Thursday, September 30, 2010

korek rahsia...

salam.. pagi ni cuaca sejuk je kat sini.. walaupun matahari dah nak terpacak ateh pala... huhuhu.. mula laa perasan cam dok kat obersee.. cam laa penah p sana.. iskk.. bila laa agaknya ada rezeki bleh p obersee nih...

tadi pagi aku call en suami tanyakan cemana dia hantaq Ammar... cam biasa katanya.. cuma pengasuh dok tanya laa kat mana pulak aku nak hantaq Ammar pasni.. senang je en suami jawab.. tak tau.. full stop.. no further question.. dah cam dalam court plak... heheh..

nampak gaya nya tunggu tengah hari ni plak laa.. soheh dia nak korek rahsia jugak.. jeng jeng jeng... tunggu soalan dia tgh hari satni... saspen.. saspen...

Wednesday, September 29, 2010

yg terbuku dah terluah.. legaa....

salam.. tadi dalam kul 8 aku call pengasuh Ammar.. anak dia yang jawab.. jenuh lama tunggu dia x mau cakap dengan aku.. last2 aku pesan je kat anak dia suh dia kumpul2 segala barang2 Ammar yang ada kat rumah.. esok lepas sekolah aku angkut balik rumah..

tak dan 5 minit.. telefon.. telefon berbunyi.. ada haiwan dalam bahaya.. eh! wonderpet plak..en suami yang jawab.. rupa2 pengasuh yg call.. dalam hati aku.. eh! eh! tadi punya lama aku call tak mau nak cakap.. ni bleh plak return call aku.. dengan professionalnye aku jawab jugak laa cal dia tu.. dia tanya macam2 laa kenapa tetiba nak stop hantar Ammar.. dia emergency hari ni.. demam + pening kepala pasal tu laa dia tak leh nak jaga Ammar..

then aku explain laa kat dia.. yg aku nak stop pun pasal ada reason..

1. selama ni dia asik merungut tiap2 hari time aku nak amik Ammar.. dia merungut.. tak dan nak masak nasik, tak dan nak masak lauk la.. tak dan nak sidai kain laa.. sebab? Ammar tak mau dok diam..

2. dia penah kata dia pun ada hal penting bila hari sabtu ahad.. dan mulai bulan depan aka Oktober hari sabtu aku akan ada saja aktiviti skolah yang aku nak kena attend.. jadi aku tak mau nak dengaq rungutan dia tak bleh jaga Ammar pasai.. bla.. bla.. bla.. bla..

3. tahun depan anak bongsu dia dah form 3.. sure dia akan busy nak hantaq p tuisyen la segala bagai.. jadi aku tak mau dengan adanya anak aku dia tak dapat nak hantaq anak dia p tuisyen plak..

4.aku cakap kat dia.. bila Ammar dah tak dak kat rumah dia tu mudah laa dia nak uruskan rumah tangga dia.. hari sabtu ahad dia nak pi cucuk bintang kat mana pun tak gaduh org nak rosak dia punya plan.. (sungguh bukan ayat aku ni...aku cakap dengan penuh diplomasi tadi.. ye.. aku tak tipu laa...)

lepas je aku cakap alasan2 aku nak stop kan perkhidmatan dia tu..bleh plak dia diam trus pas ganggang telefon tu kat laki dia.. adehh.. cam tu punya org pun ada.. kot laa dia nak habaq dulu dia nak bagi laki dia cakap dengan aku... apa ra.. terkejut jugak laa tetiba suara sudah tukar jadik parau.. (bukan panau ye..)

lagi sekali aku terpaksa ulang suara alasan2 aku kat laki dia.. laki dia just tanya aku dah dapat ke pengganti.. dah aku cakap dapat.. senang je laki dia cakap.. "terpulang laa" haa.. kan ke senang.. tak banyak soal selidik.. macam laa aku ni suspek kes ladang...

esok dia suh hantaq Ammar p umah dia jugak.. tak paa la aku kata kat en suami.. hantaq je laa.. mintak2 anak aku tak diapa-apakan.. takut jugak laa hati orang kita tak tau cemana...

lega sudah hati aku.. settle satu benda... nak menempuh hari jumaat ni pulak tak tau macam mana pulak... harap2 doa aku Allah makbulkan.. aminnn...

pening sekejap..


aduhh.. pening sekejap.. baru abih meeting dengan PK Kokurikulum.. bincang nak wat Hari Kokurikulum.. hari ni pun dah 29hb.. nak buatnya bila?? apo laa... dah last2 minit nak cuti skolah baru nak wat macam2 program...

exam akhir tahun hujung bulan depan pulak.. 26-29hb oktober... belum hari anugerah lagi.. hmm.. nampak gaya cikgu jenuh laa nak kejaq suma aktiviti... pening.. pening...


nak rileks jap laa sebelum nak balik ni.. adeehhh.. peningg...

Tuesday, September 28, 2010

entry pendek je..

salam.. aku penat.. letih & mengantuk... tapi tetap nak post entry.. tadi siang ke hospital penang.. lagi 3 bulan kena bawak mak repeat check up... macam2 nak cita tapi otak penat nak pikiaq cemana nak mulakan ayat...

yang pasti tadi ke sana memang ada macam2 hal jadi.. yang pasti.. ketidakpuasan hati aku... huhu..


gud nite.. doakan otak aku tak penat ye sok..


letih aaa... krohh krohh


daaa

Monday, September 27, 2010

aiseymen.. cemana leh tak perasan???

aku baru perasan.. kat blog aku dah tak dak iklan... cemana leh ilang?? aku rasa tak pernah ubah setting.. ermm.. heran bin ajaib ni?? x kan iklan tu leh ilang kalau blog tak aktif?? konpius ni.. sapa bleh tulung jawab??


p/s: aku heran ni bukan apa.. cam x best plak bukak blog x dak gambaq yang bleh tukaq2.. :)

Sunday, September 26, 2010

10 yg dah sudah...

salam... alhamdullillah syukur hari ni aku dah selamat membayar hutang.. dah 5 hari.. 5 days to go.. huhuhu.. esok insyaAllah puasa lagi.. hari Selasa nak kena posponed pasal nak bawak mak ke hospital.. cadang tu dalam minggu depan settle laa hutang ni.. kalau x dak aral melintang... hehehe

ok tadi berbuka makan nasik briyani.. alaa beli rempah hat dalam kotak tu.. pastu campak2 dalam beras tambah karot sket pastu buh ayam 3-4 ketul.. siap! tak sampai sejam pun.. senang banget.. mak pulak buat kurma ayam.. bukak puasa tadi senak jugak laa perut.. taruk nasik lam pinggan pun dah cam gunung kinabalu.. air plak bergelas2.. (gelas kenit je..) heheheh..

sebelum berbuka sempat jugak laa pegi pasar malam kat Taman Pekaka tu.. pegi pun semata2 nak cari bantal kekabu utk ammar.. sian sangat tgk dia tido tak berbantal.. bantal lama tu dah kepek.. rega pun murah.. sebiji bantal rega 3 hengget.. bantal guling pun sama rega.. saiz utk budak2 laa.. dalam dok pilih bantal tu hujan turun lebat plak.. payung buh dalam keta.. adeh.. terpaksa laa en suami patah balik ke keta utk amik payung.. tima kasih ye.. sayanggg awak.. ahaks!

dek kerana hujan lebat yang mencurah2.. langsung niat nak tengok2 apa yg patut utk berbuka tak jadi.. terus gerak masuk keta n balik rumah.. tapi melencong jap ke supermarket nak beli susu & diapers utk hero kecik.. sampai2 rumah je ngam2 dah azan.. syukur Allah permudahkan segala urusan..

satu je yg watkan aku sakit pala ni.. ada lagi 1 speed trap plak.. adehh.. ingatkan aku dah abih berhati2 laa kat lubuk hitam tu.. tapi kena jugak.. iskkk.. seingat aku sejak aku bayaq saman blacklist sebelum renew roadtax tu sampai laa sekarang aku dah tak speed kat area tu.. kalau terlajak salam 10km/j tu ada laa.. tak kan tu pun kantoi jugak... iskkk pening pala aku pikiaq aih.. nampak gaya aku kumpul duit bagi cukup laa baru pi bayaq.. 300 hengget tuuu..... aduss!!!!

satu je jalan yg aku nampak supaya aku x kena speed trap kat area tu.. aku kena pindah sekolah.. kena pindah skolah yang dekat dengan rumah aku... haaa.... selamat aku dari kawasan hitam tu... (cam ngeri je,..)


nanti sambung plak..



daaa...

Saturday, September 25, 2010

salam.. hari ni patutnya dok umah layan anak, masak, kemas umah.. tapi ada pulak Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kat skolah.. bosan betoi.. nak tak nak dengan hati yg dah tinggai setengah aku gagah laa pi jugak.. tapi sebelum tu ada kes yg buatkan aku nekad amik keputusan ni..

semalam.. Jumaat 24/09/2010.. macam biasa aku amik ammar dari rumah pengasuh dalam kul 1:00.. aku pun bagitau laa esoknya (harini laa, sabtu) aku nak hantaq ammar pasai nak kena attend LADAP tu la.. mula tu dia cakap nak balik kg.. ada jemputan knuri kawen.. aku cuba laa berdiplomasi mintak dia pertimbangkan permintaan aku ni... yang buatkan telinga aku cam bernanah bila dia merungut.. "akak pun ada hal penting jugak.. kalau sabtu ahad pun nak hantaq jugak payah la... " aiks?! camtu plak dia cakap.. bulan ni pun dia jaga amar baru 12 hari.. aku siap bayaq full lagi.. aku baru je serah duit ari khamis tadi.. nih aku mintak ari sabtu dia bleh plak cakap camtu.. dah tu dok suh aku bagi mak aku ja jaga.. gila!! tak dak ati perut ka? mak aku bukan bleh nak gerak banyak pun.. dah laa selasa ni nak follow up dengan doc.. watnya jadi apa2 mak penat ka.. apa ka.. dah tu kena tahan wad pulak ka.. tak ke lagi panjang cerita....

oleh kerana ini adalah kali ke2 dia buat mcm tu.. bila aku betoi2 terdesak mintak tolong dia boleh cakap macam tu.. aku sampai ja rumah.. memang aku cerita laa kat mak.. petang tu jugak mak ajak aku p tanya kawan sama2 pegi ngaji kat surau kalau2 menantu dia bleh jaga ammar... aku bagi masa utk dia tanya husband dia.. aku janji ari ni aku nak call tanya..

tengah hari tadi aku call tanya apa keputusan... alhamdulillah.. menantu kawan mak aku tu sudi nak jaga ammar.. syukur Allah Taala permudahkan segala urusan... kata putus pun dah dapat.. aku stat hantaq ammar pada pengasuh baru hari Jumaat 1/10/2010 ni.. moga2 berkat hari Jumaat ammar dijaga dgn elok.. aminn....


cuma harapan aku diberikan kesabaran dari Allah utk menempuh 4 hari yang mendatang..


p/s: cuma kadang2 aku terpikir.. kerana keterbutaan hati.. duit boleh 'tukar' org dengan sekelip mata...

Thursday, September 23, 2010

cool yang hot..

salam.. pagi ni sejuk ja kat sekolah.. maklum laa hujan dari subuh tadi.. cool laa sket rasa.. tapi dalam dok cool pun hot jugak laa aku tadi.. mau nya tak hot..

cenggini cita dia.. dari mula masuk kelas aku dah bagi latihan dalam buku tulis.. arahan aku lepas je siap dalam buku, sambung latihan dalam handouts yang aku dah sediakan.. dari 12 budak dalam kelas hari ni.. 10 orang dah buat latihan dalam kertas tu.. siap dengan warna sekali.. yang lagi 2 orang ni laa.. iskk betoi2 menguji kesabaran aku..

yang sorang tu memang dah sedia maklum..dari kakak yang sulung sampai laa dia yang bongsu ni memang kategori murid yang bawah dari tahap sederhana.. yang sorang tu laa betoi2 aku rasa nak bagi penampaq jepun jaa tadi.. masa dah habis pun latihan dalam buku dia buat tak siap2 lagi.. ya Allah geram nya akuu... yang buatkan aku lagi hot tu.. budak tu anak cikgu pulak tu... isk isk iskkkkk dah jenuh macam2 cara aku buat dok lagu tu jugak.. kalau aku panggey dok depan aku & mintak dia siapkan kerja pun..macam tu jugak.. suka dok ralit.. (ralit = leka)

oh tidak!!!

Wednesday, September 22, 2010

stop jap..

salam.. hari rabu memang laa hari yg agak bz pada aku.. jadual pack ari ni.. oleh kerana jadual yang pack ari ni.. makanya aku pun cuti la dari membayar utang aka kada` puasa... esok insyaAllah aku sambung balik... hehehe...

penyakit CB aku pun alhamdulillah dah baik.. syukur.. kalau hari ni pun dok CB jugak.. alamat aku MC lagi le..

hari ni aku submit form eGtukar kat GB.. harap2 laa kali ni aku berjaya.. dah tak lalu dah nak ulang alik.. harap sangat aku dapat tukaq kali ni.. aminn...

Tuesday, September 21, 2010

silap tang mana pulak??

iskk.. da 4 kali aku ulang p toilet.. sungguh tak best hari ni.. nak mengajaq pun x selesa... dah laa ari ni baru posa hari ke2.. ada pulak tadi budak darjah 4 muntah.. dengan perut plak buat hal.. iskkk.. tak suka.. tak sukaa!!!!

silap tang mana laa pulak ni?? iskkkk

gud luck!

salam.. hari ni 21hb.. tarikh keramat utk budak2 darjah 6 yang nak menduduki UPSR.. jadi sebagai guru yang agak mengambil berat (berat?! ahaks!) aku nak ucapkan selamat berjaya, good luck @ chiayok!!! utk calon2.. utk guru2 tahun 6... gud luck jugak laa dalam menyebarkan sms soalan sukan aka soalan spot.. hahahhaha.. (perkara biasa di pagi hari exam..)


pic dari unkel gugel..


ok laa nak buat lesson plan.. semalam printer kena cilok.. x dan nak buat..


daaa...

Monday, September 20, 2010

layanzz...

salam.. atas permintaan kak AA ni laa dianya budak kecik baru gigi 3 batang.. layanzz....




tayang hat gigi bawah 2 batang..



tah mana dia tgk tak tau la..



baru nampak gigi ateh.. sabrina enterprem..



nangis.. berebut kamera dengan bonda...

Sunday, September 19, 2010

dah berhabuk & bersawang entry pun tah hapa-apa...

salam.. fuh!! fuhhh!!! perghh banyak nya sawang.. jenuh nak buang ni.. hehhehehhe.. lama aku x update.. dok melawat umah org je.. tu pun on silent mode.. maleh nak komen.. mood belum mari lagiii..

jumaat lepas dah mula sekolah.. erk!? baru mula.. dah tu sabtu.. pastu ari ni ahad.. oh! sungguh tak best.. oleh kerana memasing masih dalam mood raya.. so jumaat lepas pakat2 buat jamuan raya.. makan lagii... adehh.. sengkak perut.. (sengkak = sebu perut).. budak2 kelas aku pulak yg mai pun hanya 4 orang.. lagi 10 dok beraya kat umah tak abih lagi... sunyi sepi je kelas aku even ada cikgu tak masuk.. kalau tidak.. lambat lepa tak dak cikgu.. cam nak runtuh siling kelas dibuatnya... time tu laa aku pun jadi cam komander kem bina negara.. bleh dengaq sampai blok sebelah.. fuh!! kalau anak tekak bleh lekang dah lama bertaboq kat lantai.. hahahahha apa kebenda aku dok merepek ni...??

ari ni aktiviti bersantai2 depan tv..selepas bersarapan nasik goreng unplugged... tadi ni dok layan drama Mek Salmah Ratu Budu.. pastu sempat aku p tumis sup utk wat kuah soto & rebus nasik impit.. dari dok melengung tunggu nak mendidih kuah tu yg aku mai taip entry ni... hehehehe...

kalau nak tau ni laa 1st time aku try nak buat soto ni.. sebelum2 ni dok melantak je.. ntah jadi ke tak, tak tau laa.. tapi aku tau.. kalau tak jadi pun en suami tetap akan makan sampai habis.. hahahaha.. tu laa bertambah2 sayang tu kat dia,..

update sket pasai hero kecik.. sekarang ni dah pandai ajuk org solat.. kalau tanya je " ammar dah solat ke?" dan dan tu laa dia angkat tangan 2-2 belah kat telinga @ pipi dia pastu meniarap laa kat lantai.. konon2 sujud.. ada sekali tu aku tengah solat maghrib.. biasa kalau dia dok kat tepi, aku buh kat dia lagi satu sejadah.. so dia x kacau laa sejadah aku.. malam tu oleh kerana aku pun dah lambat nak solat maghrib dok ralit wat apa tah.. aku bentang je kain lapik iron board kat dia... masa rakaat pertama tu ok lagi laa dia pun dok meniarap atas kain tu.. lepas tu dia mai duk ateh sejadah aku.. jenuh jugak laa nak tunggu sampai dia bangkit..

gigi pun dah naik lagi 2 batang menjadikan jumlah semua 3 batang.. haahhahaha.. bila dok nganga tu cam rabbit plak aku tgk.. minggu ni je dah berlatih jalan satu rumah.. makin laju dia jalan.. tapi masih tergoyang2 lagi laa.. alhamdulillah ada perubahan.. isau jugak laa dulu bila tgk dia dok merangkak je...

update pasal mak pulak.. dah semakin baik.. dah stat bayaq puasa pun... makan pun dah bertambah selera.. dah bleh kuaq umah jenguk kebun dia.. cuma tangan sebelah kiri yang tak berapa kuat.. nak angkat tangan pun tak leh tinggi.. harap tangan mak pun cepat laa baik..

ok laa dah stat melodi.. nak tgk laa jap gosip2 apa yg ada... pastu nak tgk kuah soto aku plak... nanti sambung.. bila tu..? aa yang tu kita tak tau tu.. (skrip Khir Rahman dalam Los & Faun)


daaa....

Monday, September 13, 2010

rombongan meminang..

salam.. aku baru je balik dari Sitiawan.. join group pakcik en suami gi minang kat sana.. nama tempat yg aku p tadi tu.. Kg Serdang.. mula2 nak pegi tu rasa adventure laa jugak.. ye laa kan dah bertahun2 aku tak penah tempuh jalan dari Changkat Jering menghala ke Pantai Remis tu.. kira tadi aku cam taksub jugak laa dok lalu jalan tu.. masih terbayang2 kenangan 24 tahun lepas.. masa tu aku kecik lagi.. dok ikut mak & arwah abah pi hantaq barang kat kedai2 area sana... masa tu mana ada iklan flyers suma ni.. kena meneroka sendri kawasan jajahan takluk nak bisnes tu.. jauh laa jugak dari rumah aku.. dulu masa ikut pi meniaga tu.. kluaq rumah dalam kul 7 pagi.. sampai rumah dalam kul 9 @ 10 malam.. aku ni tidoq dalam van je laa masa tu..

masa on the way nak balik tadi.. sampai kat area Sg Tinggi, Sg Kerang tu ada satu kedai makan jual nasi ayam.. terus aku mintak en suami berenti.. turun je dari keta aku memang pasti sangat kedai ni laa yg selalu sangat aku, mak & arwah abah dulu berenti makan masa meniaga dulu.. nostalgia sungguh.. masuk je kedai aku tak oder lagi.. aku interview dulu tokey kedai.. isau jugak kot2 kedai dah beralih tuan.. tapi bila tgk muka tokey je memang aku confident dah aku tak silap kedai.. tokey kedai pun memang terkejut laa bila aku cakap dulu aku memang dok mai kedai dia masa aku kecik lagi.. masa tu tak silap aku umur aku baru 9-10 tahun.. fuh.. lama gila... tokey tu pun dah bercucu dah.. demi teringatkan kata2 mak aku yang dok teringin nak makan nasi ayam kedai tu aku pun order sampai 8 bungkus.. (banyak tak???) bukan apa.. kat rumah pun masih ada lagi jemaah yang belum balik ke KL.. mana la tau kot2 mak aku nak tambah nasi ke.. ye laa kan nasi ayam yang memang mak idam2 kan...

lepas je beli aku trus call bagitau mak.. punya laa seronok.. aku sampai je memang mak dok tunggu nak makan nasi ayam tu... puas hati aku bila tgk mak happy macam tu.. tercapai jugak laa hajat mak aku.. aku ada simpan angan2 nak bawak mak aku p kedai tu.. leh laa mak aku mengimbas kenangan2 lama meniaga sama2 arwah abah dulu...

iskk.. bila dok banyak sangat sebut arwah abah mula laa rasa sebak.. macam2 peristiwa dok ada lam pikiran aku.. iskk sedih laa pulak.. semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh abah... aminn...


al fatihah utk abah...

story telling..

salam... lama sungguh tak uodate.. dah raya ke4 baru ada kesempatan.. eh raya ke4 ada org beraya lagi ke?? kepada yang dah mula bekerja.. selamat bekerja laa ye.. jangan dok sibuk update pesbuk je.. aku tau mesti ramai yg dok upload pic raya ni.. aku jugak yang tak dak pic raya.. maklum laa.. bz sungguh.. tak laa bz pasai jadi chef.. cuma jadi kitchen helper je...

ni nak cita laa sket juadah yang sempat dihidangkan kat tetamu masa raya pertama dan ke2.. nai impit & kuah kacang, laksa penang & kelantan, mee kari, ketupat (guna daun pisang je.. ) dengan rendang daging & ayam... yang lain2 tu kueh2 raya yang sempat aku buat dengan jari telunjuk.. cam tak caya je penuh meja..

update sket pasal mak.. mak dah semakin pulih.. alhamdulillah.. tapi dok gagah jugak nak buat kerja2 dapur.. ada jugak laa dia dok sibuk nak basuh pinggan laa basuh periuk laa.. tak leh tgk katanya... ye laa biasa mak yang jadi mastermind kat dapur.. alih2 kali ni kena dok depan tgk tv je.. bosan ler tu..

hari ni mak ada cakap nak mula bayar puasa yang dia dah tinggal tu... tapi tadi masa subuh aku kejutkan mak dia tak bangun sahur... ubat pun dia tak makan.. so, aku cakap pada mak tak payah laa puasa lagi.. esok laa mula.. ok laa mak pun setuju.. lega sket hati.. risau jugak la kalau mak tak makan sahur pastu ubat plak miss..

nanti dalam kul 8 aku n en suami akan ke Sitiawan.. ada rombongan meminang pak cik dari sebelah en suami aku ni.. oleh kerana raya kali ni kami tak ke mana-mana.. tu yg aku nak join jugak rombongan meminang tu.. rombongan pakcik dari Muar dah sampai kat Sri Manjung malam tadi.. jadual nak ke rumah pihak perempuan dalam kul 11 pagi.. so aku n en suami nak kena gerak awal la.. dah laa aku ni tak berapa nak tau jalan ke Sitiawan tu.. jenuh jugak laa en suami google map malam tadi...

ok laa dah nak dekat kul 7.. nak iron baju bagai,, nanti aku update lagi..



daaa...

Thursday, September 9, 2010

salam aidilfitri...





salam.. semua pun dah tau kita akan menyambut 1 syawal pada 10 september ni.. jadi dikesempatan ini aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika selama aku menulis ada salah silap kata, ada terkasar bahasa, ada ayat yg menyinggung perasaan yang membacanya.. sesungguhnya semua itu datang dari hati dan tidak pun ada niat utk menyakiti mana2 pihak.. kalau ada pun itu adalah luahan rasa sanubari aku.. aku nak tulis dairi tak minat.. baik aku tulis dalam blog je..

kepada yang baru nak pulang ke kampung, harap selamat dapam perjalanan.. memandu ikut had laju.. jgn memotong barisan @ memotong di lorong kecemasan.. malang memang tak berbau.. ingat Ops Sikap belum berakhir lagi.. kalau dah abih pun drive laa elok2.. keselamatan kita perlu dijaga..sapa lagi nak jaga kalau bukan diri sendiri kan???

kepada yang jauh diperantauan.. jugak diucapkan selamat berhari raya disana.. walau tak ada ketupat rendang, sabaq je laa ek.. alaa.. apa nak heran? org arab pun bukan makan ketupat & rendang pun kan?? kalau makan sandwich pun tak pe.. janji leh raya.. yang penting kita dah berjaya menghadapi dugaan di bulan puasa..

ok laa.. ucapan pun dah macam dalam Sampaikan Aidilfitri.. akhir sekali walau macam mana pun kita sambut hari raya.. sambut laa dengan sederhana.. mulut kena jaga.. hati mau baik.. paling penting keikhlasan...

Tuesday, September 7, 2010

27 ramadhan...

salam.. semlm agak bz.. tak sempat nak update pape.. hero kecik demam lagi semalam.. pastu bila nampak je aku on laptop ni.. dia pun sibuk sama naik... yang tak tahan tu tengah dok taip2.. dia bleh p tekan button off plak.. adehh... sabaq je laa..

semlm menu aku cukup simple.. bubur kanji, ikan cencaru bakaq, ayam masak kicap, sayur buncis goreng, ikan kembong goreng, tak lupa jugak sambal petai frozen.. (aku rasa dah dekat 3 minggu dalam fridge) mesti heran kan sebab apa menu banyak sangat? nampak je senarai menu banyak.. tapi sebenaqnya suma tu aku masak sikit2 je... sebab bahan2 pun dah tak dak dalam peti ais tu.. kebetulan pulak jemaah berbuka semalam bertambah.. (abang aku kat Doha tu balik dgn famili).. kelam kabut sket laa jugak.. sebabnye aku budget dorang sampai lepas berbuka.. aku pun tak laa masak nasi.. alih2 dorang sampai ngam2 tengah azan.. sian.. anak2 buah.. tapi second round tu budak2 puas laa makan nasi dgn lauk2 aku yg berderet atas meja tu...

lepas solat maghrib, aku ajak abang aku sefamili tu pegi makan kerang rebus.. kat area kg aku nih memang itu laa menu yg wajib ada bila tiba bulan ramdhan... kerang rebus di makan dengan kuah kacang.. kedai yang aku ajak ni terletak di kawasan Tanjung Berembang.. kedai Mak Siti.. pic aku memang tak amik.. kamera lupa nak bawak.. kat kedai ni macam2 jenis siput ada selain kerang.. antara siput yang sempat aku tengok org lain makan.. (sebabnya aku tak makan siput2 ezotik ni..) ada siput duri, siput sudu.. selain pada tu kat kedai ni ada jual laksa, bihun sup, mee sup, sotong kangkung, rojak petis, cucur udang.. macam2 ada..

semalam rombongan aku ni oder kerang rebus, siput sudu, laksa, bihun sup.. tu je.. semua sekali RM53 utk 8 orang makan... pelanggan kat kedai ni memang ramai.. tak penah lagi laa ku tgk meja kosong tak dak orang duduk,.. jadi kepada sesiapa yang dok sebelah utara ni try laa p kedai Mak Siti ni... hari je last dia bukak lepas ni dia cuti raya.. 5 oktober plak baru bukak..

wah! betoi2 promosi ni.. sumpah aku sikit pun tak dapat komisen dari promosi yang aku wat ni.. tak caya? caya laa.. bulan2 posa ni tak baik buruk sangka dengan orang..

ok laa hero dah jaga.,.. aku nak siap2 p market ni.. ntah apa laa yg ada lagi ni... nanti sambung...


daaa

Sunday, September 5, 2010

iklan raya..

salam.. raya makin dekat kan? sure masing2 sibuk dok ngemas rumah... emm.. aku baru je tukaq curtain.. yg lain2 tu buat sket2.. hero kecik demam payah sket.. tak leh jauh langsung dari dia.. nanti dok menganga je.. dah laa suara tak berapa nak kluaq.. sadis plak aku nengok.. jadinya kerja2 hanya dilakukan ketika ayahanda ada dirumah...

kalau tahun2 terdahulu.. aku mesti tertunggu2 iklan raya petronas.. hasil tangan arwah Yasmin Ahmad.. tak jemu2 aku nak nengok iklan dia walaupun usia iklan tu dah banyak.. dalam iklan2 tu ada saja pengajaran.. semua yg menyentuh hati.. kalau ada yang jenis sensitif aku percaya airmata mesti meleleh bila tengok iklan tu.. walaupun iklan tak sampai 2 minit... leh kalahkan cita hindustan yang 3 jam tu...


iklan ni pun ada pengajarannya...


Saturday, September 4, 2010

morey delight...

salam.. wah semlm tak dan nak update.. sibuk mengalahkan chef kat hotel... heheheh... actually semlm aku tak masak pun.. amik cuti sehari... hahhahaha.. bukan laa disebabkan mood raya sudah marii aku malas nak masak.. semlm ni ada morey kat area kg aku nih.. so makan lauk morey je la.. banyak tuu.. siap carry forward utk sahur sekali...

nak cita sket.. kat sini kan juadah @ lauk morey biasanya macam lauk kenduri kawen.. kalau sesapa yg kempunan nak makan nasik kenduri kena laa mai belah2 kg aku ni.. antara lauk yg ada.. kurma daging.. kadang2 daging masak itam.. ayam masak tomato.. kari daging... kadang2 dalca tetel... yg wajib mesti ada ayaq asam,.. perghh yang tu buatkan meleleh ayaq lioq kalau tak dapat rasa tu... tapi kan semlm punya menu memang best laa.. mak aku pun siap bertambah nasi.. sedap sungguh laa tu.. (huhuhu.. nampak sangat aku masak tak sedap.. tak penah nye mak tambah.. sob.. sob..)

update sket pasai hero kecik.. tengah hari semlm masa amik dia dari rumah pengasuh badan dah stat dedor.. aisey., tanda2 nak demam le tu... balik umah terus bagi paracetamol, ubat batuk & selsema.. lepas sejam tak tidoq2 jugak hero ni.. heran jugak.. tak kan laa ubat tu tak lut... petang dalam kul 5 badan makin panas... aku taruk cool fever kat belakang badan dia.. nak kasi turun suhu badan dia.. sebab apa aku tak taruk kat dahi?? pasalnya belum sempat 5 minit nanti dia cabut siap baling ke lantai.. jadinya aku taruk laa kat belakang... paling tidak pun dia merengek je nak buang menda tu tak leh.. dah taruk tu kurang sket laa panas badan.. tapi tu laa mood dia sat2 ok .. sat2 tak ok... paling tak leh tengok time dia batuk... cam nak terkeluaq anak tekak bunyi nya.. harap anak bonda cepat laa sihat.. aminn...

Friday, September 3, 2010

mood raya sudah marii...

salam.. masa on the way mai skolah tadi aku dengaq radio era pasang lagu raya... tukaq radio hot.fm lagu raya lagi.. sinar fm pun raya jugak... tension nyaa... yang aku tension tu pasai suma lagu2 yang on air tu aku tak tau lagu raya sapa.. lirik dia aku tak tau.. jadinya aku tak leh nyanyi lagu raya.... huhuhuuhuhuhu...

hari ni Jumaat minggu terakir sekolah sebelum nak sambut raya.. sekolah akan bercuti muali esok hingga 16 sept ni... lama jugak laa cuti.. kira puas laa beraya nanti... hari ni jugak laa segala tempahan kuih2 raya, kerepek2, kerisik akan dihantar.. tapi yang buatkan aku betul rasa frust pasai aku tak dapat kuih raya yang aku tempah.. aku tempah dah laa.. alih2 org yg jual tu lupa nak amik senarai order yg aku n kawan2 aku tulis.. jadi nye kuih yg aku order dapat 1 jenis je.. yg lagi satu tak dak... adehhh... cam ni punya org meniaga pun ada kaa?? isk isk iskkk

tapi sempat lagi laa aku oder kerepek pisang sebagai backup (ye ke backup??) kuih raya yang tak berapa nak ada kat umah aku nanti... karang dah tak banya kkuih raya.. silap2 raya aku kali ni jadi raya deepavali... makan maruku je laa.. muahahhaaa... kita kan 1 Malaysia...

ok laa kat dewan sekarang ni ada ceramah hari raya.. dan program bagi duit raya pada murid... satgi nak beratuq huluq duit kat budak.. sebelum tu jom nyanyi lagu raya...


daaa....


Thursday, September 2, 2010

kurma ayam disko...

salam.. hampir separuh hari aku dok pikir nak masak apa utk iftar.. akhirnya aku dapat laa ilham.. oleh kerana aku tak amik lauk kurma daging kat skolah tu makanya aku buat laa kurma ayam.. jenuh laa dok cari resepi dari satu rumah ke satu rumah aku singgah.. last2 aku jumpak resepi yg agak simple yg padan dengan bahan2 yg ada kat dapur aku tu...

macam hari2 yang sudah2 aku akan start masak dalam kul 5 lebih... dalam dok siap2kan bahan.. cuaca plak cam redup.. aku pun petik laa suis lampu.. alamak!!!!!! lampu disco laa pulak.. iskkkk.. dugaan betul laa.. alang2 dah siap barang2 nak tumis & rempah bagai aku masak jugak laa walaupun lampu menyala cam dalam disco (aku tak penah masuk disco ok.. aku dok tgk lampu disco dalam drama melayu je.. ek..) mula2 tu ok laa bleh tahan.. makin lama makin sakit mata.. nak pasang lilin.. jumpak laa sebatang yg dah kontot.. sumbu pulak tak der.. iskk.. geram nya aku time2 cam ni laa aku cari lilin tak jumpak.. time tak nak guna slalu sangat jumpak.. sabaq je laa..

dalam kelam2 lampu disco tu aku sempat jugak siapkan kurma ayam sebelum waktu berbuka.. sayur lemak petola pun sempat aku siapkan... sambil2 aku goreng ikan dalam gelap.. mujur laa tak hangit ikan tu... en suami pun bertungkus lumus jugak laa nak tukar bulb lampu, balast (ye ke spelling cam ni?? aku bantai je... ) akhirnya dapur ku kembali cerah dari kegelapan.. cewah!

result.. kurma ayam disco dah tinggal seketul je lagi.. jadinya utk sahur ni aku rebus telur lagi 2 biji.. asal kurma ayam bertukar kurma telur.. kira ok le tu kan???

update sket pasai hero kecik.. tadi bawak gi klinik pakar kanak2.. sebab batuk tak ilang2 lagi.. dah makan ubat tadi.. tu yang lena... dapat jugak aku update blog.. mak pulak batuk belum lega lagi.. sian aku tgk bila mak batuk... aku dapat rasa sakit urat saraf bila nak batuk.. abih segala urat belikat, tulang belakang sakit2.. aku penah rasa masa mengadungkan hero kecik.. memang sakit.. harap batuk mak cepat hilang...

oh ya.. lupa pulak aku nak bagitau.. resepi hari ni aku amik dari chef Hanieliza kat sini.. tima kasih ye kak Hanieliza...


aku tak laa potong carrot cam tu.. maunye jari aku yg kena potong karang....

1st attempt..

salam.. semalam aku punya laa pening kepala pikir nak masak apa.. dah laa ada miting sampai kul 3.. adehh.. last2 ilham rasa aku pun sampai.. aku plan nak buat nasi ayam.. tapi cam tak dan je nak perap ayam cemana ek???

last2 masa tgh drive nak balik umah tu teringat cikgu skolah aku ni ada cita dia buat nasi ayam guna ayamas crispy je.. yes!! terus aku melencong pi cari menda tu... tapi brand ayamas tak dak plak.. yang ada ayam dinding... dinding pun dinding laa... jgn pintu, tingkap sudahh...

balik umah.. lepak2 kul 5 lebih baru nak stat masuk dapur.. dengan bantuan resepi cik mat gebu.. aku bertungkus lumus nak siapkan menu dalam masa sejam.. (ceh! perasan cam masuk iron chef plak..) dan aku memang berjaya siapkan menu dalam masa 45 minit je... kira aku leh laa masuk iron chef dengan syarat masak 1 menu je.. muahahaaha..

so, semlm aku berjaya laa masak nasi ayam versi instant.. aku pun tak laa susah payah nak kena perap ayam bagai.. just siapkan nasik, sup, cili & kicap.. ayam tu aku goreng time dah dekat2 nak berbuka... en suami kata ok sangat laa tu kalau 1st attempt dia bleh tambah2.. (huhuu.. under estimate aku le tu... :( )

hari ni kat skolah ada majlis baca yassin n bekalan berbuka utk budak2 & parents.. so, P&P pun tak laa ada sangat... cikgu2 lain suma bz nak siapkan juadah utk petang ni.. nasi & kurma daging.. emm.. tadi aku dah tulung .. pastu ada insiden yang buatkan aku tak gamak nak makan.. so aku tinggal laa dorang2 tu buat keja.. tu yg bleh siapkan entry ni... hehehhehe.. (alasan nak ngelat.. )

hari je aku masih lagi dok terpikir2 nak buat apa pulak.. adehh.. selera bulan posa ni lagi teruk dari tak posa rupanya... isk iskk iskkkk...

sedap kan??