Bahan-bahan :
10 keping roti - sapukan majerin pada both side
3 biji telur
santan pekat (dari sebiji kelapa) - aku guna santan kotak je..
3 sudu besar tepung gandum
gula pasir - aku letak dalam 4-5 sudu je..
kismis secukup rasa
cara-cara: (versi aku..)
dek kerana nak cepat & ringkas dicampur dengan vitamin 'M' terlebih sket dalam diri..
- maka nya aku blend segala telur, gula, santan dan tepung hingga sebati..
- roti tu aku potong 4.. dan susun dalam bekas 8 x 8
- tuang adunan tadi dalam roti.. hingga tenggelam.. biarkan sebentar roti hingga kembang sedikit.. tabur kismis..
- bakar dalam oven selama 40 minit dengan suhu 175 C
2 comments:
teringin nak wat tapi x der oven... harus beli kalau nak try wat ni...
TQ eja...
aku penah tgk resepi bengkang roti kukus.. tapi tak ingat tang mana plak.. nanti kalau jumpak aku try post ek.,.
Post a Comment