Sunday, November 25, 2012

Cik Paris Diva Kampung ~ buat aku tersengih..

Ahad pagi..


sambil dok tunggu Apek lalu belakang rumah.. sempat bersoal jawab dengan akak-akak yg budiman di'bilik' sana tentang resepi asam pedas daging...  oh! yang aku tunggu tu semestinya bukan Apek yang baru buat PC tentang berita dia nak kawen... ini Apek bawak ikan daa... hehe

sempat laa melayan telemovie  Cik Paris Diva Kampung di Astro Ria.. lakonan Liyana Jasmay, Elfira Loy, Zol Ariffin dan 2-3 lagi pelakon yg aku tak berapa nak kenal...oh ya si Anzalna tu pun ada.. tapi extra je laa dalam drama ni...

walaupun drama ni penah di tayangkan di @Prima.. tapi ini laa baru berkesempatan nak melayan... cerita menarik jugak laa.. mengisahkan Zulaikha (Liyana Jasmay) yang baru ditinggalkan oleh tunang dia (Zol Ariffin).. kecewa punya pasal dia bawak diri ke kampung ke Mersing bersama BFF nama Sara (tak tau nama pelakon ni.. tapi slang English dia memang best aa...)..untuk merasai pengalaman hidup cara orang kampung...

dia ke Mersing mencari rumah Mariam (Elfira Loy) 'rakan' yang dia kenal di FB.. Mariam ni ada sorang ayah dan abang tang bam bam... ayah dia ada kandang kambing.. time Zulaikha kejar kambing masuk kandang yang nak gelak tu.. pakai baju tak agak2 kemain stylo.. kiranya si Zulaikha ni masuk kampung ala2 Paris Hilton dalam rancangan "Simple Life" tu laa..




Zulaikha menghabiskan masa 2 minggu di kampung Mariam.. ada pulak watak Sufian (pun pelakon baru.. nama Izzu Islam) mamat kampung yang agak serabai minat dengan dia... akhirnya Zulaikha terpaut hati dengan Sufian...

nak bagi ulasan panjang2 tak pandai sangat.. apa pun drama ni buat aku tersengih2 pepagi tadi.. cute je rasa...

Sufian..


lagu penghabisan tadi pun sedap jugak nyanyian LJ.. "cinta bersatu" judul nye...


*dan dan perasan muda.. ahaks!








2 comments:

azieazah said...

Citer tu sikit-sikit macam Paris Hilton punya reality show tu kan?

Kak Azie pernah tengok sekali, tapi sikit sikit. Sempat la tengok juga Liyana Jasmay punya slang-slang English. Lawak!

ejaescobart said...

betoi kak.. dia pun gedik ala2 Paris jugak dalam drama ni.. memang lawak.. Ammar pun boleh tersengih2 macam paham sangat.. :)