Monday, January 31, 2011

rahsia nombor..

lama tak update.. baru 2 hari aku dah rasa lama.. sejak dua hari ni aku sibuk uruskan hal kereta.. ditambah pulak dengan kaki aku yang semakin parah aku rasa..harap2 cepat la lega...

ok lupakan pasal bab tu.. aku nak kongsi rahsia nombor dengan anda semua.. mungkin ada yang dah tau.. mungkin ada yang belum tau....

suma tahu.. tahun ni 2011 mempunyai empat susunan tarikh yang menarik.. bermula dari 1.1.11 kemudian 11.1.11, seterusnya 1.11.11, dan jugak 11.11.11 (ehem.. ehem..)

cuba kita tambahkan umur kita tahun ni dengan dua nombor akhir tahun kelahiran kita... pasti jawapannya 111... contoh.

aku lahir 11.11.1977 umur tahun ni 34..

34 + 77 = 111..

tak caya? cuba laa dulu..


menarik bukan?




*bagi yang lahir dalam tahun 2000 dan seterusnya.. jawapan 111 tidak diperolehi.. tetapi dapat jawapan 11..

Friday, January 28, 2011

kecoh aa!!

ada beza tak 18 Januari 2011 dgn Oktober 2010? memang ada beza kan.. tambah2 kalau melibatkan gaji ke.. pendaftaran apa2 ke.. tapi kalau setakat putus jari hubungan apa ada hal? pokok pangkal nye putus.. tak kisah laa bulan berapa pun..

yang nak kecoh2 masuk surat khabar berhari2 ni kenapa? bukan boleh tingkatkan ekonomi negara pun.. bukan boleh bantu orang miskin pun... kekadang ni aku heran benda yang remeh temeh lagu ni pun nak sumbat dalam surat khabar berhari2.. apa? dorang ingat kita ni beli paper nak baca kisah depa je ke? dah la harga paper sekarang ni pun bukan murah cam dulu...

editor pun tak kan la nak sumbat cerita2 cam ni sampai berhari2... harga paper naik tapi isi tak dak.. kalau hari Ahad tu penuh dengan iklan je... iklan produk utk kuruskan badan je dah lebih dari 3-4 muka surat.. belum masuk iklan ringtone..

tolong lah muatkan info berguna dalam tu.. kami ni bukan nak baca hal hiburan semata... ini tidak.. dok cerita merepek antara 2-3 orang saling bertelagah.. orang ni kata camtu orang tu camni kata.. ugut sana ugut sini.. hish! kecoh arr...



* salah satu sebab aku tak berapa nak beli paper... sayang duit oo.. baik baca online je... :)

sila bagi nama ye..

sure kita pernah dapat sms dari no yang tak dikenali kan? kalau sms iklan yang mengarut tu paham sangat laa suma tu spam sms je.. tapi kalau sms tanyakan soalan yang perlukan kita jawab cemana pulak tu??

aku cukup pantang kalau dapat sms tanyakan soalan dan pengirim tak letak nama utk aku tau sapa yang sms tu.. hish! memang hangin je.. dah tu pulak bila kita reply tanya sapa.. dia senyap je... huh! memang tension rasa...

kadang tu aku memang buat 'kering' je.. lantak laa sapa suh tak kenalkan diri sapa..

semlm aku dapat sms tanyakan pasal fail budak2 LINUS... aku konpius sms tu dari cikgu sekolah lama ke sekolah baru.. aku tak tau nak bagi jawapan yang mana satu... bila aku sms tanya siapa baru laa nak bagitau si pengirim tu dah tukar no..

tolong la beringat bila sms ke no baru yang belum ada dalam phonebook @ kita dah tukar no nak sms kengkawan.. bubuh laa nama supaya mengelak kekeliruan...

lagi satu.. bila kita tak jawab dikatakan menyombong.. bila kita tanya tak pulak dijawab.. hai.. macam2 manusia ni.. serba salah dibuatnya..



*tapi kalau aku senyap tak jawab tu kadang2 talipon aku masuk 'air'... pepaham je laa ek... :)

Thursday, January 27, 2011

AF9 - pengetua dari Indon? huh!

bukak radio Era pagi tadi.. dah keluar iklan ujibakat AF9.. sah AF kali ni yang last.. nak lebih hangat, sekarang ni dok kecoh pengetua AF yang last ni amik dari negara seberang... mana lagi kalau bukan Indon.. huh! macam dah tak ada calon dari kalangan pemuzik tempatan dah.. dok nampak yang seberang je.. apa laa Astro ni.. dah tak dak modal ke?

itu belum lagi masuk bab tenaga pengajar... suma ni taktik nak tarik penonton le tu.. sian.. dah kalau sampai musim yang ke 9 tu.. renti kan laa.. tak payah le nak sambung2 lagi..




*kenapa la nak pilih si Ahmad Dhani jadi pengetua.. rasa2 product yang keluar dari AF kali ni suma potostat artis Indon le.. huh! ngabihkan boreh je...

lompat bintang?? r u kidding??

ari ni ada kelas PJ a.k.a senaman dengan murid tahun 3.. dari semalam dah set dalam kepala nak main skipping.. kekonon cikgu pun nak tumpang sekaki laa melompat.. kot2 mau kurang lagi 2-3 gram lemak...

sekali aku p stor sukan, pintu pulak berkunci da... hancur luluh ati aku ni... (konon!) tukar plan.. mula2 macam biasa warming up... kemdian teringat time aku budak2 dulu kena buat lompat bintang.. jadi aku pun suruh laa budak2 tu melompat... rupa2nya ada yang tak tau lompat bintang tu cemana... jadi, terpaksa laa cikgu ni buat demo dulu... hadoii!!!

cikgu pun lompat laa sekali dengan budak2 dalam kiraan 5.. 5 sudah laa.. buat apa banyak2.. mau terpeleot cikgu satni...

dalam dok lompat2 tu sekali masa mendarat.. (mendarat la kan? kalu tak nak cakap apa ek?) kaki aku cam ada bunyi tup.. adeh!! aku dah tak sedap ati.. last2 suh budak2 je laa lompat..

dah letih melompat, aku ajak budak2 main bola beracun.. sebab terjumpa sebiji bola dalam longkang kecik tepi court bola tampar tu... cikgu pun teringin la nak main jugak.. bila cikgu pun join sekali semestinya jadi sasaran budak nak tuju bola ke kaki cikgu.. melompat lagi la cikgu nye... iskk.. lama sungguh aku tak melompat macam hari ni sejak tragedi lutut aku seliuh masa kat maktab..

ni baru lepas taruk minyak panas.. lega sket.. alhamdulillah..




*rasa-rasa hari ni ada la kot lemak aku cair 10-20 gram... ;)

bukan senang rupanya...

adoi la.. lenguh rasa tangan dari bahu ke pergelangan tangan.. maklum laa julung kali mengacau bubur asyura ni.. nak kacau dodol memang tak pernah la.. biasa kacau dalam peket je.. hehehe..

alhamdulillah tadi berjaya siapkan dua periuk besar bubur.. macam tak percaya je.. tenaga kerja yang ada ciput je.. ingatkan tak jadi dah...

masa dok bungkus bubur dalam bekas tu terasa cam join NGO je.. nak bagi makanan kat org susah.. ceh! konon.. tetiba pulak boleh perasan lagu tu tadi.. mujur laa tak dak sapa yang perasan.. mau tak.. termonyeh-monyeh la aku.. huhu..

gambar masa proses memasak tadi ada pada cikgu yang bertugas.. keja dia snap je sana sini Isnin ni laa dia nak bagi pun.. tadi dia kalut nak balik awai.. tak dan nak mintak masukkan gambar dalam laptop aku ni...



*tak payah ke sauna dah aku ni.. 2 jam dok tepi api tadi.. huhu.. konon ilang laa lemak 2-3 gram.. :P


*******************


aku heran.. cemana entry ni boleh tak publish.. dah lebih menghairankan.. cemana aku boleh tak perasan???

argh!!!!! aku makin tua?????

ALL in One...

dah mula sakit kepala... selsema pun macam dah ada tanda-tanda.. jangan la demam.. kalau aku demam.. satu rumah susah.. tak mo.. tak mo.


**************


aku belum berkesempatan nak melawat rumah kengkawan.. memang tak sempat nak bukak internet di siang hari.. petang semalam ke sekolah.. sampai rumah je dah hujan.. sebelum tu dah mandi hujan di sekolah... mujur tudung kepala tebal.. so air tak cecah kepala.. tapi kuasa ALLAH Taala.. sakit kepala tetap ada... mudah-mudahan aku tak demam..


******************

kad reader dah tukar.. tapi belum sempat nak godek2... hilang keterujaan aku nak upload gambaq di sini.. harap kad reader ni ok laa.. tak menyusahkan aku nak ke kedai utk tukar lagi...


******************

sebab entry tak sempat nak buat asing-asing.. jadinye entry ni aku buat all in one la.. lagi pun pendek-pendek dan kontot2.. malash nak klik new post 2-3 kali.. huh! dasar pemalas...


******************

oh! ya.. aku dah berjaya mengurangkan kuantiti nasik yang masuk ke dalam perut aku.. harap2 semangat makin membara.. yeah! chiayok! chiayok!!!





*pening kan baca entry aku kali ni?? mintak maap laa ye... :)

Tuesday, January 25, 2011

hero yang tak hero hari ni

hero kecik dah ada tanda2 nak demam.. tadi siang masa amik dari rumah pengasuh dah meleleh hingus.. kemdian asik bersin je.. badan pun dah mula dedor..

petang tadi dah bawak pegi Klinik Pakar Kanak-Kanak Ho..di Pekan Lama Parit Buntar.. mula2 terkejut masa doc suggest Ammar amik inhaler.. tak kan camtu sekali serius..

dipendekkan cerita doc bagi ubat makan dulu.. kena amik berterusan sehingga 3 bulan.. doc sarankan elak dari bagi Ammar makan telur & kacang..

tadi petang sampai rumah je terus bagi dia ubat.. alhamdulillah.. tak payah macam selalu.. esok2 belum tau lagi..





*mungkin aku akan bercuti post entry buat sementara waktu.. memandangkan masa utk aku menaip entry hanya pada waktu malam.. siang2 di sekolah langsung tak dapat sebab line Internet tak dak... harap maklum...

lambang zionis dalam pc kita???

dari apa yang aku dapat di FB tadi.. aku just copy & paste je la ye..

Salam,rakan2 sekalian dimohon untuk: Buka komputer/laptop anda pada direktori C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernama J0285926 . Anda akan temukan gambar Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka). HAPUSKAN ! Gambar tersebut ada disemua PC di seluruh dunia. SEBARKAN SEMAMPUNYA.


tak tau pulak aku ada gambar tu dalam setiap pc or laptop kita.. ermm.. terpulang la pada anda yang membaca.. sama ada nak delete ke tidak.. aku cuma nak berkongsi je...




*aku tadi pun dah delete gambar tu..

Le Tour De Langkawi


tahun ni dah masuk edisi ke 16 LTDL ni.. ramai la pelancong yang singgah di Malaysia ni.. welcome.. welcome..

disebabkan musim berbasikal 2-3 menjak ni.. jadi, di mana-mana je boleh nampak budak2 naik basikal kemain punya laju.. ala-ala LTDL la kekonon... aku yang bawak keta ni pulak yang risau.. ye laa dorang ni kayuh lelaju bukan nak tengok belakang dah.. kekadang tu melelong ke tengah dorang mengayuh...aku pulak yang terjerit-jerit dalam keta... hish! budak-budak ni...

yang paling aku risau time nak ke sekolah.. sekarang ni kan ke lambat nak siang.. maksud aku matahari lambat nak keluar.. jadi time aku nak ke sekolah tu gelap lagi laa walaupun masa dah kul 7:10.. kena pulak jalan tu tak der lampu.. harapkan pada ketajaman mata je.. budak2 ni pulak tak pakai sebarang alat pemantul cahaya.. macam saranan kerajaan suatu masa dulu.. kalau dorang ni pakai jaket yang kaler striking tu ke, tak pun basikal tu taruk reflector ok laa jugak.. dari jauh dah leh nampak dorang dok mengayuh..

ada pagi minggu lepas tak silap aku.. dah dekat sangat dah baru aku nampak bayang budak2 tu kayuh basikal... kus semangat aku...



* terfikir.. bila la LTDL ni nak guna ayat yang melambangkan Malaysia...

yay! yay! dah gaji.. ngeee

salam pagi Selasa... hari ni 25hb.. hari yang di tunggu2 oleh suma kakitangan awam yang sangap dah lama.. aku le tu.. orang lain mungkin tak la sangap cam aku ni.. :P

lega laa bila dah masuk gaji.. semalam dah buat listing apa nak kena buat.. huh! kira pi kira mai.. baki yang tinggai memang laa memerlukan aku keghot belanja.. tak bleh laa nak berjimba-jimba dengan duit yang ada..

apa pun aku bersyukur dengan rezeki yang Allah Taala bagi pada aku.. walaupun tak mewah cam orang lain tapi cukup la utk aku & keluarga belanja..



ye ke ada org banyak duit cenggini?? tipu la..





*berazam nak jimat cermat.. diulang jimat cermat ye.. bukan kedekut tau!!

Monday, January 24, 2011

laa.. tertido rupanya...

aku boleh tersembam atas lappy ni rupanya.. isk isk.. sebelum tu aku taip entry.. kemdian set auto..

sedar-sedar je muka aku dah berpetak.. hish! tak senonoh..


ye laa letih.. hari Isnin paling padat jadualnye.. kena pulak petang tadi ke sekolah ada latihan bola baling.. yang pastinya bukan aku yang main.. tengok pun letih jugak oo..




*ok la.. aku nak sembam atas bantal.. lagi syok.. sambil tu nak dengar lagi Selamat Malam - Pesal Tahir..

argh!! tension pic tak bleh nak transfer..


geramnye.. dah baik2 aku set nak post entry pasai puff yang aku buat semalam.. alih2 pic pulak tak leh nak transfer masuk laptop...

sebabnya hp en suami guna mini sd.. laptop aku tak bleh nak masuk memory kad saiz mini.. kena laa esok aku p cari card reader.. hish! asik terbantut je angan2 aku..

so pada kengkawan mintak maap la buat sementara waktu ni tak dapat nak tempek pic puff yang tak semenggah tu.. sesabor la ye..




*dah tatau nak buat apa malam ni.. asik tak menjadi je.. :(

aku dah dapat jawapan..

jenuh dok pikir dari petang tadi.. kemdian aku call kerani skolah lama tanya pasai potongan kwsp aku ni... sambil dok berteka teorinya..

akhirnya dapat la jawapan.. bulan ni kwsp naikkan peratus potongan.. dari 8% ke 11%.. hempeh tul..

aku heran mana pendirian dorang masa bagi pilihan pada kakitangan awam ni samada nak potong 8% atau 11%.. kalau dah tau nak bagi fix 11% tak payah laa menyusahkan dok kena isi borang bagai.. iskk... buang karan btoi laa depa ni..

jadinya perbelanjaan aku nampak gayanya semakin la kena 'keghot'.. makan nasik sehari sekali je laa pas ni..huhu




* keghot = jimat tahap gaban..

apsal kwsp potong banyak sangat ni?

sori hari ni entry express sket.. aku dok pening n confuse ni kenapa bulan ni kwsp potong gaji aku lebih banyak sangat? dekat2 100 hengget dari biasa.. biaq betoi... sakit pala mokcik cenggini...

kalau gaji aku naik ok laa jugak nak potong banyak pun.. ni boleh mendatangkan marah....grrrr...


*senang2 potong banyak nak pulangkan balik tu mau makan bertahun baru dapat tu...

Sunday, January 23, 2011

puff in the making..

huh! akhirnya hasrat murni aku nak buat puff petang ni terlaksana.. dah dalam proses nak siap pun... sementara tunggu cik puff dalam oven tu masak.. sempat la aku nak menaip kejap.. pic tadi dah amik dgn kerjasama hp en suami.. tadi dah mintak dia transfer masuk dalam laptop.. harap2 dia buat laa jap lagi.. maklum laa org demam bukan boleh mintak macam2.. sensitip mengalahkan org mengidam..



*izinkan aku bersiram dulu la ye..!

Saturday, January 22, 2011

ye ke nak buat??

hari Khamis lepas masa pegi ke Econsave aku terjumpa pastry puff jenama KAWAN ni yang selalu aku tgk Cik Mat Gebu guna... terlintas laa nak mencuba buat sendiri setelah menghabiskan banyak masa meronda tengok orang lain buat..

memandangkan hari ni aku lenguh tangan mengacau bubur asyura siang tadi.. maka, niat nak buat puff ni aku tunda keesokan harinya saja..

harap2 menjadi laa.. saspen ni..




pic aku gugel je..



*en suami pulak demam.. hai.. susah nak jaga org tua sakit berbanding dengan budak2.. :)

jagung oh jagung

masa kat sekolah tadi diorang dah berbedak bahan nak buat bubur asyura..(berbedak =bahagi-bahagi) tolong ingat bedak yang sapu di muka tu ye..

antara bahannya kacang tanah, kacang kuda (apsal kuda ek? bukan rimau ke lembu ke..), kacang hijau, kacang merah yang bubuh dalam cendol tu, gula merah, gula putih, beras & jagung..

oleh kerana aku ni kan memang rajin yang amat.. jadi aku pilih nak potong jagung je.. tak kuasa aku nak merebus kekacang tu.. aku kan jenis ralit.. karang rentung jahanam suma kacang2 tu pulak..

tadi petang, ada sorang cikgu tu singgah di rumah utk hantar kan jagung2 yang dibeli di pasar malam.. suma sekali 10 tongkol.. aku ingatkan dia nak bagi lebih dari 10.. tapi dek kerana dia simpati dengan aku yang punya hero tak reti dok diam.. jadi dia bagi 10 je.. syukur alhamdulillah.. ngeee.. sengih sampai ke telinga..

semasa entry ni di taip.. aku baru je settle potong jagung tu.. siap lewat pasal nak tidokan hero kecik dulu.. boleh dia tahan mata tak mau tido.. baru kul 11 tadi dah lelap.. lega..

sesambil potong jagung tu.. mata aku layan laa filem Transpoter 2 di Astro Prima.. ditemani en suami yang mula nak kena demam & selsema... lega aku ada org teman kan...tima kasih ye cik... :)

apa nak cita lagi tah.. mata pun dah ngantuk.. esok nak kena pegi skolah macam hari biasa.. janji nak mula mengacau pukul 7:30..

sedapnya cucuq jagung.. pic aku kidnap dari resepisedap-nenni.. :)





*nantikan aksi aku mengacau bubur sok ye.. :D

Friday, January 21, 2011

bestari ke bistari?

aku confuse atau dalam Bahasa Melayu nya aku keliru.. keliru dengan apa? aku keliru dengan perkataan ini..


BESTARI & BISTARI


aku keliru dengan penggunaan perkataan ni.. aku dah cuba google kamus dewan online.. tapi tak de pulak.. frust laa

ada sesapa boleh tolong tak???



*terima kasih, toche.. tengkiu..

ketam..

pagi tadi...


Aku : cemana nak ajar math darjah 2? dalam BM ke BI.. sebab ada yang tak berapa bulih dalam kelas tu..

Jawapan : ajar je laa dalam BM.. sebab time budak2 ni amik UPSR.. suma dah full dalam BM..

Aku : ok.. terima kasih..

Super Betul : er.. Liza.. meh sini tengok ada tertulis cemana nak ajar math darjah 2..


Aku : bila masa aku tanya minah ni?? dia buat dah.. (dalam ati je ni..)


Super Betul : bla.. bla.. mulai 2010 Sains & Math boleh di ajar dalam Bahasa Inggeris..


Aku : ye laa..



*******************



PK1 : apa yang kecoh tadi tu?


Aku : bla.. bla.. (cita apa yang aku tanya tadi pada Jawapan)


PK1 : dia tu sapa ek? (merujuk pada Super Betul)


Aku : sengih..


tetiba PK2 pulak mai..


PK2 : who she think she is? even she doesn't teach in English then she ask somebody else to do that.. pigi dah...

Aku : hadoi.. memang ramai ke yang anti dengan Super Betul ni.. (dalam ati lagi..)


PK1 : tak payah nak dengar la.. dia bukan sapa-sapa.. masuk telinga kanan kluar telinga kiri..

PK2 : ala.. tak payah nak tegur orang lain la.. kalau diri sendiri pun tak betul.. even nak pronounce pigeon pun jadi pigen.. abis tu cemana?


Aku : laaa....... (agak menganga sekejap..)






sedap kan??





* teringat pepatah Melayu.. ibarat ketam mengajar anak berjalan betul..

esok p skolah.. huhu :(

esok ada program bersama ibu bapa murid darjah 6.. aku tak terlibat secara rasmi.. sebab aku hanya mengajar subjek kemahiran hidup je... so dok tepi diam2.. biar cikgu2 yang ngajar subjek teras je bercakap.. fuh! lega..

tapi.. walaupun tak terlibat secara rasmi dalam program tu.. tapi nampaknya aku terlibat dengan rasminya dengan program lagi satu.. mengacau bubur asyura.. walaupun dah bulan Safar.. tapikan aku rasa adalah lebih baik nama bubur tu di tukar.. dari asura kepada Safara..

bahan2 yang nak direbus belum lagi laa dapat..jap lagi ada la tu yang bagi.. jgn di bagi benda yang payah aku nak buat sudah laa...



*esok pecah peluh laa aku.. huhu..

Jumaat datang lagi...

selamat pagi!!! sekejap je dah hari Jumaat rasa cam baru je ada perhimpunan pagi.. (sekolah baru ni perhimpunan hari Isnin je.. tu pun selang 2 minggu baru ada perhimpunan rasmi)...

diam tak diam dah nak masuk minggu ke 4 aku kat sekolah baru ni.. alhamdulillah aku dapat sesuaikan diri buat masa ni.. mana la tau esok2 aku tetiba rasa kekok pulak kan? heheh.. ye ke bleh macam tu?..

hari ni aku cuma ada 2 kelas je.. kelas darjah 2 & 3.. dua-dua kelas math.. setengah jam je setiap satu.. isk.. kalau masa setengah jam memang laa tak dan nak buat apa2.. melainkan ulang balik apa yang depa belajaq sepanjang minggu ni.. di samping aktiviti membaca sifir..

******************

hari ni aku nak monitor je anak ustaz tu... rasa2 dia laa orang yang pertama akan aku panggil utk baca sifir... yeahoo...!! aku suka bila buat cenggini.. kejam tak?? kejam tak???




*sengih sambil kuar tanduk sket...





Thursday, January 20, 2011

lambat..

hari ni aku hanya meluangkan masa membaca novel di siang hari menyebabkan tiada satu entry pun dapat aku publish kan.. mesti ada yang ingat aku dah berjaya menghabiskan pembacaan aku kan? ya.. cuba la bersangka baik.. sebabnya aku hanya dapat membaca kurang lebih 4 muka surat sahaja.. selebihnya buku tertutup rapi di tepi bantal.. huhu..

eh! kenapa ayat aku kali ni macam ayat novel pulak? terasa seperti aku masih di alam novel lagi.. hehehe.. terbawa-bawa.. lagi pun sebenarnya aku cuba utk menyahut kempen Tuan Hj Hamzah.. aku cuba utk menulis menggunakan Bahasa Melayu yang betul walau pun bukan pada 15hb... konon! :P

bila dah taip ayat skem macam ni buatkan idea lambat sikit nak keluar.. isk! lambat lagi...




selingan.. tiada kena mengena dengan isi entry aku kali ni..




*aku rasa aku perlukan masa utk meronda mencari idea terlebih dahulu...

Wednesday, January 19, 2011

kasut paling keras?

aku ada bagi soalan teka teki..tapi belum bagitau jawapannya lagi...

ulang soalan...
dalam banyak-banyak kasut.. kasut apa kah yang paling keras?

kak Azie jawab tapak kasut..
Nakia jawab safety boot..






jawapannya ialah..




kasut..



*sekian terima kasih..



aku neutral la..

tadi siang aku ada masuk mengajar kelas darjah 3... kali ni aku mintak murid2 siapkan tugasan yang aku bagi semalam dan buat semua pembetulan dalam buku tulis...jadual hari ni cuma setengah jam sahaja..

dah cukup masa loceng pun dah bunyi.. murid2 aku arahkan berbaris dengan keadaan senyap.. belum sempat ketua darjah ucap terima kasih tiba2 terdengar suara menangis.. rupa2 seorang murid lelaki dok menangis.. sebagai cikgu yang prihatin... cewah! aku pun tanya kenapa.. punca dia menangis sebab dicubit kawan lelaki yang beratur di belakangnya.. yang mencubit tu pulak anak ustaz kat sekolah aku tu..

seperti cikgu2 yang lain jugak.. mesti nak tau kenapa di cubit dan mencubit? ye laa.. aku ni risau laa buatnye mangsa cubitan tu ada lebam2 ke.. kang ada pulak parent yang mai komplen.. sebelum perkara2 mengarut berlaku ada baiknya aku tukar profesion kejap jadi pegawai penyiasat... jadi soalan mesti la bertalu2 yang keluar dari mulut aku..

dan menjadi kepantangan aku bila aku tanya tak dak respon.. di tambah pula yang ditanya tu tak mau memandang muka aku yang cantik jelita ni.. huh! memang cari penyakit la..

bila soalan aku tak dapat balasan.. aku mintak dia toleh pandang muka aku.. bila masih tak ada respon, aku cuit bahu mintak dia toleh sekali lagi... tak semena-mena dia pulak yang menangis.. dah laa soalan aku tak nak jawab.. pastu menangis macam budak perempuan.. yang makin menyakitkan hati aku.. dia boleh pulak campak kertas yang dia pegang tu ke lantai.. konon tunjuk protes laa.. by that time aku memang rasa cam nak bagi penyepak je.. baru darjah 3 dah tunjuk kurang ajar.. belum masuk tingkatan 3 lagi...

jadi aku tak mo panjang2 cerita & layan peel anak ustaz ni.. aku pun suruh laa budak2 lain jalan keluar kelas... sampai kat tangga je abu tengok budak2 lain tak bergerak.. ingatkan ada budak jatuh tangga ke apa ke.. rupa2 si anak ustaz ni tak puas ati dia campak lagi kertas yang dia pegang tu pada mangsa cubitan dia... huk alah.. memang aku menyirap je tengok perangai dia.. tak paa aku KIV dulu.. tunggu dan lihat je nanti kalau2 perangai dia makin menjadi aku memang tak teragak-agak nak serah je pada Penolong Kanan..

aku buat ni pun bersebab.. aku tak mau disebabkan mak @ bapak diorang ni jadi cikgu kat sekolah yang sama menjadikan diorang ni besar kepala.. boleh buat apa saja pada murid lain.. dan aku tak mau ada unsur2 buli dalam kelas aku.. aku memang neutral masa mengajar.. kalau yang buat salah memang aku marah direct je tak kira anak sapa pun... buat apa nak pilih bulu.. belum ada lagi termaktub dalam pekeliling mana-mana kena bezakan cara mengajar terhadap anak2 cikgu dengan bukan cikgu..

tapi kalau ada cikgu2 lain yang amik sikap double standard ni aku tak tau laa kan... tepuk dada sendiri mau ingat la... huh! nonsense laa pada aku...





paling-paling geram pun aku rotan tangan je... tu pun rotan 'manja-manja' je..






*err.... kadang2 terpikir.. cengey ke aku ni?? :P

balik lambat lagi...

semalam dah balik lambat.. habis miting kul 3.. singgah pulak kedai komputer yang aku hantarkan printer minggu lepas.. kelmarin aku hantar balik printer yang aku tambah 'jantung' kat luar tu.. ada masalah lagi.. kali ni bila aku nak print kaler merah je.. mesti keluar kaler ijo.. memang buta warna laa printer ni... tapi semalam aku ke kedai tu pasal nak tuntut adapter yang depa bagi silap.. jenuh laa aku nak menyucuk kabel nye.. tak ngam.. mujur laa ada adapter lain yang boleh dipinjam...

nak menunggu si apek ni mencari pulak dekat 15 minit.. macam2 model adapter yang dia nak bagi aku.. eh!! sebarang sebarang je ko nak kasi aku ek?tah mana dia campak adapter aku ni tatau laa.. biasa ada tulis no resit kat atas adapter tu.. tapi boleh hilang pulak kali ni.. last2 si apek ni ganti dengan adapter lain.. ok laa janji boleh masuk dengan printer aku...

memang nasib kurang baik laa aku dengan printer-printer aku ni...


***********************


hari ni pun aku balik lambat lagi nampak gayanya... sekolah akan menerima kunjungan dari rombongan cikgu2 dari sekolah yang tak jauh dari sekolah aku.. jarak lebih kurang 5km je.. cikgu2 sekolah ni nak buat lawatan ke sekolah aku ni pasal sekolah aku tercalon dalam Sekolah Berprestasi Tinggi.. jadinya cikgu2 ni nak tengok la macam mana kerja2 cikgu-cikgu sekolah aku dalam pencapaian cemerlang 100% lulus UPSR dalam kategori sekolah luar bandar..




*aku sebagai AJK bahagian cenderahati ni.. nampak gaya jadi penanggah laa hari ni.. pasal nak bagi dorang bunga telur.. insya ALLAH aku post gambar2 kalau ada ye..

Rayyan Fantasi..

hobi aku membaca.. tak kira la apa pun bahan aku nak jugak baca.. walaupun sebaris.. tapi satu je kelemahan aku.. aku ni kalau bab baca buku cerita atau novel mesti lambat.. tak macam kengkawan lain yang boleh baca sebuah novel yang ada lebih kuang 500 muka surat dalam masa sejam dua.. huh! baca ke main selak2 muka surat je?

aku baca lambat bukan laa bermakna aku ni lambat baca.. tapi aku baca lambat pasal nak menghayati cerita.. (huh! statement bela diri ni..)

teringat pulak masa dok di maktab dulu.. ada sorang kawan ni memang suka bawak novel ke hostel.. dia peminat novelist thriller Ramlee Awang Murshid (RAM).. dek terjebak dengan novel2 yang kawan aku ni bawak.. aku pun sambung laa minat baca novel RAM ni sampai ke hari ni..

awai bulan aku singgah ke Popular nak cari buku utk persiapan mengajar.. dah lalu kat bahagian novel tu ternampak laa novel terbaru RAM.. Rayyan Fantasi.. baca sinopsis.. cam menarik.. terus sambar...

en suami dah pun khatam novel ni.. jenuh aku tanya apa ending cerita.. tapi tak mau bagitau pulak.. aku tanya ending pasal nak cepatkan pembacaan aku le konon nye.. kalau orang lain mesti tak nak tau apa ending dia kan?

aku mula baca hari Ahad minggu lepas..(9.1.11) dan sampai hari ni aku baru baca di muka surat 153 dari 545.. tak tau laa berapa hari lagi aku nak amik utk habiskan cerita ni.. saspen memang saspen.. tapi masih belum dapat 'tangkap' lagi ending dia cemana...


pic aku gugle je..



*baca suratkhabar pun kadang2 sampai masuk hari berikutnya baru habih.. huhu..

huh!

tengah sedap2 lena tetiba terjaga.. hish! sakit pulak perut ni.. tak bleh ke tunggu esok pagi? mana boleh.. karang lagi sakit.. jawab perut.. nak tak nak bangun jugak laa dalam mamai aku ni..

dah settle.. tetiba mata pulak segar.. apa nak buat ni? jom layan tenet jap.. jawab mata.. ok laa sat saja tau.. sok nak bangun awai... ye la yela.. janji.. jawab mata..

tapi aku tengok dah 1 sengah mata aku dok segaq lagi ni.. hish! janji ko memang tableh pakai la mata.. dah dah.. aku nak tido... ... alaaa... tak sporting laa.. harpp.. jangan melawan.. kang aku cucuk mata.. baru tau... ok la ok laa.. jom tido.. jawab mata mengalah...



*huh! tension je tengah sesedap tido time tu laa terjaga nak memerut.. cit! busuk punya cerita... :P

Tuesday, January 18, 2011

dialog di bilik guru..

sedang aku bersemangat dan tekun menyiapkan BBM (bahan bantu mengajar) untuk kelas darjah dua.. tetiba terdengar ayat yang tak berapa hingin aku dengar pada waktu dan ketika itu..

Dia : ini nak buat BBM dalam kelas ke?
Aku : Ha'ah
Dia : mintak maap nak tegur sikit.. salah cara buat BBM ni..
Aku : (biar betul minah ni..)
Dia : font tak boleh capital letter.. utk KSSR ... bla bla.. bla.. bla..
Aku : saya buat utk tahun 2.. KSSR utk tahun 1 je..
Dia : tapi tahun 2 masih tahap 1.. nanti budak2 bla.. bla..tak reti nak tulis bla.. bla.. dengan betul..
Aku : ye la.. (payah kalau layan org serba betul ni..)



alo cik kak! aku buat BBM ni utk buat panduan budak2 yang tak tau nak mengeja januari, februari.. etc.. je.. bukan nak tunjuk kata nama khas ke apa ke... aku ni ngajaq darjah 2.. bukan darjah 1.. KSSR hanya untuk darjah 1 je.. BTW.. aku pun pegi laa kursus KSSR.. one more, BBM aku ni dari sekolah lama lagi aku dah buat.. aku dah tanya segala cikgu2 Prasekolah, pemulihan yang berpengalaman lebih 10 tahun.. (jawapan ni suma hanya bergema dalam hati aku...)



*aku malas nak menjawab segala statement dia yang berbaur super betul... dengan penuh konfiden tanpa tanya apa tujuan aku buat BBM aku tu dah cakap salah.. hish! mujur la aku masih kenyang time tu.. kalau tidak.. dah lama dia selamat dok dalam perut aku...

salah ke aku bertanya?

semalam dok berbalas komen di FB dengan kawan2 yang mengajar di sekolah lama... tiba2 aku teringat kata2 salah sorang dari mereka "hampa dua nak pindah tak payah buat jamuan la no.. sebab dah ujung tahun"..(hampa dua = aku dan kawan lagi sorang yang dapat tukar)..

bukan laa aku ni hadap sangat dengan jamuan perpisahan tu.. tak buat pun tak pa.. tapi kata2 macam tu memang buatkan aku 'terasa' juga... macam la khidmat kami (aku & kawan) selama 3 tahun di sekolah tu langsung tak ada.. susah sangat ka nak tunjuk kan rasa hargai pada kami ni?

dan bila aku balas komen di FB.. yang menjawab pula macam nak hangin.. apa pasal pulak.. salah kah aku bertanya? kawanku berpindah ke Perlis.. aku pula pindah di daerah sama.. jadi tak jadi kudis pada aku kalau tak buat sebarang jamuan pun.. bukan bermakna aku sombong bila dah keluar dari sekolah tu.. tapi.. argh! persetankan dengan apa yang aku rasa.. ada depa kisah??





*maaf.. aku ter-emo hari ni...

Monday, January 17, 2011

dialog ujung bulan..

tadi tengok sandal yang selalu aku pakai macam mintak simpati dari poket aku je.. lebih kurang macam ni la dialog mereka..

"isk isk.. time ni laa nak putus tali pun..bertahan dulu laa tunggu minggu depan gaji masuk..." kata poket

"huh! gaji lagi.. suma nak tunggu gaji parah la..." jawab sang sandal

"sabar la.. bertahan dulu.. tak lama dah tu" pujuk poket

"ye la aku cuba sedaya mampu" balas sandal lemah.





soalan aku:
dalam banyak banyak kasut.. kasut apakah yang paling keras?




*hehe pening sket petang2 ni.. sila2 la jawab jangan malu2 ye..

Sunday, January 16, 2011

sembunyi...

tetiba teringat lagu dari kumpulan rocks yang paling aku minat... WINGS.. "Sembunyi" salah satu lagu favourite aku.. lirik dia pun penuh makna bila dihayati.. jom layan lagu...




SEMBUNYI

DALAM selimut pun tercabut nyawamu
KEMANA juga usah cuba sembunyi
BERLARI nanti penat dan patah kaki sendiri
SEMBUNYI nanti hilang ditelan diri sendiri

SEDETIK sesaat tercatit untukmu
DIKIRI tersenyum dikanan menangis
MENGIRA berapa yang untung dan rugi darimu
MENGIRA hingga tamat tempoh dalam dunia ini


RAMAI manusia cuba lari dari kenyataan ini
RAMAI manusia cuba lari dosanya sendiri
RAMAI manusia cuba lari dari kenyataan ini
RAMAI manusia cuba lari dosanya sendiri
RAMAI manusia…

INDAH hanyalah dipandangan zahirnya
LEMAH adalah untuk jadi mangsanya
KELIRU berbagai ragam manusia hari ini
SEMBUNYI manusia sembunyi dari kenyataan


RAMAI manusia cuba lari dari kenyataan ini
RAMAI manusia cuba lari dosanya sendiri
RAMAI manusia cuba lari dari kenyataan ini
RAMAI manusia cuba lari dosanya sendiri
RAMAI manusia cuba lari dari kenyataan ini
RAMAI manusia cuba lari dosanya sendiri
RAMAI manusia..





*lagu rock zaman dulu-dulu penuh dengan mesej.. tak macam rock sekarang

resepi rahsia...

tadi siang round-round pekan Parit Buntar.. konon nak cari pembuat kunci.. aku nak duplicate kunci bilik guru.. pusing punya pusing tak jumpa.. baru teringat hari ni hari Ahad.. aduh.. sengal sungguh.. boleh lupa hari ni hari apa..

dalam dok pusing-pusing tu.. ternampak laa signboard yang paling dikenali... Secret Recipe.. huh! terkejut pun ada.. pekan kecik cam PB ni pun boleh ada SR.. hebat.. hebat...

tengok tadi ramai jugak laa yang serbu kedai tu.. ye laa kedai baru... nampak gaya lepas ni warga Parit Buntar tak payah la nak susah-susah nak ke Taiping atau ke Juru Auto City nak makan kek SR ni...



*ada chance la request kek besday tahun ni kat en suami.. 11.11.11 huhu.... :)

menyamar polis penjara 12 bulan..

tadi sempat tengok berita terkini kat TV3.. pasangan suami ister di Kuala Terengganu dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan menyamar sebagai polis.. isteri pesalah sedang sarat mengandung..

huh! agaknya dah tak de idea nak buat la tu sampai menyamar jadi polis.. tak pun cita-cita keduanya nak jadi polis dulu tak kesampaian.. mungkin jugak mereka ni peminat drama Gerak-Gerak Khas..




*teringat kes menyamar polis tapi rupanya nak menyamun.. takut!!

aku rajin??

sebelum entry ni ditaip.. aku sempat singgah ke blog 'teman selena'ku Nakia (hang tau maksud aku kan.. :P).. entry dia mengenai bonus yang diterima dan hasil bonus pay out dia.. tapi itu bukan yang aku nak ceritakan..

tersengih aku baca entry Nakia di bahagian mukadimmah nya.. heheh.. dia kata aku rajin update blog.. ye ke rajin? puji2 ni nak kena belanja laa pulak.. haha

sebenarnya Kia, aku ni bukan la rajin bebenor pun bak kata orang Perak.. aku menulis dikala aku keboringan ditambah dengan kebuntuan semasa nak siapkan keja aku yang menimbun... buntu sebab tak tau nak siapkan mana yang dulu.. masing2 nak aku siapkan cepat.. aduh... adat bekerja la katakan...

apa pun kepada sahabatku Nakia.. tahniah.. dapat bonus yang berganda-ganda nak dibandingkan dengan aku.. huhu..



*balik kg mai la rumah dengan ALZA... :)

Saturday, January 15, 2011

Selamat Pengantin Baru...

semalam pelakon cantik Rebecca Nur Islam. dah selamat pun dinikahkan dengan pasangannya Nor Azam Sulaiman.. alhamdulillah...

Rebecca Nur Islam.. dulu masa baca je nama dia aku terkeliru ingatkan dia bukan muslim.. maklum laa sekarang ni nama orang boleh macam2.. nak kenal muslim ke tidak dari nama pun agak payah dah sekarang ni..

apa pun tahniah dan selamat pengantin baru laa ye.. moga2 jodoh berpanjangan hingga akhir hayat... diberitakan suami Rebecca ni sebelum ni duda anak dua.. ok laa tu.. Rebecca pula dara anak seorang.. (anak angkat).. lepas ni Rebecca boleh laa bela anak sendiri pulak... :)


tahi lalat ala Cindy Crawford


*sumber berita dari Metro Online..

mari sokong kempen al-lavendari

terbaca entri di blog kak Azie

langsung aku singgah ke blog Tn Hj Hamzah pula..

disini aku salin & tampal entri Tuan Haji..

"Mungkin elok juga di panjangkan penggunaannya kepada blog dengan sedikit pengubahsuaian. Sehubungan dengan itu saya mohon mencadangkan supaya pada setiap 15hb kita jadikan "HARI BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL" . Maknanya kita pastikan tidak membuat entri dengan menggunakan bahasa atau ayat SMS, ejaan Inggeris yang di Melayukan, bahasa 'pasar' dan sebagainya pada setiap 15 haribulan. Contohnya, elakkan mengguna perkataan-perkataan atau ayat seperti ini: Skang - sekarang aq - aku xmo - tak mahu korg - engkau orang canih - macam ini ngh wat pe - tengah buat apa ekceli - actually sedenli - suddenly " Usul saya itu nampaknya telah mendapat sokongan dan reaksi yang positif dari semua pemberi komen.

Esok adalah 15hb. Oleh itu marilah kita menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dalam entri atau komen kita, sekurang-kurangnya pada hari tersebut, agar kita tidak terlupa untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul apabila diperlukan nanti. Kalau sudi, bolehlah diwar-warkan usul ini kepada rakan-rakan blogger yang lain mengikut kaedah masing-masing yang dirasakan sesuai. Sepanduk di atas bolehlah digunakan, jika perlu dan mahu.


Sekian. Terima kasih.



aku nak sokong la bisul usul Tn Hj Hamzah ni jadi hari ni entri aku akan menggunakan bahasa yang betul..


*teringat lagu kempen Bahasa Jiwa Bangsa..

lagi cerita manusia tak ber-organ dalaman..

pagi2 dah dengar berita kes dera lagi... kali ni di Ipoh.. suspek dikatakan panas baran telah bertengkar dengan isterinya.. isteri dipukul dengan tali pinggang... anak bongsu berusia 18 bulan jadi mangsa juga.. di hempas di atas tilam nipis hingga patah tulang paha kanan.. gila kan??

suspek bukan laa muda.. kalau muda boleh la dikatakan akai pendek.. ni dah 54 tahun.. hish! memang gila... sorang lagi manusia tak ber-organ dalaman ada hati perut dikesan.. diberitakan suspek telah ditahan reman..


nak tau berita lanjut klik kat sini



*kak Azie, jom kita pakat hempas dia pulak..
*kalau masa ditahan reman tu dia dihempas atas lantai pun bagus jugak tu... biaq dia rasa...
kan? kan?

Friday, January 14, 2011

AF9 yang terakhir?

masa on the way ke sekolah tadi, sempat la dengar berita dari radio Era.. Ujibakat AF9 akan diadakan tak lama lagi.. dikhabarkan AF9 adalah musim terakhir..

hmm.. dah tak dapat sambutan hangat ke? atau pihak Astro dah kekeringan idea utk gimik-gimik yang malatops?

apa2 pun aku harap kalau ada yang berjaya masuk jangan laa jadi macam peserta yang lalu.. tak nampak sorang pun yang outstanding.. macam mana nak ada angkatan pelapis penyanyi zaman 80-an dulu.. macam Azlina Aziz, Fransisca Peters, Aishah.. yang ada suara 'lelaki' macam Ibnor Riza, Suhaimi Meor Hassan.. (sekadar menyebut beberapa nama..)

kalau boleh tu lagu masa ujibakat bagi la lagu2 lama... kita tengok dorang ni boleh bawak nyanyi ke tak...





*dah lama tak layan AF lepas musim Zahid & Mawi dulu...pengacara pun dah tak best...

agak-agak laa nak tumbuk pun..

sempat belek Harian Metro siang tadi.. berita yang mengejutkan aku... kanak2 1 tahun hampir buta kerana ditumbuk dek ibu kandungnya... ditumbuk?!!! hilang akal ke apa...

budak tu baru 1 tahun.. apa yang dia tau.. apa laa daya dia nak melawan.. hish! memang manusia tak dak organ dalaman la tu..

kes-kes jenayah & penderaan di negara kita ni aku rasa macam bermusim laa... bila mula buang anak.. pastu tak putus-putus keluar berita kisah yang sama.. macam tu jugak dengan kes dera ni.. lepas satu-satu..


*ke ada faktor-faktor lain yang menyebabkan suspek lakukan jenayah ni? mana laa tau time-time bulan mengambang je diorang tak sedar diri...

jangan lupa..

jap lagi kul 9 jangan lupa tengok tv.. Raja Lawak Musim ke 5.. excited pulak nak tengok persembahan Nazmi...

tadi pagi kat radio Era dia dah on air.. belum apa2 lagi promo utk dia dah lebat.. hebat budak ni.. kalau dia tak menang pun rasanya David Teo tetap amik dia berlakon filem kan?? huhu..


*kepala masih rasa penin.. ala-ala weng sket.. tapi akan ku gagahi juga utk layan RL5 ni.. :)

nuffnang dah mengong...

oleh sebab aku masih lagi dok buat kerja.. dan aku nak ilangkan rasa mengantuk.. konon2 layan mata nak tengok laa nuffang punye site..

alih2 yang keluaq " Ooops! That wasn't meant to happen. Sorry about that! We'll be right back!"

hampeh... nuffnang pun mengong jugak memalam ni?



* nak tengok laa tabung ada beraa kupang... :P

stayed up - dah macam buat assignment pulak..

di kala entry ini ditaip.. aku masih lagi dok buat kerja2 sekolah.. huhu... terasa macam zaman mengaji dulu.. berjaga sampai 2-3 pagi nak siapkan assignment...

huh! sungguh tak best bila telinga dok dengaq orang lain berdengkur...

kul berapa laa boleh jaga esok pagi ni??? isk isk iskk...





*oh! tak sabaqnya nak berweekend..

Thursday, January 13, 2011

nak komen sket..

masa aku taip entry ni, rancangan Forum Perdana kat TV1 baru je abih... bonda yang menonton sebenarnya.. tapi oleh kerana aku buat kerja merayau kat rumah orang kat ruang tamu ni.. jadi layan laa jugak..

kalau ditanya isi forum memang laa aku tak bileh nak cita.. pasal aku tak fokus sangat.. aku busy print huraian sukatan pelajaran ok... (keje last minit cenggini le..) tapi telinga ni dengar laa jugak sikit-sikit..

cuma satu je yang telinga aku tak berapa nak berkenan.. tentang cara penyampaian isi perbincangan oleh panel malam ni.. ada tiga orang panel.. yang dua tu ok.. cakap dengan tenang je.. sejuk je telinga ni dengar.. yang satu lagi tu.. lain macam je aku tengok dengaq.. mula-mula tu ingatkan ahli politik yang bercakap.. rupa2nya bukan.. dengan nada + pitching yang tinggi macam orang berkempen pilihanraya.. sampai timbul urat2 leher.. siap jari telunjuk tunjuk kat audience.. hish! sungguh aku tak berkenan..

disebabkan gangguan dek cara penyampaiannya.. maka apa yang keluar dari mulutnya langsung tak melekat kat memori aku.. dah laa dia yang paling lama & banyak cakap.. yang lai dua orang tu boleh dikatakan 'tenggelam' laa malam ni..

aku suka cara Ustaz Zawawi atau Ustaz Zahazan, dan beberapa lagi ustaz yang biasa keluar dalam rancangan Tanyalah Ustaz @ Al-Kulliyah.. tenang je bila dengar..



*heran.. memang trend sekarang ke nak berceramah mesti tegang2 urat leher???

entry pendek..

keletihan semalam ditambah dengan kaki yg kembali sakit... tak tau nak cakap cemana.. duduk tak kena, baring tak kena.. nak jalan lagi laa sakit...

cadang nak tido dulu pastu bangun siapkan keja yang masih berbaki... last-last bangun kul 3 pagi buatkan susu si hero.. ada pulak 'hutang' yang tertangguh.. dah siap suma ingat nak laa sambung wat keja.. pikir punya pikir.. tak jadi laa.. terus bumbum...

hasilnya.. satu entry pun tadak utk harini sampai laa entry ni aku tulis...




*huh! sungguh tak best bila internet cam biskut + jadual yang cempera... :(

Wednesday, January 12, 2011

huarghh!!!

sakit mulut!!!

bukan sebab ulser.. tapi sebab banyak sangat menguap.. adehh.. rasa cam dah nak terkoyak mulut ni.. cemana nak buat ni? jenuh minum ayaq dah ni.. naik kembung perut dah..

jap lagi ada meeting pulak.. aduh.. dah laa jadi S/U mau terlena sambil catat minit ni..huhu...


ye ke menguap boleh 'berjangkit'??




* jangan tersungkur nak naik tangga jap lagi sudahh....

dont blame me pls!

jangan salahkan orang kalau diri sendiri tak buat kerja...

huh! senang je letakkan kesalahan pada orang lain.. mentang2 laa orang tu tak de depan mata.. sakit ati betul laa...



* geramm ni!

lenguh tangan.. sapa leh urut??

masih belum tido.. lenguh dah tangan ni dok tulis nama & maklumat budak dalam buku rekod ni.. yang jadi lenguh ni bukan apa.. dah laa ruang yang disediakan tu punya la kecik.. (ke tulisan aku yang besarrr??) pastu nama budak2 pulak kemain panjang... kalau setakat 2 patah tu ok lagi la.. ni ada yang 3-4.. belum masuk nama bapa lagi tu.. dah tu tulis kena cermat.. ejaan kena sama dengan surat beranak.. kemudian kalau silap tak boleh padam.. kena strikeout je.. hadoii.. comot laa buku kalau asik silap je...

kalau boleh ditaip ok laa jugak.. boleh laa adjust font.. boleh bagi haluih... huhu.. jenuh nak baca kena pakai kanta.. :P

kalau laa tangan n jejariku yang halus mulus ni dapat diurut2.. best ni... nampak gaya sendri laa urut.. memandangkan suma yang lain dah pun naik kapai memasing..



*nyanyi dalam hati... "jari-jariku sakit semua kerna menulis berjela-jela..."

Tuesday, January 11, 2011

30080 ke 380?

hari ni aku bersenam dengan budak2.. wah! bersenam gitu... ye ke bersenam?? ke pegang 'remote' je.. budak2 je buat suma.. hehehehe... biasa le tu..

hari ni tak tau nak buat apa, just suh budak2 tu main musang & ayam.. tu pun seronok tak sangga bak kata org Perlis.. siap mintak nak main lagi minggu depan.. isk isk.. sian budak2 sekarang ni.. agaknya terlampau banyak tengok tv je sampai main ligan2 cenggini pun excited gile..

........

semalam waktu subjek matematik tahun 2, aku ajar laa budak2 LINUS ni.. jenuh laa dok mintak depa ni baca nombor yang aku tulis.. kemdian aku mintak depa kira objek dalam gambar & tuliskan nombornye..

ada sorang budak tu aku tengok dia tulis nombor 30080.. aku jenuh la pikir cemana boleh sampai banyak macam tu.. padahal objek dalam gambar tu ada tiga ratus lapan puluh saja... rupa2 nya dia tulis 300 dan 80 sekali harung.. tu yang jadi 30080 tu..isk isk.. poning.. poning..




*terkadang gelagat budak2 ni memang teringat2 buatkan aku senyum sengsorang...

Spa Q vs Spa' U




haha., masa aku taip tajuk entry ni tv tengah tayang cita Spa Qistina.. sambungan telenovela Malaysia Spa Q yang penah ditayang di TV3.. sekarang ni Spa Qistina tayang kat channel Prima je.. kali ni Norish Karman yang pegang watak Qistina dah diganti dengan Nanu Baharuddin.. rasa macam tak berapa nak syok.. pasai rambut dia memang menggangu tontonan aku... eh! bila aku tengok Spa Qistina ni aku teringat Spa' U...

...........

kalau sesapa yang melanggan Warna mesti pernah tengok rancangan Oh Yeah!.. salah satu slot dalam rancangan tu ada drama pendek.. (aku tatau laa bleh dikatakan drama ke tak..) nama Spa' U.. sebab apa nama spak? sebab spa ni special sket bukan urut tangan kaki.. tapi sepak-sepak badan client.. best kan?

yang paling tak tahan tu bila pelakon nye ucap dialog ala2 drama Indon mata mesti beliak2.. kemdian kemera zoom shot kat pelakon.. siap dengan back ground music.. pelakon Spa' U ni terdiri Adibah Noor, Zizan (memang macam Kenny G...), Johan, Nabil, Sharifah Amani..

hero kecik pun pandai gelak bila tengok rancangan ni.. macam laa dia paham sangat..


promo Oh Yeah!







*setiap rancangan dari Vision Works aku memang sokong.. sebab aku minat gile Afdlin...
yehaa!!


*sungguh tak hapa hapa entry aku kali ni...

hish! serba salah laa aku pagi ni...

semalam hujan.. sejuk je pagi ni... jadual aku hari ni ada PJ dengan budak2 tahun 2.. aku plak dah siap pakai baju sukan.. baju salin memang aku tak bawak.. memandangkan pekeliling dah ada mengatakan guru yang mengajar PJ boleh berpakaian sukan sehingga tamat sesi persekolahan.. tak macam sebelum ni kena tukar pakai pakaian rasmi... huh! sungguh tak best... dah peluh2 pastu nak tukar pakai baju kurung pulak..

pasai tu laa 2 tahun lepas bila aku dapat je subjek PJ ni.. aku tak pakai baju sukan pun.. (aku tau salah.. ).. nak buat cemana... time aku pregnant mana nak cari sluar track yang boleh muat perut aku tu.. huhu.. lagi satu.. nak bawak perut pun jenuh.. cemana laa aku nak suh budak2 melompat..

yang pasti.. kalau pagi ni cuaca tak mengizinkan, nampak gaya aku sorang je laa bersukan dalam bilik darjah.. huhu..




*rasa2 aku tukar aktiviti mengira ala2 sambil bermain.. mau riuh satu sekolah lagu ni... huhu

sumanya tak dan..

baru siap buat lesson plan.. ingat nak menyinggah laa ke rumah kengkawan sebelum aku melelapkan mata.. tapi rasanya cam tak dan laa... banyak rumah yang aku tak singgah lagi ari ni.. aisey...


siang tadi keletihan.. balik rumah plan nak meronda2 laa.. alih2 bleh pulak lena dengan hero kecik.. sedar2 je dah nak dekat kul 6... letih sungguh laa... pagi tadi bangkit awai oo.. kui 5 dah bangkit.. (org lain bangkit lagi awai tak kecoh pun....)


sebelum taip entry ni dan singgah rumah kak LG je.. tu pun tak dan nak baca betoi.. syok tengok pic je.. nanti esok laa komen.. nak baca entry kak LG kena konsentrate..baru best.. tambah pulak layan pic makan2 yang memang bleh menjahanamkan diet aku.. erk!? aku diet ke??? :P


kepada tuan2 rumah yang jenuh buat entry memacam.. nanti laa time lapang2 boleh laa singgah lama sikit.. (kalau ada ayaq kopi dengan biskut pat sagi pun ok..) hehehe



*mata pun makin pedih.. suma org dah lama bumbum.. aku jeles ni.. mesti kena join jugak...

Monday, January 10, 2011

komen sket...

malam tadi tengok buat kerja sekolah sket sambil tengok AJL.. aku layan sorang2 je.. yang lain suma dah bumbum... Yuna, artis pertama buat persembahan.. simple je dia nyanyi.. tak payah guna ramai penari yang boleh runtuhkan pentas.. hehe...

persembahan penuh dramatik pun ada.. Hafiz.. siap kena tembak2.. aku ingatkan dia betul2 rebah.. rupa2nya gimik showmanship je... teringat masa Juara Lagu 1990 tak silap aku.. penyanyi Aishah buat persembahan ala2 drama sket untuk lagu Janji Manismu.. siap bawak beg besaq macam nak p Mekah lagi.. huhu..

satu je nak komen.. juara AJL kali ni.. cam tak caya je lagu tu boleh menang... pada aku kan paling tak leh nak terima cara penyanyi dia Anna Raffali sebut bait2 ayat dalam sebutan ala2 Ajai.. hish.. stail ke cenggitu.. masa dia cakap aku dengaq cam ok je... mm.. nak komen banyak2 pun tak guna.. dia dah bolot segala trofi & duit bagai.. mewah.. mewah...

apa pun tahniah la pada yang menang..




* best tengok Faizal Tahir terjun dalam air.. pastu nak nyanyi macam tertelan air.. huhu... :P
minggu ke2 persekolahan.. aku kena bertugas minggu ni.. jadik nya datang awal.. heheh.. tercapai target nak sampai sebelum 7:05.. tadi aku sampai kul 6:55.. yeahoo!!

sampai je terus setting PA system.. dah siap2 pi laa bekpes.. sebab hari ni kelas straight 8 waktu = 4 jam.. fuh! letih wooo... jadi kita sapedek dulu!!

dalam kul 7:30 tetiba aku nampak kelibat orang2 besar.. sah! tak syak lagi.. 3 orang jemaah nazir dah sampai.. mujur le suma dah siap sedia.. tunggu nak bagi depa tengok & belek je..

ada jugak la 2-3 cikgu yang kena observe.. alhamdulillah setakat ni aku tak kena.. subjek matematik tadi dah lepas.. jap lagi kelas kemahiran hidup je...


ok laa masa dah time.. nanti update... ada kelas ni...




*biasa perut cam bun*** arini plak jadi kempis.. (sebab kecut perut) hehehe

Sunday, January 9, 2011

tolong.. tolong!!


hi parents.. the thing i super do not want to face in my life... pls contact this person in FB 'Norazuin Munaji' incase u have any news about this handsome boy..
My prayers for him n his family


aku copy paste dari FB juaimurah preloved.. cute budak ni.. sian mak bapak dia soheh tak senang duduk ni...





*risau kalau bawak hero kecik jalan.. memang tak berani nak lepas dia jalan bebas...

AJL 25

malam ni pasti Stadium Bukit Jalil sesak dengan peminat muzik tanah air.. yang minat rock, pop suma ada.. yang pasti tahun ni tak de lagu asli..

mesti macam2 gaya & fesyen pakaian dari artis malam ni.. tak ketinggalan host malam ni jugak.. harap malam ni tak ada laa yang pakai baju yang tak cukup kain.. tujuan yang menonton nak tengok orang menyanyi.. bukan tayangan fesyen yang boleh sakitkan mata tu... :P

sapa ek yang jadi juara? mm.. suspen ni..

aku rasa juara mungkin milik Faizal Tahir.. lagu Selamat Malam.. Yuna pun ada harapan jugak.. lagu Adira tu pun cam best jugak.. isk.. susah nak teka.. tunggu je laa malam ni...











*teringat Muzik-Muzik zaman 80-an.. penyanyi pakai baju simple je tapi vokal.. pergh memang power laa.. :)

Saturday, January 8, 2011

tetak madu - ingat anak ayam ke?

kisah wanita yang berusia 50-an cedera di tetak dek madunye berusia 20-an... boleh jadi madu dia tu sebaya dengan anaknya.. hish! sampai nak tetak orang pasal apa?..

kerana lelaki.. hebat sangat ke lelaki tu sampai sanggup menetak orang lain? heran aku...

menurut sok kabar, sang suami pegi minum di kedai makan tak jauh dari rumah.. mmm.. boleh pulak bersarapan di luar sedangkan di rumah dah ada 2 isteri.. tak masak ke isteri2nye tu??

ntah laa.. zaman sekarang manusia semakin rakus, terkadang hilang sifat perikemanusian & hilang pertimbangan kerana mengikut nafsu.. hai.. doniaa.. donia...





* sungguh tak berbaloi bergaduh hanya seorang lelaki...

selamat hari jadi!!!

selamat pagi... hari ni mendung je.. sejuk pulak tu.. nak ikutkan mata, memang nak tido je... semalam pun masuk tido dah kul 2 lebih.. dok siapkan segala info murid dalam buku rekod kedatangan... aku lewat tulis pasal ikut arahan PK Hal Ehwal Murid (HEM) supaya tunggu cukup seminggu baru tulis lengkap.. mana laa tau kot2 ada murid yang pindah masuk @ pindah keluar sekolah...

hari ni 8 Januari ramai kawan aku yang sambut hari jadi.. di pagi hari ni aku nak ucapkan kepada kengkawan aku iaitu Kimi & Chuna.. selamat hari jadi semoga panjang umur & murah rezeki.. utk Kimi, semoga cepat dapat jodoh.. utk Chuna semoga bertambah rakyat Malaysia.. hehe.. 2-2 ni kawan masa sekolah menengah dulu..



Kimi - baju putih...



* Tanyalah Ustaz pagi ni - berkatkah usia?

Friday, January 7, 2011

Raja Lawak 5 - lawak ke??


mulai malam ni channel Prima siarkan Raja Lawak 5.. aku pun baru je tau.. tadi masa dok tekan2 remote nak tengok info baru tau ada RL5 ni.. dah separuh jalan dah pun..

so far tengok ok laa kalau nak banding dengan tahun lepas.. pengkritik malam ni pun boleh tahan lawak jugak laa.. David Teo, Sathiya & Afdlin... (peberet aku ni..) kira tahun ni pengkritik 1 Malaysia laa.. hehe

siapa juara tak tau lagi masih terlalu awal nak jangka...




*masa taip entry ni baru lepas tengok peserta Nazmi wat persembahan.. lawak gile..

tahniah my pren!

tadi petang pegi rumah besfren kat belakang rumah.. dah lama kawan dengan dia ni... sejak umur 8 tahun.. penah satu kelas masa tingkatan 2.. penah keja sesama masa zaman kegawatan aku dulu.. dia jugak laa yang jadi pengapit masa aku kawen.. dia la jugak kawan yang sedia mendengar segala luahan perasaan aku dulu...

setelah dikecewakan berkali-kali..

hari ni.. dia bertunang dengan pilihan parent dia.. aku tumpang gembira.. alhamdulillah selamat semua nya.. insya ALLAH majlis ijabkabul 1hb May nanti...

kepada Syikin sahabat ku.. tahniah!! semoga segalanya dipermudahkan ALLAH... aminn ya rabbal 'alamin...


Syikin - baju kuning..


*dah mula pikir hadiah apa nak bagi dia nanti.. huhu

moga Allah permudahkan segalanya...

Nurul Dahyatul .. anak yang teraniaya dek ke'mereng'an bapak yang menyimbah asid di mukanya.. first aku nak cakap.. bongok laa bapak dia tu.. second.. aku memang kesian tengok murid darjah tiga ni..

Nurul dijadualkan menjalani pembedahan esok di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.. mudah-mudahan pembedahan berjalan lancar.. aminn....



*baru umur setahun jagung dah menderita dek perbuatan bapa sendiri.. huh! bongok punya pak.. (geraamm nih!)

saya kira sampai tiga!!

tahun ni aku berpeluang tengok ragam murid darjah 1.. macam2 ada.. tapi setakat ni belum ada lagi laa yang meraung dalam kelas.. yang terkencing terb***k dalam kelas.. masing2 dah pandai bawak diri...

tapi tahap nakal depa ni.. boleh tahan jugak laa.. kalau cikgu2 baru tu mungkin silap hari bulan bleh menangis.. :D

semalam masa subjek Agama.. aku terdengar budak2 tu bising.. tiba2 terdengar pulak suara ustaz
"saya kira sampai tiga!!!" satuu... duaa.. duaa... tigaa...

aku yang dok dalam kelas darjah jenuh tahan gelak.. sebab apa nak tergelak.. masa ustaz tu kata satu.. budak2 tu sambut dua.. bila ustaz kata dua.. depa sambut tiga... kalau aku jadi ustaz tu jenuh nak tahan gelak...hahaha...



*budak2 sekarang.. bukan tau beza orang marah ke tidak...

ganjaran & gile kose??

kejap je dah masuk hari jumaat.. rasa cam baru je lagi aku datang ke skolah ni.. tu laa bila dok kalut dengan keja memang tak sedaq masa cepat je berlalu..

semalam pagi2 lagi GB dah panggil suma cikgu2 utk meeting.. heran jugak laa kenapa nak adakan meeting di pagi hari? rupa2nya ada pesanan dari pihak JPN...

menurut GB skolah aku ni tercalon sebagai sekolah yang layak terima ganjaran kerana prestasi murid yang melonjak naik.. menurutnya jika berjaya, seorang guru diberi ganjaran wang tunai yang agak lumayan laa jugak.. yang sedihnya, aku ni tak laa termasuk dalam senarai cikgu2 ni memandangkan aku baru je datang skolah ni 5 hari.. uwaaa!!!

tapi.. Allah tu Maha Adil.. rupa2nya sekolah lama aku pun antara sekolah yang tercalon.. kalau laa skolah lama aku pun dapat jugak, maka aku pun tersenarai laa di antara cikgu2 yang dapat duit tunai tersebut.. ngeh ngeh... :D sukee sukee..

ada tapi lagi... sebelum nak dapat ganjaran tu mesti la ada pemantau nak tengok layak ke tak layak terima ganjaran tu... jadi diberitakan pihak Jemaah Nazir akan datang ke sekolah utk memantau bermula semalam hingga la Jumaat depan..

bila Jemaah Nazir nak datang tu.. kena laa get ready betul2.. segala fail2 nak kena update.. bukan senang nak dapat duit.. berpeluh ketiak jugak laa nak siapkan fail.. jumlah fail yang bakal di periksa sebanyak 51.. banyak kan?

buat masa ni aku terselamat la dari nak meng-update fail2 tu.. cuma bantu la apa yang patut...



.......................

tadi dah tengok senarai tugas & jawatankuasa sekolah.. belek punya belek.. asik nama aku je naik.. balik2 nama aku.. lagi2 nama aku... penyelaras la aku.. setiausaha pun aku.. tak ke gile kose namanye tu??



* tak pa laa.. cek terima saja laa..

Thursday, January 6, 2011

tak mesra alam or sombong??

terpanggil nak tulis entry pasai blogger yang tak mesra alam.. yang kak Azie tulis semalam kat sini.. aku perasan jugak laa ada blog yang fofular tu bila orang komen je memang tak jawab.. mungkin dia malas nak taip satu2 jawapan kot..

dan aku memang setuju dengan apa yang kak Azie tulis.. kalau tak nak jawab sebarang komen, tutup je laa ruangan tu..

penah sekali jadi kat aku.. aku ni kan tak pandai masak.. pastu ternampak la satu resepi kat blog yang fofular tu.. aku tanya soalan sebab memang betul2 ingin tahu.. tapi sayang.. sampai sekarang soalan aku tak berjawab..sedih tauu!! sejak dari tu, aku dah maleh nak komen...




*ye laa sapa la aku ni..

yay!

semalam jenuh aku call apek yang repair printer aku.. dari kul 10 aku call kemdian kul 12.. balik rumah kul 6 call lagi..

alhamdulillah.. apek tu cakap dah siap.. senang hati aku dah bleh buat kerja... ye laa dah masuk 4 hari sekolah aku ni tak bleh nak print lagi syllabus & lesson plan aku.. isk isk..

tu belum lagi masuk worksheet yang nak bagi kat budak.. nak suh depa tu buat latihan dalam buku.. memang limited.. tak bleh bagi latihan lebih dari 10.. soheh tak siapnye.. tau dah..

.................

selit sket cita pasal hero kecik.. hari ni bukan main lagi macam2 perangai dia tunjuk.. balik dari rumah pengasuh, sampai je depan pagar.. aku turun laa nak bukak gate tu.. nak masuk keta je aku tgk dia dah siap dok kat seat drive dengan gaya pusing2 stering.. siap dengan bagi lampu & signal.. isk isk.. sapa laa ajaq ni..

hari ni mak tok ajaq dia nyanyi lagu burung kakak tua.. dia pun sama laa dok menyanyi.. sekali dengaq macam lagu siam.. bila sampai tang "giginya tinggal dua" siap tayang gigi bawah yang 2 batang tu...





* dah makin besar hero kecik.. makin paham apa yang aku cakap...macam tak caya je..dulu besaq lengan..alhamdulillah kuasa Allah Taala tak siapa bleh lawan...

Wednesday, January 5, 2011

naik minyak??

1hb Dis 2010 minyak Ron97 naik 2kupang jadi RM2.30.. hari ni naik lagi sekupang jadi RM2.40..

ramai yang dah bising.. tak dan nak panaih punggung minyak naik lagi.. tapi aku rasa minyak naik sekupang dalam masa setahun ok la tu kot... heheh.. 2010 =RM2.30, 2011=RM2.40.. apa ada hal?? :P

mujur la aku dah bubuh minyak pagi semalam.. masa bubuh tu dah terdetij dalam hati.. "silap2 haribulan minyak naik lagi..." haa kan ka betoi...




*paling takut bila lembu naik minyak..

tergendala kerja ku..

malam tadi tido awai.. sebelum kul 10 dah lena.. isyak pun tak solat time tu.. kul 4 tadi hero kecik mintak susu.. sekali harung aku solat.. isk isk.. buatnya semalam malaikat mai cabut nyawa.. sia2 saja.. astaghfirullah...

lepas tu baca komen kak Azie.. nak jawab cam panjang sangat kat komen tu.. last2 buat entry.. haha.. entry ngelat... terpaksa ngelat la.. 2 hari ni tak tentu arah sket.. nak tune balik cam biasa bukan senang dah sekali cuti sebulan lebih.. sori 2,3 lori la ye..

petang semalam pegi kedai komputer tu ingat nak amik la printer yang aku antaq hari sebelumnya tu..rupa2nya tank ink ada problem..so amik masa dekat2 2 minggu baru siap.. adeh.. tergendala la keja aku cenggini.. seb baik ada lagi satu printer lama.. aku bawak jugak p suruh dia tambah MISS.. harap2 hari ni bleh laa siap.. aku nih dah tahap kritikal dah ni kerja2 suma dah siap.. siap dalam laptop je laa.. tapi tak leh nak print lagi.. iskkkk



nak buh 'jantung' kat luaq cenggini laa..



*terbang lagi duit aku... huhu

entry jawab komen.. aci tak??

azieazah said...

Pernah Kak Azie terlibat dalam suatu perbincangan, di mana PARA GURU sering berFB (mungkin juga berblogging) di waktu mengajar.
Malah dikatakan GURU adalah golongan paling ramai suka berFB. > setakat ini tiada bukti kerana tiada kajian dan statistik pun.

Ada yang kata, mereka sedang tunggu kelas, ada yang kata mereka sedang free di luar pagar dah (guna Blackberri)... mcm-mcm pendapat. Kita tak tengok tak tahu.

Tapi berbanding dgn pekerja swasta (setengahnya), amat sukar utk berinternet di waktu kerja berbanding pekerja kerajaan — pendapat saya saja lah niii..
Memang tidak dibenarkan, tapi tentulah masing2 ada laptop sendiri, USB Modem sendiri.

Isunya adalah MASA yang digunakan itu. > mengata diri sendiri ni...:)


Tips: buat entri berjadual, setkan tarikh dan masa, nanti entri akan publish secara automatic..



setuju dgn pendapat kak Azie.. selama ni pun eja memang buat entry auto publish cam yang kak Azie cakap tu.. tapi dalam masa terdekat ni je tak sempat nak taip apa pun.. ye laa sebulan cuti.. nak tune balik timing tu yang jadi serba tak dan.. ditambah tak berapa sedap badan.. huhu

tentang cikgu paling ramai berFB... setakat 2 hari di sekolah baru ni belum ada lagi budaya berFB di kalangan cikgu.. nak kata dorang tak de akaun FB tak jugak.. mungkin line tenet yang cam biskut menyebabkan tak ada yang online sentiasa.. tapi kalau yang dok kat makmal komputer tu tak tau laa.. sebab eja tak masuk makmal lagi.. atau mungkin jugak cikgu2 sini tak berFB pasal risau kantoi kena pantau dek orang2 JPN / PPD. sekolah baru ni dapat title Sekolah Berprestasi Tinggi.. jadinya kerap laa orang2 'besar' turun jengah sini..


tapi kan masa di sekolah lama memang pakat2 bukak FB.. (tumpang sekaki..) jangankan kata cikgu2 biasa je yang berFB.. orang2 atas nun pun berFB jugak.. hmm.. nak buat cemana.. kepimpinan melalui teladan... ;)



* apa2 pun terima kasih atas tips.. ;)



Tuesday, January 4, 2011

lagi cerita

lagi cerita pasai sekolah... target hari ni nak sampai sebelum 7:05 tak tercapai dek kerana macam2 hal .. isk.. sampai pun dah kul 7:20.. huh! sungguh tak best..

sarapan hari ni kuey tiow goreng maha pedas.. aduh.. pedih perut aku... kena pulak air teh o suam yg aku order dapat teh o panassss...

pagi ni kelas direct 3 waktu = sejam sengah.. mengadap budak tahun 2.. ni baru ada can nak bertenet.. heheh..




*pst.. jgn habaq kat sesapa tau.. aku curi2 post entry... ;)

Monday, January 3, 2011

adeh.. ngantuk nye!!!

mata dah ngantuk.. tapi keja masih ada yang belum settle... cemana ni.. tadi dok taip lesson plan.. duit yuran siang tadi belum update dalam excel lagi.. cemana nih?!

kalau tido cam malam semalam.. maunya bangun lewat lagi ni... kul 6 kira lewat tak aa??? sampai skolah kul 7:10.. cam lambat je rasa...

azam esok nak sampai awal sebelum 7:05.. bleh ke?




*hari pertama ke sekolah memberikan serba sedikit gambaran sama ada dari sudut +ve & -ve.. kena pandai2 tapis laa bak kata bonda ku...

hari pertama yang busy

huh! tak sempat nak bertenet.. sampai je skolah tadi dah bederet parent tunggu nak bayar yuran.. aku pun kalut jugak laa nak jadi cashier hari ni... dok kepit handbag ke hulu hilir.. mana tak nye.. dalam tu dekat2 2K.. iskk... awai2 bulan ni.. kalau ada 2K memang mokcik kayo laa.. :)

banyak nak cita sebenaqnya ni.. tapi aku kejar masa.. nak kluar jap .. nak p hantaq printer utk di repair.. huhu.. masa cuti tak teringat langsung nak p hantaq kedai..

sebelum tu nak jawab komen kak Azie,

azieazah said...

Amboiii.. rini nak masuk sekolah, malam tadi baru nak wat plan lesson.

Mau lena atas meja nihhh...


tak dan nak lena atas meja aa... duk p balik p balik.. mujuq tatsat tak tersungkuq kat tangga... hahahha...








*cikgu skola lama bagitau.. ada murid datang cari aku kat bilik guru pagi tadi.. terharu plak rasa.. huhu

ekspress..

baru siap iron baju, susun buku utk esok.. sebelum tu balut buku.. huhu.. jgn tak tau cikgu pun kena balut buku jugak... tapi buku ringakasan mengajar la.. besar gedabak pulak tu.. (bab2 balut buku yg paling tak suka..)

siang tadi bawak bonda ke Tasek Gelugor.. dapatkan rawatan alternatif.. tak pe nanti cita kemdian ek.. lepas tu ke JJ Perda.. nak beli buku matematik tahun 3.. dan sebuah novel.. (sempat lagi tu..)

*pasni nak wat lesson plan.. huhu.. tatau laa kul brp leh lena... iskkk!

Sunday, January 2, 2011

buku teks lunyai - rentetan entry kak AA

tadi singgah rumah kak Azie.. terbaca entry tentang buku teks kat sini.. nak komen panjang2 kang jadi entry kat ruang komen plak.. heheh.. jadinya nak bagi komen kat sini laa.. kak Azie, aci tak???

kak Azie,

kat sekolah lama Eja pun banyak buku dah lunyai.. macam2 alasan budak2 bagi.. kena hujan laa, ayaq tumpah laa.. adik koyak laa.. yang tak tahan siap ada conteng dengan pen lagi.. kalau dengan pensel bleh laa tenyeh dengan pemadam.. yang ilang muka surat tak yah cita laa... tu yang time P&P jadi tergendala tu....

Eja pun pernah tanya kat cikgu SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) tentang masalah ni...menurut cikgu SPBT sekolah Eja dulu tu, sejak dua menjak ni setiap sekolah hanya diberi buku teks mengikut bilangan murid saja.. bagi cukup2.. jadi cikgu tak dak pilihan, setakat koyak kulit buku dikira boleh guna lagi.. katakan la buku teks tak cukup, terpaksa la mintak dengan sekolah2 tang ada lebihan buku... kalau buku2 tu elok ok la lagi.. buatnya macam buku tu macam buku CHAK.. redha je laaa....

sekarang ni memang tak macam zaman kita dulu buku teks belambak tak kira ikut murid.. dulu cikgu SPBT bleh ganti buku yang rosak dengan buku baru.. (leh tau ni pasai arwah abah dulu cikgu SPBT)..



*kalau tanya org atasan mesti dapat jawapan ni... - dah nama pun buku pinjam..ramai tangan yang memegang nye..

terlalu kenyang..

kerana terlalu kenyang dan keletihan aku terus je bum bum tido.. tak sempat nak bertenet, tak dan nak update apa2..

kekenyangan kerana dek aktiviti yang tak berkesudahan semalam... makan, makan, makan, & makan lagi.. keletihan kerana berjalan2 tak hengat... keluar rumah dari 11:30 pagi.. sampai ke rumah 9:00 malam.. mengalahkan bekerja..

seperti dirancang.. sampai di rumah yang ke 4 baru laa makan sungguh2.. almaklumla.. rumah sedara sendiri (second cousin pengantinnya..) selesai je di rumah kenduri, aku & famili pun merancang nak 'jalan-jalan cari pasal'..nak ke seberang.. konon nak bawak hero kecik tengok laut..

mula2 destinasi ke Batu Feringghi.. terus lagi ke Teluk Bahang.. fuh! dah lama tak jalan2 situ.. jenuh tahan pening dok kona-kona..(banyak selekoh).. kemdian kami terus kan perjalanan suspen juugak rupanya bila jalan di hadapan banyak dengan selekoh tajam.. dah la tajam, dekat2 pulak tu.. elok jugak la si hero tido.. kalau tak jenuh jugak la nak kawal dia...

sampai satu tempat yg tak de sign board, jumpa pulak bangsal pondok org jual durian.. ramai pulak yang berhenti makan di situ.. aku & bonda decide nak singgah laa.. kekonon nak la bawah balik buah tangan dari Pulau Pinang ni..

rupa2nya pondok yang aku singgah bukan laa pondok jual durian.. tapi jual emas.. sebab apa aku kata emas?? tungggu.. aku update...






*kaco betul laa hero kecik ni.. nak kena offline kejap..

Saturday, January 1, 2011

tadi baca berita kat Metro.. simpati dengan Maizawati (ex-wife ustat rock) yang kemalangan di Persiaran Sultan Azlan Shah dekat2 Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah.. Dia dilaporkan berlanggar dengan sebuah kereta yang tiba2 buat U-turn...

alhamdulillah, suami dan anak2 serta kandungannya selamat.. cuma tangan je laa patah...








*tu laa bila bawak kereta hanya pikir diri sendri.. tak pasal2 sebabkan org lain susah... patut kena saman je keta yang buat u-turn tu...

entry pertama 2011


salam pagi tahun baru.. dah bersarapan?? ke masih dalam selimut? heheh.. hari ni aktiviti makan, makan, & makan lagi selain dari tengok TV je.. huhu..

pagi lagi dah bersarap sardin roll by kak ipar ku.. aku? tukang beli roti & makan je.. buat tadi dapat la 26 gulung.. sekali licin.. tak dan nak snap.. dah rupe cam piranha masing2.. tak sat dah tinggai piring.. isk isk isk,... kebulur lapar sangat ke org dalam umah ni...

masa tengah taip entry ni, anak buah bukak channel 131.. cita Lu Pikirla Sendiri The Movie.. kalau rating yang leh aku bagi.. aku bagi 2/5 je.. bohsan je jalan cita..

sementara tunggu sampai kul 11:30 sebab nak p kenduri kawen.. awal sangat ke? tak laa sebab aku kan ada 4 jemputan hari ni.. jadi kena laa kuar awal.. plan pegi umah pertama makan ringan2 je dulu.. ala kan ke kenduri sekarang ni ada side order dish instead of lauk pauk kenduri yang biasa je...

...................

semalam tu sempat laa tengok bunga api kat TV2.. kemdian tengok masing2 dalam umah ni dah belayar sampai ke China aku pun join le sekali...

sebelum abis hari ni so kepada yang membaca.. SELAMAT TAHUN BARU 2011.. & SELAAT BERCUTI!!!



*sambil2 dok kira berapa lori laa kalori nak masuk lam perut ni... huhu