Friday, December 3, 2010

nak amik Ammar boleh??

plan nak ke Pasar Kemboja tak menjadi.. frust laa jugak.. ye laa bangun pun dah lewat.. (eh! aku ke??) lepas tu baru teringat ubat bonda nak kena gi amik kat spital.. dah nak abis bekalan dia tu.. so, siap2 terus ke spital dulu.. ari ni kan Jumaat.. karang nak kena gi petang yang lemah tu.. sekarang ni musim hujan..

dari spital gi Billion jap.. teringat bekalan bulanan aku pulak hampir terputus... pastu tengok bantal peluk gebu.. cam bess je nak gantikan yang sedia ada tu.. pilih nye pilih.. rembat sebijik.. pastu teringat bonda request spageti dah lama.. pusing belah frozen food.. amik daging cincang Ramly.. pastu chow balik umah.. so, tak jadi la ke pasar tu.. pasalnye time tu masa pun dah kul 11 lebih.. Pasar Kemboja tu sampai kul 10 je..

sampai je terus kelentung kelentang nak siapkan spagetti utk bonda tersayang...tengah dok sibuk tu.. datang pulak pengasuh Ammar yang dulu.. katanya nak anto pisang.. kena pulak Ammar baru je lelap dalam 2-3 minit.. aku budget dia tak masuk laa rumah.. coz aku nak cepat karang hangus plak piyuk kat dapur..

aku biarkan je laa dia borak2 dengan bonda... aku budget dia borak dalam 10-15 minit je.. memandangkan masa tu dah kul 12 tgh hari.. ye laa.. takkan tak masak plak kan? karang laki dia nak ke mesjid tak sempat nak makan pulak..

aku masak sampai siap suma.. dia dok ada lagi.. iskk! aku ni dah lapor.. tak kan nak makan depan dia pulak.. (dining sekali dgn living) so kalau aku dok kat meja makan tu soheh la nampak.. segan laa pulak.. nak jamu pun aku buat tak cukup bahan.. main taruk je.. lagi laa malu.. aku kan memang pemalu.. ahaks!

dekat kul 1 Ammar dah jaga.. terus dia cakap nak bawak balik Ammar.. haiks! tadi cakap nak antor pisang je.. ooo.. umpan rupanya.. baru aku paham.. hish! tak nak laa aku.. aku bagi alasan Ammar lum makan nasik lagi.. dan dan tu laa dia nak tolong suap kan..ai.. bersungguh dia ni.. mujur laa bonda pandai back up.. so tak jadi laa dia nak bawak Ammar.. katanya esok pulak nak datang amik.. apa pulak laa helah aku nak buat ni.. (kejam kan aku ni??)

lantak la kalau ada yang cakap aku lagu tu.. tapi hati aku tak leh terima laa.. hish.. kalau di kenang2 balik.. memang sakit hati.. biar laa.. mungkin lepas2 ni ati aku sejuk... ok laa kot..


tu laa kan aku dah kata.. jgn mulakan.. satgi aku jugak yang sakit ati..

1 comment:

azieazah said...

Memang serba tak kena dibuatnya...