Wednesday, January 5, 2011

entry jawab komen.. aci tak??

azieazah said...

Pernah Kak Azie terlibat dalam suatu perbincangan, di mana PARA GURU sering berFB (mungkin juga berblogging) di waktu mengajar.
Malah dikatakan GURU adalah golongan paling ramai suka berFB. > setakat ini tiada bukti kerana tiada kajian dan statistik pun.

Ada yang kata, mereka sedang tunggu kelas, ada yang kata mereka sedang free di luar pagar dah (guna Blackberri)... mcm-mcm pendapat. Kita tak tengok tak tahu.

Tapi berbanding dgn pekerja swasta (setengahnya), amat sukar utk berinternet di waktu kerja berbanding pekerja kerajaan — pendapat saya saja lah niii..
Memang tidak dibenarkan, tapi tentulah masing2 ada laptop sendiri, USB Modem sendiri.

Isunya adalah MASA yang digunakan itu. > mengata diri sendiri ni...:)


Tips: buat entri berjadual, setkan tarikh dan masa, nanti entri akan publish secara automatic..



setuju dgn pendapat kak Azie.. selama ni pun eja memang buat entry auto publish cam yang kak Azie cakap tu.. tapi dalam masa terdekat ni je tak sempat nak taip apa pun.. ye laa sebulan cuti.. nak tune balik timing tu yang jadi serba tak dan.. ditambah tak berapa sedap badan.. huhu

tentang cikgu paling ramai berFB... setakat 2 hari di sekolah baru ni belum ada lagi budaya berFB di kalangan cikgu.. nak kata dorang tak de akaun FB tak jugak.. mungkin line tenet yang cam biskut menyebabkan tak ada yang online sentiasa.. tapi kalau yang dok kat makmal komputer tu tak tau laa.. sebab eja tak masuk makmal lagi.. atau mungkin jugak cikgu2 sini tak berFB pasal risau kantoi kena pantau dek orang2 JPN / PPD. sekolah baru ni dapat title Sekolah Berprestasi Tinggi.. jadinya kerap laa orang2 'besar' turun jengah sini..


tapi kan masa di sekolah lama memang pakat2 bukak FB.. (tumpang sekaki..) jangankan kata cikgu2 biasa je yang berFB.. orang2 atas nun pun berFB jugak.. hmm.. nak buat cemana.. kepimpinan melalui teladan... ;)



* apa2 pun terima kasih atas tips.. ;)



2 comments:

azieazah said...

Budaya berFB semasa kerja, menyerap masuk hampir ke semua sektor. Teknologi tanpa sempadan.

Kita ler yang kena pandai buat sempadan tertentu....

ejaescobart said...

tu laa dari yg muda sampai la ke tua.. yang nak pencen pun la ni dok 'gila' main pesbuk.. siap layan game lagi...