Monday, April 18, 2011

Gemilang..


baru je sudah tengok siri drama 'Gemilang' lakonan Tiz Zakyah, Kamal Adli, Sharz Jaszle (orang apa la ni susah sangat nak sebut nama dia..) dan Tasha Shila (memang aku tak suka watak dia pegang)..

dari minggu lepas aku & en suami punya la tak sabar nak tengok penghabisan drama ni.. tapi bila tengok je tadi rasa frust jugak laa... kisah Saifullah tergantung bila mana kisah penemuan adik beradiknya yang lain abis macam tu saja..

dan paling aku tak suka bila sampai tang hujung2 drama tu terus je lompat ke "3 bulan kemudian" .. atau "25 tahun selepas itu.." kemdian ending memang macam nak perabih cerita cepat2 pasal tape dah nak abis.. iskk hangin je..

macam tadi dipenghujung drama, watak Saifullah, Umar, Asmah dah tua..melawat bangunan asal Institut Gemilang.. kemudian dikejutkan dengan kehadiran bekas murid2 yang dah tua.. (masing2 dah berjaya hingga ada yang berpangkat Dato').. tiba2 muncul Ruhana.. datang bersalam-salaman dengan bekas murid sambil jeling2 Umar.. kemdian Saifullah tanya Umar, masih nak menduda ke? lepas tu gelak2.. flashback balik tahun 76, amik gambar dengan murid depan Institut Gemilang.. pastu dah.. abih cite.. (apakah???)


*punyala dok tunggu alih2 cenggitu je ending... pfft!!

2 comments:

azieazah said...

Yup, ending yang tidak begitu umph!

Tetapi mungkin kisah utama adalah tentang Institut Gemilang, lalu kisah peribadi Cikgu Saif tidak diperbesarkan...

ejaescobart said...

mungkin jugak la.. tapi penonton dok tunggu2 sebab nak tau kisah Cikgu Saif tu.. masa mula kisah kemain sedih.. sampai termelelh air mata... bila tang ending tak de plak kisahnya.. tak syok aaa...