salam.. malam ni aku nak mulakan dengan update tentang mentua aku.. aku sempat ikut beliau ke klinik di Melaka Raya pada hari Khamis lepas.. aku jugak sempat bertemu dengan doktor yang merawatnya.. alhamdulillah doktor sudi meluangkan masa..
menurut doktor.. :
keadaan mentua aku pada hari pertama sampai di klinik boleh dikatakan tak berapa ok.. setelah ujian darah & T-score dilakukan keadaan tulang mentua aku di bawah paras normal iaitu bacaan -2.7.. pada masa tu aku & en suami memang tersangat la risau.. kalau dilihat mentua aku macam tak ada apa2 penyakit pun.. masih boleh berjalan ke sana ke mari..
sebelum mentua aku balik ke Singapura malam Sabtu lepas.. sempat la jugak aku tengok result terkini T-score yang doktor dah buat.. alhamdulillah.. dengan kuasa Allah Taala setelah 12 hari mendapat rawatan di situ bacaan pun berubah.. dari -2.7 ke -1.6.. alhamdulillah.. syukur..
mentua aku akan menyambung kembali rawatan selepas Hari Krismas nanti.. tempoh yang disyorkan oleh doktor selama 40 hari..
ya Allah, aku mohon padaMu semoga Kau berikan kesihatan yang baik buat ibu mertua ku.. aminn.. aminn.. ya rabbal alamin..
buat masa sekarang ni mentua aku kena pantang dalam diet sehariannya.. tak boleh makan maknan dalam tin macamm sardin & tuna, kena elakkan segala macam makanan laut.. kena elak segala jenis kekacang.. masak ikan & sayur dengan cara kukus @ rebus je..
* bila bab tak bleh makan kacang tu yang aku kesian sangat... segala tauhu tak bleh, tempe, kicap.. (itu kan makanan org Jawa..)
No comments:
Post a Comment