baru sampai Gombak maghrib tadi.. gerak dari rumah lepas solat Jumaat.. saja la nak ziarah mak sedara yang sakit akibat kemalangan 2-3 minggu lepas.. masa dia baru2 kemalangan tu tak berkesempatan nak ziarah.. ni baru ada peluang & rezeki lebih sikit..
plan esok pagi nak ke Kg Batu Muda... harap2 makcik Normah dah ok laa... khabarnya masa baru2 kena tu langsung tak boleh nak bangun sebab dalam kepala ada spot darah beku akibat terhantuk kepala... dari cerita Pakcik, Makcik Normah ni terpelanting keluar dari tingkap kereta selepas kereta yang dinaiki bersama anak & menantu dilanggar oleh pacuan 4 roda dikatakan dipandu laju oleh seorang apek berusia 70-an.. hish! ngeri aku dengar cerita Pakcik..
apa pun esok laa baru tau cemana keadaan Makcik Normah..
*kalau dapat curi masa jumpa kengkawan pun best jugak ni... ;)
1 comment:
EJA...
call Kak Azie, jika free. Mungkin boleh jumpa kat mana-mana yang mudah. Tart Nenas awak ada 2 pek ni.
Kalu masih berhajat, leh Kak Azie hantar.
Berkongsi Blog dengan Orang Sebelah: Sebuah Pendapat...
Post a Comment