Saturday, March 26, 2011

mata oh mata..

apa khabar laa kengkawan suma ye? harap2 sihat la hendakNYA... aku & pamili macam biasa.. ada yang sihat + segar bugar ada yang tak berapa nak sihat...

yang tak sihat dan dah kembali sihat pun ada.. iaitu Bondaku.. minggu lepas kaki bengkak.. nak berjalan pun susah.. lepas tu nak buang air pun tak lawas.. last-last bawak ke hospital doc bagi ubat utk buang air.. jenuh berulang alik ke toilet... alhamdulillah bengkak dah surut... doc pun risau takut ada masalah dengan buah pinggang..minggu depan kena pi review lagi tengok cemana..

hero kecik pulak baru je baik demam & selsema.. hari ni kena sakit mata pulak... balik dari rumah pengasuh semalam dah nampak lain macam je mata sebelah kanan.. lepas dia bangun dari tido petang tu aku tengok dah bertempek taik mata.. aku ni tak mo la pikir dia kena sakit mata.. konon nak tunggu pagi ni laa cemana.. tapi sebelum tido semalam sempat laa aku google cari petua nak hilangkan sakit mata utk baby.. suma petua yang aku jumpa suh titis susu badan dalam mata anak... adehhh.. mana nak carik? akhirnya pagi tadi hero bangun mata sebelah dah tak boleh bukak.. apa lagi memang kompom sakit mata la aku pikir... pi klinik dapat ubat titik je...


lepas buh eye drop.. meleleh je air mata hero kecik..




sebelum taip entry ni pun aku dah mula rasa cam pedih2 mata ni.. siap berair lagi.. aiseymen... kena kuarantin laa aku anak beranak tak boleh nak keluaq pi mana.. baru je plan nak pi cuci mata kat Jusco.. (sale sampai 7 April) jadi kesimpulannya. dok rumah cuci je mata dengan ubat titik.... huhu :(







*jenuh nak kena pantang laa pulak.... huhu

No comments: