Thursday, March 10, 2011

selesai sudah...

hari ni hari terakhir kejohanan.. alhamdulillah dah pun selesai.. lega sungguh rasa.. esok aku ke sekolah macam biasa..

tadi petang patutnye acara habis awal lagi... tapi dek kerana pihak pengelola dok tunggu ketibaan tuan pengarah Jabatan Pelajaran Perak.. jadi acara yang payut berlangsung kul 2:30 ditunda ke 3:40.. agak2 kalau korang jadi atlet hangin tak? dah penat2 warming up.. alih2 kena tunggu sejam baru leh lari.. mujur la tak ada pengurus pasukan yang buat bantahan sebab acara mula lambat.. sebenarnya pengurus pasukan ada hak untuk buat bantahan kalau acara yang dipertandingkan lambat dijalankan dari jadual asal.. tapi mungkin dek kerana cikgu2 yang mengiring pasukan ni tak tau, tu yang tak ada sebarang bantahan..

apa yang menariknya, acara 80m lari berpagar lelaki & perempuan dimonopoli peserta dari SK Tanjong Piandang... aku memang puji & tabik la pada cikgu yang melatih atlet ni.. teknik larian dorang ni memang hebat la.. tak macam peserta2 lain lari.. asal boleh lompat pagar je.. ada yang langgar pagar.. yang jatuh tergolek pun ada.. sian aku tengok.. atlet yang aku puji ni, dari apa yang aku nampak teknik larian dah macam atlet peringkat negeri dah.. dan yang buatkan aku terpegun.. kedua2nya baru darjah 4.. memang terkejut la.. boleh kalahkan atlet2 yang lagi senior.. dah tu pecahkan rekod negeri pulak tu...

apa pun syabas pada cikgu yang melatih.. caya lah!!...




*dah nama pun pencatat balapan, memang aku tak sempat nak snap pic tadi.. cuma boleh jeling2 manja je dari meja pencatat... sedih tul... :(

No comments: