menulis tentang macam-macam.. jangan malu-malu jangan segan-segan.. selamber je baca.. tak kena bayar pun... sila oii sila.. hehehehe
Monday, August 9, 2010
nasik lemak..
memang sedap kan kalau dapat makan nasik lemak dengan ayaq kopi o kaw.. kena plak makan time pagi2.. nasik tengah panas2 lagi.. kan? kan?
tapi.. sejak selasa lepas aku makan nasik lemak panas dengan ayaq masak je.. ye laa aku ni manusia biasa je.. ada rasa jemu, cemuih, muak kalau tiap2 hari nak ngadap menu yang sama.. bukan niat nak menghina makanan tu.. tidak sama sekali..
cita dia cenggini.. pagi selasa lepas aku bawak laa nasik lemak yang aku tapau dari makcik yang jual kat area rumah aku tu... aku beli pun dek kerana tekak aku ni jemu pulak nak makan mihun goreng unplugged tak dak accessori tiap2 hari.. (menu tetap tiap2 pagi..) nasik lemak kat kantin ok.. cuma sambal dia yang kekadang buatkan perut aku x berapa nak sedap.. (kadang2 cili dia tak masak..) dan aku memang x ada pilihan lain.. kalau tak makan memang membahayakan kesihatan.. silap2 haribulan aku bleh makan budak2 yang nakai2 dalam kelas aku tu.. tak ke aku plak yang jadi mutant... hishh.. mintak simpang laa...
ok berbalik pada crita pagi tu.. aku masuk kantin.. baru je aku letak bungkusan nasik lemak tu.. terus pakcik kantin sound aku.. "cikgu, sila makan kat luar ye.." perghh.. pepagi nak cari pasal dengan aku.. aku ok je lagi time tu.. wat pekak dan aku telan jugak nasik lemak tu sampai habis.. (sedap laa katakan..) sebenarnya sebelum ni pun dia penah cakap jugak bila aku bawak bekal.. kalau setakat sekali dua boleh laa kita anggap dia bergurau.. tapi dah kalau aku bawak nasik goreng yg aku masak sendri pun dia suh aku makan kat luar kantin jugak.. memang menyirap laa jugak darah aku.. dan hari selasa tu memang tahap sirap aku sampai ke maksimum nya...
tengah hari.. aku nak bayar laa apa yg aku makan dan minum kat pakcik tu.. alih2 bleh dia cakap tambah lagi 5 posen.. mula tu ingatkan dia gurau je.. bila aku tanya siap dia cakap pasal sampah pembungkus nasik lemak tu.. laaa.. pakcik ni memang nak cari pasal rupanya..(ayat tu cuma bergema dalam hati aku yang comel ni je..) aku pun explain kat dia.. kertas pembalut nasik tu aku dah buang kat tong sampah bawah meja aku.. pastu leh plak dia pusing cakap 5 posen tu kos dia cuci sudu yang aku guna.. eh? eh?
aku dengan selamba pekaknya.. aku bayar rega makanan aku rm2 je.. yang lagi 5 posen tu memang aku x bagi..
dan.. bermula hari rabu minggu lepas sampai laa ke hari ni aku bawak breakfast dari rumah.. (aku beli je laa., mana dan nak masak..) dan yang paling penting dalam beg tangan aku sekarang dah ada sudu dan garfu..
dan sejak dari hari tu laa aku tak jejak kaki ke kantin lagi dah.. dah setiap kali aku makan, aku hanya gunakan sudu & garfu aku sendri...
hah!! puas hati aku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hohoho..gmbr n.lemak k.eja tu telah menyebabkan ben mkn nasik lemak jugak arini..mengancam jiwa..
macam2 la sekolah hang ja oii
ben.. makan jgn x makan.. sok dah x bleh mkn siang dah..
kia.. cam tu laa peel depa.. mentang2 skolah dok dlm kg depa.. suma kulaan belaka tang tu.. tu yg org luaq dapat nasib cam aku ni...
Post a Comment