Friday, September 28, 2012

Hilman Yong dah sudah.. sekarang Adam Mukhriz pula ye... :)

Jumaat..

alhamdulillah pagi-pagi lagi hujan turun dengan lebatnya.. Doa di waktu hujan lebat ni antara waktu mustajab doa... dalam hujan lebat pagi ni aku redah jugak ke sekolah.. menghantar hero kecik ke rumah pengasuh.. nama je guna payung.. basah kuyup jugak kami dua beranak.. apa nak buat.. sepanjang minggu ni hujan dari malam bawa ke pagi.. tapi best jugak.. pokok bunga peninggalan arwah Bonda pun tak laa layu.. hujan tu kan rahmat Allah...

malam semalam aku dah berjaya habiskan kisah Hilman Yong dan Intan Zulaikha.. novel kisah kasih sayang.. semestinya berakhir dengan 'happy ending'.. aku suka...

selesai kisah Hilman Yong.. hari ni aku bermula pula dengan kisah Adam dan Hawa.. gara2 penangan Abam Aaron Aziz... sampai ke Jusco aku cari buku dia.. sebab tak sabar nak tau kisah Adam Hawa ni... di rumah belum ada Astro B'yond... dalam proses memujuk En Suami utk tukar Astro.. hehehe.. lagipun seingat aku, aku belum penah baca lagi novel ni...






*macam ni laa aku isi masa lapang bila rasa sunyi... :( 
Al Fatihah buat Bonda yang dah 45 hari pegi mengadap Ilahi..

3 comments:

farae al-farafisya said...

Salam singgah..
takziah atas pemergian bonda akak..
dah agak lama tak blog walking ke sini,terkejut bila baca ayat akak yg ni;
'pokok bunga peninggalan arwah Bonda pun tak la layu..'

semoga rohnya ditempat dalam kalangan orang2 beriman..

azieazah said...

Ketara suasana sunyi tu ya...

ejaescobart said...

farae..

terima kasih sudi singgah...




kak Azie..

macam tu laa nampaknya..