Sunday, September 18, 2011

Al Fatihah - perginya yang tak kembali...

Ahad,


masih dalam kesedihan... pagi tadi dapat berita saudara sebalah Arwah Abah meninggal awal pagi tadi... jenazah di bawa dari Hospital Seberang Jaya ke Kg Melaka... jenazah dijadualkan akan dikebumi pada pukul 3:30 ptg hari ni... Al Fatihah buat Pak Teh Mail... semoga rohmu dicucuri rahmat Allah... aminn....


Hari Jumaat lepas.. dalam pukul 5 ptg.. Mak Teh Azizah dari Perlis (adik Bonda sebapa tapi berlainan ibu) telefon memaklumkan Mak Tok sudah nazak.. Mak Teh minta aku maklumkan pada Bonda.. Bonda pulak masa tu ke majlis kenduri kesyukuran ada jemputan utk marhaban... sementara aku menunggu Bonda balik ke rumah, Mak Teh sekali lagi telefon memaklumkan Mak Tok baru saja meninggal... :((


kami anak beranak bertolak ke Perlis pada petang tu jugak.. kerana dikhabarkan jenazah Mak Tok akan dikebumikan pada malam yang sama...


sebaik sampai, aku diberitahu.. jenazah Mak Tok akan disemadikan pada 10 pagi hari Sabtu... urusan memandi, mengkafan dan kebumi semua berjalan lancar.. dan hanya mengambil masa tak sampai 3 jam... sangat cepat & ringkas aku lihat cara orang sana menguruskan jenazah..

apa pun semuanya sudah selamat.. doaku.. mudah-mudahan Arwah Mak Tok di tempatkan di taman syurga.. aminnnn.. walaupun Mak Tok hanya nenek tiri.. tapi kasih sayangnya pada kami cucu-cucu tiri tak pernah pun berbeza.. sebab tu lah aku sampai sekarang tak pernah rasa Arwah tu nenek tiri aku...





gambar dua minggu lalu ambik dari FB myCousin






* Ya Allah, Kau limpahkan lah rahmat Mu ke atas roh nenek ku.. Che Embun binti Hawa.. aminnn ya rabbal 'alamin...