Friday, November 18, 2011

Jumaat.. yay! budak-budak dah cuti...

Jumaat..

dah habis sessi persekolahan 2011.. alhamdulillah... dah selesai bab result UPSR.. keputusan tahun ni tak berapa memberangsangkan.. seorang je dapat 5A.. 7 orang 4A.. dua orang murid kantoi.. peratus keseluruhan tak silap aku 96%..

walaupun keputusan macam tu.. tapi sekolah aku masih tersenarai sekolah rendah terbaik kategori kuantiti dalam daerah Kerian ni.. syukur alhamdulillah.. walau aku tak ajar tahun 6 tapi aku tetap bangga dengan usaha gigih cikgu2 yang buat kelas tambahan bukan sahaja hari bekerja (Isnin-Jumaat) tapi Sabtu Ahad pun cikgu2 pulun juga.. belum lagi termasuk kelas malam... cikgu2.. korang memang terbaekkk...

tadi pagi sesi penyerahan bantuan khas kerajaan RM100 kepada ibubapa pun dah selesai.. seramai 77 orang murid layan menerima bantuan tersebut.. waris2 tiba di sekolah seawal 9 pagi.. walaupun dalam surat yang diedarkan sesi penyerahan bermula 9:30.. biasa la tu.. aku malas nak komen...

sebelum bunyi loceng terakhir sesi persekolahan tahun 2011.. GB buat majlis perpisahan buat sorang lagi cikgu yang akan bertukar mulai 2012.. kemudian GB sampaikan sumbangan untuk semua murid-murid tahun 6.. termasuk laa anak sedara aku yang baru pindah 2 minggu lepas.. nanti aku buatkan entry pasai anak sedara a.k.a anak menakan aku ni.. bukan main seronok lagi depa tu...


walaupun cuti sekolah dah bermula.. tapi aku tetap kena ke sekolah juga.. masih ada lagi kerja-kerja yang perlu disiapkan, dikemaskan..




*hadoi.. cemana laa orang boleh kata cikgu ni banyak cuti??

3 comments:

Unknown said...

tahniah buat sekolah eja..
tahnoah buat anak buah eja..

PS: biasalah eja, kalau bab RM semua nak cepat.. hahahha

~~ mmg tahu cikgu selalu ada kerja masa anak murid dok suka ria..~~

azieazah said...

Duit sumbangan kerajaan yg RM100 tu pilih2 murid yg layak saja ker? Bukan bagi pada semua?

Laaa tak tahu pulak.

ejaescobart said...

Ayu,


tima kasih.. memang tak senang dok rumah ni selagi tak siap kerja.. risau GB talipon suruh pi sekolah.. :(



kak AA,

duit tu semua murid dapat.. tak kira gaji besaq ka kecik ka.. dari tahun 1 sampai tahun 5.. tahun 6 dapat masa masuk ke tingkatan 1 tahun depan..

kalau nak menolak pun boleh... tak ada masalah...