Wednesday, September 28, 2011

kelas pertama yang menambahkan stress aku...



tadi dah pun jumpa GB.. mintak cuti 7hb akan datang... mula tu dia cakap aku isi je borang dulu.. tengok cemana.. dapat ke tak..

alih-alih dia pegi ke bilik PK1.. tengok jadual cikgu2 yang kena p kursus KSSR utk tahun depan... ada 3 orang yang terlibat pada hari tu.. kalau aku pun cuti.. maknanya bilangan cikgu kat sekolah makin sikit laa... dah laa yang sedia ada pun dah kurang 4 orang.. adeh!!! aku dah rasa cam nak tepuk dahi depan dia je tadi..

aku pasrah je laa...





kelakar je aku tengok Norman Hakim dalam filem Pasrah ni..







lepas rehat tadi aku masuk kelas tahun 1... pada setengah jam pertama kelas terkawal... budak2 budak pun fokus lagi masa tu... tetiba.. bermula laaa perkara yang menstresskan aku.. sorang budak pompuan.. tetiba menangis... aku bab-bab udak menangis ni la yang nyampah ni.. leh tensyen ni... bukan sebab apa pun.. aku ingatkan dia menangis sebab kawan sebelah usik ke.. rupanya dia rasa gatal-gatal badan...


selak je baju nampak badan dah penuh bintat-bintat merah.. ingatkan kena ulat bulu.. rupanya kena klopak garam.. ada yang kata gegater.. hish! hangin je.. tengah elok ngajar ada gangguan pulak.. dah tu siap meraung hingaq satu kelas.. sabaq je laa...


cenggini la gaya dia meraung tadi..
tapi versi pakai baju laa... siap hingus meleleh lagi.. aisey!






aku serah pada cikgu kelas dia utk amik tindakan... kalau aku jugak yang uruskan budak ni.. yang lagi 22 orang dalam kelas tu boleh bikin huru hara kelas... menganggu kelas sebelah menyebelah pulak...

akhirnya budak yang meraung tadi dah pun dijemput oleh maknya selepas dimaklumkan...



*ngomelan buat si emak : dah tau anak ada sakit kulit disuruhnya datang sekolah... tak ke menyusahkan banyak pihak? nama je kerja staff nurse...grrrrr

2 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

kat nursery ben ada mak yg degil, anak chicken pok pun nak anta nursery jugak..berkeras cikgu xnak ambil, berkerasla jugak dia letaknya jugak anaknya, katanya dah xde cuti..takkan kami nak tinggalkan anak dia kat luar pintu, at last bwk masuk jugak..tiap2 tengahri anak dia meraung rimas..kami yg panik... mcm nak tampar jek mak nye tu, usaha la sikit, anta balik kampung ka,bukan xde parent kat kampung.. bodoh tul...

at last, 4 orang budak lain pun dah menjagkit..dah cakap kat si emak td,tapi dia still buat muka bengong menghantar anak dia tanpa rasa bersalah...macam2 perangai orang nih la hai...

ejaescobart said...

Tu penting diri namanya... Bergilir la amik cuti.. X kan budak tu x dak pak pulak kan?

Kat skolah ni pun sama jugak laaa.. Dah tau anak x sihat, hantaq jugak.. Dia ingat cikgu kat skolah ni babysitter anak dia ka? Hammpehh btoi la mak bapak la ni...

Bab komplen cikgu laju je... Siap hantaq surat layang ke ppd.. Bila panggey miting batang idung pun x nampak... Tulur tadak....budak tu x dak pak pulak kan?

Kat skolah ni pun sama jugak laaa.. Dah tau anak x sihat, hantaq jugak.. Dia ingat cikgu kat skolah ni babysitter anak dia ka? Hammpehh btoi la mak bapak la ni...

Bab komplen cikgu laju je... Siap hantaq surat layang ke ppd.. Bila panggey miting batang idung pun x nampak... Tulur tadak....