tengah hari..
baru je sampai rumah.. tadi keluar selesaikan sedikit urusan.. dari mengambil barang, membeli barang, transfer duit ke akaun, kemdian pi isi minyak... pusing punya pusing.. tak perasan minyak dah nak abis...
tadi masa di Econsave, aku beratur la nak timbang barang basah.. tak banyak mana pun... Q boleh tahan panjang.... di Econsave ni ada dua kaunter timbang... satu lagi agak jauh sikit dari area cili yg aku pilih tadi... jadinya aku Q la kat kaunter yag terdekat... sebabnya masing-masing tolak troli lorong jadi sesak kalu aku nak ke kaunter lagi satu tu...
elok je aku beratur belakang satu brader ni.. tetiba ada satu makcik.. dalam lingkungan lewat 40-an la... dengan konfiden nya tolak troli masuk celah antara troli aku dengan belakang brader ni... aku ingatkan dia nak cross lalu ke rak sayur.. rupanya dia nak potong Q... ceh! dah laa tak cakap apa-apa... siap boleh tolak troli aku lagi.. geram je rasa... nasib baik laa tua... kalau muda dah lama kena sembur dengan aku.... apa lah salahnya kalau dia kata macam ni.."bagi makcik timbang dulu la boleh? satu barang je pun" tak ada laa aku bengang sangat.. ni dah laa tak cakap apa-apa.. pastu troli aku pulak di tolaknya... mungkin time dia sekolah dulu subjek sivik tak dak kot....tak pun time cikgu masuk kelas nak ngajar dia sibuk keluar ke tandas...
dah.. tukaq cerita... maleh nak ingat...
dari keluar rumah tadi sampai la sekarang tengah taip entry ni.. aku batuk tak berenti...sampai rasa sakit la perut... urat di kepala pun rasa perit.. (macam org migrain tu) tiap kali aku batuk..
sebenarnya aku mula batuk-batuk ni dari awal bulan puasa lepas.. sampai sekarang tak lega lagi.. ubat batuk dah bergelen rasanya masuk dalam perut ni.. dari yang rasa manis, manis-manis kelat.. sampai la kelat yang langsung tak sedap... semua dah aku telan.. tapi dok macam tu jugak...
hari Rabu lepas aku ke farmasi., kali ni aku nak cuba pulak ubat ni.. mana la tau kot-kot mujarab... ingatkan tak la mahal sangat,.. satu 'papan' mengandungi 10 biji... berharga RM15.. aisey.. pikir 2-3 kali jugak la nak amik semua ke tak... jenuh pikir, aku decide nak cuba utk 3 hari dulu... 6 biji = RM9 ...
hari ni last aku makan ubat ni... setakat 2 hari lepas.. batuk masih lagi ada.. tapi tak la seteruk sebelum ni... waktu tido malam pun aku dah tak batuk... ini yang paling aku suka... boleh tido dengan lena... kalau tak sebelum ni aku rasa cam ayam berkokok je.. kejap2 batuk.. kejap2 batuk..
nak tau ubat nya? ni haa.. rupa ubat sebijik rega singgit lima posen...
ubat ni makan 2 kali sehari.. pagi dan malam je... so far ok la sikit... tengok cemana esok.. nak kena continue ke tidak... naik lemas dah rasa dok batuk tak ilang-ilang ni... mengganggu orang lain je aku rasa.. nak pulak time aku ada di sekolah.. nak mengajar pun rasa tak senang...
sekotak ni rega pat poh hengget...
oh ya, sebelum ada yang cakap aku tak pantang.. ni nak cerita.. sejak raya ni memang tak minum air sejuk dah.... dok order air suam je kat kantin... (jimat belanja makcik... hehehhe) balik rumah dok langgah ayaq masak suam jaa...
*harap sapa yang ada petua ka pemuda ka boleh la kongsi dengan aku ye... terima kasih!
** langgah = bahasa kedah...
*harap sapa yang ada petua ka pemuda ka boleh la kongsi dengan aku ye... terima kasih!
** langgah = bahasa kedah...
2 comments:
Tediaaaa...! langgah tu kira kasaq sangat tuuu... :)
Kak AA,
nak bagi gempak... Hahaha.....
Post a Comment