Friday, December 31, 2010

entry terakhir utk 2010

tak sampai lagi dua jam nak masuk tahun baru.. pada yang suka jalan malam.. soheh laa dok lepak2 di luar rumah.. yang dok area KL boleh laa layan tengok bunga api kat sana sini..

aku kat sini pun leh layan bunga api jugak.. layan kat TV je la.. huhu... tapi sound effect bleh dengar dari belakang rumah... anak India ni dari siang tadi dok main bunga api.. pong pang pong pang.. rasa cam nak repot polis je.. :P

hari ni sama macam semalam.. hujan dari pagi bawak ke malam.. tadi kekonon kuar nak beli roti (alasan nak keluar rumah sebenarnya.. dah 2 hari dok terperap kat rumah..) jalan kat pisat bandar ni bleh jem..hish.. kalahkan nak sambut raya.. supermarket yang ada tak yah heran laa.. memang penuh je.. masing2 sibuk shopping last minit persiapan nak bukak sekolah ni..

dah laa jalan jem.. ujan renyai2.. yang bawak keta masing2 mandom je.. sampai kedai roti pulak abis.. pusing2 jumpak roti biasa.. yang serat punya pulak tak der.. (roti serat utk bonda) pusing lagi.. masuk kedai yang ke 6 baru laa ada.. tu pun ada tinggal 2 buku je lagi.. memang rezeki bonda ada malam ni.. dah beli tu terus cargas balik rumah.. tak sanggup nak pusing2 kat pekan lagi..

.............

hero kecik dah selamat tido.. aku je yang terlebih tido siang tadi.. :P so malam ni aku ingat nak layan laa kejap bunga api kat TV.. kalau menarik leh laa layan lama2 sket.. kalau tak, aku join laa en suami anak beranak..

esok aku ada 4 jemputan kenduri kawen.. pergh.. jenuh melantak makan laa sok..



*baru teringat azam tahun 2010.. nampak gaya bawak ke tahun 2011 je laa.. huhu

petua - dari ekonomi handalan..

hari ni mendobi lagi.. semalam hujan renyai2 terus-terusan turun dari pagi hingga ke malam... kain yang bersidai pun tak berapa nak kering.. jadinya hari ni kena laa jugak dobi kalau tak tau la apa nak jadi dengan baju2 yang asyemm tu...

masa bukak pek sabun tadi aku sempat baca info yg ada di bahagian belakang pek bungkusan.. salah satunya yang menarik perhatian aku petua yang diberi.. huh! siap bagi petua lagi..

petua utk mencuci pakaian baru yang berwarna gelap... cuci dengan menggunakan air sejuk yang telah dicampur dengan satu sudu besar garam... cuci macam biasa laa ye.. tujuan garam dimasukkan ke dalam air sebab nak elakkan warna terus luntur walaupun baru 1 cucian...

sebenaqnya aku pun tak pasti petua ni ok ke tak..aku belum cuba lagi... kalau ada baju @ seluar baru nanti bleh laa cuba petua ni..

kali ni try jenis pulak.. (pic gugel je..)




* terima kasih ekonomi handalan.. ;)

countdown..

kurang dari 24 jam ketika entry ni di buat kita semua akan melangkah ke tahun baru..makin banyak dan dugaan yang bakal ditempuh.. yang ada azam baru mungkin makin tak sabar bak tunggu tahun baru.. pada yang punya azam dari tahun2 lepas macam aku ni.. tunggu je laa bunga api kluaq kat tv.. huhu..

sepanjang 2010 macam2 yang telah aku lalui.. dari pahit, manis, pedas, perit, masam, masin.. melibatkan macam situasi, macam2 perkara.. dari hal-hal kerja, kawan2, famili, dan tak kecuali diri aku sendiri..

detik paling cemas ketika bonda di masukkan ke wad CCU.. pada Ramadhan yang lalu.. detik paling menggembirakan sepanjang 2010 bila mana anak kesayangan membesar dan semakin bijak dengan macam2 keletah.. jom layan pic yang tak penah aku publish...



umor sebulan..




8 bulan..




11 bulan.. kali pertama memanjat..




16 bulan... dah pandai merajuk..




*harapan aku.. semoga tahun 2011 ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya buat aku dan famili ku...

Thursday, December 30, 2010

tag : Contest Aku dan Kacamata

alahai.. memalam kena tag dari kak Azie plak.. ok laa memandangkan aku tengah kering idea ni.. leh laa join.. menang ke tak tu belakang kira.. kira je tau.. bukan buat lain2 yee.. :P

ok syarat penyertaan :


  • Menjadi follower seikhlas hati yang mungkin - dah jadik pun..
  • Memerlukan gambar anda yang memakai kaca hitam..terpulang edit ataupun original - yang ni yg lemah ni.. tak penah amik pic pakai spek itam.. tapi buh pic ammar je la ek..

pic ammar masa umor 8 bulan..

  • Tinggalkan link anda di entri ini apabila sudah join dan letakkan gambar banner di sidebar - ok dah buat!
  • Tag 2 orang rakan anda - 1. Rafshila 2. sue*suriyati

jawapan teka teki..

pagi tadi dah bagi teka teki..

Nakia jawab : bunga api..

Surie : serender awai2... huhu


jawapan bagi soalan teka teki...

dalam banyak2 bunga... bunga apakah yang boleh dibeli dengan harga paling murah tapi boleh dapat banyak kuntum???



ialah



*


*


*


*


tarraa....



bunga cengkih... beli dua kupang pun dah dapat berpuluh kuntum.. hehehe




jom layan..

gambar2 masa balik kg ari tu.. jom layan....


Bandor Muor..




kat tepi pantai.. boleh nampak selat Melaka kat belakang tu...




tak tau nama apa alat ni.. menurut en suami alat ni digunakan utk menternak kupang..




terbiar...




Masjid Selat Melaka..




lagi gambar masjid..




kapal-kapal kat Selat Melaka..




*tahun depan pulak la balik kg.. insya ALLAH...

tumpang gembira..

kali ni nak cerita pasai kawan2 yang dah mula buat bisnes dalam bidang masakan... seorang kawan baik merangkap rakan sekuliah masa sama2 di Arau dulu telah berjaya mengorak langkah utk jadi usahawan.. tahniah aku ucapkan pada Surie.. dengan rasminya dah bukak Iman's Bakery.. mengambil tempahan kek coklat lembab atau nama glemer nye chocolate moist cake di sekitar Lembah Klang.. kalau luar dari area tu aku tak pasti laa kek tu bleh sampai dalam keadaan elok ke tidak..

sebelum ni Hezrin dah mula buat bisnes makan2 ni.. dia ambil tempahan kek coklat, kek cawan, roti, homemade cokelat.., apam kaler.. iskk macam2 la dia jual... bangga aku dengan kawan2 yang semangat bukak bisnes cenggini..


tahhiah buat kalian! aku tumpang gembira...




* teringin punya keupayaan & semangat yang sama...

teka teki..

teka teki teka tekuk...


dalam banyak2 bunga... bunga apakah yang boleh dibeli dengan harga paling murah tapi boleh dapat banyak kuntum???



sapa tau tolong jawab... jangan malu2 ye.. tima kasih...



esok cuti?

malam tadi PM buat pengumunan esok (Jumaat) cuti umum sempena kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia..

bagi orang2 yang bekerja pada hari tu aku ucapkan selamat bercuti laa.. boleh laa buat persiapan terakhir utk anak2 yang nak masuk sekolah tak berapa hari dah ni...




* sure shopping kompleks sesak.. nampak gaya cari kasut kat kedai Apek je laa... tu pun kalau dia bukak kedai...

tahniah buat pasukan Malaysia!!

aku tak la tengok pun perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia sebabnye aku ni bukan la peminat bola.. kena pulak en suami tak berapa nak tengok ... jadi layan keputusan je laa..


bukan bola ni yang dorang guna...


walaupun perlawanan kedua ni jaringan berpihak pada pasukan Indonesia.. tapi disebabkan pasukan kita lebih hebat pada perlawanan pertama dengan jaringan 3-0 menjadikan aggregate 4-2.. yeahoo!!! Malaysia memang..

syabas kepada pemain.. jadi dah terbukti laa pasukan kita tak pakai bomoh... kalau pakai bomoh soheh dah mlm ni jaringan 3-0 lagi.. huhu





* teringat akademik bomoh dalam rancangan Oh Yeah!

Wednesday, December 29, 2010

ogawa!

petang tadi makcik bidan yang ngurut aku masa lepas bersalin dulu ada mai umah... bonda mintak dia urutkan tangan sebelah kirinya yang sakit dah laa.. sakit sampai tak boleh nak angkat tangan..

aku pulak bila dah tengok makcik tu mengurut cam best je.. aku mintak la dia tolong dia urut kan sekali kaki aku yang sedia kala sakit ni..

kaki aku sakit bahagian buku lali & tulang keting tu.. kalau bangun & nak tido je mesti sakit.. tatau pasai apa.. kalau ikut logik.. cam tiang umah kecik tapi umahnye besarrrr.... cam gitu le lebih kurang.. kalau ada yang tak paham tu.. buat2 la paham... hehe



* time2 ni laa dok teringat nak beli mesin urut ogawa.. lenguh2 @ sakit2 je petik suis...

Tuesday, December 28, 2010

sekolah baru, suasana baru..

hari ni pegi sekolah baru dengan semangat baru... sampai je skolah tepat kul 8.. meeting mula kul 8:30.. sempat la aku kenal dengan cikgu2 skolah baru ni.. tak ramai pun.. dalam 19 orang.. dua org je cikgu lelaki.. yang lain2 sama sepesis pompuan cam aku.. hehe...

bila dah ramai pompuan dari lelaki biasa la suasana bilik meeting.. kena pulak masing2 tak berjumpak masa cuti.. suma pakat nak bercakap.. aku rasa yang dok dengaq aku je kot.. macam2 cita kluar.. hahaha.. depa tatau tak lama lagi aku la yg nak bagi bilik meeting tu bergegaq.. tu dia...

meeting hari ni merangkum suma sekali.. iaitu HEM (Hal Ehwal Murid), Kokurikulum & Kurikulum.. mudah dah cepat.. aku sukaa.. kemudian sesi kedua meeting disertai Penolong Pengarah Bahagian Kualiti dari JPN Perak..Hj Rasydi & Hj Abdul Halim kalau tak silap aku...

makan di taja.. fuh! jimat duit den.. makan pagi mee goreng.. ok laa bleh tahan laa.. tengah hari nasik putih dgn ikan kerapu masak apa tah + asam pedas kembung (memang pedas gila) + bendi goreng + kurma ayam.. pergh.. kenyang.. aku tambah 2 kali.. tudia..

on the way nak balik hujan turun selebat-lebatnya.. hujan rahmat..

...........


aku dapat berita anak sulung arwah cikgu Idrus yang dulunya jiran kami di kuarters guru telah kembali ke rahmatullah petang semalam .. dikatakan serangan jantung secara mengejut.. jenazah allahyarham dibawa balik ke Taman Kerian dari KL tengah malam semalam.. jenazah selamat dikebumikan jam 11 pagi tadi.. arwah baru berusia 36 tahun.. Al Fatihah..




* takut bila cita bab heart attack..

Monday, December 27, 2010

menanti hari esok?

baju dah gosok.. dokumen yang nak diserah pun dah ready.. jam dah kunci.. buku catatan dah ada.. tunggu pagi je lagi..

huh! semangat nak ke sekolah baru.. cam budak2 pulak rasa... hehe..

ye la sekolah baru, environment baru.. belum tau lagi cemana keadaan kat sana nanti.. jadi ada baiknya lebih bersedia.. betul tak?

sebenarnya dalam hati ni berdebar2 jugak.. ye laa mana la tau kalau2 aku kena ngajar subjek yang belum pernah aku ajar.. jgn laa subjek yang biasa aku ajar tak da satu pun yang sangkut.. huhu saspen.. saspen..


.............

selingan..

tadi terbaca entry dari suri klik sini.. dia nak berdating dgn sang suami minggu depan.. sempena cuti antar anak ke tadika.. best bleh p dating.. lama2 sekali jadi cam org bujang apa salah nya...




* belum sampai masa nak berdating macam dulu2.. insya Allah masa tu akan tiba jugak nanti..

383 - fuh selamat!

malam tadi aku join segmen en BA.. masa tinggalkan link kat ruangan komen dia tu aku dah saspen dah. .. ye laa blog org fofular ni cepat betoi org komen.. aku ingat masa aku post link aku tu dah masuk org yang ke 500 lebih dah..

tatsat ni jenguh jap blog BA.. tengok update list dia.. blog aku tersenarai yang ke 383.. ok laa tu.. selamat lagi aa dok dalam carta 500 blog... huhu..

ucapan terima kasih banyak2 kat cik BA ye.. sudi jenguk blog aku yang tak semenggah ni.. :)







*pepagi aku dah terjah blog orang.. keje gile?? :P

Sunday, December 26, 2010

500 BLOG

kali ni nak try join segmen blogger fofular tu.. en Ben Ashaari.. join je laa.. bukan nak kena bayaq apa2 kan?

syarat penyertaan :

  1. Letak banner banner-ben-3 ini..
  2. TAJUK: 500 BLOG ! dan linkkan ke entri ini ...
  3. Tuliskan serba sedikit mengenai diri anda dan tujuan jadi blogger ..
  4. Tinggalkan url entri anda di entri ini ...
  5. tolong paste url anda sekali saja untuk mengelakkan gandaan di senarai .

no 1 sudah.. no 2 sudah..

no 3.. serba sedikit tentang diri.. seorang isteri dan bonda kepada seorang anak.. kerja ngajaq anak bangsa.. jadi blogger sebab tertarik tengok kengkawan menulis.. so jadi nak menulis jugak la walaupun menaip sebenaqnya...

no 4 dah buat.. no 5 tak buat 2 kali na cik Ben..


* harap2 tak la sampai orang yang ke 501 ye...

Got A Minute?

sambil merayau kat rumah kengkawan.. sempat jugak laa jeling TV.. tekan sana tekan sini... last2 layan Astro RIA.. rancangan baru..

Anda ada 60 saat.. rancangan sama cam American Got Talent.. tak silap aku.. kalau silap mintak maap la ye..

cabaran2 yang peserta kena buat berlainan dari satu peserta dgn peserta lain.. emm.. ada yang nampak susah.. tapi mudah sebenaqnya.. yang nampak mudah tapi susah tu semestinya ada.. yang susah aku rasa yang nak kena tiup 2 pelepah bulu ayam.. peserta kena tiup tanpa biarkan bulu ayam tu jatuh ke lantai.. fuh! bleh mengah jugak tuuu...

yang tengah aku tengok sekarang ni cabaran masukkan guli dalam sarung jari yang digunakan utk menjahit tu.. aku tatau nama benda tu.. nampak cam simple.. tapi kalau dah gelabah.. dengan penonton bising.. memang tak leh nak konsentret..


apa kebenda namanya.. tak tau laa.. :P



setiap cabaran ada 3 kali percubaan.. kalau 3 kali try terlebih masa.. so kira kalah la.. ada berani cuba?

RTM..

aku gerak dari Ipoh siang tadi dalam kul 10.. sebelum keluar rumah tu dah melantak makan bihun goreng Singahpo.. 2-3 kali tambah la jugak.. heheh..

sampai PB ngam-ngam kul 12.. terus p umah kenduri.. dah nama pun makan tengah hari.. maka nya kami2 ni makan siap bertambah2 lagi.. huhu,, ye laa kat umah mana ada apa..

aku ada lagi jemputan sebenaqnya.. kat Sg Acheh.. umah mentua Nakia.. tapi tak dapat nak attend.. coz lepas dari rumah kenduri kawen tu ingat nak balik solat dulu.. alih2.. masing2 dah kekenyangan keletihan ter-pengsan.. langsung sedar2 je dekat2 kul 5.. tak pegi laa jawabnya..

malam ni dinner buat nasik goreng pedas... taruk cili api + bawang putih seulas + ikan bilis yang dah ditumbuk.. nasik 2 pot.. licin...


* RTM = rehat , tido, makan

Saturday, December 25, 2010

zakat..

kurang dari seminggu kita nak masuk tahun baru.. macam2 urusan yang perlu diselesaikan sebelum menjelang 1hb Januari.. ye laa masa tu la ramai pegawai yang amik cuti.. betul tak? ada yang nak jelaskan cukai tanah, pintu..

sekarang ni kaunter zakat pun dah ada di mana-mana.. kadang2 tengok ejen yang mengutip melangut je..cam tak dak sambutan la pulak.. mungkin tak dak promosi kot..contoh cam kat Hospital Penang yang aku p Selasa lepas..cuma ada meja je.. banner @ banting tak letak pun.. pastu ejen yang mengutip aku tengok dok mengadap laptop sampai tak angkat kepala dah.. khusyuk sungguh.. maklum laa free wifi... :P





* kadang2 ghalit jugak sampai tak sedaq org kiri kanan...

selamat hari natal...



wah! lama tak nampak ucapan ni di tv.. masa kecik2 dulu biasa TV1 la buat ucapan utk penganut Kristian.. tapi la ni suma pakat buh selamat hari kismas je.. aku penah tanya soalan pada bonda.. apa beza natal dgn krismas.. jawapan yang aku dapat.. ejaan dia.. huh!? sabaq je laa..



*kalau pegi mana2 soping kompleks mesti ada macam2 promosi kan? macam pokok krismas siap hias dengan salji kan?? tapi kalau raya aldil fitri.. cam ada tak ada je promosi nye.. huhu.. sedih...

Friday, December 24, 2010

Anugerah Skrin

baru je abih tengok anugerah skrin.. aku tengok pun dah ujung2.. tadi layan desprate housewives season 6..

tahniah la pada yang menang.. yang sempat aku tengok tadi.. Bront Palare, Sharifah Amani.. (fuh! seksa masa naik stage tadi..), pengarah drama Antara Garisan.. (best cita ni..) .. lain2 tu tak berapa nak ingat coz tukar2 channel.. :P

cuma nak komen sket la pakaian pemenang anugerah.. ye la aku paham dah nama pun masuk tv.. malam glamer plak tu.. tak kan la nak pakai baju kurung plak kan? tapi ok pe pakai baju kurung.. dari berkemban cam nak p mandi kat telaga tu.. kan? hehehe..



(pic amik dari gugel)



*ngomelan sebelum tidur.. nak berborak suma org dalam umah ni dah selamat mimpi macam2 dah.. aku je jadi burung hantu lagi ni.. huhu

twitt twitt...?

aku ni nama je ada twitter.. tapi tatau cemana nak guna.. apo laa.. wat malu je.. ni suma gara2 kawan aku laa.. dok hingaq (kecoh) dia ada twitter.. aku ni godek2 la then sign up.. tapi masalahnya aku tatau nak guna cemana.. hahahaha

bagus jugak la aku tatau dari aku tau.. karang dok keja ngadap menda ni je.. satu hapa aku tak buat kang... pastu ada la syarahan ber-episod kluaq..baru ada akai...






* teringat masa kecik2 dulu.. main aci ligan.. bila mengah je, nak berenti lari siap angkat tangan sambey kata twitt, twitt..

clever?

sejak dua menjak ni astro TVIQ & Ceria dok ulang tayang rancangan clever edisi Malaysia.. bagus rancangan ni.. aku yang tua pun suka tengok.. banyak benda yang aku tak tau masa aku sekolah dulu tapi budak2 sekarang ni dah tau... hebat depa ni...



rancangan ni pun jadi salah satu rancangan feberet hero kecik.. kalau kluaq promo kat tv dia la yang kalut buat eksyen macam Aznil buat... lagi satu, bila tengok je org tu minum vitagen sibuk la tunjuk peti ais.. isk isk.. cepat benor terpengaruh...


salah satu ujikaji yang aku suka..




*apa2 pun aku nak bagi 5 bintang utk rancangan ni.. cuma satu je la.. kadang2 tu pemilihan selebriti cam tak kena.. yang join program ni cam blur2.. macam laa tak pernah blajo sains dulu.. hish! nampak sangat artis ni tak suka 'mengaji'

alamak.. kan dah kena..

tadi tengok rancangan alamak! - kan dah kena kat TV1.. bagus jugak laa aku rancangan ni.. kali ni hos dia terjah sorang mamat ni bawak kereta sambil pangku baby dia.. gila ka apa.. kalau takat pangku time nak masuk porch umah bleh laa lagi.. ni bawak kat jalan raya.. yang paling menyampah tengok tu.. siap maki hos tu balik.. dia tak sedaq kot kamera dok shoot muka dia punya la dekat...

antara ayat yang aku masih ingat.. - awak ni siapa nak tegur2 saya? awak perihatin sebab nak jadi prime minister y ang baru ke?

dengan muka yang sombong.. belum sempat cik hos tu nak cakap dia dah kata apa?? apa?? banyak kali plak tu.. dengan muka bengis... pergh.. memang cukup pakej la..

last.. bila hos bernama Nurul ni (aku baru ingat nama dia..) dook mintak maaf 2-3 kali pasai ganggu dia.. n explain dia just prihatin sebagai rakyat Malaysia.. baru laa si mamat bongkak ni slow sket.. pastu bleh plak bagi alasan dia tengah tension pasai tu dia cakap lepas je tadi... huhu



*macam tu punya sikap rakyat Malaysia? Melayu plak tu.. malu weyyyy
semalam cuma 1 entry je yg sempat aku letak.. sibuk apa tah sampai tak dan nak update.. pagi bawak bonda ke pejabat tanah.. nak tukar nama hakmilik rumah dari nama arwah abah ke nama bonda.. sampai sana.. segala dokumen yang dibawak di semak oleh pegawai berkenaan.. nama tak silap Anita bt Amri.. manis orgnye..

dah disemak.. kemdian cik Anita ni bagitau proses nak tukar nama ni bukan di pejabat tanah daerah.. tapi kena hantar ke pejabat tanah negeri.. kat mana lagi Ipoh le.. aisey.. dokumen ni dah di angkut merata.. dari Putrajaya ke Gombak.. balik ke rumah nak kena angkut balik ke Ipoh... mujur la nak buat kerja2 ni tak perlu bawak bonda.. jadinya wakil je yg pergi.. alhamdulillah selamat.. tak payah nak usung bonda ke sana ke mari.. (bonda nak berjalan banyak pun bukan boleh sangat..)

hari ni aku sempat menjengah sekolah lama utk amik semua dokumen yang nak kena bawak ke sekolah baru.. balik rumah terus keletihan.. melayan si hero yang tak mau nak tido petang.. langsung masa utk update entry terlepas.. biasa la kalau aku dok menaip.. dia pun sama sibuk dok tekan macam2.. paling geram tekan butang off.. hish!



selingan....

anak menakan aku berjaya memperoleh 7A 1B.. masa trial dapat 6B 2A.. sempat aku berseloroh dengannya Ahad lepas.. mungkin result sebenar terbalik.. 6A 2B.. alhamdulillah..dalam seloroh menjadi doa .. :) orang paling gembira tentu la abang aku yang dok di Qatar tu.. ye laa anak bertungkus lumus amik periksa, abahnya jauh diperantauan.. hanya doa yang mengiringi.. (seingat aku abahnya punya result pun tak cantek cam ni.. -bangcik jgn marah haa... :P)

dah dapat 7A ni ingatkan dia nak mohon la sekolah asrama lain.. mungkin dah serasi dengan sekolah kat Meru tu.. lagi pun senang.. tiap2 minggu bleh balik rumah... bleh layan internet..



* teringat time aku dulu.. dapat je result SRP sibuk isi borang nak tukaq sekolah.. seronok nak merantau, merasa hidup jauh dan berdikari.. tapi tak jauh mana pun.. kat Sek Teknik Penang je.. belakang Masjid Negeri tuu.. jadi la.. dari tak merasa merantau langsung..

farewell party - sendiri buat...

hari ni aku jemput rakan setugas yang dapat bertukar ke Perlis ke rumah.. ingat nak masak utk makan tengah hari.. alih2 dia nak mai petang.. ok laa buat minum petang je la..

ye laa kan kami berdua ni dapat tukaq tapi tak dak pun farewell party.. so buat party sendri2 laa.. huhu..

plan nak buat kuih yang senang2 je.. kalau nak senang lagi aku order je nanti.. ahaks! dasar pemalas..

ok laa nak melilau tengok umah sapa ada resepi yang best, ringkas & mudah nak buat...





* saspen je nak ke sekolah baru.. orang sana dok ternanti2..

Thursday, December 23, 2010

PMR - saspen je...

salam.. hari ni dah 23hb.. sekejap je dah nak abih tahun.. rasa cam baru je tengok bunga api sambut tahun baru kat tv... huhu..

hari ni result PMR keluar.. sesapa yang ada anak, anak menakan, adik.. adik beradik.. atau sesapa je laa.. mesti nak tau apa keputusannya ye tak?

aku pulak, tumpang saspen tunggu result anak abang aku yang sulung.. (abang aku yg no 3.. anak dia yang sulung..) maknya pun dari malam tadi tak bleh nak tido.. asik layan FB je aku nengok.. risau le tu.. tahun lepas baru je risau anak no 2 amik UPSR.. tahun ni anak sulung pulak... tahun depan anak no 3 pulak.. fuh! letih woo..




apa2 pun aku nak ucapkan selamat laa pada yang nak amik result jap lagi.. selamat senyum.. (kalau result cantik..) selamat nangis..( kalau tak brp ok) selamat sengih (kalau sama cam target)
pada yang tak berapa nak berjaya tu.. amik ikhtibar, mungkin ada yang silap tang mana2 tu.. jadi utk SPM jgn la diulang silap tu lagi...

* hari ni jugak la tarikh arwah abah dilahirkan.. kalau masih panjang umur abah dah pun 76 tahun.. al fatihah buat abah...

Wednesday, December 22, 2010

TV Hijrah?

aku baru tau pasai TV Hijrah ni.. tapi kat kawasan aku tak dapat siaran rasanya.. biasa la kampung.. tapi nak tanya laa sesiapa yang dah penah tgk channel ni tolong citer sket... adakah TV Hijrah sama macam channel Astro Oasis tu??


* nampak sangat la tak berapa nak tengok tv.. huhu

miss called..

semalam masa kat hospital aku dapat panggilan dari no yang aku tak kenal.. (tak dak dalam phonebook).. biasa kalau no yang aku tak kenal ni aku jarang angkat terus.. sebab menjadi kebiasaan org yang buat call tu hanya call sekali je,.. pastu tak dak call2 lagi.. jadi aku anggap org tu tak serius laa nak call aku..

tapi kan kali ni no yang sama berkali2 call.. hari sebelumnya pun sama.. kena laa pulak time org tu call aku tak dengar la.. hp dalam beg la.. aku penah sms tanya sapa.. tapi tak jawab pulak.. iskk.. sapa laa pulak ni.

jadi semalam tu aku call la balik no tu .. sekali yang jawab tu ngaku cikgu din..rupa2nya GB sekolah baru.. alamak!!! dia call sebab nak ingatkan aku ada miting 28hb ni.. kemdian dia bagitau, aku mungkin akan ngajaq budak darjah 1 matematik.. ayaiyaiyaiya... jenuh jugak tu.. pasai standard baru.. hari tu aku p kursus utk BM je.. tak pa laa aku menurut perintah je laa..

nampak gaya aku nak kena menuntut ilmu dengan otai2 yang ajar matematik laa pasni.. aku mak budak baru nak belajar...

ayat last yang tableh aku lupa.. "macam nak call datuk aih.. punya la payah nak dapat cakap.." tu dia.. sekali aku kena sound daa..

tajuk..

perasan tak kadang2 entry aku tak dak kadang2 ada tajuk? sebabnya kadang2 tu time aku dok menaip siap dah ada tajuk, tetiba rasa cam tak best je.. pastu aku padam.. kemdian langsung tak tau nak buh tajuk apa.. jadinya aku post je laa..

tapi kan pada aku.. kalau tajuk entry punya laa hebat kebabom.. tapi tak dak sapa nak baca tak guna jugak kan? apa2 pun terpulang pada citarasa sendiri.. eh! kalau lapar pi la singgah citarasa rinduan.. macam2 ada... kompom balik rumah perut kenyang... hehehe..(jek sket.. kot2 leh dapat diskaun dari ayu nanti... hehehe)

aku respect laa pada blogger yang ada idea meletop bila letak tajuk yang best2 kat entry dia.. walaupun cita dia tak laa best tara mana pun...

takziah...

salam pagi Rabu.. kepada yang berada di tempat kerja.. selamat menjalankan tugas.. kepada yang belum mula kerja cam aku ni.. selamat menjelajah blog la ye..

belum terlewat lagi aku rasa utk ucapkan takziah pada keluarga mangsa nahas bas ekspress di Simpang Pulai - Cameron Highlands..

perasan tak setiap ujung tahun (terutama bulan Disember) ada je tragedi yang melibatkan kehilangan nyawa yang berlaku di kawasan tempat tinggi..

suratan atau kebetulan?


* lama tak dengaq lagu tu..

Tuesday, December 21, 2010

dah malam baru dapat update.. yang pasti terasa lenguh2 segala sendi2 yang ada... kisahnya...

dari pagi dah sampai spital.. tup tup sampai turn bonda.. kena mai petang kul 2 pulak.. ya rabbii.. yang kami dok melangut sampai 3 jam tu apa kejadahnya? alasan: doktor yang mai lambat... kami tak bleh nak buat apa.. -hampeh..memang hampeh..

sampai rumah dah kul 6.. kluaq semula utk beli susu, bayar bil takut hp masuk ayaq lagi.. settle kan urusan kat ATM jap.. kemdian balik.. sampai rumah pun dah maghrib.. pastu bleh plak terlelap depan tv.. ni pun baru jaga pasai teringat belum solat.. dah siap solat ingat nak sambung lena.. tapi hati kata bukak laa sat.. jenguk apa yang patut..

at last, ini la hasilnya.... :D

rinduku terubat...

Rabu lepas aku ke pasar pagi kat Pekan Baru Parit Usop.. niat nak cari lauk sket memandangkan mentua aku nak kena pantang bab2 makan ni.. sesambey tu nak carik track bottom utk hero kecik..

sambil2 jalan cuci mata tu.. cemacam hasil kampung yang dijual.. dari ulam2, sampai la ke ikan.. ikan yang pelik aku tak penah jumpa pun ada.. tapi tu laa aku nak snap gambaq terasa cam malu plak.. nasa dok jalan tu tetiba aku terbau sesuatu yang dah lama aku tak hidu.. aku toleh kat en suami.. dia dah sengih.. paham le tu.. menda tu yang aku carik2 selama ni..

huhu.. cam org mengidam je bila aku nampak pakcik tu dok panggang otak2.. (jgn pk lebih2 ye..) pergh.. nasib baik tak meleleh air liur tang tu.. mula2 tanya harga je dulu.. harga ada naik sket laa kalau nak bandingkan masa aku kat maktab dulu.. tapi tak kisah laa.. janji leh makan.. terus aku order 10.. 10 je?? haa.. jangan tak tau.. 9 dari 10 tu aku je yang ngadapnye.. en suami dapat makan 1 je.. hehehe...

memang heaven laa bila dapat makan otak2 time panas2.. hero kecik pun makan jugak.. aku ni jenuh dok tahan pedas.. si kecik ni selamber je makan.. huh! memang anak Jawa betol laa dia ni.. :P.. kemdian singgah gerai jual baju2 plak.. ada nampak seluar yang aku memang dok cari.. tanya saiz ada.. terus amik sehelai.. kena pulak harga lagi murah dari biasa.. apa lagi.. terus amik tak pikir panjang dah..

seluaq hero kecik dapat laa jugak beli.. alang2 mai jauh2 terus beli 2 helai.. utk mentua beli ayam je sekoq.. en suami nak beli kulit lembu nak ajaq aku makan masakan org sana.. hish! tak tergamak pulak aku nak makan.. mungkin sebab aku tengok kulit tu mentah kot.. kalau dah siap masak boleh jadi aku baham jugak.. huhu

gud morning..

salam.. selamat pagi..gud morning.. guten tag.. hari ni travel lagi.. kali ni ke Hospital Penang.. haha.. aku tak sabaq nak jumpak doktor yang hari tu.. kali ni kalau jumpak aku pulak nak 'basuh' dia.. pandai sangat cakap buah pinggang mak aku rosak teruk..

dah buat 2 kali ujian darah.. result keluar dah pun.. 2-2 ujian menunjukkan buah pinggang mak aku tak seperti dakwaan doktor cina yang tak pandai nak deliver ayat pada patient.. huh~ malas nak membebel pagi2 buta..

so aku nak bersiap2... ada masa aku update lagi..



daaa

Monday, December 20, 2010

salam.. malam ni aku nak mulakan dengan update tentang mentua aku.. aku sempat ikut beliau ke klinik di Melaka Raya pada hari Khamis lepas.. aku jugak sempat bertemu dengan doktor yang merawatnya.. alhamdulillah doktor sudi meluangkan masa..

menurut doktor.. :

keadaan mentua aku pada hari pertama sampai di klinik boleh dikatakan tak berapa ok.. setelah ujian darah & T-score dilakukan keadaan tulang mentua aku di bawah paras normal iaitu bacaan -2.7.. pada masa tu aku & en suami memang tersangat la risau.. kalau dilihat mentua aku macam tak ada apa2 penyakit pun.. masih boleh berjalan ke sana ke mari..

sebelum mentua aku balik ke Singapura malam Sabtu lepas.. sempat la jugak aku tengok result terkini T-score yang doktor dah buat.. alhamdulillah.. dengan kuasa Allah Taala setelah 12 hari mendapat rawatan di situ bacaan pun berubah.. dari -2.7 ke -1.6.. alhamdulillah.. syukur..

mentua aku akan menyambung kembali rawatan selepas Hari Krismas nanti.. tempoh yang disyorkan oleh doktor selama 40 hari..

ya Allah, aku mohon padaMu semoga Kau berikan kesihatan yang baik buat ibu mertua ku.. aminn.. aminn.. ya rabbal alamin..



-2.7 berada di zon merah.. (pic aku gugle..)


buat masa sekarang ni mentua aku kena pantang dalam diet sehariannya.. tak boleh makan maknan dalam tin macamm sardin & tuna, kena elakkan segala macam makanan laut.. kena elak segala jenis kekacang.. masak ikan & sayur dengan cara kukus @ rebus je..


* bila bab tak bleh makan kacang tu yang aku kesian sangat... segala tauhu tak bleh, tempe, kicap.. (itu kan makanan org Jawa..)

tu dia.. kronik dah ni..

baru je siap mendobi.. rasa2 mau dekat 5-6 trip tu.. tu dia.... bleh bukak kedai dobi dah pas ni.. huhu.. tapi tu laa nak kena ada dryer machine plak.. sekarang ni pun dok mendung je.. alamat esok laa baru bleh kering baju2 tu...


semalam post entry yg betoi2 ringkas.. dah guna pun komputer orang.. kena pulak berukband tak berapa nak laju.. sedaq2 laa diri... dah laa meminjam.. nak komen lebih2 kang langsung tak dapat nak guna.. ye tak?

komen dari cik eelobor:

hehehe, ini dah tahap ketagih nih. kena berubat cepat2 tau sebelum melarat. hihihiih

- memang betoi laa.. dok tengah cari ubat penawaq jugak ni... hehehe.. rasanya awai tahun depan laa baru dapat.. aduhh.. tak sabaq nyaa...

komen shila :

memang rindu tahap gaban nih... bukan ko jer tak saba nak update... aku pun asyik dok tunggu gak entry baru hang... cam sunyi jer tak baca blog hang... hehe

-betoi shila.. masa kat kampung dok teringat je.. dah cam org angau.. lappynye bawak.. tapi beruk plak tak dak.. hp pun leh takat update pesbuk je... hang rasa sunyi?? iskkk.. aku lagiii laa rasa sunyi.... tu dia... penyakit kronik dah ni.. hehehhe...


ok laa sementara aku bleh update ni.. aku nak laa merayau kat umah kengkawan jap.. 8 hari woo.. mcm2 cita ada.. jauh ketinggalan dah aku ni.. isk isk...

Sunday, December 19, 2010

express entry..

salam... express entry..belum sampai umah lagi..aku la ni singgah Ipoh jap.. pinjam lappy abang... huhu.. lepas rindu seh!

esok pastinya ada entry baru insya Allah... harap2 selamat laa sampai umah malam karang amin...


* tak sempat nak melawat rumah kengkawan lagi...


Tuesday, December 14, 2010

mengkudu putih - anyone?

penah makan ulam mengkudu putih? kalau daun mengkudu biasa rasa dia pahit sikit.. tapi daun mengkudu putih ni rasa dia sedap.. lemak2 gitu.. kalau kat rumah biasanya bonda celuq kemdian makan cicah dengan sambal belacan authentic.. pasai apa authentic? saja suka2 aku nak buh nama dia lagu tu.. huu..

nak rebus @ celuq daun ni ada caranya.. basuh bersih2 daun.. ketepikan.. kemdian didih air dalam periuk.. tunggu sampai betul2 menggelegak baru la masukkan daun tadi.. rebus sampai batang daun lembut.. kemdian dah bleh tos dan siap utk di ngap!

perlu diingat.. jangan sesekali rebus daun semasa air belum lagi didih.. kalau buat jugak.. nescaya kaler daun akan bertukar menjadi.. nenek kebayan.. hahaha.. acah je.. kaler daun nanti jadi hitam.. buruk je nampak.. cam daun ulan yang dah lama tu... ini mungkin disebabkan dek getah daun yang keluar semasa terendam dalam ayaq.. jadi ingat la ye.. dah didih air baru masukkan daun..

tapi kalau daun tu hitam pun masih bleh di makan.. rasa dia sama je.. cuma rupa dia laa cam tak berapa nak bess sket..



ni la mengkudu putih.. (pic dari uncle google)

Monday, December 13, 2010

4J - jalan jalan jumpak jem..

siang tadi plan ke Sogo menjadi.. plan lunch date pun menjadi.. alhamdulillah.. kenyang suma rombongan cik kiah tadi.. maklumla.. lunch tadi di taja.. terima kasih cik Bita.. len kali kalu nak belanja bagitau awai.. senang nak plan nak makan kat mana.. hahahha

settle ja makan kat McD.. kami jenjalan laa pusing2 sat kat situ.. sekadar cuci mata.. yang pasti purse aku selamat dari kena 'cuci'... hehehe... satu je yang buat aku frust.. aku lupa paking rate kat
Sogo... nahh.. keluaq je dari situ kena lapan hengget.. amik ko.. merayap tak tentu hala lagi.. sapa suruh... padan muka aku..

lepas tu rombongan cik kiah menuju ke Balai Polis Traffik KL.. kat jalan bandar... sampai je tengok punya laa ramai org... sampai no giliran habis laa.. cam pisang goreng plak... sebelum aku blah dari kaunter tu.. sempat tgk notis bayaran saman bleh buat kat pejabat pos.. yang terlintas time tu pejabat pos jalan telawi bangsar.. padahal pejabat pos besaq pun bulih.. adeh.. dush dush..

tunggu kat ppost opis pun bleh tahan lama jugak la.. pastu trus cargas nak balik rumah.. suma jalan yg aku lalu.. pakat2 jem.. jem pasai apa tatau.. padahal jam baru kul 4.. tak kan suma pakat nak ngelat balik awai kot.. boss depa suma pakat p holiday ka?

last2 sampai umah pun dah lima setengah.. ni baru betoi2 jalan2 jumpak jem..

duit ku terbang lagi...

jap lagi nak ke Balai Polis Jalan Bandar... nak bayaq saman traffic.. sementara dok ada diskaun 50%... pastu nak ke Sogo.. rombongan cik kiah ada lunch date.. bukan nama date lagi dah.. sebab kami berlima member aku tu sorang je..

yahoo!! bleh jenjalan time org lain keja..

jgn marah aaa...

bengkang roti versi eja escobat..

atas permintaan syila.. kat sini aku tempek kan resepi bengkang roti versi aku.. resepi ni amik dari My Resepi.. dah lama dah.. sampai tak ingat sama punya resepi ni..

Bahan-bahan :

10 keping roti - sapukan majerin pada both side
3 biji telur
santan pekat (dari sebiji kelapa) - aku guna santan kotak je..
3 sudu besar tepung gandum
gula pasir - aku letak dalam 4-5 sudu je..
kismis secukup rasa


cara-cara: (versi aku..)

dek kerana nak cepat & ringkas dicampur dengan vitamin 'M' terlebih sket dalam diri..

  • maka nya aku blend segala telur, gula, santan dan tepung hingga sebati..
  • roti tu aku potong 4.. dan susun dalam bekas 8 x 8
  • tuang adunan tadi dalam roti.. hingga tenggelam.. biarkan sebentar roti hingga kembang sedikit.. tabur kismis..
  • bakar dalam oven selama 40 minit dengan suhu 175 C

Sunday, December 12, 2010

last utk mlm ni...

ok entry last malam ni..

sesambil kemas baju masuk beg.. aku merancang,... diulang.. merancang ye.. buat bengkang roti.. (eleh! org lain buat tak dak bising pun.. - tak pa la.. bukan dosa pun..)

memandangkan roti putih masih banyak.. dan esok dah nak gerak.. soheh dah tak makan roti lagi dah.. daripada berkulat baik laa buat samting biaq dia berkulat dalam perut.. kan? kan?

ok laa..

jumpa lagi malam esok.. (kat Gombak ada tenet.. bleh belasah tenet abang aku..)


daa...

Saturday, December 11, 2010

apam yang ampess

malam tadi masa aku dok bosan2 tu tetiba datang idea nak try resepi kak Rinn buat apam.. ptg tu aku dah beli bahan2..

dengan penuh bersemangat aku buat laa ikut step by step yang kak Rinn tunjuk dalam fotopages dia tu.. tapi masa aku bancuh yis dgn air suam.. dah cam ada yang tak kena.. dekat2 sejam aku tunggu baru la yis naik buih.. heran jugak.. dalam resepi kata dalam 5 minit je yis berbuih..

bila dah siap kukus suma.. angkat je dari periuk kukus... tengok2 apam aku ampess.. jadi cam bengkang.. uwaaa!!!! tensen nye..

aku rasa yis tu laa punya pasai.. pasai tu laa apam tak menjadi... len kali laa aku try lain.. kalau menjadi aku post gambaq tang ni..



* resepi kak Rinn taruk yis mauripan.. aku guna yis Mr. Bom.. nama je bom.. ceh!!
hari ni agak bizi mendobi.. mengalahkan kedai dobi.. penuh bergayut baju2..kena pulak hari ni cuaca mendung.. kejap2 gerimis.. tengah hari terus lebatt..

kelam kabut mendobi pasai esok dah nak gerak ke KL.. singgah Gombak jap.. kemdian terus balik Muar.. lama tak jumpak MIL.. dia pun masih jalani rawatan kat Melaka tu.. harap2 makin pulih la..

jadinya aku tak dapat nak update kalau dah balik kg... maklum.. aku tak dak beruk.. tapi kalau dapat melepak kat McD ke KFC ke.. leh laa kot...


.............

sambil taip entry ni aku layan cerekarama kat TV3.. tajuk Dimana Isteriku.. baru layan setengah jam dah terasa sayu je jalan cita ni.. ending dia tatau laa cemana.. mungkin happy kot..

pelakonnya pun mantap2 belaka.. Eizlan Yusof, Elly Suriaty, Zila Bakarin..

jom layanz..


salah satu babak... pic aku amik dari blog Eizlan..



* lain macam je tengok bentuk muka & bibir Zila Bakarin.. kena sengat lebah kot... :P

bahaya dimana-mana..

Seorang pemandu teksi yang mendakwa terkena tembakan peluru sesat daripada seorang anggota polis menuntut pampasan berhubung keperitan yang dialaminya. Yeow Leong Kang, 41, berkata kejadian berlaku pada 23 September lalu ketika beliau berehat di dalam teksinya di Jalan Pudu.

Beberapa saat sebelum terlena, katanya, beliau dikejutkan oleh bunyi letupan yang kuat seperti bunyi mercun. Tiba-tiba dakwanya beliau terasa sejuk dan kebas dan menyedari darah memancut dari kakinya.

[berita penuh]

kesian.. tak semena-mena kaki terkena peluru sesat.. tu dia dok dalam kereta.. kalau dia berada kat luaq kereta macam mana pulak?

tak kan tak dak pampasan kat dia ni? dah tentu tak boleh nak bawak teksi dalam masa terdekat ni.. kalau bawak teksi sebagai kerja part-time ok lagi la... kalau memang kerja dia bawak teksi je? tak dak sumber pendapatan lain macam mana??

iskk.. kesian sungguh...

11.12.10

hello... gud morning.. cewah.. speking konon..tadi tengok kalender.. hari ni 11.12.10..cam cantik je tarikh ari ni.. pada org lain mungkin cam biasa je.. tapi pada aku no ni kombinasi aku, en suami & hero kecik.. sebab apa aku kata lagu tu??

pasai.. 11hb birthdate aku.. 12hb birthdate hero kecik.. 10hb birthdate hero besaq.. kan ke tiga serangkai tu..

jadi.. sempena no kami tiga serangkai.. meh le layan gambaq tiga keping.. huhu..

pic kat Pantai Road.. kat gerai rojak tonggek..



pesen takmo tgk kamera.. pic baru jenuh cari tak dak..




aku & bonda.. jenuh cari pic solo - tarak..

Friday, December 10, 2010

malam yang bosan...

malam ni cita kat TV tak bess.. bukak Ria cita hantu.. Warna pun sama.. hish.. bosan sungguh.. awat laa suka sangat buat cita hantu? kan ka banyak lagi cita bleh buat.. aku ni dah laa jenih segan sket nak tgk cita2 cenggitu..

lagi satu cita Indon.. kadang2 bleh dikatakan suma channel tengah tayang drama Indon.. aduhh.. aku ni dok Malaysia ka Indonesia? heran laa apa yang best nya cita Indon ni.. cecita cecita..

teringat masa aku kat Sarawak dulu.. bukak tv je yang clear mesti channel Indon.. yang RTM ka TV3 ka.. kalau nak tengok jenuh laa dok adjust erial.. penah sekali tu bukak cita kartun Doraemon.. ingatkan alih bahasa Malaysia.. rupanya bahasa Indonesia.. sampaikan cita Hindustan pun depa buat alih bahasa.. tak ke lawak jadinya tu?

aku tak penah jejak kaki ke Indon lagi.. tengok la kalau ada rezeki sampai sana.. aku nak tengok channel TV sana ada tak drama @ cita dari Malaysia...

bukan senang ...

bukan senang sebenaqnya nak dapat idea yang bernas bila nak buat entry dalam blog.. itu yang aku rasa sekarang.. kadang2 idea datang mencurah2.. kadang2 tu jenuh laa nak hantuk ke keyboard baru nak kluaq..

tapi kan aku memang salute la pada bloggers yang bijak & pandai menulis.. kadang tu entry tak dak gambaq pun menarik je bila baca.. yang gambaq penuh sampai jenuh nak loading pun belum tentu best entry dia..

cemana nak jadi penulis pandai menulis ya? ada sesapa tau tang mana ada kelas tuisyen?

... :P
semalam tengok the making of Hantu Kak Limah Balik Rumah.. kat channel Ria.. memula tu cam seram laa jugak.. ingatkan macam cita mistik2 yang lain... tapi bila tau pengarah dia cik Mamat Khalid.. dalam kepala dah tau.. ni mesti cita hantu komedi ni..

Filem ni dah mula ada di panggung sejak tgh malam tadi tak silap aku.. dan seperti biasa laa.. aku tak berpeluang tengok di panggung... nampak gaya tunggu bila nak keluaq kat Citra je la..

apa2 pun filem cik Mamat ni memang best.. ada nilai tersendiri...


antara babak yang seram..

2X5..

tadi aku dok layan rancangan Ala Buffet.. kisah masak2 laa apa lagi.. tengok menu cam best ja.. nak buat BBQ kamben, lembu, ayam, udang, sotong segala benda... chef tu pun dok godek2 buat sos BBQ.. ok.. nampak menarik..

kemdian chef baru nak perap daging suma.. alih2 ada iklan.. ok lagi laa.. biasa la kan mana2 channel pun time nak kluaq iklan suka2 hati ja potong.. kalau org tu tengah cakap.. menganga aa dia dulu sebelum kluaq iklan...

dah abih iklan.. keluaq muka Menteri di Jabatan Perdana Menteri.. dok bagi ucapan.. oooh! berita tengah hari laa kot.. lintas langsung.. lepas 5 minit.. dok tunjuk yang tu jugak.. laaa.... TV1 pun cam TV9 jugak... rancangan tergantung cenggitu jaa...

hmm.. 2X5 hampeh rupanya.....

padan le..

aku dok upload pic hero kat FB tadi.. mata dah pedih tapi dok loading tak abih2 lagi..

apsai loading lambat gila ni.. heran jugak.. check sana sini.. rupa2 router dah off line. hmm.. padan le pun.. lambat cam siput.. adehh.. kena laa buat lagi sekali.. nak kena tunggu lagi pulak.. hmm.. melangut kat fotopages kak Rinn.. jamu mata.. lapo la pulak.. makan roti jap.. ok dah kenyang..

loading pun dah siap.. dah bleh tido.. eh! ada lagi.. belum solat.. ok la nak solat nak titun.. gud nite.. sok sambung cita..



daaaa



krohh krohhh

Thursday, December 9, 2010

saspen.. saspen.. UPDATE!

mlm ni finale The Amazing Race Asia.. season 4.. huhu saspen laa.. tak tau sapa yang dapat bawak balik 100K tu.. USD you.. yang pasti team Malaysia dah out.. frust jugak..

team yang akan bertarung mlm ni..

team dari Singapore.. Michelle & Claire



team Indonesia - Natasha & Hussien



team Filipina - Richard & Richard..

saspen nyaa..


dah stat.. nak tengok dulu..


daaa



UPDATE :

Pasangan sahabat Richard & Richard menang USD100K.. team Singapore.tak bernasib baik.. dapat flight dari Shanghai ke Singapore lambat.. jauh tertinggal lebih kurang 10 jam.. kalau tak rasanya putih mata la Richard & Richard.. Pasangan anak & bapak tak buat road block.. si bapak Hussien gayat.. tak dpat nak buat challenge bergayut atas tali.. (kalau aku pun.. mau terkench rasanya...)

sampai ati...

A :
ishh.. mana pegi? msg tak balas... call pun tak jawab.. apa yang tak kena? sudah 3 hari tak datang kerja.. iskkk.. makan tak lalu.. tido pun tak lena.. nak buat kerja pun tak senang...

jawab la.. please.. saya dah tak senang hati ni....

....................
B:
saya di hospital.. ada hal.. sibuk sikit ni... awak tak perlu la datang.. nanti saya hubungi awak...

....................
A:
saya ada masakkan makanan kegemaran awak.. bubur pun ada.. saya tau awak suka makan bubur yang saya masak...

..................
B:
saya rasa kita tak perlu teruskan hubungan ini.. saya dah kembali semula kepadanya...

...................
A:
sampai hati awak.... :(



agak2 la macam mana la kalau kita di tempat A... apa kita nak buat?


lip lap lip lap.. - anak mami...

hari ni jadi mami jarum... hahha.. bukan pasai nak mengumpat ye.. tapi pasai p ushar barang kemas...

pagi tadi la bonda ajak ke kedai emas.. wah!! kedai emas kooo.. bukan aku yang nak beli.. tapi bonda yang berhajat nak tukaq rantai tangan yang sedia ada.. lagi pun rantai tangan tu dah hampir 10 tahun dia pakai..

belek punya belek.. ada la satu rantai yang bonda berkenan.. setelah campur tolak suma.. bonda kena tambah lagi lebih kurang 800 je.. rantai yang bonda tolak tu dia amik hampir2 4K.. masa bonda beli 10 tahun lepas rasanya baru dekat 2K..

kedai yang aku pegi tadi dia tolak harga emas 916 RM133.80/gram.. harga pasaran sekarang aku tak pasti la pulak.. dengaq je harga emas sekarang.. memang takut nak masuk kedai emas.. jauh beza dari dulu.. ye laa nama pun dulu.. dulu harga roti canai pun baru 40 - 50 sen je... kan?

padan laa harga hantaran sekarang makin tinggi.. agaknya ikut harga emas kot kan??

hujan rahmat..

hujan lebat baru je berenti.. dari subuh hingga kul 12 tadi.. cuma masih rintik2 sekarang ni..

bila hujan je mesti teringat kak Azie.. mesti akak excited nak main hujan huhu... tapi.. kalu pagi2 buta nak main hujan jugak ke?? :P

hampir seminggu hujan turun setiap hari.. karang2 pagi2 cam pagi ni.. kadang2 lewat petang bawak ke malam..

ada org merungut bila hujan.. tapi hujan kan bawa rahmat.. kenapa nak merungut? suma tu kan ke rezeki..? Allah maha mengetahui setiap sesuatu yang terjadi..

bonda pun suka bila hujan.. jadinya tak payah nak sirap pokok2 bunga & sayur kat belakang rumah tu.. lebih2 lagi tak payah nak tolong siramkan pokok mak cik sebelah rumah... alhamdulillah.. syukur...




Jusco tak bagi plastik??

Selasa kemarin masa ke Jaya Jusco aku tengok org yang beli barang bawak macam tu je.. maksud aku tak bawak dalam beg plastik cam selalu tu.. heran jugak.. Jusco dah abis bekalan plastik ke? ok tak pe lagi.. mungkin aku silap tgk kot..

bila time aku nak bayar seluar yang aku beli tu.. aku terkejut sebab cashier tu hulur seluar kat aku cenggitu je.. haiks?! apa pasai pulak.. sebab aku beli sehelai tak yah buh plastik ke? ke sebab dia tengok aku bawak stoller jadi aku leh letak dalam stoller tu?

mujur laa cashier tu bijak meneka ekspresi wajah aku yang cute mute ala2 Lisa Surihani.. (why Lisa Surihani? ... saja suka.. yang tu nama terlintas waktu ni..)..

cashier tu bagitau setiap hari selasa Jusco buat kempen tak nak guna plastik.. jadinya sapa2 yang nak bershopping pada hari selasa kena laa bawak beg plastik sendri.. tak pun bawak laa karung guni sendri kalau barang yang di beli agak2 tak muat plastik..

huhu.. mujur aku tak beli banyak ari tu.. jadi nye seluar tu aku kepik celah keti je laa.. masa nak masuk lam keta.. (eh! keti aku wangii laa.... :P)


no plastic bag please...



* sebelum ni kempen tanpa beg plastik pada hari sabtu.. mungkin ditambah bilangan hari kot.. maklumla.. jarang bershopping kurang sket laa prihatinnya..

Wednesday, December 8, 2010

kali ni nak crita perihal hero kecik.. semenjak ni suka sangat buli aku dan mak tok dia.. bukan buli cemana.. bila time santai2 kami ni baring2 depan tv.. dia mesti nak buat aksi2 stunt kat kami.. suka ati dia nak stunt kat mana.. kat kaki, kat perut, kat kepala.. penah sekali tu dia stunt kat kepala aku.. betul2 tepat muka aku plak tu.. kena pulak dia baru je lepas uk-uk.. humangg.. bau dia toksah cakap lah.. kalau bleh tukaq kaler.. dah lama muka aku kaler ijau..

dek kerana nak kurangkan aktiviti dia membuli kami..(bonda & mak toknya).. jadi kami decide nak belikan kuda tunggangan kat hero ni.. semalam masa on the way nak balik rumah.. ada lalu kat kedai permainan kanak2.. kedai tu lebih kepada kedai basikal la senang cakap.. cuma papan tanda je tulis kedai permainan kanak2..

masuk je kedai tu.. hero dah mula tunjuk sana tunjuk sini.. suma model dia mau.. bagi dia try 2 jenis basikal (lebih kepada tricycle sebenaqnya..).. dah try.. lepas tu 2-2 tak mo lepas.. adeh.. parah cenggini..

pujuk punya pujuk.. kesudahan amik basikal roda tiga yang aku berkenan.. (macam laa aku yang nak maim..) mujur la hero jenis tak pandai nak demanding sangat.. janji ada benda yang dibelikan utk dia.. kira ok je la..

dah nak balik.. aku taruk laa basikal tu kat bonet belakang.. dia masuk je kereta tak lama tu dia melalak pulak.. rupanya dia ingat basikal tadi tak bawak balik.. jenuh jugak laa aku cerita bagi dia paham.. (cakap pun cam ayam dgn itik..) bila dia mengangguk tu kira dia paham le tu aku rasa...

sampai rumah je.. tak menyempat nak bwak gi mandi.. dah pegang basikal tu tak lepas2.. dah kena paksa baru laa mandi.. siap2 sambung dengan basikalnya lagi.. tido pun kaki letak kat pengayuh basikal.. isk isk.. hero.. hero..

dok cucuk straw sambil buat bunyi stat keta...

malu nak cakap...

sejak 2 menjak ni aku selalu guna hp en suami utk snap pic yang aku nak tempek kat dalam entry... tapi kan sejak aku selalu guna ni laa.. dan dan problem tak leh nak transfer masuk lam lappy ni.. cam ada bau ikan kan?..

mungkin ada yang tertanya2 kenapa aku tak snap guna hp aku sendri.. sebenaqnya malu pulak nak ngaku hp aku ni dah tua.. tak canggih cam hp sekarang.. aku guna pun dah lam.. masa lam maktab lagi... aku beli hp ni 2nd hand.. pasai hp yg aku guna masa tu ada masalah sket.. tapi sekarang ni memang tak dak sapa pun teringin nak pakai hp cam aku.. nak tolak kat kedai pun kedai tak nak.. oh! sadis sungguh..

niat nak tukaq hp tu memang dah lama ada.. cuma tak berkesempatan @ berpeluang utk meluangkan wang ke arah itu.. sebab aku selalu pikir ada perkara lain yang lebih penting dari beli hp lain.. (yang sebenaqnya aku ni seorang yang setia..) nampak gaya aku nak kena jugak usahakan utk dapatkan hp baru..

aku tak la beria hendakkan hp yang canggih manggih sangat sampai leh nyusahkan aku.. yang biasa2 je.. yang leh guna GPS, leh bukak FB ke.. leh update blog ke.. ceh!! tadi kata tak mo yang canggih manggih.. tapi syarat kemain lain.. aparaa..

ada sesapa leh bagi pendapat tak hp apa yg ok tak mahal sangat tapi kira ok la.. iskk cemana nak cakap ek.. ala... aku tau korang paham... kira takat cikgu cabuk cam aku layak laa pakai... bagi laa idea kat aku sket...



malu nak cakap.. hp aku huduh

selamat pagi!!!

selamat pagi suma!! ceria2 kan hari anda dengan sarapan yang berkhasiat.. hari ni sarap roti canai je dgn teh o.. hebat kan aku? pepagi mencanai roti di kuali depan rumah aku... hahah.. tu laa untungnya bila gerai depan rumah.. kadang tu pager (read: kelui) je tokey kedai... satgi siap hantar depan pagar.. tak dak charge penghantaran pun.. kan senang?

pagi ni bonda ke surau lagi.. tinggal laa aku dengan hero.. melayan kartun.. adeh.. aku pun rasa cam mak kartun dah ni.. hero ni berkenan kartun tentang transport je.. cam Finley The Fire Engine.. Thomas pun dia suka jugak.. kalau dia boring aku bukak je channel TVIQ.. jenuh melangut dia tengok..

ok laa dah mengaruk kat depan pintu si hero kecik.. dia baru perasan.. aku masuk bilik on internet... satni sambung..

daa..




si hero pasti berjoget bila dengaq lagu ni..

Tuesday, December 7, 2010

TV9 hampeh..

sampai je ptg tadi aku bukak laa tv.. teringat ada cita best kat TV9.. tapi aku lupa apa nama rancangan tu.. masa bukak tu rancangan dah mula.. dan cerita yang menarik perhatian aku mengenai keluarga adik bongsu Ustaz Riduan Tee.. nama dia lupa pulak.. tapi memang menarik laa.. dia ceritakan penghijrahan dia.. kemudian macam mana penerimaan mak dia..sampaikan aku terjerit panggey bonda mai tengok sama.. (padahal dia sibuk kat dapoq..) sebab menarik sangat pada aku...

dalam dok syok2 & penuh konsentrasi.. tetiba bleh plak kluaq segmen Chopp! yg 2-3 minit tu.. dok promote cita apatah.. aku ingatkan lepas tu ada lagi laa sambungan pasal penghijrahan adik ustaz tu.. tapi tak dak jugak..

terus je sambung dengan rancangan Idola Kecil... what the...? apa kejadahnya rancangan yang sebelumnya pun blum abis trus sambung rancangan lain.. hish!! geramm nya aku...

memang TV9 hampeh laa hari ni!!

aku dan suami berjaya menonggekkan diri.. hahaha

soheh sapa yang baca tajuk pun rasa cam lucah je entry aku kali ni... jgn dok kona merapa naa.. aku nak cita stret ja ni.. (stret = straight)..

lepas aku frust tak dapat barang yg aku nak dari kedai 100 yen.. aku ajak en suami p menonggek kat Pantai Road.. hahah.. mesti ada yang heran.. apa kejadah nak p menonggek kat tepi jalan.. dah sewel ka apa..

bukan sewel.. tapi nak lepaskan rasa tak puas ati jenuh dok cari kedai tu pastu barang yg nak tak dak plak.. sebagai pampasan.. kena la p layan emo kat tepi jalan tu.. hahah..

akhirnya dapat jugak laa aku p makan rojak tonggek yg dah lama tak makan.. en suami pun heran jugak bila aku kata nak makan rojak tonggek.. ye la kat Muar mana ada makanan nama lagu tu...

sampai je kat gerai tu aku tengok penuh org kerumun.. hati dah risau.. ye laa buatnya dah abih.. tak ke aku frust lagi.. nak p cari apa pulak nak bagi ilang frust.. tak ke nyusahkan je nanti..

kan ramai tu.. nak menyelit pun payah..

last2 aku buat mejik.. bleh jugak cekau 6-7 cucuk.. pastu taruk lam pastik.. suh brader tu tuang kuah.. nah.. layan tepi pokok... (belakang brader baju merah ni..)

dah settle 7 cucuk.. aku tapau pulak lagi 15 cucuk.. hambek ko! jgn kena CB esok sudahh...


dah tak banyak pun..


demo yang tak berapa nak menjadi..

gerai tu bertentang dengan pejabat kesihatan ni..


* pic aku tengah layan rojak.. tak amik.. pasai aku tak makan pun memang dok lagu tu jugak.. hua hua hua..

kronologi hari ni..

sampai rumah dah kul 6:30..bonda pun dok sibuk siapkan juadah nak berbuka.. mujur aku ada beli Ciken Mek Dilax kat dia.. buat tambahan menu berbuka..

misi hari ni ada yang berjaya ada yang tidak.. oh!! sungguh sadis..

misi ke rumah singgahan berjaya.. dan laa aku rembat seluaq sehelai.. pastu dah bosan nak pusing2 lagi.. (cemana bleh bosan ek? heran tak?) yang sebenornye nak sep duit.. nak belanja kat tempat lain pulak.. huhu.. lepas dapat je seluaq tu.. terus ajak en suami p menjamu selera..

memandangkan masa tu pun dah kul 12 lebih.. jadi adalah moleknya aku dan kuarga menjamu selera di MekDi saja.. pilih Mek Valiu Lunch.. sep lagi... aku makan ciken mek dilax je.. en suami.. biasa laa big mek (isk lain benor bila tengok ejaannya..) hero makan bubur ayam...

dah kenyang sekenyangnya.. turun ke parking bay.. nak gerak ke lokasi kedua pulak.. jenuh jugak laa kan mencari kedai 100 yen tu.. tanpa menggunakan sebarang GPS.. aku hanya guna GPS aku sendri iaitu.. cuba dan silap.. masuk jalan tu kluaq jalan ni.. pastu tak pasai2 kena bayaq tol 2 hengget.. pusing balik.. last2 jumpak jugak laa..excited gila nak masuk kedai tu..

dah masuk rasa cam dok kat jepun la pulak...aku je Melayu dalam kedai tu.. huhu.. pusing pi pusing mai.. barang yang aku nak. tak dak.. uwaaa!!!! sedih sungguh.. utk tidak menghampakan usaha gigih cari kedai tu.. aku beli mangkuk sup, kemdian bekas letak remote.. dgn acuan kuih bentuk macam2..

untuk mengubat hati yang kuciwa.. aku singgah lagi satu tempat.. memang best.. nanti aku upload gambaq ek.. dalam entry akan datang.. la ni aku nak sambung makan apa yang aku tapau tadi... huhu...

jom siap2..

dah bersarap.. hero pun dah bangun.. leh laa siap2 nak jenjalan.. jadinya tgh hari ni tak dapat la aku nak update.. huhu.. sedih laa.. (cam berpisah dengan kekasih plak..) iskk... dah sah aku ni angau.. hehehe...

ok laa nak p pilih baju utk hero2 ni.. (hero kecik dgn hero besaq..)

daaa

dah nama pun cuti - jenjalan la apa lagi...

selamat tahun baru.. kepada yang berpuasa sunat.. selamat berpuasa.. kepada yang tak kemana2 selamat menonton sambutan Maal Hijrah di tv... ( dah cam ucapan hari raya la pulak..)

hari ni en suami cuti.. aku dah buat plan nak jenjalan.. yay! plan hari ni yang pertama nak jenguk rumah singgahan.. mana lagi jusco la.. nak jenguk apa2 yang bleh & mampu nak dibawa balik kerumah... kalau tak dak yang berkenan cepat la aku sampai umah karang...

kemdian ingat nak pusing kat Butterworth jap..nak cari kedai jepun 100 yen tu.. aku ada ternampak kat blog chik mi masa aku bosan semlm.. 1st time aku tengok kedai jepun ni.. nak masuk laa.. lagipun aku dah terbekenan dengan acuan roti jala yang ditunjukan.. kekonon nak menjala.. padahal acuan yang kaler kuning tu berhabuk kat dalam laci dapur.. huhu.. guna acuan tu cam leceh sket.. kerap tersumbat.. pastu roti jala pun jadi tak cantik.. (ceh! dah masuk perut tak cantik jugak bila kuar kan? :P)

misi hari ni.. apa2 barang dari jusco & acuan utk menjala dari 100 yen..

ni la rupa acuannya.. (pic amik dari blog chik mi jugak..)


* eleh! acuan ni je pun?? itu pun nak kecoh?? - eh suka aku la.. :P

dush! dush!

mana pi nih? jenuh cari.. bila nak timbui ni?? arghh!! jenuh melawat merata tempat.. tapi tak dapat2 jugak..

iskk.. dush! dush! mana idea ni??

Monday, December 6, 2010

mari berdoa 2...

dah pun masuk maghrib.. jom baca doa ni pulak..

mari berdoa..

dah pun masuk asar kat sini.. jom solat.. pastu jangan lupa baca doa ni.. moga Allah terima & makbulkan doa kita.. aminn....

dapat kicap? - bior betoi..

sabtu lepas ikut rombongan pengantin anak jiran rumah aku.. ingatkan yang ngikut tak ramai.. pasai jiran aku cakap adik beradik dia ramai yang tak dapat ikut.. tengok2 dekat 7 biji keta jugak laa yang pi..

sampai je pengantin disambut dengan satu bungkusan.. aku ingatkan nak bagi hadiah.. tapi pelik laa jugak dia bungkus dengan kertas minyak je.. cam parcel dari Pos Malaysia je..

aku tengok kedua-dua pengantin pulun dok koyak pembungkus.. dari selapis jadi dua lapis.. tak jumpak jugak.. koyak lagi.. dan lagi.. kira dekat2 15 minit jugak laa dok tercegat tunggu abih bukak bungkusan... rupa2nya dalam bungkusan tu ada gula2.. pengantin baling gula2 tu ketanah (baling ke campak?) budak2 pun berebut laa kutip.. iskk.. ada lagi ke org buat lagu nih? 1st time tgk...

dah nama pun rombongan pengantin.. makan pun kat meja pengantin la.. dah semestinya lauk2 dia pun yang sedap2 yang hebat2.. definitely aku tak amik laa pic lauk.. kang org kata sewel lak.. antara lauk yg dihidang.. burung puyuh.. (masak apa tatau..), udang berlada.. ikan bawal masak masam manis.. daging korma, ada triffle.. salad buah.. ada lagi.. tapi yg tu aku tak makan jadi aku tak ingat lauk apa.. kalau kat bandar2 lauk2 tu kira biasa laa.,. kat kampung2 ni kira hebat laa kan..

dah nak balik tu mesti laa dapat goodies.. korang penah dapat kicap tak? biasa dalam tu ada sapu tangan la.. potpuri la.. kuih2.. gula2 kerepek2.. kali ni aku dapat kicap sebotol.. tak caya?? iskk.. aku bercakap benar laa.. tak tipu.... dose dose...
dalam satu goodie bag tu ada sebotol kicap.. dah pegi dengan bonda dapat la 2 bags.. ada laa dua botol.. sep duit tak yah beli kicap...


v
.
.
.
v
.
.
.
v


tadaaaa..... ni laa bukti kicap yang aku dapat ari tu.. cap tamin..


kicap lemak manis cap tamin.. err.. sila abaikan botol jem ye.. jem tu aku dapat dari kedai..

masak guna dapur org je hari ni...

pagi ni bonda pegi ngaji kat surau.. kemdian gi hang out dengan kengkawan dia.. wah! hang out tuu... tengah hari baru balik katanya.. si hero plak tak nak bangun dari riba.. hish! susah nak gerak kemana2... nak ke dapur amik air pun diikutnya.. ikut saja tak pa.. siap ada lagu gurindam pelbagai irama... tu yang tak syok..

nasik dah panaskan.. (haa?! panaskan..? tak masak ke?) ari ni tak masak.. pasal nasik malam tadi banyak.. en suami makan tak banyak.. jadi buat apa nak bazir masak lagi.. perabih dulu yang dalam periuk tu.. lauk hari ni?? masak kat dapur orang je bonda cakap.. "tunggu je mak balik karang.. lauk tak yah masak.." yay!! (yay?! ceh.. dasar penyegan..)

bonda dah balik.. si hero baru je lelapkan mata.. sempat laa bukak lappy utk update.. huhu.. lauk hari ni siput sedut, sup daging utk si hero, gado-gado & cencaru sumbat sambal..

pic tak dapat nak snap.. bateri kamera dah kong,.. dok tengah charge..


p/s: aku dah semakin angau... cemana nak buat bila balik Muar nanti? aku bukan ada berukband pun...??

nak sambut mana satu??

tahun baru dah makin dekat.. masing2 sure ada azam baru.. yang azam baru nak capai azam lama pun ada.. hahaha.. yang tu aku le tu.. :P

tapi cuba tanya bila kita sambut tahun baru? majoriti aku rasa bagi jawapan 1hb Januari nanti.. 7hb Disember ni bukan tahun baru ke?? so, mana satu nak sambut? esok ke atau 24 hari lagi ke?

pilihan di dada anda.. cewah! cam nak afundi plak..

pada aku nak sambut2 2-2 pun tak salah.. tapi lebih afdal sambut esok.. nak pulak yang tak uzur bleh berpuasa sunat.. sampai hari ke 10.. pastu belh terus buat bubur asyura... tapi.. gula tak bleh banyak.. nanti kos tinggi... huhu..

bila sebut bubur asyura.. (ye ke aku sebut??) teringat masa kecik2 dulu.. seronok tengok kaum2 ibu bergotong royong masak bubur ni..tapi sekarang bukan tengok lagi dah.. aku pun nak kena turun gotong royong jugak.. pasai dah jadi sebahagian dari kaum tu.. hehe..

tapi aku pelik laa apsal di panggil bubur? bukan berair pun.. kan? ke sebab cara memasak menyebabkan dipanggil bubur..?

aku suka bubur asyura yang taruk pelbagai jenis kekacang.. ubi.. jagung.. fuh! memang terbaekkk.. nak pulak makan yang dah disejukkan... sedap weyy... isk.. tak sabaq nak tunggu 10 Muharram aih.. tapi ada jugak yang taruk rempah.. macam mak kakak ipaq aku.. (org Kelantan) dorang buat bubur asyura taruk rempah.. rempah apa aku tak pasti.. tapi tekak aku memang tak berapa nak bleh terima.. aku rasa bukan org Kelantan je kot yg buat guna rempah tempat2 lain mungkin ada.. cuma aku dah terbiasa makan jenis yang manis tak dak rempah..

sempena nak sambut tahun baru sok.. jom layan lagu ni...


rajinn laa sangatt...

semalam hari ahad.. seperti biasa tak de aktiviti luar.. en suami je yang kuar sorang.. ada jemputan katanya kat area Juru..

so semalam dok rumah masak, pastu makan, makan, dan makan lagi.. hebat tak? masak sekali je.. makannye 2,3 round.. haha.. mana la nak menjadi azam Biggest Loser.. the Loser bleh la.. huhu..

pagi.. aku buat cekodok bilis.. ada org panggil jemput2.. pada aku asal kan datangnya dari tepung yang dibancuh dengan sedikit air..memang aku panggil cekodok.. goreng 2 round.. buh dalam piring besaq.. nah.. abih licin.. makan time panas2.. memang laju je.. masuk mulut.. si hero kecik pun sama.. tahan pedas la pulak kali ni.. aku taruk cili kering mesin & cili padi tu... en suami memang hantu pedas.. segala makanan suma nak pedas2.. mujur la air teh dia tak suh aku campur dengan cili padi.. haha.. (dah tebiat??)

tengah hari plak dapat request dari bonda.. nak asam pedas.. ok tak dak hal.. sebab bahan2 suma ada.. cili mesin dah standby.. ikan dah siap siang & basuh.. daun kesum tak yah beli.. kerat kat belakang rumah je.. jadinya tunggu nak masak.. keletung kelentang.. setengah jam dah siap..
hari ni eksesori menu sayur sawi ikan bilis.. menu wajib.. ikan goreng.. tadaaa.. dah siap..

hero kecik semalam laju je makan nasik taruk kuah sayur + kicap sket.. en suami.. 2 kali tambah,.. bonda pun sama.. wah! nampak gaya aku ni kena jarang2 masak.. baru laa laku lauk yg aku masak.. kalau selalu2 tu cam tak berapa nak jalan je.. (ceh! alasan nak mengelat... hampes...)

jom layan pic yg aku sempat snap.. (rajinnn la sangat.... :P)


asam pedas kepala nyoq-nyoq..



sawi + ikan bilis..



wajib.. ikan goreng..