Tuesday, May 3, 2011

DIA lebih menyayangi..

masih ingat dengan entry aku mengenai anak yang baru dilahirkan oleh rakan aku jumaat lepas? entry yang bertajuk suci, bersih, murni.. ada di sini

berita sedih yang aku terima tadi.. buatkan hati dan perasaan aku tak keruan.. terkejut.. terkedu.. dan yang pasti aku menangis bila dapat berita sedih ini.. memang tak disangka.. seakan tak percaya.. tapi itulah kehendakNYA..

semasa entry di taip hati aku menjadi sebak.. mengenangkan bayi secomel itu baru je kehilangan ibunya yang belum pun sempat dikenalinya..

ya.. aku memang sedih.. sangat2 sedih.. kerana rakan aku itu sudah pun mengadap yang Maha Esa kira-kira 7:30 malam tadi.. asbab kejadian aku tak pasti..

masih terbayang di mataku wajah arwah semasa aku melawatnya di wad bersalin kira-kira 12 hari lepas..

aku tak mampu nak taip apa2 lagi.. aku terlalu sedih..



gambar kenangan 2008.. jasamu tak ku lupa Jun..




* Al Fatihah buat allahyarham Junaidah bt Mat Nayan.. semoga rohmu di cucuri rahmat dari Yang Maha Esa.. :(

3 comments:

lemongrass said...

Al Fatihah utk arwah kawan Eja. Semoga Allah tempatkan dia bersama golongan mukmin yg lain. Kesiannya dengar nasib baby tu :-(.

kirana nakia said...

Ja..sayunya perasaan aku walaupun aku tak kenai dia..alfatihah utk arwah Junaidah Mat Nayan..semoga rohnya ditempat bersama dengan mereka2 yang beriman..insya Allah

ejaescobart said...

kak LG..

memang kesian.. :(


kia,

sampai hari ni aku masih dok terbayang arwah Jun yg kali terakhir aku jumpa 22/4 lepas...