Thursday, May 30, 2013

Kalau la dia masih ada...

Semalam siram pokok bunga tengok pokok okid dah nak keluarkan bunga.. lega rasa... sebelum Bonda pegi dia selalu pesan, jaga pokok2 bunga ni jgn biaq mati macam tuan dia.. huhu.. tiap kali siram mesti rasa cam nak menitik air mata....



Sejak semalam lepas dpt berita tentang kematian anak kawan aku.. hati asik teringat pada arwah2 yang dah pegi mendahului aku.. al fatihah... :(




Wednesday, May 29, 2013

Back to back action in the kitchen..

Masih gigih nak jadi juara masterchef di rumah.. haha
Dari kul 1130 mula masak... kul 1 baru siap.. amcam? Bleh masuk cabaran pantas tak?



Maleh nak taip banyak2 la.. jari aku dah kecut rasa cam kebas pulak... time tu rehatkan diri... :)



Tuesday, May 28, 2013

Mimpi gigi patah.. apakah petanda?

Malam semalam tak dapat nak lelapkan mata.. pikiran asik teringat pada arwah bonda.. :'(
Alfatihah...



Dah boleh tido boleh pulak termimpikan tentang gigi sendiri.. luruh satu persatu sampai 6 batang dan kesemuanya gigi atas pulak tu.. dan langsung tak rasa sakit masa gigi tu tertanggal.. yg aku rasa sangat2 sedih, hiba, menangis..




Penah dulu masa kecik2 arwah bondaku cakap kalau mimpi gigi patah petanda ada orang terdekat akan meninggal... wallahualam.. harap2 semua tu hanya mimpi saja... huhu



****** cita lain ******


Pencarian barang pesanan sorang blogger diteruskan pagi tadi.. jenuh jugak nak cari bas stand Kuala Kurau.. (padahal  aku yg tak pernah tau kat mana).. pusing dua kali baru jumpa.. alhamdulillah..
Barang akan diserahkan insyaAllah hsri sabtu ni.. fuh! Nebesnya.. :P
Tak berani nak bukak bungkusan.. satni payah nak gulung.. hehehe (alasan boleh trima tak?)



Monday, May 27, 2013

Mamun a.k.a mamai

Hari ni bangun tido pukul 6:15 aku dah melompat terjun dari katil.. dalam kepala dok kata aku dah lambat.. hari ni pulak ada assembly.. baju belum iron.. baju hero kecik belum masuk beg... fuh!! Masakkk aku pagi ni...


Dalam kepala ligat dok pikir nak cakap apa kat guru besaq nanti.. memang kompom la aku akan lambat sampai sekolah.. sempat lagi dok pikir nak bagi alasan tak sihat.. huh! Menipu tu... tak baik.. dosa!..



Tetiba mata terpandang kalender kat dinding... eh!? Hari ni 27hb... lorr... kan ke cuti sekolah.. cisss!!! Cemana bleh pikir nak pi sekolah.. nampak sangat malam tadi aku tido bermimpikan hal sekolah.. kacau mood betul lah!.. grrr



Dan dan laa aku rasa nak sambung tido sampai kul 10.. hahaha..


*selingan


Malam tadi hero kecik lukis...tajuk: ayah dgn bonda
wow!! Kurus nye bonda.. ahaks!



Sunday, May 26, 2013

Reunion

Hari ni masih menjejak jemputan kenduri kawen... sebelah tengah hari aku dan hero kecik je pegi dulu... sebab kawasan rumah pengantin mudah utk paking keta...



Sebenarnya dah bertahun aku tak jumpak kawan sekolah aku ni.. bila dia post je jemputan kat fb terus laa aku teruja nak pegi.. sementelah kali ni majlis adik bongsu dia...



Alhamdulillah dapat jugak berjumpa.. rindu zaman sekolah dedulu...
Pic masa kat kenduri tadi ada amik tapi tak tahu la kenapa tak boleh nak share.. :(



Ingatkan dah mkn kenduri tak payah la masak.. ada pulak request nak makan mi goreng.. huhu


Maka jadilah mi goreng selambak.... hahahaha


*sebenaqnya entry aku dah post mlm tadi.. tapi ntah bleh pulak tercsmpak ke belakang... #konpius!



Saturday, May 25, 2013

Bila melangut kat umah, perut sentiasa kena isi..

Dalam dok melangut tengok tv dengan hero kecik.. tetiba dia bagitau lapar... padahal baru je mkn nasik + pekena susu sebotoi...



Bukak gobok.. nampak tepawer tepung gandum.. idea pun marii bikin cekodok je la.. mula ingat nak letak ikan bilis tapi budak bertuah ni tak mkn pulak.. last2 bubuh sosej yg dipotong dadu.. mabeles jugak la... (sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendri kan..?)




Sebekas ni habih kat dia je.. sedap sangat le tu... hehe


Cuti sekolah yahoo!!

Hari yang sangat ditunggu... hehehe cuti sekolah le.. bangun pagi pun bleh senyum lebar..
Biasa tu mcm tak de mood je nak senyum bila terbayangkan muka guru besar... rupanya bukan aku sorang rasa mcm tu.. cikgu lain pun sama... kesian kan? Mujur belum ada lagi antara kami yg amik ubat penenang...




****** cita lain*******




Sempena cuti sekolah, memang berderet laa jemputan kenduri kawen... memang gantung periuk la.. cuma siapkan sampul 'berisi' bila nak salam tuan umah.. ye laa tuan umah jenuh keluarkan belanja buat bermacam makanan.. sebagai penghargaan, tak salah hulurkan sikit sumbangan kan?




Bila kenyang, mata pun nak terpejam.. cam budak bertuah ni...



Wednesday, May 22, 2013

Remekins

Dah lama beli tapi idea nak masak belum marii.... Entry ngelat hari ni.. hehe






Tuesday, May 21, 2013

Bila badan letih, lokasi bukan jadi masalah

Balik dari sekolah tadi singgah amik hero kecik di sekolah.. sampai je depan pagar tengok-tengok...
Alahai anak bertuah.. boleh pulak terlelap ateh meja camni..

Monday, May 20, 2013

Lagi entry tertunda

Besday hero kecik 12hb lepas.. jatuh pada hari Ahad.. seminggu sebelum hari kejadian hero kecik dah demand nak bawak kek ke 'sekolah'.. memandangkan aku tak pernah beli kek besar.. (sungguh kedek** kan?) Jadi tahun ni aku beli laa ikut permintaan dia..







Jenuh bertambah katanya.. semua kawan-kawan pun tambah jugak kata cikgu.. alhamdulillah..
Mudahan Ammar menjadi anak yg baik & soleh kepada Ayah & Bonda...
Sat je dah 4 tahun.. cepat betoi masa berlalu.. ah! Dah stat touching dah... sob.. sob... :'(








Minggu akhir persekolahan

Isnin..



Hari ni semua cikgu ceria.. selalu tu tak ceria ke??.. kureng sket laa.. sebab ada guru besar.. hahaha.. nampak sangat kami suka bila guru besar tak dak kat sekolah...



Sebenarnya hari ni cikgu-cikgu ceria sebab minggu ni minggu exam.. so tak de laa dengar bising terpekik jerit bebudak ni sepanjang minggu ni.. ditambah lagi dengan minggu ni minggu akhir sekolah.. next week dah stat cuti.. dan paling best minggu ni sekolah 4 hari je... yahooo! Tak yah gosok baju bebanyak.. eh! Apa kaitan?...
:P




Ini le bukti bebudak jawab exam.. bukan soalan exam tapi soalan PBS.. darjah 2 la katakan...




Friday, May 17, 2013

Hari guru tertunda...

Oleh kerana jawatan a.k.a aku sekarang kemain sibuk mengalahkan calon pilihanraya yang menang.. so, entry pasal sambutan hari guru pun tak sempat nak karang.. Nak cita aktiviti hari tu rasa cam tak best sebab hampir basi.. cuma nak bagitau la kan tahun ni jumlah hadiah memang tak banyak sebab aku dah jadi cikgu disiplin... oh! Sungguh rugi... Ini je laa yg dapat.. sebenarnya aku tidak la mengharapkan hadiah dari anak murid aku.. cukup dengan rasa hormat depa kat aku udah le... apa pun tima kasih sesangat utk anak murid cikgu yang susah payah beli hadiah walaupun bukan hampa yang bayaq... hahaha


















Balik rumah tengok encik somi dah siap masakkan sambal goreng yg ohsem... (ganti hadiah le tu.. ) apa pun tima kasih... :) *tips: kalau ada mak bapak budak baca entry ni.. bagi je hadiah pen kat cikgu.. kalau pen merah lagi laa baguih.. serius!

Saturday, May 11, 2013

Famili


Sabtu..


tayang-tayang hasil kerja hero kecik..


 

*Bonda ada satu rambut je sebab gegirl... Ayah dgn Ammar rambut pacak sebab kami boboi...

Friday, May 10, 2013

Entry Meletops

Jumaat..


memag semakin kurang masa untuk aku ber'blog'... rutin cikgu di sekolah sebenarnya tidak lah sama antara semua guru.. bergantung kepada pihak pentadbiran yang mentadbir sekolah.. kalau ketuanya ada sedikit sifat toleransi yang boleh digunakan dalam kaedah pentadbirannya.. nescaya guru-guru yang ada tidak lah rasa seperti ditekan macam nasik impit...

huh! mukadimah tak boleh blah..

tak lama lagi seluruh sekolah di Malaysia ni akan sambut hari guru.. satu-satunya hari yang boleh dikatakan hari menghargai jasa guru.. ye laa kan.. masa kita kecik-kecik dulu ada hari kanak-kanak.. jenuh dah sambut dengan cikgu-cikgu di sekolah.. macam-macam acara cikgu buat.. paling best bila dapat aiskrim milo dalam mangkuk sorang satu.. masa tu rasa seronok tak terkata... jadi kali ni hari itu adalah hari guru.. kalau tak dak sapa nak hargai kami biar lah kami sesama sendiri saling menghargai... :'(

tadi lepas waktu rehat aku masuk bilik guru dan ternampak notis di whiteboard.. masa baca tu tetiba aku dengar bunyi cengkerik... tak tau nak describe perasaan macam tu..





khabarnya sambutan tu berlangsung bukan seperti masa yang ditulis... cikgu-cikgu masuk ke kelas dan mengajar seperti biasa.. dan disambung dengan aktiviti kedua dan ketiga..bak kata kawan.. inilah hadiah hari guru yang paling mahal di dunia...

untung laa pada kawan-kawan cikgu lain yang boleh sambut macam hari raya.... sila ucap tahniah pada diri masing-masing...



*kerja cikgu pun tak dak life tau!