Monday, September 12, 2011

UPSR - macam tunggu bisul nak pecah?

Isnin..


hari ni di sekolah masing-masing guru tahun 6 sibuk bagi tips-tips terakhir sebelum bermulanya esok...

yang tak ngajar tahun 6 pun sibuk bagi tips jugak.. (aku le tu..) esok tahun 6 akan ber'perang' untuk menjawab kertas BM & Math.. yang lain-lain dari tahun 1 sampai 5 pun sama juga... atas arahan GB Peperiksaan Pengesanan 2 akan dijalankan serentak dengan UPSR.. utk mengelakkan bising & men'cuti'kan murid-murid secara bergilir-gilir..

macam di Batu Pahat dulu.. sekolah akan keluarkan surat siaran kepada ibubapa murid dari prasekolah hingga tahun 5 supaya di'cuti'kan secara bergilir-gilir untuk mengelakkan suasana bising yang boleh mengganggu calon UPSR.. bayangkan kalau murid ada 900 lebih.. tak ke haru time rehat dan time nak balik.. memang bising tak henggat laa...


esok singa pun cuti mengaum tau..




malam ni sebenarnya ada kelas 'Prep' macam zaman aku kat asrama dulu..untuk murid tahun 6.. oleh kerana aku ni taraf ngajar murid tahap 1 je.. maka tak la diperlukan utk ke sekolah malam ni.. fuh! selamatt.... :)

buat ibubapa yang anaknya nak menghadapi UPSR esok, lusa dan tulat.. aku dapat bayangkan macam mana nebesnya anak nak periksa.. dan anak-anak pula memang selamber je (cam blog ni..) macam tak ada apa-apa yang akan berlaku esok.. kalau anak yang memang ulat buku.. ibubapa nye soheh la tak susah hati..


bak kata Bonda ku.. "bila time exam, ibarat tunggu bisul nak pecah ." huh! sungguh hazab...




maunya aku melalak lagu ni kalau tunggu bisui pecah...







*good luck buat anak menakan maksu yang dua orang tu.. yang sorang tu jangan dok kalut nak update blog je ek? buat sehabis baik.. doa maksu tak pernah putus buat kalian berdua....

3 comments:

Citarasa Rinduan said...

ayu pun nevous dengan anak saudara ayu..
esok exam dia dah tidur awal2..
moga2 anak2 saudara eja berjaya begitu jua dengan anak saudara ayu..

amin

eiela said...

saya pun takut jugak esok adik amik UPSR, rasa cuak macam nak amik periksa universiti.

ejaescobart said...

ayu,

memang berdebar masa tunggu budak2 habis exam tadi... harap2 ok laa



eila,

betul tu.. rasa macam kita pulak yang nak amik periksa.. kalau time kat U soheh tak lena malam dah.. dok study sampai pagi...