Sunday, March 6, 2011

Pili Bomba pakai toncet?

tergerak hati nak cuba peraduan Cabaran Foto Pili Bomba Ondscene.. semuanya berlaku tanpa dijangka..

semasa dalam perjalan balik ke rumah dari Puncak Perdana petang tadi, kami singgah di kawasan rehat & rawat (R&R) Sg Perak arah utara.. semua kesejukan dan perlu ke tandas disebab sejuk aircon dan cuaca hujan sepanjan perjalanan..

ketika menunggu bonda & en suami ke tandas, aku terpandang pili bomba ini yang terletak tak jauh dari kereta. langsung teringat cabaran pili bomba En Sham Ondscene.. mujur bateri kamera masih elok.. terus snap 3 pic ini..nak amik banyak2 macam malu pulak ada orang tengok.. dah la kena tahan nafas masa nak snap gambar ni.. sebab bau sampah sarap tu punya la busuk..



walaupun sampah sarap tu berbungkus,
tapi air yang mengalir keluar dari plastik tu sungguh meloyakan...




sekali tengok pili bomba ni macam pakai toncet.. kelakar pun ada.. tapi disebalik kelakar tu aku rasa sedih jugak la bila ada yang melakukan perbuatan vandalisme ni.. tidak ke si pelaku terfikir apa akan terjadi andai kata kawasan R&R ni berlaku kebakaran.. mesti huru hara jugak la kalau keadaan tersebut terjadi..



macam pakai toncet kan??




soheh tak berfungsi pili bomba ni..
tak ke haru biru kalau ada kebarakan berlaku??




nak cerita panjang pun tak pandai.. dan buat julung kalinya aku boleh letak watermark pada gambar... walaupun font yang aku pilih tak cun macam orang lain... tahniah buat diri sendiri.. ;)





*langsung tidak menaruh harapan tinggi, cuma niat hanya untuk menyertai...yang penting tak perlu lengkapkan slogan... :P



2 comments:

azieazah said...

Kadang2 karangan tak begitu penting, yang jelas gambar sudah menceritakan seribu gambaran.

Semoga berjaya. Memang macam pili bomba pakai toncet!

ejaescobart said...

terima kasih.. kata2 semangat dari kak Azie ni buatkan hembang hempis hidung hEja ni.. he he he...