bila dah ramai pompuan dari lelaki biasa la suasana bilik meeting.. kena pulak masing2 tak berjumpak masa cuti.. suma pakat nak bercakap.. aku rasa yang dok dengaq aku je kot.. macam2 cita kluar.. hahaha.. depa tatau tak lama lagi aku la yg nak bagi bilik meeting tu bergegaq.. tu dia...
meeting hari ni merangkum suma sekali.. iaitu HEM (Hal Ehwal Murid), Kokurikulum & Kurikulum.. mudah dah cepat.. aku sukaa.. kemudian sesi kedua meeting disertai Penolong Pengarah Bahagian Kualiti dari JPN Perak..Hj Rasydi & Hj Abdul Halim kalau tak silap aku...
makan di taja.. fuh! jimat duit den.. makan pagi mee goreng.. ok laa bleh tahan laa.. tengah hari nasik putih dgn ikan kerapu masak apa tah + asam pedas kembung (memang pedas gila) + bendi goreng + kurma ayam.. pergh.. kenyang.. aku tambah 2 kali.. tudia..
on the way nak balik hujan turun selebat-lebatnya.. hujan rahmat..
...........
aku dapat berita anak sulung arwah cikgu Idrus yang dulunya jiran kami di kuarters guru telah kembali ke rahmatullah petang semalam .. dikatakan serangan jantung secara mengejut.. jenazah allahyarham dibawa balik ke Taman Kerian dari KL tengah malam semalam.. jenazah selamat dikebumikan jam 11 pagi tadi.. arwah baru berusia 36 tahun.. Al Fatihah..
* takut bila cita bab heart attack..
No comments:
Post a Comment