Wednesday, August 31, 2011

Merdeka!!!!!




selamat hari kemerdekaan ke 54..!!


semoga kita terus merdeka dari segala unsur 'penjajah'..





kad raya buatan sendiri...



pertama kali buat kad raya.. macam ni la rupa.. macam kad raya budak derjah satu..


apa pun..
salam dihulur maaf dipinta..
andai ada tersalah kata...
dan terkasar bahasa..
aku hanya insan biasa,,,


*macam pantun tak jadi pun ada.. :P
** entry ini akan melekat sampai raya...

Monday, August 29, 2011

berita sana-sini..

Isteri simbah cuka getah
Sumber: Metro

KOTA BHARU: Seorang peniaga murtabak melecur di muka dan separuh badan manakala mata kanannya kabur akibat disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh isterinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di Kampung Kok Lanas di sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mahyudin Abdullah, 47, sedang menguli tepung roti canai di rumahnya untuk dijadikan doh sebelum dijual kepada pelanggan di bazar Ramadan Kok Lanas.

Ketika asyik menguli tepung roti canai itu, tiba-tiba datang isterinya membawa sejenis cecair dipercayai asid dalam sebuah bekas sebelum menyimbah ke arahnya menyebabkan mangsa menggelupar kepanasan.

Insiden itu menyebabkan mangsa dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dibawa menaiki sebuah ambulans ke wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berikutan keadaannya yang kritikal.


Difahamkan, perselisihan faham berkenaan berlaku dua hari lalu, menyebabkan isteri mangsa yang berusia 40-an nekad menyimbah cuka getah ke tubuh suaminya.


*bila dah ikut hati.. macam ni la jadinya...



Talak tiga untuk diri sendiri

Sumber: Metro

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 41 tahun nekad ‘menceraikan dirinya sendiri’ selepas rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu dikesan suaminya.

Perbuatan itu dilakukan apabila dia mengambil telefon bimbit suaminya dan menghantar SMS ke telefon bimbitnya dengan menjatuhkan talak tiga terhadapnya demi memastikan dia dapat meneruskan hubungan sulit dengan kekasihnya.

Bagaimanapun, perbuatan curang wanita itu sejak hampir dua tahun lalu terbongkar apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika bersekedudukan bersama kekasihnya di sebuah rumah di Setapak, di sini, kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.

Suami mangsa, ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) berusia 48 tahun yang mahu dikenali sebagai Jason, berkata dia dan isterinya mendirikan rumah tangga sejak 1996 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua perempuan serta seorang lelaki berusia 10 hingga 16 tahun.


Jason yang sering pulang ke negara asal untuk menguruskan perniagaannya berkata, dia mula mengesyaki kecurangan isterinya itu selepas terserempak wanita terbabit bersama lelaki lain turun dari sebuah hotel di Ampang pada hujung 2009.



*alahai... boleh macam tu ye?



Rita nikah lepas raya
Sumber: Metro

BATU PAHAT: Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi, 26, anak sulung pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, dikatakan bakal mengakhiri zaman bujang dengan jejaka pilihannya selepas Aidilfitri ini.

Perkara itu sekali gus menghentikan semua spekulasi berkaitan dirinya yang sebelum ini sering dikaitkan dengan beberapa individu. Menurut sumber, pemegang Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham, United Kingdom (UK) yang lebih mesra dipanggil Rita itu dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan jejak pilihannya yang berjawatan penting dalam satu kementerian di Putrajaya.


“Rita sudah mendapatkan restu daripada keluarga berkaitan hubungan istimewanya itu dan setakat ini, masing-masing tidak membantah pilihannya.

“Keluarga hanya mahukan yang terbaik untuk Rita dan semuanya mendoakan semoga dia menemui lelaki yang mampu menjadi suami yang baik,” katanya.


Sementara itu, kehadiran Syawal kali ini menggamit kembali kenangan peristiwa kehilangan misteri Sosilawati hampir setahun lalu sebelum beliau disahkan mati dibunuh di Ladang Gadong, Banting, Selangor.


Harian Metro semalam sempat berkunjung ke kediaman ibu Sosilawati, Yatmah Abdul Rahman, 80, bagi menyaksikan sendiri suasana sambutan di kampung halaman jutawan itu di Kampung Sri Menanti, Sri Medan, di sini.

Sejurus memasuki pekarangan rumahnya, Yatmah dan beberapa ahli keluarga lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.


Adik pengasas kosmetik itu, Rosnani Lawiya, 45, berkata, persiapan raya keluarganya tahun ini sangat dirasai apabila ketiadaan Sosilawati.

“Jika sebelum ini, dialah (Sosilawati) yang kerap ke dapur dan menguruskan segala persiapan raya malah tidak lupa memasak pelbagai jenis juadah termasuk londeh juga rendang.


“Namun sambutan Aidilfitri kali ini sedikit terubat selepas anak arwah termasuk Rita pulang ke kampung halaman bagi menyambut lebaran bersama kami,” katanya.


Keluarga itu bakal mengadakan majlis tahlil pada hari raya pertama dan kedua selain turut mengadakan rumah terbuka seperti tahun sebelumnya.


Sosilawati, pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, Perunding Kewangan CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dibunuh sebelum dibakar manakala abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchu, pada 30 Ogos 2010.


*elok la dah sampai seru.. ada yang boleh menjaganya nanti... AlFatihah buat arwah Sosilawati..




masing-masing stop berblog... dah siap sedia semua?

alhamdulillah.. dah selamat pun bersahur buat Ramadhan ke 29 ni.. ntah raya Selasa ke Rabu.. sama-sama lah kita tunggu...

tadi bersahur pun lauk berbuka malam tadi.. cuma tambah telur masak kicap.. sebab lauk lain tak berkuah...

nak tido balik karang terbabas Subuh pulak.. ada baiknya aku meronda ke rumah kengkawan..



*************



pasti semua dah siap beli belah untuk raya kan? pada aku 99% dah siap.. lagi 1% je lagi... aku belum lagi cari tudung raya... hari tu ada la sempat beli sehelai je.. yang padan dengan baju.. lagi sepasang baju belum jumpa tudungnya.. ni yang malas nak keluar shopping last minit ni.. tambah2 pulak nak kena drive sendiri.. kalau en suami ada ok laa jugak.. dia just drop aku kat kedai.. dah siap dia bleh amik aku semula...

sebab apa tak beli awal2?... sebabnya baju kurung aku lambat siap... makcik tailor memang sengaja serah lewat pada aku.. alasan nya rumah aku dekat je.. pelanggan lain rumah jauh2... boleh cenggitu??

aku ni dah laa jarang membeli-belah.. dah tu agak cerewet sikit.. bukan cerewet cemana pun.. kalau aku beli barang.. harganya biar la sepadan dengan kualiti barang nya.. contoh baru ni aku nak cari beg tangan.. sebab yang dok ada tu dah hazab sangat... jenuh pusing JJ Perda.. tak jumpa yang berkenan... ada yang berkenan.. harga bukan main mahal berapi pulak.. nak kata pattern baru beg tu tak jugak... jadi kesimpulan tak bertukar la beg tangan aku yang hazab tu... mujur laa kasut raya dapat jugak laa ganti.. tu pun setelah jenuh mencari saiz.. jenuh jugak la aku tengok budak kedai tu pegi balik-pegi balik cari kasut utk aku..

kuih raya suma dah siap? aku pun memang dah lama siap... sekarang kan teknologi dihujung hari.. sama la dengan kaedah aku buat kuih.. semua dihujung jari... beli 2 bekas sekarang ni dah tinggal sebekas.. lagi sebekas aku buat rasa tiap kali buka puasa.. ok tak?? hahahhaa... jahanamm diet aku...

rasanya pagi ni nak ke Telekom bayar bil-bil yang masih belum settle.. lepas tu touch-up serba sikit yang ada kat rumah ni.. ala kadar je pun.. tak la beria sangat... lagi pun yang tinggal kat rumah ni siang nanti aku dengan Bonda je... en suami keja.. abang-abang belum sampai lagi.. malam karang agaknya kot...

raya kali ni aku tak balik Johor.. nampak gayanya.. kuah lodeh terpaksa la aku google resepinya... huhu...




*agak-agak aku try menjadi tak?

Thursday, August 25, 2011

Dia makin jauh.. Kita makin dekat.. Al Fatihah...

Entry yang agak lewat... Cadang nak post siang tadi.. disebabkan tugas-tugas lain yang perlu didahulukan... ditambah pula line internet down..mungkin sebab hujan sepanjang hari.. makin bertambah lah kerja-kerja aku yang melibatkan penggunaan internet..sabar je laa.. Segala ujian ada hikmah disebaliknya...

Bukan itu yang aku nak kisahkan di sini... aku hanya nak berkongsi perasaan bersama sesiapa yang sudi membaca entry aku kali ini..

Betapa rindunya aku kepadanya.. Sedangkan semasa hayat aku bukanlah anak yang rapat dengannya.. begitu jugak dengan abang-abang dan kakak aku... kami lebih rapat dengan Bonda.. mungkin juga sifat garang buatkan kami tak berani nak dekat dengannya...

Benarlah kata orang.. Kita akan lebih rindukan atau kenangkan seseorang itu bila dia tiada di depan mata.. apatah lagi bila sudah pergi buat selamanya...

Terasa bagai semalam dia pergi mengadap Ilahi.. sedangkan hakikat sudah genap 5 tahun pemergiannya...

Ya, Abah pergi 25 Ramadhan lima tahun yang sudah.. Ketika orang lain sedang rancak membuat persiapan.. kami sekeluarga hiba menyambut raya tahun itu..

Saat aku menaip entry ini airmata memang tak dapat aku tahan lagi.. sesungguhnya Allah lebih sayangkan Abah.. Abah pergi meninggalkan kenangan yang manis-manis belaka buat Bonda dan kami adik beradik.. hinggakan terkadang perkara yang pahit langsung tak terasa...

Kami tau Abah makin jauh tinggalkan kami di sini.. tapi Abah tak pernah jauh dari hati kami..





* Al Fatihah buat allahyarham Abdul Rahman bin Aisyah..



Wednesday, August 24, 2011

menu berbuka.. antara rupa dan rasa.. mana satu jadi pilihan?

menu berbuka semalam...

*
*
*



menu 1: gulai ikan jehanak by my Bonda..
kelassss.. (baca dengan nada pakcik ribena..)




menu 2 : sotong goreng kunyit.. buh bawang je.. sebab cili dah abis stok..





menu 3: cekodok pisang berangan...
tengok la sapa buat.. gumoks-gumoks je... hehehe






menu 4: kueytiaw goreng terkejut...
sebabnye bahan mmg tak cukup.. main taruk apa yang ada saja..
sungguh tak cantik.. tapi rasa tetap ada.. licin dibalun dek en suami...




*menu 1 memang mabeles.. menu 2, 3, 4 aku la buat.. paling frust tengok menu 4.. memang tak dak rupa.. huh!

Tuesday, August 23, 2011

Sabtu, Ahad, Isnin Selasa..

Selasa..

lagi entry yang dah basi.. dek kerana kekangan masa (cewah.. cam bizi bebenor..) aku tak dapat nak update entry semalam...

flashback Sabtu lepas..

lepas je aku publish entry tu.. aku terus pegi kedai tayar Continental kat Taman Sri Tenggara.. tak jauh dari rumah aku.. sampai je dah ada 2 biji keta.. oleh sebab aku hanya nak buat penjajaran bak kata omputih aligment & balancing.. so aku punya keta masuk dulu.. keta yang lagi dua nak tukar tayar..

dalam dok tunggu tu sempat la aku menguap dekat 10 kali.. mengantuk weyy.. dok melengung sengsorang... kalau bukan bulan puasa boleh jugak la mengunyah apa-apa.. (asik mengunyah je.. maunya tak gumoks..)

mula-mula budak cina tu buat alignment dulu... dah pasang 4-4 alat yang aku tak tau namanya tu.. dia pun bagitau aku tayar suma elok lagi kedudukan nya.. cuma tayar belakang sebelah kiri je ada 'lali' skit.. dia cakap lagi.. kalau aku tak nak buat pun tak pa.. dah alang2 aku kat situ.. aku suruh la dia buat... lebih kurang 20 minit dia adjust tayar belakang tu..

ni la alat yang aku tak tau nama tu...



dia sambung buat balancing pulak... yang ni aku tengok dia bubuh benda kecik kat tepi rim tayar.. aku tanya apa benda yang dia letak tu.. dia bagitau.. dia letak timah nak bagi tayar bergolek dengan seimbang.. kalau tak letak tayar pusing 'belat sikit' .. belat sikit = berat sikit..

jack keta nak bukak tayar..




ready for balancing...


dah siap buat balancing 4 tayar tu aku mintak dia rotate tayar.. tayar depan alihkan ke belakang.. yang belakang alihkan ke depan.. sebab tayar tu dah bergolek lebih 10 000 km... dah siap pasang suma.. budak cina tu bawak keta aku p test dulu.. tak tau laa aku kat mana dia p meronda.. dalam 10 minit jugak laa tunggu...

dah siap tu.. kena laa bayor ye tak? suma sekali kena RM58 je.. RM8 tu untuk rotate tayar... ok tak?

on the way nak balik tu.. sampai je kat traffic light dekat pusat bandar tu.. sempat la aku tengok pekerja construction tu buat kerja macam dalam gambar ni... terpikir jugak.. dorang ni tak gayat ke? dah la tak der jaring keselamatan... huh! kalau jatuh laa... hish! tak dapat aku nak bayangkan...

selamber je kan dorang dok mencangkung sambil welding besi...?



dipendekkan cerita.. petang tu dalam pukul 6 kami gerak balik Perlis.. sampai Kangar pun dah pukul 8.. kami bukak puasa kat tepi highway saja.. sedih betul.. sebab highway sebelah Utara tak banyak hentian @ R&R...

esok pagi kami ke Hospital Tuanku Fauziah.. nak naik pun kena ganti2.. sukuriti yang jaga depan pintu lif tu memang kerek.. eksyen sungguh.. malas nak cita la.. bulan2 puasa ni...

sedih betul tengok Mak Tok terlantar macam tu.. ye laa dari bulan 5 tak henti dugaannya.. bulan 5 lepas.. Mak Tok kena strok.. mujur la minor je.. 5 Ramdhan lepas.. Mak Tok jatuh masa bangun nak ke tandas.. dah patah pulak tulang paha.. sampai kena masukkan besi.. 14 hari di hospital, doktor dapat tau usus Mak Tok pulak ada luka.. sedih betul laa...




baru lepas 'mandi'...


tapi masa aku melawat tu.. Mak Tok nampak bertenaga la sikit dari hari-hari sebelumnya.. sempat la aku snap gambar Mak Tok yang baru lepas dilap dan dibedakkan oleh bibik..


dari Kangar kami gerak balik ke rumah dalam pukul 12 tgh hari.. berhenti kejap di R&R Gurun.. solat zohor.. sempat mandikan hero kecik.. sebelum tido siap mintak aku snap pic macam kat bawah ni...


lebai kontot..

sebelum sampai rumah.. sempat aku snap pic ni pulak...


cepatnya dah pasang beam ni..
baru je aku snap sabtu lepas pekerja tu dok welding besi...


semalam berbuka dengan ikan pari bakar + air asam.. sotong goreng kunyit, sambal goreng tempe + tahu + bilis, kueytiaw goreng.. suma terbaikkk... sebab yang masaknya Bonda.. bukan aku.. aku cuti masak semalam.. hehe..


hari ni belum tau lagi nak masak apa.. rasanya panaskan lauk semalam je kot.. boleh cenggitu???



*tu je.. cerita aku cover dari Sabtu..

Sunday, August 21, 2011

lagi entry terpendek..

Ahad
21 Ogos 2011

lagi 4 minit nak masuk 22 Ogos masa aku mula taip entry ni..

macam2 cerita nak kongsi.. tapi mata dah kelat.. badan pun penat.. jadi aku kena langsaikan hutang tidur dulu..

insya ALLAH panjang umur aku sambung cerita esok...



*selamat malam...

Saturday, August 20, 2011

cerita semalam, hari ni & esok...

Sabtu
20 Ogos 2011


sekejap je dah 20hb kan? rasa macam baru semalam je mula puasa... eh! jgn pikir semalam aku baru puasa tau.. tak baik buruk sangka.. aku masih berpuasa insyaALLAH hari ni masuk hari ke
manu semalam dari moreh Masjid Tebuk Haji Musa... mak & cousin aku punya giliran.. jadi dalam kul 5 tu aku dah siap angkut periuk nak pegi amik lauk.. nak berbuka di situ rasanya macam tak proper je.. ye laa.. tak pernah buat dek orang perempuan di kampung tu bukak puasa di masjid..

menu semalam.. macam lauk kenduri kawen.. fuh! memang terbaikk.. dah lama tak makan kenduri lagipun... ada ayam masak merah, gulai daging, daging masak hitam & jelatah... cuma frust sikit pasal tak ada air asam yang memang terkenal seantero Parit Buntar tu... tak apa la.. daku redha je laa.. tak de rezeki namanya tu...


hari ni...


rasanya menu PaRam je la.. dah mungkin akan berbuka dalam kereta saja.. memandangkan lepas solat Asar nanti kami anak beranak nak gerak balik Perlis sekejap... menjengok Tok yang tak berapa sihat kebelakangan ni..

balik pun bukan lama.. hari Ahad awal pagi tu plan nya nak gerak balik rumah dah.. sebab en suami masuk kerja malam... disamping nak melangsaikan kerja2 menabur duit di shopping complex yang belum selesai...

dan pagi ni aku nak ke kedai tayar.. dah lama rasanya tak membuat penjajaran bak kata Inggeris nye balancing..



*ok la takat tu dulu.. kemdian pulak aku update cerita...






Friday, August 19, 2011

lagi percubaan pertama.. - kebab kebabommmm

semalam dok merayau sambil cari resepi menarik utk berbuka..


dan hasilnya ialah...


*


*


*


*


*




tarraaa...





kebab kebabommm...



sebab apa kebabomm??
sebab kebab aku ni tak semenggah macam kebab orang lain buat...
hehehhehe..


nama asalnya kebab mak pnut.. tapi..
aku lupa pulak nak copy link dia.. tima kasih ye tuan punya resepi...




*walau tak berapa cantik rupa paras..
tetapi rasanya tetap tak mengecewakan..
yeah!! puji diri sendri....

Thursday, August 18, 2011

moga Allah permudahkan segalanya....

semalam cuti Nuzul Quran..

plan awal nak la cari barang serba sikit dengan Bonda.. alih2 kena ubah sikit plan awal..

aku ke Hospital Taiping melawat rakan setugas di sekolah lama yang dimasukkan ke wad bersalin sebab komplikasi Placenta Previa type 3.. rupanya dia dah sebulan menetap di situ.. aku je yang baru tau..

dari rumah terus ke sana.. sampai pun betul-betul waktu melawat.. alhamdulillah.. Allah permudahkan... sampai je aku tengok dia baring.. kesian aku tengok.. ye laa dia menunggu utk mengandung anak kedua ni pun dah lebih dari 3 tahun.. anak yang sulung pun dah 5 tahun umurnya...

kawan aku ni pulak jenis orang yang cepat risau... ditambah lagi kawan2 yang ada pengalaman dok bercerita dengan dia...

aku hanya mampu nasihat agar dia tenang, tak banyak fikir perkara yang negatif.. apa pun semua ni ketentuan Allah.. banyakkan berdoa.. mudah-mudahan doa di bulan mulia ni dimakbulkan Allah...


*aminnn ya rabbal 'alamin...



selamat mencuba ye..

terima kasih pada Belinda & ~ayu~ yang sudi komen ayam panggang ala Inggeris la sangat tu sedap... walaupun tak rasa lagi... :D

atas permintaan Belinda a.k.a Benz ini dia resepi nya.. dari blog KakJee.. aku just copy paste kat sini...



BAHAN2NYA
½ ekor ayam - aku guna 7 ketul peha ayam..
1½ sudu kecik rosemary kering (kalau dpt fresh mesti sedap) - yang ini aku terrrrbubuh lebih..
2 sudu besar lada hitam biji (ditumbuk kasar)
2 sudu besar madu lebah
2 sudu besar minyak zaiton (minyak apapun boleh kot) - aku guna minyak masak je..
1 biji lemon - lemon tak dak aku guna oren sunkist
garam secukup rasa


CARA:
Bersihkan ayam dan lap dengan tisu towel hingga kering. Sagat kulit lemon (kuning jer. Jangan sampai putih nanti pahit) dan ketepikan. Perah air lemon ke dalam mangkuk. Tumbuk kasar lada hitam, ramas rosemary dan campur. pastu masukkan dalam mangkuk yang ada jus lemon tadi.

Campurkan minyak, madu dan garam. Lumurkan ke seluruh ayam yang telah dicucuk2 manja dengan garfu. Akhir sekali lumurkan dengan kulit lemon. Perapkan dalam peti ais selama sekurang-kurangnya dua jam. Kalau lebih lama lagi elok. Bungkus ayam yang telah diperap dalam alluminium foil kemas-kemas. Pastu bakar dalam oven bersuhu 200 darjah selama sejam.

Selepas itu, keluarkan dari foil dan bakar lagi selama 10 minit supaya nampak garing. Kalau ayam itu besar dan berisi, tambahlah masa memasak sehingga puas hati. Makanlah dengan sos cili. hidangkan bersama baked potato skins.



*selamat mencuba la ye..
** kakjee - tima kasih daun keladi ye berkongsi resepi...



Wednesday, August 17, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : EDISI MENU BERBUKA..

menu hari Ahad..


seri muka hantam saja lah..

1st attempt.. sukatan main belasah je..
alhamdulillah rasa tak manis sangat,
pulut tak masin sangat...






menu hari Isnin...
ayam panggang ala Inggeris..



ini pun 1st attempt jugak... resepi amik dari blog Kakjee..
lepas makan masing2 pakat speaking... hahahhahaha....





*semalam menu gulai ketam & masak lemak telur masin..
pic tak sempat nak amik.. orang dah azan...

Sunday, August 14, 2011

EDISI MEMBEBEL - Episod PaRam..

ye ke peniaga PaRam ni cekik darah? nak mengaut untung berganda tanpa mengira kualiti makanan yang dijual?

minggu lepas tak silap aku.. en suami ada beli kari ikan dan hati ayam masak apa tah.. harga kedua jenis lauk tu boleh tahan la mahal.. kalau nak dibandingkan dengan kuantiti nye... yang sedih tu.. time dia nak makan lauk tu boleh pulak basi.. yang hati ayam tu berbau semacam.. terus putus selera en suami.. mujur la dalam bekas sia tu aku ada taruk telur dadar.. (telur dadar je???? isk isk.. pemalas nye ko ni Eja... hish!)

tadi petang en suami keluar ke gerai makan dekat dengan Dewan Ramli Ngah Talib tu.. konon nak cari la lauk tambahan utk dia bersahur nanti.. tapi suma tak menepati selera.. kena pulak si hero request nak ayam.. (sejak dua menjak dok layan Upin Ipin.. memang asik request ayam je...)

kerana kasihkan anak.. cewah! .. en suami pun beli la dua ketul ayam goreng... yang en suami ni pun satu .. dia ni jenis kalau beli dah tak tanya harga dah.. main amik je..

time nak bayor tu tokey cakap rega ayam goreng tu 5 hengget.. terkejut dia.. ye laa semalam pegi beli ayam madu kat kedai mamak di Taman Pekan Baru tu pun baru 7 hengget.. (ayam madu 2 ketul + paru goreng..) saiz ayam kedai mamak kan ke besar... ni ayam goreng petang tadi saiznye ciput je.. agaknya ayam versi emas kot tu yang mahal..

pasal tu la bila aku nak pegi PaRam.. aku hanya singgah gerai yang biasa aku beli je.. ataupun peniaga dia memang dah biasa aku tengok dok meniaga.. kalau muka2 baru tu.. memang aku tak singgah la.. sebab dah tau.. mesti masak pun ala-ala batuk di tangga... bukannya sedap sangat pun.. tapi harga mak tuan.... bayangkan ikan kembong bakar seekor 4 hengget.. kalau kat KL aku boleh la terima.. ni takat Parit Buntar tak payah la nak mahal2 sangat...



*esok nampak gaya aku kena round suma blog masakan ni.. nak dapatkan idea utk berbuka...





Friday, August 12, 2011

percubaan pertama..

entry yang tertunda.. nak post semalam tapi tak sempat nak upload pic plak.. (macam la banyak benor pic aku nak tempek sini kan??)

Rabu lepas aku ambil cuti rehat.. sebab nak bawak hero kecik checkup dengan Pakar Peadriatik..

alhamdulillah.. perkembangan memberangsangkan.. so, lepas ni dah tak payah jumpa doktor lagi.. yay!! cuti rehat boleh simpan.... :)

dipendekkan cerita.. lepas je settle hal di Hospital.. kami tiga beranak ke Tesco Taiping.. meronda nak beli kasut raya hero la kekonon.. last2 benda lain yang di beli...

aku beli ni...


dah lama teringin nak buat sendiri sambal sotong ni.. selama ni asik beli je.. kali ni nak jugak la rasa hasil air tangan sendiri...

jadi.. inilah hasilnya...

yay!!!



sambal sotong kembang...



Resepi aku amik dari blog CMG..tima kasih ye cik Mat.. tapi biasa la.. tukang masak amatur macam aku no.. semestinya menderhaka resepi asal... hahahhaa...

Bahan Utama:-
2 ekor sotong kembang (kurang lebih 500 g) - aku guna setengah ekor
1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air, ramas dan tapis jusnya
2 cawan cili kisar - aku agak2 je.
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka) - tak guna serbuk perasa..
Minyak untuk menumis

Bahan Dikisar Halus:-
1 biji bawang besar - guna bawa 2 biji
5 ulas bawang merah kecil - tak guna bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 inci belacan

Cara membuatnya:-
  1. Sotong, dipotong sederhana besar, celur dalam air mendidih 2 - 3 minit, angkat dan toskan.
  2. Panaskan lebih kurang 1/2 cawan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api sederhana.
  3. Masukkan jus asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan sotong tadi dan gaul hingga semua mesra. Biar masak 10 - 15 minit hingga menjadi pekat tetapi tidak kering. Rasa garamnya sebelum diangkat.




*masing2 makan senyap je tak de komen.. sedap sangat la tu kot sebab tu habis licin... hehe :)


Tuesday, August 9, 2011

haha.. aku baru tau rupanya...

selama ni kalau bulan puasa.. tak sempat masak, pilihan kedua beli je juadah di bazar ramadhan..

setakat ni.. rasanya baru 2 kali kot aku pegi bazar ramdhan.. sebelum ni aku cari beli kueh je.. tapi semalam request dari Bonda dia nak berbuka dengan sup tulang.. sampai je gerai jual sup.. orang dah beratur panjang... saspen je rasa.. takut habis.. ye la kan.. dah hajat orang.. tak nak la hampa kan..

sebenarnya aku bukan nak cerita tentang aku pegi beli juadah berbuka.. tapi sebab nama baru bazar ramadhan....

sebelum ni dok panggil bazar @ pasar ramadhan je..

tapi sejak 2 hari ni aku aku baca status kengkawan kat wall FB.. heran.. masing2 dok update nak ke PARAM...

aku ingatkan Param pelawak veteran dulu tu..






rupa-rupanya.. PARAM tu adalah yang ini....


(pic di gugle..)





*betapa ketinggalan nye aku dalam bab istilah baru ni.. isk iskk...


tragedi tanah runtuh,,

aku tak mau mengulas tentang berita yang semua orang dah tau.. buat penat je aku nak kopi pes kan berita tu kat sini..

masih teringat lagi kenangan aku, en suami & my Bonda.. (masa tu hero belum ada...) mengikut rombongan sekolah lama ke Cameron Highland pada 2008 lalu.. dah lama dah..

tapi bila berita tanah runtuh ni keluar.. aku memang terkejut... tak sangka perkampungan orang asli tu dah tak ada rupa macam mana aku pegi sana dulu... ye laa kuasa Allah Taala.. sapa yang boleh lawan...

apa pun aku ucapkan takziah kepada keluarga mangsa...


lepas ni nak ke sana pun dah rasa cam seriau je... tapi suasana kat situ memang best bro.. walaupun tak se-selesa duduk di hotel....



ni je gambar yang dapat aku cari..

Saturday, August 6, 2011

entry terpendek..

masih mengantuk..zzZzZzzz...
tak tido semalaman..


hero kecik demam.. my Bonda pun demam..
dah tu satu rumah dok pakat batuk tak berenti...


selera tak ada.. kesimpulannya..
hari ni makan lauk kedai....




*hadoi..

Wednesday, August 3, 2011

sekadar menumpang sedih....

kisah semalam lagi...


pagi semalam aku tengok rakan aku berwajah sedih.. aku namakan dia S.. aku tanya kenapa muram je pagi hari..

dia cerita kan pada aku apa yang punca dia bermuram durja...


alkisah...

S mengajar subjek Sains tahun 5... dua minggu lepas.. hampir semua murid tahun 5 tak siapkan kerja yang diberi seminggu sebelum tu.. ada yang hanya tulis hari dan tarikh saja.. aku yang dengar pun rasa gerammm jeee.. kalau aku yang ngajar kelas ni tak tau laa cemana agaknya nanti...

dah nama pun cikgu.. bila kerja yang diberi tak disiapkan.. mesti la marah.. tak la nak bergelak ketawa.. siap dengan pujian2 pulak kan? rasanya kalau yang bukan cikgu pun mesti timbul rasa marah kan?

jadi.. S pun marah la semua murid... yang menjawab pun ada jugak.. sungguh kurang sopan aku rasa.. kemudian S ada cakap pada budak-budak tu... kalau mereka terus-terusan bersikap macam tu.. ilmu yang diberi memang tak berkat @ dihalalkan...

tapi yang lebih menyedihkan tu.. ada seorang murid lelaki dari kelas yang sama... siap maki hamun si S... siap cakap cikgu ba** laa.. anak h***m la... tak ke kurang ajar tahap dewa tu??

nak je aku pegi bagi penampor kat muka budak yang biadap tu...

jadi itu la penyebab kenapa si S bermuram je pagi semalam.... dia merintih pada aku.. "kak, seumur hidup aku..belum pernah lagi ada orang maki aku sampai macam ni sekali.. aku sedih sangat kak..."





*pun tumpang sedih.. :(

Tuesday, August 2, 2011

EDISI MEMBEBEL..

anda semua ada tengok tv sejak kebelakangan ni? pernah perasan tak iklan ringtone ON YEAH dial berapa tah tak ingat pulak...

tadi petang tengah dok melepak dengan hero kecik.. keluar iklan tu kat TV9...

terkejut masa dengar promo iklan tu.. ingatkan tv tersilap siar.. sebabnya sekarang ni bulan Ramadhan.. tak lama lagi semua pakat nak sambut Syawal pulak.. tapi lagu dari iklan ringtone tu memang tak sesuai la pada aku dengan suasana bulan puasa ni..

nak tau kenapa tak sesuai aku kata? sebab lagu selamat hari raya berentak lagu gong xi fa cai..



*sakit je telinga dengar...

kembali ke sekolah..

Selasa..


Hari pertama berpuasa di sekolah baru... belum tau lagi aktiviti apa untuk murid-murid sepanjang Ramadhan ni.. yang belum tau tu aku je laa.. rasanya.. cikgu ustazah di sekolah dah susun progam sepanjang Ramadhan ni... aku je yang tak tau.. mungkin nak bagi surprised kot... hahaha...


kalau di sekolah lama.. awal pagi ada tadarus... cikgu2 pun kena jadi guru mengaji.. yang tak berapa pandai mengaji macam aku ni.. tolong tengok-tengokkan budak2 yang baca Iqra'... zaman dulu guna Muqaddam je.. tapi aku tengok Iqra' ni lagi mudah la nak ajar dari Muqaddam tu... :)


jadinya di sekolah lama.. waktu pertama & kedua memang tak ada P&P.. diganti dengan tadarus... di penghujung Ramadhan akan ada majlis Khatam Quran.. time tu la budak2 tu dapat duit raya.. yang mana anak yatim tu dapat la lebih sikit... sebab ada yang bagi zakat...


jadi aku pun tak sabar nak tunggu program di sekolah baru ni.. nak kata baru tak la sangat .. sebab dah masuk bulan 8 dah pun...



*lepas ni aku nak adakan program PECUT utk budak2 tahun 2 & 3.. ada yang nak demam dah aku rasa ni... hehehe

Sahur kali kedua...

Kali ni sahur sorang saja... Bonda tak sihat.. Masih batuk2.. Dan tak ada selera.. Dia bangun awal dari aku, dan cuma minum susu dicampur dengan oats saja.. Mungkin Bonda teringatkan anak cucunya yg baru balik pagi semalam.. My Abang Cik + famili balik kampung sebab MIL dia meninggal awal pagi Ahad.. Al Fatihah buat Makcik Rahmah.. Semoga rohmu di cucuri rahmat dari Allah... Aminnn...




*harap Bonda tercinta cepat sembuh & kembali ceria macam selalu....

Monday, August 1, 2011

jangan lupa NIAT..





*budak2 di sekolah.. kalau tanya niat puasa masing2 blur tak ingat.. kalau suruh nyanyi nasyid, bleh pulak ingat...