hampir seharian semalam aku tak dak kat umah.. aku bawak bonda ke Hospital Taiping.. tujuan nak review darah yang dah di amik minggu lepas.. (amik & buat ujian di BP..) aku buat kat private pasai aku takut darah di'hilang'kan lagi..
sampai je aku bagi surat rujukan dari pakar GH Penang.. kakitangan tu mintak aku tunggu.. kemudian dia baca.. aku tak tau laa dia paham ke tak.. pasai aku nampak dia lebih kepada merenung dari membaca... haha.. dengan konfiden dia nak set appointment akan datang.. aku dah bagitau aku cuma nak mintak doc tolong review dan buat catatan sikit utk aku bawak pi GH Penang 21hb ni.. kemudian aku diminta datang semula selepas sejam.. jadi aku amik keputusan bersarapan di kantin dulu...
fuh! jenuh aihh nak karang cam karangan... lambat pulak nak taip rasanya..
ok berbalik pada cerita.. selepas sejam aku ke kaunter semula... kakitangan hanya bagitau temujanji bonda pada 19/2/2011.. dua minggu sebelum tu nak kena amik darah lagi.. aiks? pasai apa nak kena amik darah lagi pulak.. aku tanya lagi.. keputusan dari BP yang aku bawak tu tak valid ke? dia cuma jawab "doc kata result ok.. tak dak masalah.."
ye laa kalau ok sekali pun tak kan laa aku nak bawak ayat dia ke pakar kat Penang tu secara verbal je.. apa punya bingai ni.. bila aku soalkan pada kakitangan yang cantik manis tu dia cam tak leh nak jawab pulak.. tetiba dengaq suara yang agak keras dari kakitangan yang aku rasa dah tua tu tanpa berpaling muka ke arah kami.. haiks? apsal plak dia yang nak 'mengeraih'.. bukan dia doktor pun.. (mengeraih = bertegas)
dek kerana aku malas nak bertekak.. sebab karang dia jugak yang malu.. aku blah dari situ.. kesimpulan aku ke sana cuma menghabiskan minyak yang harganya dah naik tu... huhu.. aku memang seronok.. dapat RM500.. macam2 aku plan.. nak beli rumah.. keta lagi sebiji.. kena pulak minyak naik.. yahooo!! seronok nya..
No comments:
Post a Comment