Friday, March 18, 2011

dah hantar??

sekejap je dah hari JUmaat.. rasa macam baru je aku mula cuti sekolah tup-tup nak bukak sekolah dah.. betapa cepatnya masa berlalu...

teringat pesan cikgu data di sekolah aku.. dia pesan mintak aku dapatkan nombor cukai supaya dia boleh isi dalam data EMIS

oleh kerana semalam tak ada apa-apa nak buat, aku ajak en suami ke Taiping untuk mendaftar.. saspen jugak sebenarnya.. ye laa tak pernah buat benda2 ni.. gaji aku pun buatnya banyak benor.. risau jugak laa kot2 kena cukai..

sebelum ke Wisma Hasil, aku telefon dulu utk dapatkan info dokumen apa yang perlu aku bawak.. dia cuma mintak aku bawakan potocopy ic, penyata tahunan 2010, slip gaji yang terkini.. tu je.. mudah.. kan?

elok sampai je jam pun dah hampir 12:45 sementara nak tunggu nombor dipanggil..kena laa tunggu.. adala dalam 10 minit sebab depan aku ada lagi 2 orang... sampai je turn aku, Pn Jaya terus daftarkan nama aku.. ngam-ngam je siap, Pn Jaya mintak aku ke bahagian e-filling (aku tak tau bahagian apa sebenarnya) kat situ terdapat banyak komputer yang boleh digunakan oleh pelanggan utk mengisi maklumat dalam sistem..

nasib tak menyebelahi aku.. elok aku bangun je nak ke meja tu pegawai kat situ dah tutup lampu.. rupanya jam dah pun pukul 1:00.. adehh.. nak kena tunggu sejam pulak.. kul 2 baru mula balik.. oleh kerana perut pun lain macam je bunyi, aku & en suami cari la gerai.. dah siap2 makan terus gerak ke Wisma Hasil.. sampai je orang dah ada yang ambil no dok tunggu giliran..

aku pulak cepat2 ke meja komputer tu.. konon nak cepat la.. mujur la pegawai yang bertugas tu memang masuk tepat waktunya.. lega rasa.. tak perlula aku nak tunggu lagi.. dia pun dengan senang hati tunjukkan aku macam mana nak isi maklumat ke dalam sistem.. nak isi tu bukan la susah pun.. cuma bila tang bab nak isi jumlah tuntutan tu yang keliru sikit.. kejap2 aku angkat tangan panggil pegawai tu.. sampai en suami kata aku macam kat kelas komputer la.. siap angkat tangan..

masa yang aku ambil utk isi pun tak lama.. lebih kurang setengah jam je.. syukur alhamdulillah.. dah selesai semua.. tak perlu nak pikir2 lagi... nampak gaya tahun depan nak kena isi awal la tak payah tunggu sampai ke dateline.. nanti sistem kejung pulak macam kawan2 aku dok bersungut sebelum ni..





*aku dah hantar.. kengkawan yang lain dah hantar??







No comments: