Saturday, April 2, 2011

makan free..

aku n famili baru je balik dari Restoran Terapung di Kuala Gula.. alkisahnya tadi aku memenuhi jemputan dari warga sekolah lama utk majli perpisahan aku, Haniza & PK Koku yang dah pun jadi GB sekolah lain di Daerah Larut Matang & Selama..

tempat yang dipilih memang lain dari yang lain.. biasa orang buat majlis di restoran biasa je.. ini yang lainnya lokasi restoran tu terapung di persisiran Kuala Gula... dari restoran boleh nampak chalet yang disediakan utk pengunjung untuk melihat sendiri burung-burung yang singgah di situ ketika peralihan lokasi di musim sejuk dan panas..(maaf, aku tak tau apa nama burungnye..) oleh kerana tadi bukan musimnya.. maka tidak la kelihatan seekor burung pun.. kecuali burung helang dan spesis burung2 yang biasa kita tengok je...

ketika majlis berlangsung aku mengalami 'gayat' yang agak kritikal.. sehinggakan aku duduk di meja yang disediakan sampai laa majlis tamat.. 'gayat' yang aku katakan ni ialah rasa macam pening2 bila air berkocak akibat bot nelayan yang lalu @ melintas lokasi restoran terapung berkenaan.. huh! rasa ngeri pun ada... akibat dari perasaan 'gayat' lah menyebabkan satu gambar pun aku tak bleh nak snap.. hish! frust je...

bercerita tentang makanan yang dihidangkan.. agak menyelerakan.. sampaikan apa yang dihidang habis licin tinggal pinggan je.. (ke kebulur sebenornya?)

gambar2 yang dirakamkan dek kawan2 akan aku tempek di sini.. insyaALLAH.. itu je laa gambar kenang-kenangan yang ada..



aku dan Haniza di majlis kenduri kahwin adik iparnya 13.3.11 lepas..





*kalau ada warga SKDM yang baca entry ni.. terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan...

No comments: