rumah terbakar penggil bomba.. bomba datang berlumba-lumba...
pagi tadi tengah kusyuk ajar budak darjah 2 tetiba bunyi loceng panjang... mula tu aku ingat dah rehat.. tengok jam ada lagi 20 minit.. mujur laa cepat pick-up teringat fire-drill..
sebagai guru yang tak mudah panik.. (sila percaya..) aku pun mintak budak2 tu bergerak dalam keadaan berbaris tanpa berlari ke tapak perhimpunan.. sambil tu aku pesan le tutup suis lampu & kipas..
dah siap kira bilangan kehadiran, anggota BOMBA yang datang buat rumusan tentang kawad kecemasan tadi.. dari segi masa kira baik laa.. di bawah masa yang ditetapkan.. yang tak best nye kelas aku laa kena komen tadi... suis kipas tak off, pintu tak tutup.. hadoii.. baru aku perasan, lampu je yang terpadam, kipas dok pusing laju je...
lepas je selesai kawad kecemasan, ada ceramah dari pihak BOMBA.. biasa laa penerangan tentang unsur2 api.. cara mencegah kebakaran dari merebak.. lepas tu ada laa demonstrasi cara memadam dengan menggunakan alat pemadam api.. budak2 memang teruja laa.. seronok sungguh aku tengok.. budak2 pun diberi peluang naik atas kereta BOMBA... masing2 memang excited.. aku pun excited nak naik jugak.. hehhe.. tapi dah pakai baju kurung tak le teruja nak mintak naik.. karang terbuat free show pulak..
tetiba terlintas di pikiran.. kalau laa boleh dibuat lawatan ke balai BOMBA kan ke best.. budak2 sure nak pegi.. ye laa kalau pada orang lain mungkin rasa cam tak cool la pegi buat lawatan ke balai BOMBA.. mungkin pada orang lain lawatan ke zoo lebih baik, atau ke muzium.. tapi pada aku.. kalau buat ke balai BOMBA bukan setakat budak2 je excited.. cikgu2 pun sama jugak.. selama ni dok tengok dalam tv je kan.. kalau dapat tengok secara life kan best??
terasa cam nak cadangkan guru besar laa buat lawatan ke sana..
*agak2 aku kena gelak x????
No comments:
Post a Comment