin mak bapak budak2 ni pikiaq cikgu je laa ngajaq anak2 depa sampai pandai.. depa tak yah amik peduli..pasai apa aku kata tak amik peduli..? ada satu kes bapak budak call pejabat marah2 katanya kena tunggu anak dia tak balik2 pasai ada kelas tambahan.. bila tanya anak darjah berapa.. dengan konfiden bagitau anak dia darjah 4.. jenuh pusing satu sekolah nak cari anak dia tak jumpak.. rupa2 anak dia tu darjah 5.. anak darjah berapa pun tak tau.. amik camno???

2) background mak bapak budak tu pun sama.. ada yang mak bapak tak belajar tinggi.. (tapi ada jugak yang tak belajar tinggi tapi amik tau jugak pasai anak2 depa..)

3) sikap... ada budak yang ponteng sekolah lebih dari 50 hari persekolahan pun ada.. surat dah macam surat cinta.. panggil mak bapak datang sekolah pun tak mai2 jugak sampai nak cuti ni..

4) metaliti .. belajaq hanya di sekolah.. balik rumah buku sekolah tak bukak dah..bagi keja sekolah nak kata 100% buat tu payah laa nak cari... ada saja laa alasan.. "cikgu, buku tinggai kat skolah.. pasai tu keja sekolah tak siap" lagi satu alasan paling popular.. "cikgu, saya terlupa.."

5) ada buat kelas tambahan.. free tau.. diulang FREE tak payah bayaq apa2.. n cikgu yang mengajaq pun tak amik/dapat apa2 bayaran pun.. murid2 masih tak mai.. yang buat Skim Bantuan Tuisyen (yg ni dari Kementerian..) siap ada bagi makan lagi.. pun ada yang ponteng...

pendek kata budak sekolah kampung ni banyak main laa dari belajaq.. pasai apa aku kata lagu tu..? pasai.. bleh nampak perbezaan kalau diminta budak2 ni mai utk kelas tambahan dengan minta mai latihan sukan (apa2 jenis sukan laa..).. time latihan sukan.. kalau hari hujan pun mai jugak.. kalau kelas tambahan ka... baru mendung2 batang hidung tak nampak dah...

nak kata cikgu2 tak usaha tak adil laa aku rasa.. aku tengok cikgu2 yang ngajaq tahun 6 sekolah aku ni.. memang pulun habis-habisan laa.. hari sabtu ahad dah macam hari bekerja pada depa..

p/s: kia, jgn salah paham naa.. aku jawab tang sini pasai aku nak taip panjang2 payah tang ruang komen tu... apa2 pun jawapan2 ni dari aku ja.. kalau hang tanya orang lain mungkin lain jawapan yang hang akan dapat....

Thursday, November 11, 2010

result UPSR (updated)

tahniah!! tahniah!!! tahniah!!!

murid sekolah aku hanya 2 orang saja yang dapat 5A, 11 orang 4A, yang mem'frust' kan cikgu2 (abih dah aku ni menjahanamkan bahasa..) sorang murid yang memang cikgu2 dok target dia bleh dapat 5A.. alih2 4A1B.. yang B tu pulak Sains..

keseluruhan sekolah2 daerah aku budak2nya kantoi kat BI.. tang mana silap nya? tak tau laa...

yang pasti lepas ni kalut laa cikgu2 tahun 6 nak kena wat post mortem.. (kalah forensik aihh..)
mujuq laa aku ni ajaq budak tahun 1 ja..

debaran..

makin berdebar la.. suma pakat2 suspen.. ada yang tak senang duduk pun ada.. suma dok tunggu..

tunggu apa??

keputusan UPSR... emm.. aku pun suspen jugak.. anak buah aku pun salah sorang calon dia...

GB aku belum sampai lagi ni.. nanti aku update result..

alhamdulillah..

alhamdulillah.. alhamdulillah...

syukur pada Mu ya Allah... kerana aku masih lagi bernafas hingga ke hari ni... selama 33 tahun aku hidup di bumi ini..

syukur pada Mu Ya Allah.. dengan rezeki yang Kau kurniakan pada ku...

syukur pada Mu Ya Allah.. dengan kebahagian yang Kau berikan pada ku..

syukur pada Mu Ya Allah.. Kau kurniakan aku ibu yang penyayang yang melahir & mendidik aku hingga ke hari ini..

tiada ucapan selain ALHAMDULILLAH...

semoga Kau panjangkan umur ku & murahkan rezki dalam keberkatan Mu.. amin ya rabbal alamin...

Wednesday, November 10, 2010

baru nak kalut!!

alamak!! aku tak gugel lagi map nak p kursus pagi ni.. adehh.. tu laa semalam tidoq awai konon nak bangun awai laa.. bangun pun lewat dari biasa.. iskk.. apa nak jadi nih.. mujuq laa pagi nih tak p skolah.. trus gerak ke Ipoh so, ada lagi time nak gugle map.. huhu...

tadi dah gugel.. dah hapai suma jalan.. tu yg bleh post entry nih.. hehehe...

plan jap gi.. p isi minyak yg dah naik 5 sen tu dulu.. kemdian p top up kad sentuh & jalan daa.. kemdian p amik sorang cikgu kat Sg Bogak.. (aku pun tak penah jumpak lagi dia ni..) kemdian trus p amik lagi 2 org cikgu kat Petronas Bagan Serai.. fuh! banyaknya kemdian..

target sampai sana sebelum lunch time.. dan laa nak cari tempat nak soru dulu.. pastu solat siap2 baru p lokasi kursus tu... apa nak buat kena laa lunch sendri sebab Jabatan tak sediakan makan tengah hari... (budget tak kot?!) ntah laa..


gerai2 ni tak jauh dari lokasi aku nak pi jap lagi... (pic aku gugel jugak..)



yang pasti aku hanya layak claim satu tempat duduk teksi je.. bukan claim milage.. hebat tak??

ok laa masa dah time.. aku nak siap2 n.. nak touch up apa yang patut.. huhu..

daaa

Tuesday, November 9, 2010

adehh.. pedih perut..

dok pulun buat keja.. lapaq laa pulak perut ni... nak order pun alang2 sangat dah nak balik.. tunggu makan kat rumah je laa...

sesambil tadi ni aku merayau kat blog kak azie tengok dia crita pasai makanan.. adus.. lagi laa lapaq.. mujuq laa air liur tak meleleh.. hahhaha.. kalau meleleh kaa dah sah tahap kronik aku ni...

bila tengok pic dia posing kat Pantai Seagate, Penang sambil makan laksa & rojak.. tetiba teringat pulak nostalgia dulu2 makan rojak tonggek kat Pantai Road.. (sapa yang tau area Butterworth, sure tau rojak tonggek tu..)

sure korang pelik kan pasai apa aku panggey rojak tonggek... cam lucah pun ada.. huhu.. jgn nak pikir kuning2 ek.. tak baik tau.. dose.. noti laa korang ni..

rojak tonggek ni sebenaqnya buah2 yang biasa digunakan dalam rojak dicucuk pada lidi.. macam sate buah laa.. kemdian kalau nak makan kena laa cicah buah tu dalam kuah rojak.. biasa peniaga buh kuah rojak tu dalam mangkuk besaq.. kita nak makan kena laa pakat2 cicah dalam mangkuk besaq tu.. dan bila time nak suap dalam mulut.. pastikan anda berada dalam keadaan agak tonggek...sebab apa kena tonggek?? pasai makan pun tepi laut kan.. angin laut kan tiup kencang.. kalau tak mau tonggek sat lagi kuah rojak tu bleh kena kat baju @ seluaq.. kalau dah terkena tu.. perghh.. memang bau laa satu kereta nanti...

haa tu laa yang di namakan rojak tonggek.. la ni kalau nak cari org Melayu yang meniaga payah jugak laa.. pasai yg selalu dok juai tu la ni aku tengok suma nye ca ya nun alif ja..


pergh... sedap tu.. (pic aku gugel je tadi..)



ok laa masa dah time nak balik.. aku dok bayang nasik panas2 kat rumah tu.. huhuhu.. (iskk.. cemana laa aku nak selim kalau cam ni... iskkk....)

ye ke esok gaji??

bilik guru dok hingaq (kecoh) dengan subjek yang nak kena ajar tahun 2011.. masing2 dok tolak tak mau ajar murid darjah 1.. huhu.. yang pasti aku le yang akan mengadap budak2 tu tahun depan.. maka akan bermula laa mimpi2 ngeri utk aku tahun depan...

dalam dok kecoh2 tu ada pulak satu cikgu ni cita pasai gaji..huh?! gaji? dia cakap esok gaji dah keluaq.. aku pun tak pasti ye ke tak.. kalau dapat awai pun sama jugak laa belanja nye.. silap haribulan masuk awal bulan depan dah sangap..

kalau betul dapat esok yahoo!!! lega laa sket ati mak.. esok mak nak kena p Ipoh ada kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).. tapi yg sedih nye.. kursus ni stat kul 2 ptg abih kul 5ptg.. dari rumah nak ke Ipoh lebih 100km laa jugak.. huhu.. jadi nye kalau dah gaji.. tak laa isau ati ni.. ye laa nak berjalan mana boleh kantung kosong.. bahaya tu... (jgn ingat aku nak bersoping ye..) tak baik tau buruk sangka kat aku... hehe

ok laa aku nak masuk kelas... jap lagi sambung.. aku nak praktikkan marah berhemah jap lagi...

marah dengan berhemah?

tadi dengaq celoteh pak nil dgn ray & hanif kat riuh pagi era.. tajuk marah dengan berhemah.. mula tu konpius jugak laa.. cemana laa nak marah dengan berhemah.. kalau dah marah.. dah tentu-tentu laa pitch suara pun naik tinggi.. kan? kan?

lepas tu ada laa sorang pemanggil tu buat demo cara2 marah berhemah..(bukan madah berhelah ye..) nak tergelak laa pulak bila akak tu buat demo marah berhemah.. marah dia tu macam ala-ala sindir menyindir pun ada..

dan hari ni aku akan cuba guna teknik yang sama kalau aku marahkan budak2 aku.. amcam? ok tak...?

Saturday, November 6, 2010

Nuffnang kembali..

baru laa ada masa nak kembalikan iklan kat blog aku ni.. punya laa lama hilang ni baru buh balik.. huhu.. sungguh bizi laa katakan.. ditambah dengan tahap kemalasan nak membelek & copy paste bagai...

harap2 lepas ni aku makin rajin laa update entry.. nak lawan Ben Ashaari memang tak leh laa.. dia taiko.. aku ni sapa laa kan.. bloger picisan je.. huhu..

ok laa nak blogwalking... lama tak merayau kat blog org ni..

daaa

diwali..

semalam raya Deepavali.. hari ni depa sambung raya lagi.. tapi yg sakit atinya jiran aku ni cam tak dak sivik pulak.. stat dari kul 8 pm sampai laa entry ni ditaip tak abih2 main mercun.. kalau nak main tu jauh2 sket ok laa.. aku tak x kisah.. nak putus jari ka nak putus kepala lantak laa.. tapi betol2 buatkan aku hangin nih main betul2 depan rumah aku.. dah tu dihalanya mercun roket tu kat bumbung rumah aku.. mau nya tak terangkat kaki sekali2 bila mercun tu meletop.. anak aku nak tidoq pun asik terjaga je.. hish.. betul2 menguji kesabaran laa..

tu laa kan kalau ada akai tapi letak kat lutut cenggini laa jadinya.. grr..



p/s: kepada mangsa banjir di Perlis, Kedah & Kelantan.. harap2 bantuan disalurkan segera.. sian aku tengok depa..

Wednesday, November 3, 2010

i'm back!!

ari ni dah balik ke sekolah.. actually semalam pun p skolah jugak.. cuma tak sampai skolah aku je laa.. sampai kat skolah org lain.. huhu.. letih aa dengan kurikulum baru ni.. jenuh nak tuned kepala nih..

ari ni pulak dah nak kena key in markah budak dalam sistem pengurusan akademik JPN Perak.. huhuu.. punya laa lama loading dah lembab dah laa tu.. coz ramai cikgu2 sibuk nak key in markah.. tu yg amik kesempatan taip entry ni..

ok.. line dah ok.. nak sambung kerja.. malam karang aku post gambaq2 budak busuk a.k.a hero kecik nanti..

daaaa

Monday, November 1, 2010

express..

letih.. tak dan nak update pasai holiday.. another day to go.. insya allah by wednesday aku update..

dah lewat.. mata ngantuk.. nak zzzz...


gud nite..