Friday, September 27, 2013

Misi in the house

Jumaat

Dari seawal 3 pagi aku dah tak boleh tido.. hero kecik kejutkan aku bgtau dia rasa sakit kepala.. mula tu ingatkan kepala dia terhantuk dinding @ kepala katil.. dah aku picit2 dia sambung tido..

Pukul 4:30 dia kejut sekali lagi bagitau telinga sebelah kiri pula sakit.. siap menangis tak tahan sakit.. ibu mana laa senang hati bila tengok anak dok menangis tahan sakit sambil tersedu.. jenuh pujuk tak mau jugak diam.. sampai laa masuk waktu subuh..

Lepas solat aku call sekolah bagitau amik cuti rehat.. nak bawak hero kecik ke klinik.. sempat minum susu sebotol lepas tu baru la dia tertido.. gamaknya mengantuk sangat sebab dari 3pg dah terjaga..

Aku bawak jumpak doc.. macam biasa doc akan teropong telinga.. menurut kata doc keadaan dlm telinga idak le teruk sampai tertutup lubang @ gegendang.. boleh jadi telinga hero terkena jangkitan.. terus aku teringat hero kecik ni dah seminggu selsema tak baik2 lagi walaupun ubat dah abih dia makan..

Doc cuma cakap boleh jadi jangkitan ni punca dari selsema yg hero hadapi.. balik rumah dengan ubat sebeban.. kendian dia makan pisang goreng sepinggan.. rak sampai sejam dah terbongkang tido.. sampai laa aku taip entry ni dia belum banyun2...

Jadinye misi of the day pun nak amik kesempatan melelapkan mata jugak.. mengantk weyyy...

Thursday, September 19, 2013

Soroton entry merosot..

Assalamualaikum..


Lebih dari seminggu baru dapat nak update entry... keadaan agak kelam kabut a.k.a tak teratur minggu lepas... kena pulak diarahkan pegi dengar taklimat.. diulang DENGAR taklimat selepas waktu sekolah iaitu 2:30 ptg.. waktu yang sangat afdal melayan mata.. huhu..

Bayangkan time yang paling afdal tu kita hanya dimintak mendengar.. jadinya 2 jam pertama aku dah hanyut ke pulau pandan... huhu dua hari pulak tu kena pi dengaq taklimat.. sadis sungguh..


Bukan takat itu sahaja, aku dapat berita cikgu sekolah hero kecik masuk wad pulak.. kerana penyakit misteri,, memang kalut sungguh aku minggu lepas.. sana sini aku terpaksa pass hero kecik pada orang lain.. alhamdulillah selamat tak jadi apa2...


Ekoran aktiviti tunggang langgang.. minggu ni penyakit yang paling aku tak berasa suka pulak hinggap... selsema + batuk + penat (lelah) singgah sekali harung.. paling tak boleh nak tahan bila waktu malam.. cuaca agak sejuk berbanding siang.. memang jadi cam ayam berkokok laa sampai ke siang..


Saat entry ni ditaip dah dekat 10 kali aku menguap.. sebab baru je lepas makan ubat.. mujur hari ni kelas aku sebelah awal pagi.. tengah hari dah tak ada kelas..  boleh laa aku melelapkan mata barang sepuluh  dua ploh minit...


ok.. nak sambung ZzZzzZZz.... 

Sunday, September 8, 2013

Andai dia masih ada..

Bila tiba saat aku memerlukan.. tak dak pulak org yang ambil berat..

Ada yg seakan tak faham..

Semoga Allah tabahkan hatiku..

#saya rindu mak saya... :'(