Saturday, March 12, 2011

minggu makan-makan

mulai hari ini, sekolah dah stat cuti... yeahoo!!! dan program minggu makan-makan pun bermula..penuh bersusun kad jemputan kat atas meja.. bonda siap susun ikut tarikh lagi.. jadinya, sepanjang minggu ni gantung periuk belanga la..

cuma satu je yang tak berapa nak best musim orang kawen ni.. bila banyak sangat makan daging soheh la asik berulang ke toilet.. yang tu la paling tak best tu.. ada orang kata kalau makan banyak daging boleh menyebabkan 'panas' dalam perut.. ye ke? aku pun tak pasti..

plan hari ni, tengah hari pegi jemputan kat dalam taman aku ni.. lepas tu terus cargas ke Utara Tanahair.. apa lagi.. Peghelih laa... tu dia orang sana dok tunggu,.. bunyi telepon tak putus2 dok tanya bila nak mai.. (depa tanya bonda aku laa.. bukan aku pun yang ditunggu..) almaklumla.. masa raya tahun lepas tak balik sana.. so, ini la peluang bonda & adik beradik nak jumpa...

yang pasti karang mesti ada adegan sendu sedan... tu masa baru jumpak.. belum lagi time nak balik ada sekali lagi adegan sendu...

aku akan berada di Perlis sampai hari Ahad.. mungkin pagi Isnin aku gerak balik ke Parit Buntar.. apa pun perancangan bergantung pada keputusan bonda.. aku & en suami ni ngikut aje...

****************

sebenarnya kepala aku ni dok pening2 lagi.. sebab tido tak cukup.. malam tadi tido dekat2 kul 3.. dok perabih nak siapkan bahan untuk ujian LINUS saringan 4.. selama ni aku buat utk BM je.. tak ada apa bahan yang perlu disediakan pun.. tapi tahun ni rezeki aku ngajar Matematik.. jadi banyak la bahan yang perlu disediakan... antaranya kad nombor, dan dadu buatan sendiri...

tarikh nak laksanakan ujian ni lepas cuti le.. jenuh nak kena pulun.. mujur la murid yang nak disoal pun dua orang je.. tapi dek kerana dua orang ni tahap kritikal jugak, maka aku menjangkakan ujian ni mengambil masa dalam 3-4 hari jugak..

apa pun aku harapkan kedua-dua murid ni lepas la ujian saringan kali ni... (macam biasa la cikgu yang gelabah lebih..)





*satu hapa pun belum kemas lagi ni.. macam biasa, aku kumpul barang en suami yang susun dalam beg.. itu kemahiran dia yang aku paling suka... hehehheheh... :P


**takziah aku ucapkan kepada mangsa Tsunami Jepun.. semoga rakyat Malaysia yang ada di sana.. selamat hendakNYA... aminnn

No comments: