Friday, March 18, 2011

guru besar baru

semalam sebelum ke Wisma Hasil, aku singgah di sekolah sekejap.. nak printkan penyata tahunan dan slip gaji.. sampai je sekolah aku tengok ada kereta yang tak biasa aku tengok.. ingatkan ada pelawat mana pulak datang.. heran laa jugak.. tak kan laa ada pelawat time2 cuti ni..

aku turun je dari kereta, terus ke bilik guru.. ada la guru JQaf dalam tu dok buat kerja.. terus aku tanyakan sapa yang datang sekolah pagi ni.. dia jawab guru besar baru.. erk?! cepat nya sampai.. baru hari Rabu guru besar pencen.. hari Khamis dah terima guru besar baru? cepat sungguh PPD buat kerja... :)

GB baru ni perempuan.. menambahkan jumlah cikgu2 perempuan yang ada di sekolah aku.. makanya Ustat & cikgu data je laa guru lelaki yang ada.. kumbang dikelilingi bunga.. hehehe...

yang tak berapa best nye.. GB baru ni memang terkenal dengan ke'kerek'kan nye di sekolah lamanya dulu.. (aku tau pun sebab ada kawan sekolah situ..) masak laa kami nanti...

apa pun kita bersangka baik.. mungkin bila dah pindah ke sekolah baru ni dia tak bawak la peel kerek dia tu.. harap2 dia jadi laa GB yang baik, yang adil & yang disenangi oleh semua warga sekolah.. aminnn...







*gerun je nak tunggu hari Isnin ni.. mesti banyak perkara yang dia nak sampaikan... huhu...

No comments: