Wednesday, June 16, 2010

main kutu UPDATED

salam.. alhamdulillah setelah berehat sakan semlm.. aku dah bebas dari wabak CB.. yahoo.. leh melantak memacam pas ni.. hehehe..

hari ni aku amik inisiatif sempena cuti sekolah untuk membayar utang yang masih tertangguh.. bukan utang bank laa... utang posa... alhamdulillah hari pun ujan.. so sejuk laa sket cuaca.. tak laa perit sangat..

aku blum plan lagi nak makan apa utk berbuka nanti... nanti laa aku pikir lepas asar nanti baru buat.. kalau malas tahap gaban, aku belasah bubur kanji ammar je laa.. muahahahahhah..

entri kali ni aku nak tanya sket tentang kutu.. ni bukan kutu kepala atau kutu babi.. ni kutu yang selalu org dok main tu... yang dok himpun duit tiap2 bulan lepas tu bagi ikut giliran..

pada korang la kan.. bagus ke main kutu ni? tak ke main kutu ni ibarat kita bagi pinjaman pada orang tanpa faedah? aku pun baru je join group cikgu2 kat skolah aku tu main.. setakat ni turn aku blum sampai lagi.. dah laa tengah perit jugak ni.. tu yang tetiba nak tanya bagus ke main kutu ni.. (ceh! dah join baru nak tanya orang.. apadaaa..)

ok laa aku nak surf pasai kutu ni.. kot-kot uncle google ada jawapan..

see ya!


daaa...

UPDATE

ok aku nak sambung entri siang tadi... pasai kutu duit ni... tadi siang aku google ada laa aku terjumpa pasai main kutu ni... kat sini aku paste sket apa yang sempat aku baca...

Tafsiran 'kutu' menurut AKTA 28 AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 , ia ditafsirkan sebagai :

"kumpulan wang kutu" ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama sepeti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya peserta-pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada berbagai-bagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine

Hukum dari sudut Undang-undang Malaysia

Setelah meneliti akta yang berkaitan, jelas termaktub seperti berikut :-

Seksyen 3. Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.

Maka adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Justeru, amat jelas lagi bersuluh kegiatan skim simpanan kutu ini adalah salah dan tidak dibenarkan di sisi undang-undang.

ada lagi....


Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran

Tepat sekali, permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.

(mujur laa group yang aku join ni cabut undi sekali je... masa mula2 nak main.. so x dak laa nak kena cabut undi tiap2 bulan.. masing2 suspen dah jadi cam tunggu result no ekor plak..)


nak tau lebih lanjut bleh laa tgk kat sini

No comments: