semalam dapat berita penolong kanan pentadbiran akan pindah sekolah.. arahan dari jabatan katanya.. sebenarnya ada kes disebalik kejadian.. oleh kerana tak mau menghuru harakan keadaan.. jabatan ambil tindakan keluarkan surat arahan pertukaran setara.. bermakna penolong kanan dari sekolah2 yang dipilih akan bertukar sekolah.. ikut nasib laa ada yang dapat sekolah makin dekat dengan rumah.. ada yang makin jauh..
mula2 dapat berita ni macam sedih la jugak.. sebabnya baru je aku masuk sekolah ni.. dah ramai yang bertukar pulak.. lagi satu yang buatkan aku sedih ni pasal PK (penolong kanan) ni orang yang mengambil berat tentang staf2 kat bawah.. agihan kerja pun tak la terlampau membebankan.. senang cakap orang nya ni jenis 'timbang sama berat'.. aku suka pemimpin macam gini.. yang jenis makan bodek yang tak berapa nak best...
dan pengganti PK yang sedia ada ni rupa-rupanya bekas cikgu aku yang dah berpuluh tahun aku tak jumpa.. macam tak caya pun ada.. dari jadi anak murid & cikgu, kini jadi rakan sejawat pulak.. walaupun pangkat memang tak sama.. huhu.. saspen pun ada jugak ni.. last yang aku ingat, aku 'mengaji' dengan Cikgu Zol ni masa aku di tingkatan 1 - 3.. huh! lama nya rasa... tak sabar pun ada jugak ni nak tunggu hari Isnin.. apa lah perkhabaran yang akan aku terima agaknya nanti.. harap2 yang baik2 belaka...
*berita lagi: jadual aku sekarang ni dikurangkan menjadi 17 waktu je.. syukur alhamdulillah... :)
No comments:
Post a Comment